Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 22 December 2011

Mr.Q + Miss.A = BISIKAN SYAITAN

Assalamualaikum,
Hooray!Esok balik rumahku syurgaku.Tapi seriously,walau korang pegi jauh mana sekalipon,tempat plg best ialah rumah kita dan bilik kita.Sebab tu la ada peribahasa ''Hujan batu di negeri orang,hujan emas di negeri sendiri'' dan ''Tempat jatuh lagi kukenang,inikan pula tempat bermain''(Ok,klo salah tlg betulkan,dah lama x guna peribahasa sejak abih SPM,dulu benda ni dlm tangan sbb nak hasilkan karangan yg MANTAP dan nak dapat A+.).Lantaklah esok aku balik x de kawan pon sbb aq akan tidur sepanjang perjalanan + nak habiskan baca La Tahzan.OK,back to the topic.

   Hari ni kitorang ada AGM Kelab Taekwondo.Habis kol 10.20pm cam tu la.Dekat-dekat nak balik ni la aku rasa busy gila.Terkejar sana-sini.Citenya camni,mama n ayah aq suruh aq balik ngan Mr.Q.Konon utk kawal,jaga,tengokkan dan seangkatan dengannya.Aq kenal si Mr.Q ni masa kitorang naik teksi sekali balik kampus.Kebetulan,kami naik bas sama.So,aq,yasmin n Mr.Q naik la teksi yg sama.Kan dah jimat duit daripada dulu dia naik teksi sorang2(ko pk ko bos)=RM 15.Bila naik 3 org jimat la kau kan.Ok,dia x la kacak mana tapi dia baik(tu la yg dapat kepercayaan mama n ayah aq.OK Fine,walaupon aq rasa aq boleh berdikari.But i know thaat i am girl).Ok,knapa aq kata dia punya hati yg baik,suci lagi murni.(Tu diaa,dia mai dah).
    
     1.Sampai je kat kampus,pakcik tu kata RM 14.Cuba bayangkan camne nak bahagi ngan 3 org.dlm aq dok pk tu,Mr.Q hulurkan RM 10.Pastu dia suruh kitorang bayar lg RM 4.Pakcik tu pon satu charge la RM 15 yg standard tu,kan senang.(Wah,nampak x keGENTLEMAN nya disitu,tp aq x peduli sgt.Papepon Thanx Mr.Q).OK,Lupa la plak nak tulis,Mr.Q ni rupanya jiran kawan aq time tuition,Faiqah (blaja asasi sains kat UiTM Punck Alam klo x slap Mr.Q cakap ari tu).Ok la ,Mr.Q sebenarnya banyak cakap jagak,sampai penat aq nak melaayan sbab si Miss.Y x nak layan dia.penat la konon naik bas berjam-jam lamanya.

      2.Turun dari teksi,Miss Y nak cucuk duit kat ATM.(oh,lupa nak habaq mai kitorang sampai malam kot around 8pm).Aq pon temanla dia.And you know what,i'm suprising when he still waiting for us.Aq cakap pg la balik(nampak sgt menghalau kan,kuang ajaq).Tp,dia kata ''x pe la,saya temankan korang.kita jalan sama=.So sweet kan.(Tp aq x cair pon,korang mesti dah cair kan?)Kerasnya hati aq.Oh NO!Hati aq jadi keras sbab kau Mr.D.A.(eh,terlebih sudaa bah).Kitorang pon jalan la ngan beg banyak nya ingat nak suruh dia tolong tp beg dia pon banyak sbab kawan girl dia kirim barang(untonglah rumah dekat,tuannya x jejak kaki kat umah pon,barang dtg bergolek kat dpan dia kan).Dan dalam kepekatan malam,kami pon menyelusuri jalan raya yg sunyi sepi.Sehingga masing-masing sampai ke kolej Malinja,Mahsuri n aq yg terakhir Masria(nasib baik x murni,klo x mau tercabut kaki aq weh).

    3.Tu suma cite bulan lepas.skrg Disember plak.(pegh ko ingat drama bersiri ke hape?)Mama aq dok bising suruh balik sekali ngan Mr.Q tu.Dah la mama aq suruh amek no dia ari tu aq x amek.Kan dah susah nak cari dia balik.Korg ingat senang ke nak cari dlm kmpus ni dengan ribuan mahasiswa/wi nya.Hanya dengan nama.Tp,Alhamdulillah,finally i got saw him at Foodcourt sdg memilih lauk.(OK,nak ngaku sbnarnya aq x ingat nama dia.)Tau x aq wat camne?Ok WAJIB tahu,aq wat cam Bestfriend aq plak kan.Aq tarik baju dia sambil berkata ''Wei,ko dah beli tiket bas blom?''(Nasib baik i tarik baju U,klo tarik tangan U mau ternganga ko kat situ.Amboi,gatai na.HARAMM!)Aq x tau la knapa skrg aq agak biadap bila bercakap ngan laki.Dulu aq guna saya-awak/kita.Tp skrg guna aku-kau.Kuang ajaq sangat ka saya ni?I don't know,pls give me back my politeness.Mr.Q pon kata ''Dah beli kat depan tu ja,22hb kol 5.30pm.SHAMISHA.''.ok,aq pon blah n x perasan plak ada kawan dia kat sebelah(malu sudaa).Eheh,lupa plak,aq ngan muka tau malunya minx no phone dia.Dia pon dgn sng hati siap tlg taipkan tu kat hp aq.Sejak tu aq dok text dia pasal perjalanan bas kitorang je.(Ingat keja jual tket bas ke apa)Akhirnya,aq pon beli tiket kat SP pada 10/12.kira lambat la ni,tu yg dapat bas x best tu.X pe balik naty naik Shamisha.Aq x dapat naik bas sama ngan Mr.Q.Tapi balik ke kampus aq nak SANGAT balik sekali sbab aq takot kena jalan kaki sorang2 malam2 buta.(Hai,tau pon takot)

   4.Disebabkan aq nak balik sekali ngan Mr.Q,aq rela berkorban apa saja(ko pk korban perasaan ka apa).Sebabnya aq sampai Shah Alam around 12pm klo keadaan trafik berada dlm keadaan normal la kan tp comfirm jalan sesak coz org cuti Christmas.OK,lagi satu ak pk bukak ke kaunter jualan tiket tu malam2 buta?depa x tido ke?Aq punya bas kol 6.15 pm.Mr.Q kol 5.30pm.Konon dia sampai dulu mengikot normanya.Abih tu x kan aq btolak lambat sampai dulu kot.Hang ni biaq btoi skit.So,ayah aq suruh kirim duit kat Mr.Q supaya dia beli tket ak = ngan dia.Aq pon follow je arahn ayah aq.Aq dah x de banyak masa ( aq tgah masuk acara larian berpagar 400m ni ),abih je AGM aq call dia sambil aq bjalan dgn lajunya sorg2 malam tu.Lama gila,x angkat2 aq ingat dia dah tidur.Tp dgn penuh kesabaran yg ada,aq tunggu lagi dan lagi.Tetiba ada boy angkat (sumpah terkejut aq,ye la ak pk salah ke no ni,tp slalu ok je).Rupa-rupanya,roommate dia angkat.Ikuti perbualan kami ye:-
Miss.A:Hello,Mr.Q turun skrg pg DM Malinja.(ok my mistakes x bagi salam n terus serbu.dont repeat the mistakes again)
Mr.X:Oh,Mr.Q pg toilet la.Ni kawan dia.
Miss.A:Oh,ok naty suruh dia pg skrg ek.
Mcam tu la lebih kurang dgn pantasnya aq cakap n jalan.Akhirnya sampai.Aq tgok ada sepasang couple sdg melepak di tpi jalan.Then,baru aq nak buka langkah turun tangga,hati aq berdetak lebih kencang sbab penuh lelaki kat situ,takotnya.Aq pon berhenti di atas tangga n text Mr.Q suruh jumpa aq kat tangga je.And you know what,aq rasa terharu,bangga,dihargai,dihormati,dilindungi,cair skit je la n yang seangkatan dengannya la kan.Sebab dia text aq :

      weh...balik dulu...bahaya mlm2 mcm ni..esok kita jumpa....
Awak,saya rasa terharu saangaaatttt ( x tau nak kata camna daah).Aq x tau la ini atas kesedaran dia mahupon kawan dia Mr.X tadi tu.Dan di saat tu barulah aq tersedar yg aq hampir mengikut bisikan syaitan.jumpa malam2 kat bawah lampu jalan yg malap.MasyaAllah.But seriously,aq x pk tu suma,apa yg aq pk aq nak bagi duit n blah blik tido lg bagus kan.Lepas tu,aq pon balik n dlm perjalanan tu,Mr.Q anta msg lagi,dia ingt aq tunggu lg ke kat tempat yg seram tu.Aq terus cabut tau x.

            balik dulu tau...bahaya larh (aq x tau knape dia suka guna .....)

Konklusinya,baru aq tersedar yg org kena tangkap basah yg x sengaja tu maybe macam cita aq la kot.Ok,insaf sudah,klo nak jumpa di siang hari,no problem ok.Astaghfirullahalazim...Ya ALLAH,Lindungilah hambamu yg lemah ini,Kuatkan imanku dan solatku.Hanya padaMu tempat aq memohon. Akhirnya,aq kena jumpa dia esok pg sblom aq pg klas pkol 10am.AHH,malasnya.Dah la aq nak basuh baju setimbun lagi.Pastu dia nak chow dr sini pkol 3pm@4pm.Aq ada klas la ptg tu sampai kol 4pm.Semoga perjalanan kami pelajar UiTM Kedah selamat pergi dan balik.Amin....

Wednesday, 14 December 2011

Jangan Pandang Hina kat Kelab yang Islamik

Assalamualaikum,
Aku pelik la ngan sikap segelintir manusia hari ini?Klo kita masuk kelab yg islamik sikit,dah cop kita sbgi bdak alim.Pegi masjid pon sama abih tu ko nak suruh aku pegi berparty kat kelab ke?Bukan nak jadi alim tp cuba utk jadi seorang Muslim/muslimah sejati.Dengar tazkirah pon dapat pahala tau.Ni suma utk saham akhirat jugak.Aku tau la aku ni x alim mana,ada jugak wat maksiat,tapi kita kena lah cover dgan amalan lain.Bukannya memandang sinis kat org yg sedar diri dia x cukup amalan lagi.Hari ni nak cite pasal kenapa kita tak boleh nak dekatkan diri ke jalan yg boleh mendekatkan diri kepada Islam amnya dan ALLAH khususnya.Ni suma sebab kita takut untuk menghadapi benda baharu ataupun kita x de rasa cinta untuk mendekati Islam.Tu diaaa,sejak-sejak ni.Ok skrg nak cita based on my experience at UiTM Kedah.Dari minggu lepas lagi,kitorang sibuk dgn persatuan n menda-menda koko ni suma.Aku pon join la klab yg aku minat.Pastu kitorang dapat tag.First,aku masuk GPMS.Yang ni orang x pandang sangat tp klo yg kurang rasa keMELAYUan tu ada la gak kutuk-kutuk.Next,masuk klab Bahasa ARAB.Yg ni plak,diorg bagi pandangan "Ko tau ke cakap bahasa Arab ni,yg nak masuk sangat?''Eh,hello,abg Bakhtiar kata Bhsa arab utk kita bkannya utk yg tahu ckp Arab je.Abih tu sampai bila pon ko x kan tau menggunakan bahasa ARAB ni.Dah x tahu kena la belajar kan.Kau pon!(ayat Zana,i'm just copycat)Pastu,korang ingat bila masuk kelab ni asyik blajar bahasa Arab je ke,x de aktiviti lain.Smalam aku tgok slide show diorg gempak je aktiviti dia.Ada camping,nasyid,terjun lombong,main kanoo,manja-manja ngan tasik.Ko ada?
Yg ni plg org pandang sinis bila aku masuk klab Pusat Islam.Diorang x nak join sebab aku x cukup alim la,naty kena dgar ceramah n blabla.Weh,x semestinya korang alim baru boleh join la.Please open your heart and mind,babe!Sampai bila ko nak lari dr suma ni?Ko pikir aku ni alim sangat ke?Even bdak laki pon x nak jadi ahli.Abih tu camno den nak cari pemimpin masa dopan?x kan den plak nak pimpin ekau.boleh bla la kan.(x baik cakap cam tu la)hehe sorry ek.wat la senyum simetri baru la ada maniss.Kat sini la korang boleh tambah ilmu yg x cukup tu xkira la ko boy or girl.tp wajib bg laki la kan korg pemimpin.Hmm,sedar la diri sikit abg,awe,bro n ect..
Klo korang x nak masuk kelab ni,nak masuk kelab lain.Hmm,idak le teman.Korg tau nak duduk dlm bilik melepak,tidur,mengadap laptop main game,facebook n blabla...Cuba aktifkan diri anda dgn masuk kelab/persatuan.X payah nak jadi presiden sangat la,jadi ahli pon dah cukup.Bak kata Ila(my frenz la kan),Kita kena enjoykan diri kita dgn join kelab2 ni(x dapat pg night club pon x pe) ,x kan la kita nak pg balik kelas ari2.Sumpah bosan kot.So,mari la dekatkan diri ke kelab IslamikAktifkan dirimu.Last,aku masuk klab Rukun Negara,yg ni depa kata ko x tau rukun negara ke?WTFish la kan.EEII,geram nya rasa nak bg flying kick ke turning ke je kat muka dia.(mentang-mentang join balik taekwondo slpas 7 tahun mengundurkan diri).So,apa masalah korang ni?Ce cita kelab apa yg memenuhi citarasa korang tu?
p/s:malam ni ada Mistik kat Dwn Mini.nak pg tp ada klas.Sir cancel klas please.x pe klas lg penting.Nak blaja mistik pg darussyifa'.Choww.

Saturday, 10 December 2011

Corat-coret Ombak Rindu

Assalamualaikum,
Aku pon x tau la knape ari ni aku jadi gila nak wat post banyak2 ari ni.Antara sebabnya ialah aku dah bosan gila,tadi ngantuk pastu skrg hilang plak ngantok.Esok aku ada klas kol 8am la wei.Pls tidurkan aku.Then,aku baca blog Ben Ashari.Dia pon wat post banyak2 dlm sehari.Tp dia punya simple n compact.Aku punya panjang berjela ye lah aku kan klo wat karngn time skolah dulu 500 p.p ke atas.Xmain la 350 p.p je.Tp ada org smpi 1000 p.p kot.Lagi la aku tabik spring kat dia.
Ok,now i will start the story.Tadi aku kuar pg beli tiket bas,teman Sue beli setem hasil kat pjbat pos.Last sekali pg CENTRAL SQUARE(C.S),Sg.Petani yg aku dah bosan gla tiap-tiap minggu pg situ.Tp yg best aku puas dapat tgok Ombak RINDU.Handsome kot Aaron Aaziz.i like.
Mula-mula,aku beratur kat kaunter belah kanan(knan kan lebih afdhal),tapi aku pelik gila knape x bergerak.Yg belah kiri makin lama makin ke depan.Aku pon mula la wat idea jahat,suruh Mira beeratur belah kiri,aku kat belah kanan.Mana sampai dulu,kita masuk.Tapi semestinya kanan yg menang dan tiket pon dibeli.Pastu ingat nak pergi makan lapar gila kot.Movie tu start kol 12.10pm.Aku ajak makan kat Macd diorang x nak,coz depa nak makan nasi.Takde kedai Melayu ke kat sini,akhirnya kedai mamak menjadi pilihan.Aku dah la x makan kat mamak ni.Tp terpaksa gak demi kawan kan.Takkan aku nak tunjuk ketegaq aku kat depa.Tp sumpah nak muntah kot bila ada kuah campur tu.Dah la aku rasa mahal coz nasi n ayam goreng plus kuah campur2 tu je RM 5.50.Pastu aku order air Milo RM 2.Takkan x order air,kang tercekik sape yg susah.Kat sini plak ada mamat mata keranjang.Dah ada awek kat sebelah nak usha lg,klo aku jadi awek dia,aku sepak je laju-laju.Gatai na.
Pastu masuk la ke dlm panggung.Pergh gila 1 st impression aku What the fish?Ni ke panggungnya,macam apa je?GSC IOI Mall,Puchong beribu-riban kali ganda lagi bagus dr GSC,C.S.Apa masalahnya cik Syira cecite sket.Masalahnya:-
1.Aircond x rasa kot.Nasib baik aku x standby bwk sweater klo x wat malu je.
2.Sit dia boleh sekata je,mula-mula si Sue tu kata kat sini x bertingkat.Aku ingatkan dia x de 2 tingkat cam IOI tu.rupanya kerusi dia.
3.Background music/Audio/Visual suma out la.
4.kat sini ada 3 auditorium je kot(auditorium ke aku x tau plak nak panggil apa,x kan dewan plak)
So,disebabkan masalah yang dinyatakan di atas saya x dapat menjiwai cerita itu sehingga mengalirkan air mata melainkan asyik gelak je.Padahal tu cite sedih bukan genre komedi.Air mataku hanya bertakung sahaja,bukan aku x de perasaan tp x dapat nak feel.Dulu aku tgok Nur kasih meleleh air mata.
Next apayg best sgt cite Ombak Rindu ni?
1.Ada Aaron Aziz.Handsomenya dia.Tu je yg mampu kami ucapkan.
2.Aku rasa cite ni best tp cam tergantung sana-sini.(nak puas baca novelye)
3.Lisa Surihani(Mr.K minat gile ni),ok la dia berlakon watak antagonis tu.Tp kelakar gak dia pelat R.
4.Aku rasa x perlu aksi 18SX tu suma,yg berkemban pakai kain batik tu pon.apa motifnya?
5.Lagi satu,dah tua tu insaf la pakai baju senonoh sikit.Geli plak aku tengok.GEDIK.
6.So sweet bila Hariz nangis,ingat senang ke lelaki nak kuarkan air mata jantan dia tu.Terharu kot.
7.Knapa ibu sanggup wat anak camtu?Sian Izzah,x pasal-pasal digantung.
8.Aku sian gila kat si Mail tu,sanggup tunggu si Izzah.
9.Yg ni lawak bila Hariz naik motor ngan Mail.Satu panggung tu gelak tau x.Yela Aaron mana pernah naik motor kan dlm lakonan.Klaka gle.
10.Comel.Kucing tu jinak nya.dan memang comel.lawak gak time si Hariz tanya knape x bagi nama lain?
Conclusion,aku rasa cam nak baca suma novel mengenai Hariz n Izzah tu.Pastu teringat plak kat kak Izzah,crew trainer aku dulu masa kat Macd.Imiss u so much sis.Knape suma benda aku mesti nak kaitkan ngan Macd.Ya ALLAH,terlalu kuat memori aku bersama mereka walaupun hanya 11 bulan.Kami ni dah macam one big family.rindu ku pada kenangan lalu. xkan dapat diusir walau aku jauh dr kalian.Knapa,tolonglah.

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum,
Tajuk baik punya.Aku ni memang jenis yg suka sgt wat reminder x kira la kat phone ke,diary or buku nota.(tetiba teringat cite kartun kat TV9.BLUE'SCLUES.Buku nota!)lama gila x tengok kot.ada lagi ke x la cite tu.Tadi phone aku bunyi.Aku tengok la.Tau x aku tulis apa?Nak,nak,nak tau(sila baca dengan nada cam kanak-kanak ribena ye).So sweet.
10/12/11~Syira 1st handphone.
Ok,now i want to tell you a story.(ko pk ni story telling ke hape).Mama n ayah aku dah decide tak nak bagi anak-anak dia pakai handphone masa sekolah.Konon cite,dia tanya adik-beradik kedua-dua belah pihak,x kasi pakai handphone.Kan adik beradik mama aku ramai Cikgu.Konon naty pelajaran terabai la,menggatal la asyik mesej ngan jantan je kejanya.Tapi aku sangat-sangat-sangat la sakit hati bila anak diorang lpas UPSR dah dapat hp.ARRGH,kalo terkenang balik rasa nak bagi penyepak laju-laju tau x.So,kitorang adik beradik akur dengan titah perintah mama n ayah aku.Baik kan kitorang ni.Sebab tu suma orang puji kitorang.(wek,perasan gila kot,tp btollah dulu arwah opah slalu bandgkan ank makyong ngan kitorang yg tau wat keja rumah selain memasak)even adik aku yg si Faris tu pon tau masak nasi,basuh pinggan n sidai kain.Untungla kan sape dapat adik aku tu.Ye la x kan nak harap aku n Angah je.Lebih la tu.Ok back to the topic.Sorry,termasuk lift tekan sendiri plak.
Klo kitorang nak mesej or call guna la hp mama or ayah or tepon kedai.kadar rata ke seluruh talian tetap TM.(HAha,kan dah promote TM Wifi).Klo difikir dari perspektif yang berbeza,ada baiknya sebab kitorang x yah nak pk pasal topup la apala.Kan guna line.Mama n ayah aku cakap klo nak hp tunggu masuk universiti.Cuba korang pk,ada ke lagi org yg x de hp di zaman semuanya di hujung jari anda ni.Ada?Bak datang dlm 10 orang.Even org miskin pon ada kot.Pening la aku nak memikirkannya.Pastu bila aku habis SPM,dlm awal blan Disember tu,aku memang dah excited gila.Coz aku pk aku nak kerja pastu beli hp.puas hati.Mula-mula,ayah aku kata tunggu masuk U dulu?Ko gila.cuba bayangkan aku daah tanam tekad aku sejak form 1 lagi tp tetiba jadi camtu.Memang memberontak la kan.Jiwa remaja la katakan.Rasa nak pecah dada ni tau x.Lpas 'berdiplomasi',ayah pon bawa aku n adik-adik tersayang pg kedai hp kat OTK.Ada ke patut ayah ssuruh beli hp cam ayah.Nokia yg plg murah la kot.bawah rm 100.pada ayah,asal boleh cakap n call sudah.Tp itu prinsip ayah,bukan anak ayah k.Ak punya prinsip,hp tu x yah la sampai beribu-raban,atau gila gadget.Cukup la sekadar ada kamera n bluetooth.Aku pon ayat la ayah dengan membuat loan.Naty aku kerja dapat gaji pertama,terus bayar.Harga hp tu masa tu RM250.Tengok la betapa penantian aku selama 5 tahun=RM 250.Berbaloi ke suma ini?Mengapa suma ini?(Dah masuk lagu plak)
Pastu,esoknya aku semangat cari kerja kat klinik la,kedai gambar la(yg ni ayah paksa,aku x minat) dan Macd.Last sekali,dengan muka x tau malu aku pegi tanya bila diorang nak panggil interview.Kata ari Isnin nak call.Ni cita pasal Macd tau.Pastu,abg Hazri plak kuar utk interview aku yg dgn sabar menunggu(padahal dlm hati dah menyumpah-nyumpah rasa cam tunggul je.Pastu siap anta msg pasrah kat mama,kata x de rezeki la bagai kan).Dah lah borang aku hilang,mana la abg Sob campak borang aku.Dah kena isi lg sekali.Nasib baik abg Hazri tanya soalan biasa je,tp dia mcm kerek gak la kan,sebab aku x pernah kerja lg sebelum tu.Ok aku pon wat lah ayat yg aku slalu baca kat novel tu,
''Klo x bagi saya peluang,macam mana saya nak tunjukkan kebolehan saya'',Klo rasa saya x bagus,saya undurkan diri(ok x yg kedua ni tipu je.yg 1st statement tu je btol).Aku cuma pk nak bayar balik hutang ayah tu sebab aku paksa diri aku menghadapi saat-saat genting ni.Tp apa-apa pon you must have your self confident to get what you want in your life.Pastu aku pon diterima bekerja bermula 13/12/2010.(see,aku akan tulis kat diary la,cuma skrg ni je busy n x de masa)
Dapat gaji pertama around RM 200-300 la kot(yg ni x ingat sbab payslip ada kat umah).Abg Joe tanya duit gaji buat apa?Pastu aku cakap bayar hutang.Dia wat muka pelik then aku cerita la kat dia.
So.kira hutang langsai la kan.Tp duit GAJI aku tiap-tiap bulan,mesti masuk ASB.Plg kurang RM100.Cik Non kemain puji aku pandai menabung la apala.Padahal dia x tau aku ni sbnarnya boros.Klo boleh dapat gaji,aku nak pg shopping.Tp awal-awal ayah aku pg tekan gaji (masa tu aku x tau lg tekan ATM mende ni suma hinggalah aku menjejakkan kaki ke UiTM Kedah ni,baru blaja berdikari,tu laa yg asyik cucuk duit je kejanya.Nasib baik duit kat dlm ASB,klo x mau aku cucuk gak).Tiap-tiap bulan,aku hanya dapat guna duit gaji RM 100 je.UHH sedih gila.X pe la tunggu bulan January ni,dividen aku banyk ke sikit.
Lastly,walau hp aku murah tp kedit aku banyak gila.Non limited.(memey la kan pakai line).Ak x tau la amende topup suma benda alah ni.Tp korg ingat aku sesuka je nak gayut mentang-mentang bapak aku bayar bill.Aku kan anak yg baik.Bila malam baru call,murah sikit.So,sape yg nak aku call tunggu 7pm-7am.Hp aku dah setahun.Dah calar-balar sebab slalu gak jatuh tp biasala Nokia menjadi pilihan keluargaku dan aku sebab tahan lasak.Ko hempas pon stakat tercabut battery je,pastu pasang la balik.
Pada aku,selagi hayat hp aku masih ada aku akan still guna(ayat pasrah tp skrg dah terdetik nk pakai touch screen.ak x tau la jenama apa hp kwn aku.Ak tertarik sebb boleh download lagu.Tu je sebabnya ok).Tp persetankan itu suma syira.benda tu suma x penting pada kau kan.Asalkan ayah yg bayar bill kau tiap-tiap bulan.Ko ada?jgn jealous.Pastu,aku tegaskan kat sini aku x suka org pakai no banyak2,ko pk ko artis ke hah?Menyusahkan aku je,call x dapat.Klo x nak angkat baik x payah pakai hp.Campak dlm sungai bagi buaya makan.Tu pon klo buayaa tu teringin kan.
Happy Anniversary My Beloved Handphone.Nokia bape ntah.I love You bcoz you always with me wherever i go.Wake me up in the morning to perform my prayer.Stay with me until the last breath of your life.(gila ko ni syira dgn hp je kot.ada aku kisah.dah x de sape nak berkasih sayang ngan aku,dgn hp pon jadi la kan)
p/s:aku dah x kesunyian coz roommates aku dah balik utk memeriahkan bilik yg sunyi spt tiada penghuni ni melainkan bunyi aku ketuk keyboard ni siang mlam sampai awal pagi.

Kejadian yang menyedarkan aku tentang 'Sesuatu'

Assalamualaikum,
Asalnya aku nak cite pasal kejadian pagi tadi around 8.00 am.Cerita bermula,semalam aku tidur lambat la jugak nak siapkan assignment plus usha blog orang.Around 2.30 am baru la puteri beradu.Takut jugak pepagi buta tu menghadap laptop sorang2.si Mira dah tidur nyenyak sebab esok pagi dia ada Taaruf uutk course dia.Dah la aku menghadap tingkap yg terbukak sket langsir dia(sheramm nya).Malam tu susah kot nak tidur,so,bergolek-golek la aku di atas katil princess.Tak tau la kanape?Pastu baca-baca doa sket.akhirnya terlelap la aku tak tau la pkol bape.Tp yg pasti lama la nak take time tu.Pastu jam penggera hp mendendangkan surah YAASIN mengejutkan aku utk solat Suboh la kan.Then,nak sambung tidur sbab janji ngan mira classmate nak kuar pkol 9.30 am kan.Mira roommate dah mandi n tgah siap nak pg.Mira pon kuar la lpas dah bersiap ngan wanginya.(perlu ke nak cakap,cik syira oii)

Aku ingat lpas dia kuar boleh la aku sambung tidur,tetiba dia masuk bilik balik,dia kejut aku yg sedang pura-pura tidur ni.
''Syira,bangun sat tolong ada budak pengsan depan bilik kita,Mira x sempat nak tolong sbab dah lambat ni''Aku pon terkejut gila la terus keluar nak tengok.Betol ada budak pengsan,dan yg plg mengejutkan budak tu adlh sang Sida,classmate aku.Dia bilik bawah,tp selalu tdur kat blik bdak depan aku.Sbab apa aku terkejut sangat dia tu kuat,gagah lg perkasa,Sebab dia kata dpan lelaki kita x boleh jadi lemah naty depa buli kita.Tp ko lupa ke cik syira hoi,dia tu girl jugak,pasti ada kelemahannya.
Aku keluar,kawan2 dia dah ada dua-tiga orang kat situ.Diorang minx sweater,minyak angin n tudung.Haa amek,jgn segan2,aku bg sweater mcd yg aku redeem GC aritu.Untungla dapat pakai sweater mcd kan.ko mampu?Pastu yg x tahannya aku boleh plak bawa kuar air kotak dutch lady perisa strawberry lagi sbab diorang cakap dia sakit perut.Rupa-rupanya dia org ke-2 pengsan kat kolej aku.Lg sorang dah ada kat dlm ambulans.Pastu dtg la JB(Jawatankuasa Blok) bersama dgn warden lelaki 4 org(ok,aku plik knape dtg sampai 4 org sekadar tlong tengok je.)Pastu si sida tu nak muntah plak kan,berlari la aku pg amik baldi kwn dia utk tadah.Tp,aku respect la kat kwn dia,x kisah bg baldi utk tadah muntah.klo aku x rela kot.aku nak letak baju dlm tu naty,tp aku terfikir gak dr dia muntah kat lantai,lagi geli n sape nak cuci.Ko ke aku?
Pastu warden tu suruh kitorang tikarkan dia tracksuit,ye la kan malam pakai suar pendek bunga2 lagi tau.Kitorang angkat la masuk bilik,masa ni dia masih boleh bjalan lg.Aku duk kat kpala dia.JB tanya diorang ada kuar x malam tadi,diorang kata ada n balik kol 10.30pm.Tp yg pasti diorang tidur lebih kurang aku gak.
Cpat,pantas dan efisyen gila JB n kawan sida wat keja tgok2 dah siap pakai suar.Aku pon baca la ayat kursi kat telinga dia takut tersampuk ke sbab sida kata ;aku pnat ni lari jauh sangat'.Aku hembus kat telinga dia x gelepar pon,bkan la kot ataupun aku x cukup ilmu di dada lagi.Aku ni kan ada pengalaman ngan histeria masa kat skolah dulu.Sukarelawan x bertauliah la katakan.Pastu dia tros pengsan.Kitorang angkat dia dari tingkat tiga menuju ke ambulanss.Aku x rasa berat sbab aku amek part kaki tu.Ringan la sket dari badan.Diorang dah bergilir lg haru bila suruh nenti jap nak rehat,Aku rasa nak tergelak je kot boleh plak nak rehat jap.ktorg turun dgn kaki ayam kot.Aku baru nak cari selipar,diorg kata x payah pakai selipar.Ok fine.Pastu,lg lawak time kat ambulans tu.Kitorang argue pasal sape yg nak pegi teman sida.ak memang x lah sbab aku mmg dah janji nagn mira nak kuar,x mandi lg(gosok gigi pon blom kot) n x bawak tudung n matrik kad.Alasan aku munasabah kan.KO tolak ak,ak tolak ko.Sampai warden pon pening tgok kitorang.Last skali roommate dia yg teman sambil pakai tudung aku.Ok la kan,tuan punya sweater n tudung dah poskan barang2 dia utk temankan sida ke hospital.
Pastu,sida ni ada kawan baik namanya lukman hakim.bdak law gak tp group c.Zulfah pon call la si lukman tu cakap sida pengsan.Dia boleh plak x percaya.Penat la kitorang yg lg 3 org ni mengiakannya.Baru nak percaya.Ko ingat kitorang ni x de kerja nak wat main-main benda camni.
Baru ko nak risau kan BFF ko tu.Actually,dr pagi tadi aku pon sakit perut,tak tau la makan apa.Aku x pernah tahu pun yg sakit perut boleh buat kita pengsan.Satu benda baru.
Konklusinya,tolong la dgan apa cara sekalipun dgan ikhlas kerana tolong-menolong amalan mulia.Prinsip aku senang je,Hari ni ko susah,aku tolong,esok klo aku susah pasti ada yg daatang tolong.Walaupun bkan org yg kita tolong dulu.so,x jadi la aku nak sambung tidur,Semangat nak wat post ni n nak pegi beli tiket bas balik Puchong.Choww.
p/s:knape bila ada BF/GF kawan-kawan kita mesti dipinggirkan,Dulu dia la tempat ko meminta pertolongan and whatsoever.. Ni aku stress ngan classmate aku,aku x kira aku dpat tket aku cabut blk S.ALAM.kO nak balik naik apa,gasak ko la.sibuk sgt ngan pakwe dia tu.Naty mummy ko tanya aku,aku jawab je yg ko tgah hangat memadu asmara.Boleh macam tu,Mrs.Y.E.

Thursday, 8 December 2011

Luahan hati seorang bekas crew


Assalamualaikum,
 
Aku mula diterima bekerja di Mcdonald Puchong Permai pada 13 Disember 2010 sebagai krew.Pada hari pertama OJE,aku diajar oleh seorang crew trainer,Nur Izzah Atiqah bt Yazid.Aku belajar shake fries dan lobby.Hari kedua,aku buat lobby.Masa hari pertama,aku rasa macam nak berhenti je,sebab diorang semua macam tak mesra alam je kecuali si Darul Aman je yang tegur aku.Esoknya, aku dah comfirm jadi krew.
 
OJE 2nd day,Abang Joe datang jumpa aku kat playland.Dia slowtalk kat aku pasal open door policy.Dia punya cara cakap tu macam nak psycho aku sampai aku rasa nak nangis.Kenapa dia cerita kat aku pasal open door policy tu semua?Sebab dia Nampak aku macam terseksa,terkongkong dan macam tak boleh nak berkawan dengan crew lain.Open door policy means when you have problems you can refer it to your beloved crew leader,crew trainer and your manager.If they cannot solve your problems,you may directly tell your problems to store manager.Lepas tu,aku terus cakap kat abg Shah(masa tu dia crew leader,skrg manager),aku taknak belajar ngan abg Joe.Ngada-ngada nya laa aku ni nak memilih plak.Dah lah sampai sekarang abang Joe ingat kes tu.
 
Lepas tu,aku jumpa ramai la kawan aku masa sekolah dulu kerja kat sini.Kenangan pahit aku kat sini kena marah n maki dengan manager,first time duit short kat mds RM 100.Macam tak logic kan tapi bila abg Bong kira balik dalam     RM 30 je kot.Tapi memey la,ak baru kerja mana ada duit.Nasib baik Fariq mayat tolong bayarkan separuh.ak bayar separuh.Lepas-lepas tu,memang banyak kali short ak pon x faham.Manager main duit ke aku salah bagi balance kat customer.Tapi ak kira 2-3 kali plak kalau nak bagi balance kat customer tu.Nak tambah lagi,orang yang ajar ak kaunter Kak Pah,shift manager Kak CT Fatimah.
 
Bila aku dah pandai jadi Drive Thru Order Taker.memang itu je la aku lenjan hari-hari.(baru-baru ni je semua shift manager bagi ak amek DTOTC).Aku dapat tau dariAzmi,kak Ida tak kasi aku jadi OTC sebab raut wajahku yang masam.Tak tau nak senyum.Memang pon.Aku lagi suka duduk drive thru,boleh jalan-jalan,buat air,tolong kitchen and skiving(haha ni tipu mana ada masa nak melencong,aku kan crew yg baik).
 
Dalam masa aku kerja ni,ada dua orang manager yang aku tak berkenan,Kak AZIE dan Kak IDA sebab mulut puaka diorang.Nasib baik la kak Khatijah dah insaf.Aku ni kira hebat jugak la kan,sebaab semua aku tau buat kecuali kitchen ak  x professional lagi, ak tau buat vat,grill n assembler.OK,sekarang aku nak wat list apa yg aku x puas hati.Harap korang sedar dan cuba berubah untuk diri sendiri dan Mcdonald.because our mission is the “Power of One for Number One”.
 
#Perangai manager n crew yang den tak gomar:-
 
1)suka mengarah crew itu ini,
 
tak salah kalau sekali sekala kita yang buat kerja itu tanpa mengarah krew.Janganlah bila kita dah jadi manager kita berlagak n bossy.Ikutlah resmi padi,semakin berisi semakin menunduk.E.g.Abg Sob lap dinding dan mop sendiri tanpa menyuruh crewnya buat sebab dia tau crew dia penat,Thank you kerana memahami krew anda.
 
2)marah crew depan customer plus dengan makian pulak tu.Eh!awak
 
sedar tak yang awak tu girl tak malu ke.kalau awak tak tau malu, kitorang sebagai krew ni malu sesangat tahu tak.E.g.Aku nak suruh manager ‘void’,dia boleh cakap camni:’aku ada banyak kerja lain la asyik nak void je kerja ko ni Syira’’Ok la,ak memang ratu VOID.Puas hati.TAPI satu yang saya nak TEGASKAN kat sini sometimes it was my mistake but sometimes it was CUSTOMER MISTAKES.
 
E.g.Mula-mula cust order set medium mcchicken walhal ak dah suggest set besar dia taknak,ak pon totalkan lah.Tetiba bila dah sampai depan cust cakap nak tukat set large.Abih tu takkan aku nak cakap tak boleh.sian plak kat cust tu,Tapi kadang-kadang ak wat gak kalau shift manager nya kerek @ cust yang kerek.Tp jarang sekali la ak wat jahat kat cust.
 
3)kesalahan atau kerja yang dibuat oleh orang lain tapi crew lain yang kena attack/buat kerja dia.
 
perghh yang ni memang bengang gila.tak pasal-pasal kita pulak dapat nama.E.g.Bubur basi 3tray,Tanya aku kenapa jadi camtu?Hello,may I ask u,since when I become a manager or  kitchen crew?E.g.2.Nama budak A duduk kat lobby.Tapi dia ayat manager x nak duk kat lobby.Then,manager pon cari lah sesape yg kelihatan lemah dan x menjawab utk gantikan bdak tu.
 
4)bila dia shift manager petang,dia akan tahan crew yang nak balik 3 pm onwards.
 
dia akan suruh crew tu pergi stock up(ok yang ni ak setuju bcoz it was our duty but it looks like most of the crew just take it easy bcoz they can ask me when I was place as DT.E.g.’Syira amik sundae,cup,lid,and blablabla.)Dan bagi memastikan adakah stock up itu wajib,saya sudah membaca SOC dan memang SAH bahawasanya sebelum masuk shift kena stock up,Tapi berapa ramai yang ada inisiatif itu melainkan korang mengharapkan orang lain stock up kan utk korang?am I right?nanti kita suggest suruh pihak Mcd buat ROBOT tak payah gunakan KREW dah.JIMAT  sikit.Lepas dah stock up,suruh wat lobby one round.lepas tu rotate orang break.
 
lepas tu sapu n mop area counter,pastu lobby plak.Hello what the hell is that,macam la krew petang takde.ko nak biarkan dia makan gaji buta ke?kitorang ni dah ponat dari pagi kerja.gunakanlah khidmat krew petang yg masih banyak tenaganya.Habis tu bilanya kitorang ni boleh balik.Kalau macam tu baik la ko suruh budak-budak petang tu balik rumah tidur,Biar kitorang kerja dari pagi sampai malam.Boleh  macam tu?
 
5)bila dia sebagai shift manager tak reti-reti nak rotate krew break.
 
tak suka gila bila kerja dgn dia(mostly manager pompuan) sebab mesti bagi break lambat.E.g.lagi setengah jam nak balik baru dapat break kalo camtu lobih baik den makan kat umah ajo.ataupun kita balik kol 11pm kan dia bagi kita break kol 11pm.Lepas tu dia suruh kita punch out dulu.Hello.talk to my hand please!time cust x in dia tak nak hantar break walhal crewnya terlebih sudah.cust plak x de.x kan itu pon ak nak kena ajaq hang.hang pikiaq la sendiri na.
 
6)dia rasa dia bagus sangat walhal perangai dia takde lah bagus mana pon.
 
E.g.Lateness.Dia marah crew datang lambat,tapi dia pon sama datang lambat.You as a manager must show good attitude to your crew and become a role model atau suri teladan.Lagi satu.aku rasa macam nak tendang laju-laju crew yg suka no show la,excuse la,mc la dan blablabla.
 
Korang kalau rasa-rasa dah tak berminat nak kerja silalah LETAK JAWATAN ANDA DENGAN SERTA-MERTA.ye lahkan buat apa kita nak menyusahkan diri,kawan@crew lain dan pihak pengurusan.atau dengan erti kata kasarnya buat apa kita nak simpan orang yang akan merosakkan imej Mcd.Betul tak?Lain lah kalau betul-betul sakit?Tp ada segelintir tu,mentang-mentanglah dia ada MC,boleh plak datang Mcd lepak.Perghh,ni lagi satu bagi hati den panas je.
 
7)Please be professional to those who are fall in love,kecewa
menonggeng ke syok sendiri ke.
 
Tolong tinggalkan segala masalah korang yang kat luar tu,Jangan bawa masuk dalam Mcd.Barulah kita semua boleh bekerja dengan aman dan focus.Ini tak,time kerja lah ko nak dating,nak manja-manja,nak gaduh-gaduh.Lepas tu effectnya kena kat customer n kawan@crew yg lain.Sebab mood korang memainkan peranan yg sangat penting ye kawan – kawan sekalian.
 
8)Boleh tak korang jangan set kat minda korang bahawasanya budak latenite takde kerja melainkan skiving a.k.a melepak.
 
OK,ak nak Tanya yg cakap tu pernah latenite ke?Ak dah pernah latenite.S     o,aku nak cerita sikit.Latenite susah,wa cakap sama lu.Ko dah lah takde runner,O.M.O.tau tak.latenite ada dua crew.1 utk drive thru,1 utk kaunter.yg balik pukul 7am settlekan dalam.yg blik kol 3@4@5 pagi wat lobby.pukol 3 – 4 am kena wat manual,Korang ingat senang ke nak kira manual ni?nak hantar tempat fries n tray pg basink(sorry kalo salah eja).
 
dah la deme ni nak balik on time,yg parah klo dapat yg basuh berjam-jam.Jenuh la nak menunggunya.Dah cabut kena pasang balik.Cabut ak tau,nak pasang tu ak perlukan bantuan sebab nak masukkan celah besi tu yg susah.Yg lain semua ak tahu.Ni saja la kan ak nak show off cket,PANDA kata,’Syira, ko sorang je girl yg angkat benda-benda berat tu suma’.Ak terkejut lah,abih tu kalo girl lain latenite sape yg angkat?.Panda kata,’bdak kitchen atau bdak basink yg angkat.OK fine,ak x kisah sebab abg Shah yg ajar ak wat benda suma ni.Sebabnya first time ak latenite,berduet ngan dia.
 
Ak bdak baru blaja,memang la kan.Tak melawan plak tu.Kalau KARAI plak,org yg kat lobby tu Tanya je,’Karai ke?perghh rasa nak bagi flying kick je .klo manager yg bertimbang rasa barulah keluar dari berkurung dalam kandang.OK,ak paham deme ada kerja nak wat.manager kan.tp yg musykil nya siap boleh tidur,surfing internet.bergayut dgn pakwe,menyembang n blabla yg boleh buat mata ak berbulu je nengoknya.lepas tu latenite crew kena lap dinding,pintu2 yg ada.stock up,sapu,mop,bersihkan tempat fries yg kat bawah tu.rendam nozzle.kemas mds(ye la crew yg jaga mds bila pkol 12 je terus balik tak perlu stock up or kemas bilik mds tu)Sebab korg pk bdak latenite x de kerja naty,biar diorang buat.
 
Abih tu ak pon boleh cakap camni,x payah ak stock up takut naty bdak pagi x de kerja.Nak tambah lagi buang sampah plus nak tahan ngantuk lagi.Cuba korang yg tak pernah latenite tu bayangkan,korang la OTC,RUNNER,OTDT,PRESENTER (ni bila org kat lobby tau nak siapkan lobby dia je padahal x de la bersih mana),sambil korang wat kerja bdak latenite.Klo cust in,rasa nak halau je diorang balik.Kekadang rasa cam x cukup masa korg tau x.Tp,ikhlas cakap,bdak latenite depan x de masa nak lencong(ak x tau la klo ianya hanya berlaku kat ak je), sebab bz kecuali bdak kitchen.siap boleh sembang dan duduk kat belakang,slamber jer bwh cctv.siap boleh pegi panaskan mulut lagi.(untunglah ak x merokok).Naty ak yang sapu puntung rokok korang tu kan.Benci nya.
 
9)Tiada sikap kerjasama walhal kita 1 team.1 united.
 
E.g.Time KARAI,ak amek order kaunter,DRIVE THRU takde order, presenter dia boleh tengok je.or else dia sibuk stock up.(ak rasa nak muntah dah asyik ulang ayat ‘STOCK UP’ dari tadi).Ok,now I want to tell you my baby’s,antara stock up dgn customer,TOLONGLAH!Treat OUR CUSTomer FIRST.Klo cust ramai,gc increase,gaji korang gak yg naik,atau dapat bonus and whatever as long as it gives you benefits.Klo korang nak kan kepastian sila berjumpa dengan para manager yg terdekat ye.E.g.2.Ak duk DT,ak tolong kitchen.klo org lain tlg tgok je la.Sebab ak pk kita dibayar gaji utk bekerja bkan utk menyembang,cari pasal nak gaduh,pastu punch out.memang macam apa je perangai korang kan.
 
10)If you want to be a gentleman,please be fair to all girl and woman crew.
 
pengalaman yang akan mematangkan saya di masa hadapan.Segala apa yang tercoret di atas adalah lahir dari hati saya,Bukan nak megutuk,Cuma untuk menyedarkan diri kita yang mungkin tak sedar,terlampau ego dan sebagainya.I know that I am not a good person,but I am always trying to be the best among the best.Di samping itu,saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai coretanku di atas mengguris hati mana-mana pihak.
 
Sesungguhnya aku perlu luahkan apa yang terbuku di hati ini.Semoga ada sinar perubahan pada korang semua.Semoga Mcd Puchong Permai terus maju dan masyuk.Kenangan di sini akan ku kenang hingga akhir hayatku.Insya    Allah.
Korang aku nak share pengalaman manis cust DT aku yg membuatkan ak terharu sangat.Saksi yang ada kak Tijah.Aku rasa dihargai sangat bila cust tu kata,”Saya seronok sangat sebab awak amek order dengan nada ceria.Saya rasa manager awak patut ba
Firstly.aku nak cerita masa aku OJE,Kak Izzah suruh ak tatang 3 ke 4 inner fries.ak wat je.Lepas tu ak dah maju skit angkat 1CASE fries.Tp bila CIO + CO2 masuk,berebut-rebut la bdak kitchen tolong amekkan fries,Takpe biar abg angkatkan.Adikkan perempuan.Ni kerja org lelaki je angkat berat-berat ni suma,Ya Allah,aku rasa nak tumbuk-tumbuk je ‘ABANG-ABANG’tu.Abih tu ak ni apa JANTAN ke.Walaupun ak gemuk,ak tetap seorang perempuan.
Sampai ak terjatuh ngan 1 CASE fries terhempap atas aku depan chiller tu.Sampai aku tak boleh pusing badan ak sebab sakit.Korang ingat benda tu suma tak effect ke?Satu hari naty ak pon nak kahwin,nak ada anak.Korang tau tak ak nangis kat bilik DT tu bila tengok korang bersikap DOUBLE STANDARD.Sebab tu la bdak2 baru ni manja sangat.Ramai sangat yg menghulurkan tangan nak membantu.Baik hati sungguh abang2 ni kan.

Pesanan Penaja:
Di sini,saya Nurul ‘Asyirah bt Mubi,ingin menyatakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para manager dan krew Mcd Puchong Permai yang telah memberi saya peluang untuk menceburkan diri dalam bidang fast food ini,Sesungguhnya ia sebuah gi penghargaan kat awak.Sebab selama ni crew amek order dgn nada marah,terjeri-jerit.’’

 
OK,Ak x mengharapkan apa-apa,tp klo boleh nak crew of the month pon boleh asal dapat medal tu.Ini setakat lekat gambar tp x de medal x guna gak,Tp impian ak terlalu jauh dari gapaian.Ak sedar ak x perfect.Tp I nak share kat u all,kita kena buat sesuatu benda tu dengan ikhlas.(nasihat ni org Mcd gak yg bagi kat ak,tp ak x ingat sape,Thanx hamba Allah).Barulah semua benda jadi.
 
p/s:benda ni aku taip lepas benti kerja.11.11.11 tp baru post.Sebab aku sakit hati gila masa tu.Sekarang,sumanya hanya tinggal kenangan.

Tuesday, 6 December 2011

Kehidupan sebagai seorang mahasiswi

Assalamualaikum,

16 Nov 2011-langkah ku hayun laju meniti tangga-tangga yang memenatkan aku untuk naik ke tingkat tiga,kolej Masria.ulang-alik angkat barang dengan family aku.Kat depan pintu masuk tu ada banner:-

''Selamat Datang Mahasiswa/wi ke UiTM Kedah''(dengan rasa bangga jadi warganya)

Ok la,aku nangis sikit je lepas keluarga aku balik. Sebab aku fikir setahun je untuk aku buktikan kemampuan aku kat sini. Lepas tu aku busy gila dgan MDS. Alhamdulillah, kitorang punya MDS takde buli-buli suma. Cuma penat je jalan kaki (boleh masuk acara jalan kaki dah kitorang ni.  comfirm kurus la aku duk sini kan.). Pastu kena bangun pukul 4am, tapi aku takut toilet full bangun la pukul 3.30am. Tidur pkol 11++pm. memey la, kitorang yang uzur ni pakat tidur kat PI.(Pusat Islam Ashabul Kahfi) sedap kan nama masjid kitorang. Korang ada?

Masa MDS ni jugak,benda yang aku tak pernah buat selama ni aku buat. korang nak tau tak amendenya? (klo x nak tau pon ada aku kisah ke?) Aku boleh tidur dalam keadaan duduk atas kerusi mahupun bersila. Itu namanya memang dah ngantuk tahap dewa la kan. Tambah pulak penceramah cakap macam dalam selimut je. Cuba la buat lawak sikit baru la saya tertarik, 

Contohnya,Ustaz Hadi. Memang aku suka gila dengar kuliah dia walaupun aku tengah mengantuk, akan ku bukak mataku ni luas-luas untuk mendengar tazkirahnya. Sebab cara dia menarik (zaman le ni ore minat hok yg serampang 2 mata: dakwah dalam jenaka). Kalau lu mampu wa tabik spring sama lu. Pastu ada sorang PM (Pembantu Mahasiswa ala-ala Fasilitator tu). Nama dia abg Bakhtiar  perasan jadi Badrol Bakhtiar. Dia ni pon bagus gak sebab pandai guna serampang 2 mata. i like it. Dia ni macam SY(Saleh Yaakob), yang DJ Sinar FM tu. I Followww!

MDS tamat dengan jayanya. Tapi lagi best bila majlis perasmian cum penutupan tu. Dah nak abih program boys request ''we want ABON!''. Mula-mula aku pelik gak Abon mana,rupanya abang PM. Baru aku perasan dia macam Abon. Walaupun hari dah larut malam tapi atas permintaan ramai, muncullah abang Abon tu. Punya la kuat pengaruh diorang ni kan?

Now nak cerita pasal bilik pulak. Bilik ni dikongsi oleh 4 orang manusia <yelah takkan halimunan plak>. Semestinya aku pilih katil bawah. Aku kan takut jatuh. Roommates aku sumanya ok la kot. Biasa la manusia kan banyak ragamnya. Tapi aku respect gila dengan roommates Iela. Diorang sporting,caring,sharing n pape je la yang aku nampak diorang mcam family. Tak macam kitorang ni, bila malam tinggal 2 orang je dalam bilik. Pastu suma pakat pendiam je. Termasuk la ngan ore yg sedang menaip ni kan. sedar diri siket. 

Pre Law ada 3 group.Nama aku tersenarai dala m group B.My beloved class rep was Mr.Mahfiz Hafzan. sedap kan nama dia. ore kok lanas,kelate. Dalam kelas aku banyak la ore klate nya, termasuk la kawan baik aku setakat ni cik Miera,ore KB. Orang bandar so tak pure sangat klatenya. Pastu dalam kelas ada group Mek Klate. Sebab tu la aku pon cakap klate. Pastu lawak lah ayat ni gege gegok yang membawa maksud bising kot. Masa MDS tu aku kawan dengan budak Sabah, nama dia Bibianah. Dah cakap Sabah kejap. Pastu jodoh kami tak panjang bila dia masuk group A. Aku memang dah agak dah kitorang mesti terpisah. My instinct is always right. Makanya kami kawan biasa je la.

Group B ni ada 29 ore.Malangnya ada 5 je lelaki iaitu Aaron, Ammar Haziq, Aziri(Cipi), Hidayat and Mahfiz. Haha mana la peginya my baby-baby suma.Kesian kat dinda ni takde partner-to-be. Mula-mula cam suma ada gang tersendiri.Syira always with Mira,Eila n Biela.(smart kan blkg suma nak A je).Tp sebenarnya kitorang boleh kawtim la ngan diorang bila ada group assignment.Ok je,so korang jangan la nak sombong sangat ek.

Makanan kat sini murah sangat berbanding kat Puchong,Tapi sekarang ni aku pelik la,hari nie mahal,esok murah plak.Masa minggu MDS tu makanan disediakan.Lepas tu,makan sendiri.Baru la tahu nak berdikari.Klo rasa lapaq hang turun la pi foodcourt.Aku terpaksa makan maakanan mamak disebabkan itu yang paling dekat,yg lain jauh nak mampus kot.Pastu aku dah muak makan lauk ayam n ikan keli hari-hari.Cuba masak siput sedut masak lemak cili api ke.

Pastu aku pelik kot kat Foodcourt Mahsuri,ayam goreng dia warna merah.Mama aku x pernak plak buat ayam goreng macam tu.Kat sini gak bekas polisterin dia lain,colour jernih n korang boleh pilih utk bungkus dlm plastik+suratkhabar.Tp aku x pernah pakai plastik,sebab dah slalu pakai polisterin.Aku labih suka bungkus makan dalam bilik.So,suka hati aku la kan nak makan gaya camne pon,x de la nak cover sopan dpan boys.Lagipun jimat masa kot.

Now about lecturer plak.Lecturer utk BEL 260 & 313 best gila.Tp yg sir Nasir tu suka panggil nama then cakap kat depan.Masalahnya asyik aku,mira,mahfiz n segelintir nama-nama yg HOT kena attack.Yg sir Azlan tu plak best sbab dia suka wat game.Klo LAW 012 N 016,Ok la gak tp x excited sgt.Overall suma nampak ok je.So,let's study.

Lastly nak cite pasal duit.Knapa la lepas aku kuar pg CENTRAL SQUARE,SG.PETANI duit aku asyik habis je.aku dah kuarkan dalam 2 minggu  ni je RM 250.habis la duit gaji aku.Beli buku je hbs RM101 dlm satu hari.Pegi Popular terbang RM 46.(Takkan aku x beli novel depan mata kot,lpas tu puas hati dapat beli La Tahzan),Then beli baju 2 helai RM60 sebab aku tawar baju tu utk kawan aku sekali.Boros ke aku ni?So sebagai balasannya,aku kena la berjimat cermat.Haari-hari makan biskut n roti.(Korg ingat aku mampu ke).Memang tak la kan Aku kan memerlukan zat-zat untuk tumbesaranTapi aku pelik gila ngan Finie(roommate aku) n Eila,dioarang makan biskut je utk dinner.Gila lah.

Aku dh cuba amalkan,tapi serious gila esok pagi(huh x yah esok pagi la,malam tu jugak perut aku dah berkeroncong wat konsert) aku lapar tahan gaban.Pastu aku ni jenis syg nak makan stock-stock dlm almari n bawah meja ni.Tak tau la knapa.Takut habis n malas nak bli baru sebab jauh nak keluar n of course i need money to buy them.

Lastly,aku pakai contact lens (konon nak cantik la kan).Pastu first time aku naik bas.Mesti la ngan kawan aku.si Yasmin tu.Then,aku sewa wifi nak wat assignment la katakan.Aku pg UK(unit kesihatan) sebab batuk n selesema.

Yes dah habis mengarut.Puas hati.Dah 3 minggu aku nak luahkan suma ni,tapi takde masa.Aku nak tido.Good nite n thanks sebab baca luahan hati ni.

p/s:assignment dah berderet tunggu.sape nak tolong saya.Pertolongan anda amat dialu-alukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...