Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 6 December 2011

Kehidupan sebagai seorang mahasiswi

Assalamualaikum,

16 Nov 2011-langkah ku hayun laju meniti tangga-tangga yang memenatkan aku untuk naik ke tingkat tiga,kolej Masria.ulang-alik angkat barang dengan family aku.Kat depan pintu masuk tu ada banner:-

''Selamat Datang Mahasiswa/wi ke UiTM Kedah''(dengan rasa bangga jadi warganya)

Ok la,aku nangis sikit je lepas keluarga aku balik. Sebab aku fikir setahun je untuk aku buktikan kemampuan aku kat sini. Lepas tu aku busy gila dgan MDS. Alhamdulillah, kitorang punya MDS takde buli-buli suma. Cuma penat je jalan kaki (boleh masuk acara jalan kaki dah kitorang ni.  comfirm kurus la aku duk sini kan.). Pastu kena bangun pukul 4am, tapi aku takut toilet full bangun la pukul 3.30am. Tidur pkol 11++pm. memey la, kitorang yang uzur ni pakat tidur kat PI.(Pusat Islam Ashabul Kahfi) sedap kan nama masjid kitorang. Korang ada?

Masa MDS ni jugak,benda yang aku tak pernah buat selama ni aku buat. korang nak tau tak amendenya? (klo x nak tau pon ada aku kisah ke?) Aku boleh tidur dalam keadaan duduk atas kerusi mahupun bersila. Itu namanya memang dah ngantuk tahap dewa la kan. Tambah pulak penceramah cakap macam dalam selimut je. Cuba la buat lawak sikit baru la saya tertarik, 

Contohnya,Ustaz Hadi. Memang aku suka gila dengar kuliah dia walaupun aku tengah mengantuk, akan ku bukak mataku ni luas-luas untuk mendengar tazkirahnya. Sebab cara dia menarik (zaman le ni ore minat hok yg serampang 2 mata: dakwah dalam jenaka). Kalau lu mampu wa tabik spring sama lu. Pastu ada sorang PM (Pembantu Mahasiswa ala-ala Fasilitator tu). Nama dia abg Bakhtiar  perasan jadi Badrol Bakhtiar. Dia ni pon bagus gak sebab pandai guna serampang 2 mata. i like it. Dia ni macam SY(Saleh Yaakob), yang DJ Sinar FM tu. I Followww!

MDS tamat dengan jayanya. Tapi lagi best bila majlis perasmian cum penutupan tu. Dah nak abih program boys request ''we want ABON!''. Mula-mula aku pelik gak Abon mana,rupanya abang PM. Baru aku perasan dia macam Abon. Walaupun hari dah larut malam tapi atas permintaan ramai, muncullah abang Abon tu. Punya la kuat pengaruh diorang ni kan?

Now nak cerita pasal bilik pulak. Bilik ni dikongsi oleh 4 orang manusia <yelah takkan halimunan plak>. Semestinya aku pilih katil bawah. Aku kan takut jatuh. Roommates aku sumanya ok la kot. Biasa la manusia kan banyak ragamnya. Tapi aku respect gila dengan roommates Iela. Diorang sporting,caring,sharing n pape je la yang aku nampak diorang mcam family. Tak macam kitorang ni, bila malam tinggal 2 orang je dalam bilik. Pastu suma pakat pendiam je. Termasuk la ngan ore yg sedang menaip ni kan. sedar diri siket. 

Pre Law ada 3 group.Nama aku tersenarai dala m group B.My beloved class rep was Mr.Mahfiz Hafzan. sedap kan nama dia. ore kok lanas,kelate. Dalam kelas aku banyak la ore klate nya, termasuk la kawan baik aku setakat ni cik Miera,ore KB. Orang bandar so tak pure sangat klatenya. Pastu dalam kelas ada group Mek Klate. Sebab tu la aku pon cakap klate. Pastu lawak lah ayat ni gege gegok yang membawa maksud bising kot. Masa MDS tu aku kawan dengan budak Sabah, nama dia Bibianah. Dah cakap Sabah kejap. Pastu jodoh kami tak panjang bila dia masuk group A. Aku memang dah agak dah kitorang mesti terpisah. My instinct is always right. Makanya kami kawan biasa je la.

Group B ni ada 29 ore.Malangnya ada 5 je lelaki iaitu Aaron, Ammar Haziq, Aziri(Cipi), Hidayat and Mahfiz. Haha mana la peginya my baby-baby suma.Kesian kat dinda ni takde partner-to-be. Mula-mula cam suma ada gang tersendiri.Syira always with Mira,Eila n Biela.(smart kan blkg suma nak A je).Tp sebenarnya kitorang boleh kawtim la ngan diorang bila ada group assignment.Ok je,so korang jangan la nak sombong sangat ek.

Makanan kat sini murah sangat berbanding kat Puchong,Tapi sekarang ni aku pelik la,hari nie mahal,esok murah plak.Masa minggu MDS tu makanan disediakan.Lepas tu,makan sendiri.Baru la tahu nak berdikari.Klo rasa lapaq hang turun la pi foodcourt.Aku terpaksa makan maakanan mamak disebabkan itu yang paling dekat,yg lain jauh nak mampus kot.Pastu aku dah muak makan lauk ayam n ikan keli hari-hari.Cuba masak siput sedut masak lemak cili api ke.

Pastu aku pelik kot kat Foodcourt Mahsuri,ayam goreng dia warna merah.Mama aku x pernak plak buat ayam goreng macam tu.Kat sini gak bekas polisterin dia lain,colour jernih n korang boleh pilih utk bungkus dlm plastik+suratkhabar.Tp aku x pernah pakai plastik,sebab dah slalu pakai polisterin.Aku labih suka bungkus makan dalam bilik.So,suka hati aku la kan nak makan gaya camne pon,x de la nak cover sopan dpan boys.Lagipun jimat masa kot.

Now about lecturer plak.Lecturer utk BEL 260 & 313 best gila.Tp yg sir Nasir tu suka panggil nama then cakap kat depan.Masalahnya asyik aku,mira,mahfiz n segelintir nama-nama yg HOT kena attack.Yg sir Azlan tu plak best sbab dia suka wat game.Klo LAW 012 N 016,Ok la gak tp x excited sgt.Overall suma nampak ok je.So,let's study.

Lastly nak cite pasal duit.Knapa la lepas aku kuar pg CENTRAL SQUARE,SG.PETANI duit aku asyik habis je.aku dah kuarkan dalam 2 minggu  ni je RM 250.habis la duit gaji aku.Beli buku je hbs RM101 dlm satu hari.Pegi Popular terbang RM 46.(Takkan aku x beli novel depan mata kot,lpas tu puas hati dapat beli La Tahzan),Then beli baju 2 helai RM60 sebab aku tawar baju tu utk kawan aku sekali.Boros ke aku ni?So sebagai balasannya,aku kena la berjimat cermat.Haari-hari makan biskut n roti.(Korg ingat aku mampu ke).Memang tak la kan Aku kan memerlukan zat-zat untuk tumbesaranTapi aku pelik gila ngan Finie(roommate aku) n Eila,dioarang makan biskut je utk dinner.Gila lah.

Aku dh cuba amalkan,tapi serious gila esok pagi(huh x yah esok pagi la,malam tu jugak perut aku dah berkeroncong wat konsert) aku lapar tahan gaban.Pastu aku ni jenis syg nak makan stock-stock dlm almari n bawah meja ni.Tak tau la knapa.Takut habis n malas nak bli baru sebab jauh nak keluar n of course i need money to buy them.

Lastly,aku pakai contact lens (konon nak cantik la kan).Pastu first time aku naik bas.Mesti la ngan kawan aku.si Yasmin tu.Then,aku sewa wifi nak wat assignment la katakan.Aku pg UK(unit kesihatan) sebab batuk n selesema.

Yes dah habis mengarut.Puas hati.Dah 3 minggu aku nak luahkan suma ni,tapi takde masa.Aku nak tido.Good nite n thanks sebab baca luahan hati ni.

p/s:assignment dah berderet tunggu.sape nak tolong saya.Pertolongan anda amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...