Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 23 August 2011

Alhamdulillah,Penantianku Berakhir Kini

Assalamualaikum,
       
 Dah lama tak buat coretan hati sebab malas dan takde idea.Tapi hari ni aku nak kongsikan sesuatu yg sangat menggembirakan aku dan family. Mungkin hadiah sempena Aidilfitri kot. Alhamdulillah.Firstly,aku keja latenite semalam.Penat lah customer in gila.(takde la in sangat tapi penat sebab aku karai wat sorang2, takde runner).Mesti korang pelik kan aku masih kerja lagi kat macd. Aku rasa macam aku ni tak tetap pendirian la.Ye la, mula2 dah semangat gila nak pergi Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS),Diploma in Occupational Safety & Health. Pastu tetiba ayah aku baca kat paper pasal politeknik METrO. Aku apply dan dapat kat Kuantan, Diploma Perkhidmatan Makanan(amalan Halal).Mulanya aku cakap kat abang Hazri nak kerja sampai bulan Julai je. Abih tu dah jadi camni terus je la kerja sampai awal bulan November,kan?

      Balik keja tadi pukul 7.30am, terus tidur kat atas sofa.(layan plak tido atas sofa). Pastu aku terjaga kol 8.30am. Tetiba time aku baru nak layan tido mesej masuk dari 15888. Boleh check intake uitm. Aku tak tahu pon dah boleh check sebab dulu mama aku call dia kata result keluar hujung bulan 9 atau awal bulan 10. Aku pon terus pergi mandi dan bawa kereta menuju ke kedai ayah. Sampai je kat kedai, mama aku la yang paling excited. Aku dah cuak gila sebab takut Kenangan Lalu Berulang Kembali. Buka je mama aku terus cium aku sebab mama ake nampak UiTM kampus Sg,Petani.Yang aku dok baca syarat2 nya dulu. memey la tak nampak. Pastu tengok2 dapat Asasi Undang-undang. Air mata aku terus mengalir macam empangan pecah dah sebab terharu doe. Selama ni aku berharap sangat dapat masuk UiTM siap pakai 'kabel' kawan ak.Tapi hampeh.Semua kawan aku yang pergi minta ''Tolong'' degan prof tu tak dapat. Kecewa gila. Tapi, aku dapat 1 konklusi, "Usaha Tangga Kejayaan''. Kalau dah memang rezeki kita, tak perlu ''KABEL'' pon boleh dapat. InsyaAllah, Yakin Boleh!!! Walaupun bidang ni tak pernah ada dalam senarai cita - citaku, tapi mungkin ini dah memang tertulis di Loh Mahfuz rezeki aku. Siapa kita nak tolak takdirnya,kan?

Program: (P1005) Sepenuh Masa
              ASASI UNDANG-UNDANG UITM
              FAKULTI UNDANG-UNDANG
Kampus: K-UiTM Kamus Sungai Petani
Semester: 2 2011/2012
Tempat: UiTM KAMPUS SUNGAI PETANI
             08400 MERBOK,KEDAH
Tarikh: 16/11/11
Masa: 9.00am - 4.30pm

Lastly,nak wat ucapan Selamat Berpuasa n Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin.Walau kita x kenal antara satu sama lain,tapi ukhuwah antara kita tetap terjalin.
                                                                                                                                            
                                                                                                                            
p/s:tahun nie balik Tganu dulu(best),pastu balik ipoh(x best).
p/s2:tahun ni ak bagi duit raya.tahun ni je la coz ak keja.taon depan x dapek den nak nolongnya.hehe
Update: opah aku meninggal pada hari raya pertama-31 ogos 2011. Alfatihah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...