Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 13 June 2011

Terengganu menang 2-1

Assalamualaikum,

         Hari Sabtu ari tu  merupakan hari yg dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia amnya dan khasnya rakyat negeri Terengganu dan Kelantan.Perlawanan antara negeri dari Pantai Timur.Ak sokong Terengganu coz ayah n angah dilahirkan di sana.Satu family ak duduk tercongok depan TV tu.Kitorang suma sokong Penyu la wei.Kecuali mama ak,dia kata ''mama sokong yg mana juara''.Pastu mama ak boleh tidor lak separuh masa kedua tu.Actually ak dah lama x menonton bola ni dsebabkan kekangan masa.(kan ak keja macd,busy kot).Separuh masa Pertama tu ak dah ngantuk gila sebab x de tendangan gol yg menggegarkan gawang gol pon.

         Siang tu ktorg adik beradik cari lagu tganu wat naik semangat cket.(ceh,padahal ak nak nunjuk kat adik Nazihah penyokong setia The Red Warriors).Petang tu pegi Darussyifa' berkejar nak balik rumah cepat2 takut x sempat tengok.Akhirnya dapat gak tengok.Separuh masa pertama bosan gila,Bila Kelantan mendapat gol pertamanya melalui Nurul Azwan Roya.kecewa gila ak.Pastu dok pk apa ayat nak cover kekalahan ngan kawan ak yg sokong Klate tu.Adik ak lagi la siap tukar profile pic kpd jata ngri Tganu.Tapi,
di saat kekecewaan melanda diri,gol sendiri kelantan menaikkan semangat yg kian pudar.Tp ayah ak kata klo Daudsu x tanduk pon dah memang gol.hmm lantak la janji menang.

    Tapi ak suka gila dgn cara jurulatih dia,Irfan Bakti yg x pernah putus asa even di saat-saat terakhir masih bersemangat di tepi padang memberi arahan kpd anak buahnya,Wa tabik sama lu.Lastly,Ahmad Nordin Alias menembusi pertahanan pihak lawan dan kekebalan Khairul Fahmi.
  
    Koklusinya,ak memang respect dgn semangat kedua-dua belah pasukan yg mempunyai semangat juang yg tinggi.Tahniah buat Terengganu dan kpd The Red Warriors,mungkin bukan rezeki anda,Masih banyak lagi masa untuk menjuarai pelbagai Piala.OH!sebelum terlupa lak TAHNIAH lagi sekali kpd Tganu kerana SUKMA pon juara.Hebat la Tganu ni,Knapa SELANGOR x camni.Bak kata angah la Tganu melahirkan atlet yg berjasa kpd Malaysia.Contohnya,Azizul Hasni Awang n Anuar Manan.

Tuesday, 7 June 2011

my last day at #172 macd puchong permai

Assalamualaikum.

Sedihnya rasa bila kita nak tinggalkan orang yg kita sayang.Macam tu lah perasaan ak bla nak berpisah ngan bdak2 macd ni.ye la dah 6 bulan kami bersama,gelak ketawa,sedih,kena maki pon sama2.Memang x boleh lupa la kat korang.Terutamanya Aman sebab ko la ak masih di store ni.Sebab  x de sape pon nak tegur ak masa 1st day.Ak ingat nak angkat kaki n blah tp ko telah menyelamatkan ak dari wat stupid decision.ak syg ko abg Aman.

Ak bagi notis nak berhenti 4hb June tp abg Hazri suruh sambung lagi sehari ak ok je la.Haa ni nak cite.ak ni mmg x minat makan burger daging.So,masa break ak hanya makan Mcchicken n Porridge je.Dah last2 day tu saja nak merasa.Hari Sabtu ak makan Quarter Pounder with Cheese.suma terkejut tengok ak makan burger tu.Ak baru makan segigit dah nak muntah,sebab x boleh masuk.Pastu ak tolak jugak ngan airMilo dan simpan balance burger dlm beg.Rupa-rupanya,ramai je bdak2 macd  yg x makan burger daging,Contonhya kak Ct.Besoknya ak cadang nak makan Big nTasty,tp bila terkenangkan Quarter Pounder semalam terusx jadi.Ak amek Ayam Goreng je.

Hari Ahad tu ak suruh mama pg beli kek,cantik n sedap plak kek tu.( siap ada belon lagi atas kek tu).Yg x best nya ari last kak ida wat mood ak spoil sampai nangis la.nasib baik kak ct n abg sob baik.Last day ak jaga mds.Alhamdulillah x karai.Ari last berjalan dengan tenang.AK dapat break kol 3.30 pm.So abis break kol 4pm terus punch out.Pastu ak potong kek bagi kat diorang siap main suap2 lagi tau.Ak lepak ngan kat Ct dlm bilik manager.Ceh ak ingat ada la suprise ke hape sebab sblom tu suma konon nak mandikan la,nak bagi telur la.sekali ilek apa pon x de.

Sebelum balik tu ak salam2 la ngan diorang.kak Ct n kak iza dpt la kiss ak.Masa ak salam kak ida siap peluk2 lagi boleh pulak dia wat2 tertumpah air coke atas kepala ak.nasib baik ak bertudung boleh cover cket.Pastu ak jumpa Saba,n babai abg Sob boleh plak dia letak kat pipi ak Hot Fudge Topping,Ak pon terus g sink cuci muka,cam nak amek wudhu' pon ada tau x.Lepas tu dia x puas hati lagi.Letak ketchup t pipi ak.tau la pipi ak tembam.Lasty Asrol letak mustard kat  ak.

Konklusinya,boleh la wat kenangan terindah dlm hidup ak kan.bikan senang dapat pakai ''bedak coklat''HAHA abg Sob yang bagi ayat tu.ak sayang la korang suma.muahhhh.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...