Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 30 January 2012

Hari yang paling mencabar

Assalamualaikum,
                Hari ni penat gila sebab kelas dari kol 8 pagi sampai 6 petang.Tetiba madam Sarirah nak wat replacement kelas Law 016 kol 6.30pm-7.30pm.What??Dah la buku tak bawak.Pastu nak solat asar lagi coz kelas direct dari kol 2.10pm-6pm kan.Oleh itu,kami wat keputusan untuk balik (jalan laju2 tanpa hiraukan diorang yang masih terkedek-kedek.jalan sambil sembang).Padahal masa ada setengah jam je woi.Kitorang janji nak turun kol 6.25pm sebab kelas dekat je pon kat DS1.(dekat la sangat,konon pejam mata boleh sampai).

   Sampai kelas dah ramai la yang dah datang.Majority kelas A la kan sebab diorang tak de kelas tadi.Yang kelas aq tu mungkin diorang tak balik rumah bilik dulu dan solat di surau berdekatan.Dan tak amek buku@dah sedia ada dalam beg.Mana tau kan kot beg doraemon.HAHA,lawak n rindu sesangat nak tengok doraemon.Tapi,ada gak yang datang lambat.Apa la korang ni.MASA ITU EMAS tahu tak?So,hargailah ia dengan cermat.

         Pastu nak cite siket aq takut datang lambat sebab akan menyebabkan mood lecturer dan kawan2 berubah kepada marah+moody+bengang.So,sila datang awal.Biar kita tunggu lecturer jangan pulak lecturer tunggu kite.Sakit hati doe klo ko kat tempat dia.

  Oh,lepas habis kelas aq lari jalan laju2 sebab ada training taekwondo kol 8.30malam kat tennis court.Kawan2 aq kata ko x penat ke syira?Aq pon membalas:selagi aq berdaya dan ada kudrat akan ku gagahkan jua kaki ku ini melangkah walau dengan apa cara sekalipon.(pergh ayat ko superb gila).
Ok,cerita di sebalik ayat tu ialah aq mendapat kata2 perangsang dari my beloved Sir Fendi(coach taekwondo la) dia kata Selangkah ko dah maju ke depan jangan pandang belakang dah.Teruskan maju ke hadapan lagi.Yes thank you so much sir for that sentences that inspired me throughout this tired Monday.

   Oh,pastu hari ni aq dilanda sakit kepala sebab tidak ambil lunch(konon kenyang makan nasi lemak kol 10am).Plus test berderet-deret menunggu seiring sejalan dengan assignment.Esok ada test Bel 260 a.k.a MUET class.Aq pon balik bilik terus mandi dan makan nasi goreng pataya(akibat kebuluran yang amat sangat).Lantas solat Maghrib plus baca Yasin(aq sempatkan gak sebab aq dah lemah semangat ada bdak kena histeria semalam) dan terus berlari ke tenis court.Waktu sekarang menunjukkan pukol 8.45 malam.Aq pk nak bagi alasan saya lambat sebab baru habis kelas.

     Tuptup aq pergi ada sorang je mamat ngan lampu tak buka nya.Lantas aq call Azman tapi x angkat.Lantas aq hubungi aweknya a.k.a S/U Taekwondo.Dia suruh tunggu situ.Sampai cerah aq tunggu dan mamat tu pon balik,Waa takut doe.Aq call kak Zana balik dia kata balik je sebab dah kol 9 malam kan.Ahh,penat aq berlari dan bersemangat waja utk training.Oh lupa pula,aq dok sorang2 dalam gelap sambil layan lagu jiwang.Abih tu takkan aq nak pergi dok kat sebelah mamat tu dalam gelap plak kan.

     Sampai bilik konon nak study utk esok,tapi menghadap ini dulu(mentang2 ada line),tetiba Dilla call suruh pergi UIA 2-4 feb ni ada sparring tournament kejadah.Kan aq dah kata aq nak sangat pergi tapi pre law club kerek dah booked aq dulu utk kem motivasi.Aq kan kurang motivasi.Sorry ek.

p/s:bulan FEBRUARY paling BUSY dengan aktiviti kelab n test.Semoga aq mampu menjalani hidup sebagai mahasiswi yang cemerlang,gemilang & terbilang dalam akademik,koko n sahsiah diri.
p/s 2:minggu ni n next week,i'm busy with replacement class due to our holiday.Banyak plak holidaynya kan dah kena ganti banyak2.Waa nak nangis sehh.Choww...


Malam AJL 26

Assalamualaikum,
  
    Aq nak update semalam tapi line x de dah seminggu.Aq call x angkat.Voice mail je tau ko takut kena maki ngan aq.Kat voice mail pon jadi aq lepas geram kat depa.Semalam aq turun kol 9 lebih sikit sambil bawa laptop untuk on9.(konon banyak line kat bawah,tp hampeh je).Pergh gila ramai tak pernah penuh kat bilik tv selama ni.Semua tempat dah kena booking.Takkan la aq kena bersila kat bawah pulak.Tapi,luckily ada satu tempat kosong untuk aq yang comel ni kan.Sambutan sangat menggalakkan dari kalangan mahasiswi tanpa menyedari bahawasanya esok kelas kol 8pagi.Plus ada quiz.Asal dapat tengok AJL 26 kan..

    Ok,layan je la lagu tu.Walaupon aq rasa bosan kecuali lagu yang aq minat je.Lagu yang aq suka layan ialah  Sg.Lui,Kalau Berpacaran(rasa cam dah muak plak),Cinta Muka Buku,dan Beribu sesalan.Ramai gak la yang balik bilik sebab bosan+ngantuk.Tapi aq tetap tak nak beralah sambil layan game.Tapi persembahan yang aq suka gila awan nano siap ada sketsa lagi dan alyah cam barbie doll doe.Then,paling best tribute to Arwahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad.Azlan+Black+Hazama.Sumpah best dan lagu paling meruntun jiwa Salam Terakhir.
  
 Berikut adalah pemenang bagi kategori:(aq tulis sambil dengar kot)
1.Lagu yang paling banyak dimuat turun:Sedetik Lebih(yang ni x yakin coz aq x tulis plak)
2.Persembahan Terbaik:Kisah Hati - Alyah
3.Vokal Terbaik:Awan Nano - Hafiz
Tempat ke-3:Faizal Tahir - Karma
Tempat ke-2:Beribu Sesalan - 3 Suara
JUARA:HAFIZ - AWAN NANO

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG DAN PENONTON YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MENJAYAKAN AJL 26 SEMALAM.

   Corat-coret:Ada orang kena histeria sebab stress wat assignment IM.Pastu kitorang histeria bila Alyah peluk Remy Ishak.Eeii,geram plus jealous. Korang perasan tak Shila Amzah jatuh tangga.Kesian dia tapi sape suruh pakai baju yang meleret camtu.Sendiri pakai sendiri tanggung la sis.Tapi chill la ramai je yang pernah jatuh tangga kan.(termasuk aq sebab tapak kasut yang licin).Pastu aq respect gila kat Hafiz boleh plak dia pakai tracksuit n tshirt je.Aq ingat dia tukar suit lepas tu.Memang slamber la lu bro.

p/s:whatever it is,i was happy n satisfied.Chill k.Dont stress yourself.Allah always there for you.

Saturday, 28 January 2012

post di fbku berubah

Assalamualaikum,

  hmm do you feel boring online fb?to me,seriously i am bored to online fb.But for sure everyday you want to open your fb account rite?I don't know why maybe i was addicted eventhough i said that i am bored.I just open my fb account around March 2010 after early term test.

  So,now i just post something that give benefits to my friends and me.For example about motivation,
love and mostly now i am more to islamic views.I am not so pious but i am trying to be a good Muslimah by make rewards for my next Hereafter.

   And suddenly i thought why must i post something that are ridiculous,nonsene n etc.In instance,
show my sadness,weekness,enragement n etc.Suddenly, i read someone post like this:-why should we tell your friends about your problem by writing in the wall?and you should know that by talking to the wall was Yahudi behaviour.So,we should tell our problems to Allah through DOA.Am i Right?Do correct me if i'm wrong.

    As a conclusion,try to be the best among the best.increase your good deeds day by day because it can helps us in future.Please dont look down on me.I am just trying to be a good Muslimah,and i know that there are more i must learn.But i always remember this saying "one step forward are better rather than satying in the same condition".And do guide me if i am wrong.I am not perfect.That is the fact that everybody should know.,Chow...

p/s:sorry terENGLISHan disini.Terpengaruh sangat la dalam kelas kan dok speaking x sudaa.Tapi saya x pandai sangat.Grammar pon cam hampeh je kan.Saja je nak try plus mood nak write in English tu mai.Tapi rasanya i just use simple english words rite?smile always...

kurang air=bibir kering

Assalamualaikum,

Hari ni dah berbotol-botol air aq minum..Korang rasa aq minum air apa?Coke ke Teh Ais?Pergh mau meleleh air liur aq.Tapi,aq minum air masak je pon.Habis aq masak lagi.Yela aq kan fobia nak pergi UK,nanti kena telan ubat pil.(Aq hanya boleh telan ubat yang dalm bentuk cecair je).Kalo x aq muntahkan balik secara automatik.So,kena la cairkan ubat biji tu.
   

      Kenapa aq fobia?Sebab doktor tu kata tonsil aq bengkak coz aq minum air water cooler yang tak dimasak pastu minum ais.Yes,sejak tu aq haramkan diri aq dari minum air water cooler walaupon aq dahaga sangat2.Aq rela masak air dari kena telan ubat biji plus aq bila batuk memang amek masa berbulan-bulan nak pulih kembali.Ni menurun mama aq la ni.

   Alhamdulillah,sehingga ke hari ni aq masih berpegang pada prinsip aq tu.Say NO TO WATER COOLER!Dia kata sebab filter tu dah berkarat,dah lama x cuci.Tapi kalo nak minum gak sila masak ye.
Ok,back to the topic.Aq dah jadi doktor pulak bagi nasihat tentang kesihatan ni kan.

    Dari pagi asyik minum air masak je kan.Pastu nak kencing.Tu je kejanya.Tapi kita disarankan untuk minum 8 gelas air milo putih/masak setiap hari kan.Aq baru minum 4 botol air tu pon dah kecoh.Mungkin cuaca panas dan bendalir dalam badan aq terhidrat.Oleh itu,minum lah 100 plus untuk menyegarkan diri anda.Aq suka sangat minum 100plus konon nak recharge energy la kan.

  Pastu bibir aq kering.Selalunya aq pakai lipbalm tapi dah malam2 ni.Takkan nak pakai lipbalm plak kan.Pastu aq yakin korang mesti suka gigit bibir tu kan.Rasa geram doe ngan bibir kering ni.

  Konklusinya,keja aq hari ni masak air je la.Pastu pergi toilet.Gigit bibir..Lastly,aq boleh jadi ahli sains la ni coz tahu fakta sains ni.Padahal fakta sains ni adik aq yang minat dok menghafal.Konon nak jadi saintis.Tapi mama aq suruh jadi doktor.Untunglah,mama aq guna kuasa veto untuk menentukan kehidupan anak2 beliau.Korang ada?

p/s:aq umpama boneka yang memainkan watak yang dberi.pergh ayat jiwang x ingat.rasanya ayat novel ni.tp x ingat plak novel apa.

C.I.N.T.A & A.I.R.M.A.T.A

Assalamualaikum,
   
    Aq ke ni?Tetiba nak discuss pasal CINTA bagai ni.Ini adalah kesan bila aq dok menumpang kat bilik kawan aq ni.Semua dah berteman kan.Memang ko akan rasa happy gila tapi bila ada krisis sampai nangis2 bagai.Cinta dan airmata memang tak dapat dipisahkan.Seriously korang buat aq takut untuk bercinta doe.So,awak yang bakal jadi pasangan saya,tolong jangan sakiti hati saya.Sebab saya akan sayang awak sangat2 kecuali jika Allah tarik rasa sayang saya tu daripada awak.(Pergh ayat novel bhai).OK,Now i want to share with u,things that will make your partner crying for the whole life day.(Yeke,ntah la it depends on your own).
  
1) Awak yang bakal/dah jadi bf tu tolong la jangan sakiti hati gf korang kerana diorang punya hati yang sensitif dan lembut.Kalau ko dah x sayangkan gf ko,bebaskan dia.Semoga dia dapat cari pasangan yang tercipta untuknya.

2)Jangan buat awek/pakwe korang jealous tahap gaban.Contoh:-ko call awek ko dan ajak beliau berjumpa.Pastu boleh plak ko bawak sekali pompuan lain sekali.Ye aq tau mesti ko nak kata tu cuma kawan/sepupu/adik n etc.Ala lelaki kan pandai wat alasan nak cover line kan.Aq yang bukan awek dia pon terdetik dalam hati "Ish,kenapa plak pompuan ni ada kat sini.Dia tak tau ke orang tu dah berpunya" atau "yang abang ni pon sama dah tau gf dia kuat jealous,yang p letak ajak awek jumpaa kat situ watpe?"

3)Hargai pasangan korang dan terima dia seadanya.Kita kan saling melengkapi antara satu sama lain.
Jangan plak ko pergi jaja kekurangan pasangan korang kat kawan2.Ingat lah bahawasanya Nobody is Perfect.Pastu jangan nak hipokrit sangat.Just be yourself.Kalau dia tak boleh terima ko,just forget him/her.

4)Tak perlu nak CONTROL hidup bf/gf ko.Baru couple beb belum nikah lagi.Lain lah kalau dah ada status yang HALAL tu aq x kisah la kan.Suka hati la nak kawan ngan sape pon.Takkan nak berkepit ngan bf/gf je.Tapi tolong jangan amek kesempatan dalam kesempitan  dengan kebebasan yang diberikan ye awak2 suma.Ko dah tahu ko tu dah berpunya,jangan la mengGATAL dok layan mamat/minah lain yang mana korang memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk tacke korang.Tau la korang nak taste market.

5)Luangkan masa korang walau seketika cuma dengan call/text/fb n etc.Korang tahu x gf ko akan rasa disayangi dan dihargai bila dia tengah berdukalara korang call dan tenangkan dia.Sweet sangat awak.Pastu ingat la tarikh2 penting.E.g:-beday bf/gf,annivarsary korang couple.Ini tak gf ko dah berangan konon nak wat suprise party untuk ko,tapi ko boleh pulak x ingat beday ko sendiri.WTFish je kan.

Hmm tu jela yang sempat saya fikir dan dari pemerhatian saya terhadap kawan2 saya ni.Nanti saya pk lagi.Awak pon pk la sama ye.Sama-samalah kita menjaga hati pasangan masing2 ye.Do you know how much i love you baby?(ops,knapa pakai saya-awak ni.nampak gedik le pulak.)

p/s:kalau boleh saya nak jumpa pasangan yang telah diciptakan untuk saya terus dan terus kahwin.hmm boleh ke?bahagia ke nanti.Takut la kalo couple lama2 tapi x kawin2 pon kan.Dosa tau.
p/s 2:Sir saya wat solat istikharah and he found her face wife before he perform his Suboh prayer.Then,he directly ask her wife to get married engaged.Ya Allah,sungguh kagum dengan kebesaranMu.Nanti saya akan wat camtu gak.

Friday, 27 January 2012

Papa i love u & kisah seram

Assalamualaikum,

Kesian aq kan baru tengok movie ni semalam.Tu pun atas ehsan roommate aq.HAHA.Sebenarnya aq x pernah layan movie kat laptop ni(piracy doe)student law la katakan.Selalu pergi cinema je.Tapi, semalam terpaksa gak sebab connection macam s*** je.Rasa cam nak hempuk je laptop ni.Tapi,
aq ingat pepatah ni "kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar"(awat rasa cam pelik ja).Think rasional ok.Kalau aq hempuk laptop ni mampuih la ayah aq marah n membebel.

   Ok,cerita ni sweet sangat walaupon hero dia aq x kenal.Tapi Mia n Lisa dah cukup untuk menaikkan seri movie ni kan.Jalan cerita dia ringan je tapi air mataku menitis gak la kan.Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.Sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak yang disayangi.
 So,sayangi lah ayah anda sementara hayat dikandung badan.Aq layan sampai kol 1.30am kot.Terus tido sebab ada benda seram berlaku.Ketuk-ketak bunyi kat almari.Dah la aq tinggal ngan Finie je.Jangan la main2 time aq sedang ABC ni choii.Tak pernah2 aq pergi toilet berteman.Sanggup plak aq call ila ajak teman sebab finie dah tidur.


     Oh lupa pulak malam tu dalam kol 8 malam,kitorang nak turun p forum wacana anjuran kolej Masria.Aq pg bilik ila,tapi lupa bawak matrik kad.So,aq pon p balik bilik tanpa buka lampu coz aq tahu aq gantung kat depan almari.Tetiba ada bunyi ketuk-ketak lagi kat tingkap.Ya ALLAH,memey berlari aq balik bilik Ila dengan kaki ayamnya.Bila aq ABC,semangat aq memey lemah gila.


      Ya Allah,jauhilah aq dari diganggu oleh syaitan dan seangkatan dengannya.Kuatkan semangat aq dengan pendinding diri.Chow..
   

Thursday, 26 January 2012

Ada tapi macam tak wujud

Assalamualaikum

      Gempak x tajuk tu?Tapi aq rasa cam berbelit je.Takpe naty aq explain.Kengkawan aq tanya banyak pulak masa ko nak update blog hari2.Ok,sebenarnya masa boleh dicari.Dan sebab utama ialah aq bosan duduk dalm bilik ni.Memey la dalam bilik ni ada 4 orang tapi rasa macam ko duduk sorang2 tau x?Sebabnya semua bagai enau dalm belukar melepaskan pucuk masing2.Buat kerja sendiri.Mesti korang nak kata aq x pandai nak berkawan la,x peramah la,budak law memey sombong la n etc...

  Kengkadang aq rasa macam terpinggir doe dan jealous tahap gaban ngan roommates Iela dan jiran depan+sebelah bilik aq yang sporting dah macam family.Sebab tu aq selalu menumpang kasih sayang mereka dengan lepak kat bilik M1-03-10.Kenapa kami x boleh jadi macam tu.Seolah-olah ada jurang yang memisahkan kami.Semua pakat masuk bilik untuk tidur.Siang pergi kelas.Malam pergi makan ngan kawan2 dan balik untuk tidur.Kalau hari cuti pulak aq tinggal sorang je sebab depa suma pakat balik umah masing2.Untunglah rumah depa kat Alor Setar,Sg.Petani n Penang.

 Konon untuk merapatkan jurang aq tanya la soalan bodoh.(sebab asyik tanya soalan tu je).Contoh:-

1.Esok kelas kol bape?
2.Tak balik ke cuti ni?
3.Dah makan belum?
4.Korang test Math bila?Sebab kawan syira test Sabtu ni?

SEE!AQ SANGAT AMEK BERAT KAT DIORANG KAN?TAPI DIORANG ADA TANYA KAT AQ CAMTU?IDAK LE TEMAN.

   Mula2 aq pelik la gak,kami x bertegur sapa walaupun tidur katil yang sama(atas bawah),duduk kat meja study yang sebelah-menyebelah.Tapi,wtfish boleh senyap camtu je.So,aq follow la rentak diorang.Tapi sumpah la aq x boleh kalau x bercakap.ingat aq bisu ke.Luckily,i got a blog to show my feeling.Aq dah x tau nak wat camne lagi untuk merapatkan hubungan kami.Gamaknya sampai habis sem la camni.

  Kan best kalau roommates macam family.Pastu boleh share everything.I.e:-share kasut.iron,kettle, makanan.Takde lah masing2 bawak sorang satu.Kan dah penuh bilik kita ngan iron n kettle satu sorang.Pastu membazir nak bayar RM10 setiap satu barang elektrik.Dan paling aq nak sangat celebrate beday sama2.Ini beday roommate pon x tau bhaii.Apa cite?Hari tu beday Ieqa 15 dec pon aq tau bila dia dapat call kol 12malam tu kan.Itupon aq je yang wish,yang lain boleh wat x tau je.Lihatlah betapa sifat kasih sayang sesama insan itu semakin pudar dari hari ke hari.Tolonglah faham jiwa aq penuh dengan kasih sayang n aq nak korang sayang aq macam aq sayang korang gak walaupun kita baru kenal.Choww..

p/s:hati ku menangis dengan perbutanmu.eceh,jiwang x ingat.

ada apa dengan 2-4 FEBRUARY 2012?

Assalamualaikum,

Penat baru balik training taekwondo kat centre.Tapi x pe dapat jumpa kekasih gelap kan.Haha.Tipu je,aq je yang usha dia.Pergh sekali naik motor berkuasa tinggi pulak.i like it so much.Pastu singgah 7e beli air.Ini aktiviti wajib lepas training walaupun terpaksa melintas jalan.Balik bilik on9 facebook.And you know what,i think i want to scream as loud as i can because:-

1.Mr.Presiden Pre Law Club wat statement yang pre law part 1 wajib pegi KEM MOTIVASI di Kuala Nerang pada 2-4 Feb ni.Pergh,memey la aq dah bagi nama nak pergi Tganu laa.Lagi best bila tindakan akan diambil pada yang tidak hadir.

2.Taekwondo pon ada tournament kat UIA Gombak pada 2-4 Feb ni.Aq nak masuk sangat tapi aq pk aq kan dah bagi nama nak pg Tganu tu.Takpe la lagipon aq baru nak refresh balik lepas 7 tahun meninggalkan kekasihku taekwondo.Lagi sedih bila x de atlet.Tapi UiTM luluskan 20 orang atlet.

3.My Dear Arabic Club,kesian ko kan aq terpaksa membuat pilihan.Dah la OPKIM pon x dapat pergi.Aq cadang nak tarik diri pergi Tganu dan pergi Kuala Nerang dengan berat hati.So,kepada awak2 yang kecewa x dapat pergi Tganu sebab tempat dah penuh,Get ready coz i want u to replace my place and i hope you will enjoy the trip.Pastu,kami 4 orang la tarik diri sebab semua pre law students kan.

Negative thinking:-Kenapa semua benda yang aq nak x dapat.Senang cite semua aq x pergi.Study je.
Positive thinking:-Allah tahu apa yang terbaik untuk aq.Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Di saat ini,hati aq ada kat Arabic Club tapi kalau ikut akal yang waras dan fikiran yang rasional aq pergi Pre Law Club.Ihateitsomuch..........

Tuesday, 24 January 2012

Method untuk Tercekik tulang

Assalamualaikum

    Pukol 8 malam tadi lepas mandi aq turun beli makanan kat dining Masria.Pergh,lauk x mengancam langsung.Tapi,terpaksa le beli juga sebab dah kebulur tahap  gaban.Mana x nya lunch x makan.Takut punya pasal.Aq pon beli la nasi putih dan ikan kembung sambal.Nak lagi sedap tambah air F&N strawberry.

   Sampai bilik aq terus basuh tangan dan makan.Selalunya aq makan ikan dengan hati2 tapi benda nak jadi kan.Dok kejar Vaanilla Coklat sangat kot.Suapan yang terakhir tu aq rasa cam ada benda terlekat kat kerongkong.Aq cuba la telan.Ya Allah,Peritnya rasa.Dan aq sangat yakin dan pasti bahawasanya ianya adalah tulang ikan.(besar kot).So apa tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini:-

1.Telan air sampai tulang tu turun masuk perut korang.Kesannya,kerongkong korang akan sangat perit setiap kali nak minum,makan even nak telan air liur pon.Petua orang dulu2,telan nasi yang dikepal.Masalahnya aq x de nasi dah,takkan nak p turun beli nasi lagi kot.

                                                              ATAU

2.Jolok mulut ke kerongkong sampai korang muntahkan balik tulang tu.Yes,it looks like disgusting.But this is the easy way and cheap.Sekali je korang sakit pastu ok dah.

                                                           ATAU

3.Last step ni untuk orang kaya,penakut,dan sewaktu dengannya la kan.Apa lagi pergi jumpa doktor pakar semata-mata untuk buang tulang yang terlekat kat kerongkong korang tu.Yang ni serious doe aq x tipu.Gila senang doctor tu dapat duit kan.Cungkil je tulang tu dan korang cuma perlu mengangakan mulut.Dah dapat RM 50.Ni harga 3 tahun lepas.Cousin aq yang tercekik tulang.

   Korang rasa aq ikut method yang mana?Mesti lah no.2 walaupun aq rasa perit gila.Selalunya aq guna method no 1 kalau kat rumah la kan.Alhamdulillah,aq mampu melakukan proses menjolok tu dengan baik dan tulang tu x masuk ke dalam sangat..Lepas ni mesti trauma nak makan ikan dah.

                     "Berhati-hatilah walau dimana anda berada pada setiap ketika"

Perjalanan yang penuh onak duri

Assalamualaikum,

Camne CNY holiday korang?Pasti menarik,tertarik,ko memang da bomb kan?Hopefully,korang enjoy your holiday.Aq baru sampai pagi tadi around 5.30am kat SP.Memang penat sangat sebab dari SP-SHAH ALAM-TERENGGANU-SP.Memang aq bercuti duduk dalam kereta dan bas ekspress je.
Tapi,walaupun penat@sakit badan(x best doe tidur dalam bas x boleh baring+x de bantal peluk),at least aq dapat jumpa mama,ayah,adik,angah dan saudara-sepapat aq.

   Perjalanan nak balik Shah Alam hari tu memang hampeh.Sepatutnya,aq naik bas kol 11malam tapi tunda sampai kol 12.30 malam.Aq cuak gila sebab keadaan di stesen bas tu dah lengang.Tinggal aq ngan Dayat je.Ohh lupa nak bagi tau.Rupa-rupanya,aq n dayat satu bas pulak.Pastu,aq pergi tanya kaunter tu banyak kali sampai dia bosan.Dia kata bas KMK tu rosak.Yang lagi satu kaunter pulak kata bas ada kat Alor Setar lagi.Wei.maunya aq x cuak yang Dayat boleh rileks je.Aq yang pergi tanya ke hulu hilir.

   Pastu kitorang pon naik la bas GP Ekspress.What??Padahal bas kitorang KMK.Executive coach.Sekali dapat bas macam hampeh.Seat dia 2-2,dah la sempit gap dia.Memang kebas kaki aq.Seat tu pulak kecik+keras.Camne aq nak tidur.Mula2 x de orang duduk sebelah aq.Dayat dok belakang aq je.Tapi,masa dia berhenti kat Petronas Sg.Pulai,ada la mamat ni dok sebelah aq.(macam dah x de tempat lain,duduk la sebelah Dayat tu.)Sape yang nak turun KL,naik bas lain.Yang si Dayat nak follow aq pulak.Mesti ko takut nak turun sorang2 kat KL nanti kan sebab tu ko follow kitorang sampai Shah Alam kan.Sanggup pulak kakak ko datang dari Putrajaya amek ko kat S.Alam kan.Oh,lupa plak mamat ni tidur x ingat dunia plak.Aq nak turun kat S.Alam,dia boleh x bangon2.Sepak kang baru tau.Tau la ko turun kat Klang.Nasib baik ko bangun kalo x,aq suruh Dayat kejut ko.

    Hari Sabtu pukol 4am,kitorang bertolak balik kampung di Terengganu.Alhamdulillah,jalan x sesak.Sampai je singgah rumah dulu turunkan A4 paper yang ayah long order tu.Baru ringan siket kereta tu.Pastu terus pergi Pasar Manir cari Tok.Sumpah lembap pembinaan pasar baru.Dah 2 kali pilihanraya kot.Aq cakap kat tok aq suruh report kat Aduan Rakyat je.Pastu,lepak2 di sini+menghabiskan duit,kitorang pon balik umah.Hari ni dihabiskan dengan tidur.

  Esoknya kitorang breakfast kat Pasar Payang sebab nak hantar Tok pergi berniaga.Lepas makan Nasi minyak lauk ayam(besar tau ayam dia,kalo kat kg tu alahai secoet je ayam dia,tapi mahal.).Pastu pergi memborong asam,wafer dan stok2 yang lain utk bawa bekal balik asrama.Petang tu kitorang pergi makang ikan goreng+sotong goreng tepung kat Seberang Takir.Tempat wajib pergi makan setiap kali balik.Sedap doe.

  Besoknya mak Ngah aq balik.Memang meriah rumah Tok.macam hari raya pulak kan.Kitorang habiskan masa dengan main badminton,lepak+sembang,main crossword dan pergi rumah ayah long.Ok,sumpah bosan buat aktiviti ni suma.Oleh itu,suma pakat marathon tidur.Malam,tok belanja cucu2 dia makan roti canai kat kedai depan tu.Terkejut aq doe abg Hakim makan 4 keping roti cANAI.Ni mencekik ke apa?

    Semalam pukol 9.30malam,aq naik bas balik SP dari Kuala Tganu.1st time aq naik bas dari sini.Aq pelik bila naik2 bas x de no seat.Rupa2nya duduk je mana2.Adik aq dah copkan tempat aq.Pastu aq tengok sikit je org dalam bas tu.Rupa-rupanya dia amek orang kat Permaisuri n Kerteh.Tapi,aq suka sangat2 bila sebelah aq x de orang sebab seat dia lebih kurang macam yang aq naik masa balik S.Alam dulu.Memey aq tidur melunjur kaki.Aq ngantuk sangat tapi x nera(lena) doe tidur dalam bas ni.Sekejap2 terjaga,tapi nasib baik boleh tidur balik lepas tu.

  Sampai SP pukol 5.30 am,ada pakcik tu dah tunggu.Aq n budak Pasir Mas tu naik keta Kancil dia.Pakcik tu ajak singgah beli kuih dulu.Ok,kitorang pon beli sebab pk naty malas nak turun dah n takut foodcourt x bukak.Pastu,sampai depan gate UiTM.pakccik guard kerek,suruh kitorang jalan kaki.Hah,dah lah beg aq berat siap bawak buah2an lagi tu.Dan yang paling aq terkejut dan sakit hati.Pakcik tu charge kitorang RM 30.wtfish betol ni.Pastu minx kurang jadi la RM 26.Tapi,aq rasa mahal sebab selalu naik RM 15 je.

  Aq pon berusaha la jalan selaju yang mungkin kerana beg berat dan takut jalan gelap+anjing menyalak(macam pompuan menangis pon ada,seram gila).Sampai Masria 1,lagi seram sebab kitorang dah berpisah,Takde orang kat level aq.Dahla aq x tahan nak kencing,aq kuatkan diri pergi juga ke toilet.Tambah seram x de lampu.Menggelabah aq cari suis lampu.OTW nak balik aq nampak pad tersadai kat toilet no.1.WTF,bodoh gila orang itu.Aq x nak masuk toilet ari ni selagi kawan aq x balik.Mesti setan berjuta2 dalam tu.Aq x mandi lagi dan aq ABC.Taknak keluar dari bilik.Makan je la apa yang ada kan.

Thursday, 19 January 2012

Balik kampung....

Assalamualaikum,

Keadaan di kolej aq sudah kembali sunyi apabila para pelajarnya suudah beransur-anssur pulang ke kampung halaman masing-masing.Roommate aq,si Mira semalam dah cabut.P2 padahal rumah kat Alor Setar je.Hari ni,,Ieqa n Finie pulak balik lepas habis KESAT tadi.Habis tu,bila aq nak balik ni?Adakah aq akan tidur keseorangan sepanjang CNY holiday ni?Oh,tidak akan ku bayangkan semua ini.

Aq akan naik teksi a.k.a chow dari UiTM ni pukol 8.30 malam.InsyaAllah bersama-sama dengan Mira(balik Klate),Sida(balik Melaka) dan Dayat(x tau la dia balik Putrajaya ke Pekan).Lihatlah betapa kitorang classmates yang kamceng walaupon berasal dari negeri yang lain.Tapi bas aq n Mira kol 11 malam.Itu je teksi yang ada.Yang lain orang dah booking.

Apa aq nak buat lama kat SP tu.Pergi CS jauh la kalau jalan kaki.Yang penting aq nak makan lapar gila tahap gaban.Pastu aq wat crossword dan baca novel.Takboleh online coz saya tak de berukband.Bosannya kalau x de internet.OK,nak buat announcement,sabtu sampai isnin aq balik tganu.Oleh itu, x boleh on9 kerana tiada internet bergerak di kampung ayah aq.

p/s:nak chow kol 8.30 malam,tp aq x pack barang lagi.baju kat ampaian lagi.pinggan maangkuk kan bilik basuh lagi..Aq cam x de feel nak balik sebab ada rasa sangsi dengan tiket tu,Hopely,everything will be fine.Do pray all the best for me.Miss u,mr.coretan hatiku....

Tujuan buat blog

Assalamualaikum,

Kenapa aq buat blog ni ek?Sebab utama,,aq perlukan medium untuk meluahkan perasaan.Aq perlukan seseorang untuk mendengar kisah hatiku.Ini kerana kajian mendapati bila kamu meluahkan perasaan@ rasa yang terpendam dalam jiwa dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh seseorang individu.

 Dalam kamus hidup berblog,aq x pernah pon terpikir pasal $$ nii.Sebab aq x tahu macam mana,bagaimana dan paling penting aq x harap dengan berblog sebagai sumber pendapatan aq.Ye la aq kan student lagi,x tau la untuk masa depan nanti.Mentang-mentang ada biasiswa kan.

  Lastly,untuk mengisi masa lapang terutama bila aq dapat roommates yang bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing2.Jual ikan jje kerjanya tengok aq jual perasaan melalui penulisan.

p/s:x pernah tulis entry sependek ini.rasa janggal je.semata-mata nak masuk peraduan abg Ben Ashaari.1st time pulak tu.

Tuesday, 17 January 2012

SAKIT....sebelum pulang ke rumah

Assalamualaikum,

   Korang sihat?Kenapa aq tetiba prihatin ni?Sebabnya,aq sakit otot+sendi kat peha dan lengan.Semalam aq pergi training taekwondo.Selepas 2 minggu aq x pergi training sebab ada kelas dan SUKOL.Pergh,memang terbaik la rasa sakitnya hingga menjilat jari aq rasa dah x nak jalan nak baring je.Semalam kitorang yang dah ada colour belt ni kena refresh balik cara punch n kick.Sakit doe sebab dah lama x buat.Yang si abg Azman (OK fine dia x nak org panggil dia ABANG walaupon dia tu TUA ,part 6 tua la kan) tu pulak membuli je keja.Saja nak buat lama2.Lagi la sakit.Pastu kena pegang dinding biru tu.

  Pastu,classmates aq ramai pulak yang demam+selesema.Aq pon dah nak jangkit.Lemah je rasa badan ni sebab sakit.Tapi aq mesti kuatkan diri aq.Esok ada training kat centre.Aq x pernah pergi kat centre sebab ada kelas BEL 313,tapi esok aq boleh pergi.Sebab Sir Azlan dah ganti kelas kitorang.Dia kan nak kahwin.Aq nak sangat pergi malam esok tapi aq takut lagi bertambah sakit.Harapnya semua berjalan dengan baik.

    Tadi,aq hampir menangis bila Iela kata tiket aq x de.Abg komander tu jual kat orang lain. Pergh, memang aq menyumpah la.Lastly,diorang kata tipu je.Nasib baik aq x nangis betol2.Boleh pulak Bella n Mira join sekaki.Memey la aq mudah terpedaya.

  Malam ni nak pergi PI.Tapi,Iela nak baca CSC,kak ana nak pergi meeting peers club.Klo aq pergi x de kawan.Kawan sangat penting dalam hidup aq.Tambahan lagi,aq sakit sendi(dah macam org tua kot),setiap kali nak gerak,muka aq menahan sakit yang amat sangat.Akhir sekali,aq pon nak baca csc,esok kami akan bertempur sebelum dapat melepaskan diri dari penjara rindu ke tanah tumpah darah tercinta pada hari Khamis nanti.

p/s:Bila sakit baru ingat kat Allah.Itulah tanda Allah sayang kepada hambaNya kan.
      Ya Allah,Hambamu ini ingin sekali untuk pergi ke majlis ilmu namun hambamu ini punya              tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk dilunaskan.Ini demi masa depanku jua.
        Tiket dah ada dalam genggaman.Baru puas hati aq.Kol 11 malam,KMK.Chow...

                     "Doakan aq berjaya menjawab test dan dapat markah yang cemerlang."

Monday, 16 January 2012

Malam Pertama vs Vanilla Coklat

Assalamualaikum

    HAHA.Mesti korang ingat aq gatal nak kahwin kan.Lek lu...Tajuk biar gempak,cerita biar gebang.Korang tahu x,aq pernah jumpa buku tajuk ''Malam Pertama...."(mesti korang excited sangat kan,hayok korang gatal).TAPI,kat bawah tu(seram sikit tau..) DI ALAM BARZAKH.(klo x silap aq la,tahun 2009).Ustaz aq punya.Tapi aq x sempat baca pon lagi.

  Aq nak cerita la kan apa Malam Pertama yang aq maksudkan tu?Esok,hari Selasa 17 Jan 2011 bertempat di Pusat Islam akan diadakan ceramah ke...yang bertajuk Malam Pertama.Yang ni memang pasal alam perkahwinan.So,sapa rasa gatal nak menikah tu silalah datang ye.Eh,habis tu kalau yang belum niat nak nikah ni x boleh mai ka?Program ni untuk orang yang dah ada calon je ka?OH,yang ni untuk orang gatal je.Tu semua persoalan yang bermain di benak aq dan anda semua.Kan?Mengaku cepat,apa yang terdetik kat hati korang bila baca poster kat notice board tu.

  Sebenarnya,boleh je kita pergi walaupun kita belum bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.Contohnya,aq ni baru 18 tahun 7 bulan ntah laa bape hari(x de masa plak aq nak mengiranya).Layak ke nak pergi program ni?(ni anda yg bertanggapan negatif la kan).Sebabnya hanya satu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.X lah nanti,bercerai-berai.(contoh je tau).Ok,seriously aq pon takut orang cakap:umur baru nak matang,dah miang nak dengar benda ni semua?Tapi,perlu ke kita dengar cakap2 orang tu jika ianya memberikan manfaat kepada kita,kan?Lagipon,x kan la depa nak cerita pasal SEKS in public.Kita kan ada sensitiviti.Cuba berfikir secara kritikal ye (BEL 313).

   Dah tu apa kena mengena dengan Vanilla Coklat tu?OK,ni drama kat TV3 la awak.Aq follow drama ni sebab cerita dia macam novel.Ala,kahwin paksa+kahwin kontrak+berlakon macam happy couple+ending diorang still husband&wife..Mesti korang cakap,ala ko kan dah tau ending dia,x payah la tengok kan.Masalahnya,aq nak tengok.Suka hati lah,Tu je cerita yang aq sanggup turun bawah nak tengok tv tau.Sweet gila cerita ni.Even alam realiti pon ada tau.

Kenapa 2 benda yang best jatuh pada hari yang sama.Saja nak suruh aq buat pilihan la tu.Ye la,InsyaAllah aq pergi Malam Pertama.Lagi bermanfaat kan.Takpe berkorban apa saja demi Kupon ILMU.Oleh itu,mai ramai2 kita serbu pusat islam esok ek.Tapi esoknya aq ada test csc.Ala csc je pon,pejam mata jawab.Memang nak kena penyepak je kan.6 Chapter will be ask in the TEST.Dah buat preparation sikit,tunggu untuk bertempur je.Pastu nak tambah lagi strategy untuk bertempur.Chow...

p/s:abg Bakh saya malu la bila abg post blog saya kat page Arabic club.Semua dah tahu,saya x mao jadi popular cam abg Bakh tau x....HEHE,sorry abang.BTW,thank you coz mempopularkan blog yang serba kekurangan ni.

Sunday, 15 January 2012

Nama aq yg bervariasi dan kontroversi

Assalamualaikum

   Pergh,tajuk femes x ingat.Kenapa tetiba aq nak buat entry pasal nama aq ni?Sebab aq teringat kat abg Rizalman(SM aq dlu).Mesti korang tertanya-tanya kan SM tu stand of what?Ok,klo kat Macd,SM tu Store Manager.Kira bos plg kerek besar la kat store kitorang tu.Abang kawasan.HAHA.Dia baru bertukar ke store kitorang.Bila aq nak resign baru nak masuk kan.Aq dah pernah kerja dibawah jagaan SM abg Lan,abg Fadli dan dia yg terakhir.Macam2 ada.Semua crew dan manager panggil aq SYIRA@SYIRAH.Tapi,abg Rizalman sorang panggil aq NURUL.Diorang semua terkejut sapa crew nama  NURUL.Memey la sebab aq gatal buat nametag nama penuh.Lepas tu,Abg Sob dok bahan aq,panggil Nurul.

  Alasan kedua,aq nak korang tahu nama penuh aq dan maknanya.Aq dah penat la wei dok dengar org cakap :-Eh,syira nama ko maksud x baik la.Ok ,dulu2 memang aq rasa nak nangis bila korang cakap camtu.(Apalah aq ni,sikit2 nak nangis kan,tp x nangis pon).Tapi masa mematangkan aq untuk terus berfikir secara matang,kreatif dan kritis.(amek ko kan dah keluar ayat bombastik tu).And FYI,aq dan family aq sentiasa bertanya ustaz/ustazah dan org yang alim la kan tentang maksud nama aq.Mereka semua memberi pandangan (diorang dah carikan maksud nama aq) yang bahawasanya nama aq tidak tergolong dalam nama2 yg tidak baik ye.

     Nama diberi NURUL 'ASYIRAH BT MUBI.Nama saya ada ( ' ) sebelum A yang membawa maksud kalau korang tulis jawi "ain" (sorry,aq x de tulisan jawi).Maksudnya ialah cahaya keluarga. SYIRAH=keluarga. Tapi kalau x de ( ' ) =org yg x bersyukur atas nikmatNya.Ada la segelintir yang bertanya kenapa mama n ayah ko pilih nama ni?Aq pon tanya.Dulu aq macam x puas hati sampai mama n ayah decide nak angkat sumpah bagai nak tukar nama aq kepada Nurul Athirah bila dah ada IC.OK,cerita bermula aq anak sulong dan cucu sulong belah Perak,Cucu keempat belah Tganu.Mama aq nak bagi nama Fatin blabla tp Tok Ki aq x kasi dia kata macam nama anak orang Asli.Aq rasa Tok Ki aq yang bagi nama tu kot.(ntah la aq pon x ingat,sbb dah bertahun2 dulu aq tanya mama).

    Dari kecik lagi semua orang panggil aq SYIRA,kecuali family je panggil ALONG.Tapi,aq ada macam2 nama lagi yang kawan/cikgu/ustazah aq panggil.Klo ustazah suka panggil aq INSYIRAH,seriously aq suka nama ni,ianya menggambarkan seorang yg berperwatakan lembut,sopan-santun.(memey la aq macam tu kan.SANGAT menipu).x pe nanti letak nama anak aq ke.Kalau kawan2 aq suka panggil SHAHIRA.dah la shahira ramai kat sekolah,lagi nak tambah.AYOYO,APTB lah korang ni.Yang paling baru,lecturer aq tukar nama aq jadi NURUL 'AISHAH.Dah la dalam kelas aq ada 2 orang Aishah.Memang terbaik la.Tu je la kot nama2 favourite yang orang bagi kat aq.

   Mesti korang nak tau,kenapa aq x tukar je nama.Sebab prosesnya sangat susah dan buang masa.Lagipon nak buat apa aq tukar nama kalau maksudnya ok.Alhamdulillah kat U ni,x de orang yang bertanyakan soalan yang menyesakkan kepala aq.Korang tahu x dari aq darjah 1~form 5.Persoalan yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia kawan2 aq.(ni dah masuk ayat bombastik utk pendahuluan.)Aq dah bosan...

   Bila aq nak masuk U,mama aq suruh guna nama NURUL.Tp aq x boleh la sebab aq dah biasa guna SYIRA .Nanti di alam pekerjaan aq guna nama NURUL ye.Lepas tu,hari tu aq ada la pergi PI ada perasmian bulan penghayatan ISLAM.Depa jemput pelajar2 Darul Hadis untuk mengetuai Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah SAW.Korang mesti pelik amenda tu.Ala ia macam berselawat ke atas Nabi SAW.Nama  kena upgrade sikit,baru meletop kan.Paling best bila dapat risalah tu,aq teruja bila nama aq ada kat situ.See this:-
nampak x ada nama saya disitu,kat Mesir lagi tau.
Pastu nak habaq kat hampa semua,budak2 kecik tu comel sangat bila pakai jubah warna hijau.Dah la suara dia nyaring.Memang jatuh cinta tahap gaban la kat depa ni.Nak anak macam ni.HAHA,gatal x ingat ko kan.Untunglah mak dan ayah dia dapat anak HAFIZ.OK,back to the topic.Cuba korang fikir ye,kalau nama aq membawa maksud yang tak baik,x kan la sekolah agama/pondok/maahad letak nama 'ASYIRAH.Disitu,aq mula tersedar dan berfikir.Aq yakin dengan maksud nama aq.Apa yang aq harapkan lepas ni,x de orang yang akan jumpa aq dan tanya soalan yg aq dah muak.Dan kalau korang nak tulis nama aq sila letak  ( ' ) sebelum A.Terima Kasih...

p/s:4 hari lagi mau balik.Tiket aq atas angin lagi.Abg Komander cepat la bagi.Pastu ada test ctu n csc.malam ni nak pergi training fighter ke x?redah je la kol 8.30pm naty.kalau rajin la kan.Choww...

''Malu perlu bertempat.Malu perlu dikikis untuk melahirkan individu yang berdaya kepimpinan.''

Saturday, 14 January 2012

Marathon=lari+jalan+tidur

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak wat entry semalam tapi line macam kura-kura.Rasa nak sepak je.Pakai yang bayar tiap2 bulan pon macam sengal.OK,malam semalam aq n the geng masria level 3(ceh cakap cam ramai je,padahal 9 orang je) pergi marathon anjuran kolej masria.Mula pukol 8mlm,tp biasa la kan klo girls,bersiap camne kan.Agaknya diorang make up kot.Hallo,nak lari je pon.Lagipon dah malam,x de nya orang nampak ko cantik ke x?Pastu x de guys pon kecuali exco Malinja yg bape kerat je tu.Tapi yg penting,sila la pakai deodorant dan perfume.

Pastu,Marathon dirasmikan oleh Pengurus(kot) kolej kediaman,En.Zahrizal Miskom.(aq x ingat la nama dia).Pastu,warm up.Majority,penghuni kolej Masria la yg participate sebab dari pagi sampai malam dok memekak buat annnouncement.Siap ugut pulak tu,tindakan tegas akan diambil,lampu utama akan ditutup,blablabla....aq dah x larat nak dengar dah,baik aq dengar Suria FM.Haha jahat gila ko.Kami pon bersemangat la konon nak dapatkan basikal(1st place),2nd and 3rd dapat hamper,4th ~ 20th dapat medal je.Kami dilepaskan oleh beliau(aq x suka dia sbb klo org complain,dia mesti nak backup org dia.Ish,tumbuk kang).Ceh,macam berani sangat ko ni.Cerita gebang la wei.Ada aq kisah ke?

     Aq selalu bila roadrun lari@jalan sorang2 x tau la sama ada aq yg laju sangat @ aq yg kena tinggal dengan depa.Tapi semalam mula2 memang aq yang tinggalkan diorang,Pastu Zana n Kak Shu potong AQ.Kitorrang ada 7 checkpoints.Memang penat doe kena keliling 1 uitm ni.Lepas checkpoint 3 aq dah jalan.Sebab kaki aq dah sakit gila.aq takut kejangnya,Mati la aq sapa nak tolong angkat.So,aq wat keputusan utk jalan dengan laju(mcm la korang x tau ,aq mmg keturunan jalan laju) demi sijil.Lepas checkpoint 5,aq dah senak.Haaa,sakit gila.Yang ni rasa cam nak pengsan pon ada.Tapi,aq gagahkan diri yg sememangnya lemah ni kan.Akhirnya,sampai juga di garisan penamat.Dapat no.103.Pastu,kena sign dulu baru bagi sijil.(ok,x tau bila dia nak bagi).


aq x suka jagung nak chocolate


dapat lah gelang ni.Boleh guna sbgi torcchlight.
Lepas tu,macam biasa la dapat minum air anggur kot coz dia warna ungu,aq telan je la sebab x bawa air.Amek ko 3 gelas aq telan walaupon air tu rasa cam pelik je.Pastu,dapat roti yg aq dah bosan.Pergi mana2 event dari sekolah rendah sampai U ni,asyik dapat roti Gardenia.Gardenia,sungguh enek dimakan begitu saja....Bagilah nasi ke mee goreng ke.Uish,ko ni melampau betol.masuk pon free nak request macam2 kan.Bersyukur la dengan apa yg ada.Pastu,kitorang layan movie ramai2.Memang best weh,menjerit secara berjemaah.Dahlah aq dok kat depan sekali.Cerita ni pasal manusia yg melindungi ular berbisa dr anasir2 jahat.Tajuk dia aq x tau,coz aq tgok dah separuh jalan disc 1.

Ok,lepas tu balik bilik ingat nak update,tp as i mention above,its so frustrated.Apalagi,lepastu aq tido.(macam la aq tido awal,pukol 1pagi).Bagi aq sangat lambat.Pastu,aq dah tutup lampu n landing atas katil,aq dengar ada orang jerit.weh,aq dah la tido sorang2 mmg seram la.Aq tau jeritan tu datangnya dari Iela,Aq terus call dia kata ada ulat.Aq pon keluar walaupon aq pon takut sebenarnya.Kak Shu and Kak ANA berusaha utk membunuh serangga tu.Aq bagi cadangan spray ngan ridsect.Kitorang x de ridsect,minx kat org depan.Malangnya,sserangga itu ada kat atas pintu aq.Mangkuk doe.Aq pon takut dia gigit@masuk dlm bilik,aq tidur bukak lampu.Membazir dan aq x suka tidur buka lampu.But i have to.

     Oleh itu,tidur lambat mesti lah bangun pon lambat kan.Tapi ada saja gangguan pagi ni.Kenapa korang nak call n mesej aq pepagi ni.Aq nak tidur lah.Ayah aq boleh pulak call tanya,org Kedah x nak bagi hadiah apa2 ke ?Ni semua gara2 adik aq bagi ayah kopiah.(macam aq x tau dia beli kat masjid negeri Shah Alam je).Selama ni memang aq x pernah bagi hadiah pon.Tapi,dah ayah macam mengharap sangat sampai 2 kali call aq tanya hadiah.Selalu wish je.OK la ,naty aq cari wallet la.

p/s:aq lapar la.bila nak keluar beli tiket ni.Klo ikut hati aq pergi sorang2 je,tp habis la duit aq nak bayar tambang rm30 pergi n balik.Aq x suka la bila terikat ni x bebas tau x.Pastu,tolong la tepati janji kau.Chow...

Friday, 13 January 2012

Masalah sempena Chinese New Year

Assalamualaikum,
 
    Malam semalam aq terima berita tergempar dari Arabic club melalui text and fb.Harap maaf OPKIM terpaksa ditunda ke 9-11 feb atas sebab2 tertentu.Perghh memang terbaik la bro.Aq memang x beli tiket bas balik Puchong untuk Raya Cina ni sebab nak pergi OPKIM tu.Betapa kecewa+sakit hati+runsing +risau sebab takut tiket bas dah  habis.huwaa aq rasa nak nangis guling2 je.Tp kita kena la rasional kan.Yeahh tu diaa.Bila OPKIM ditunda,pelbagai masalah jatuh cinta kat aq.Oleh itu,aq pon berada dalam keadaan yg x selesa,asyik berfikir camne nak settle kan masalah ni.Help me....

First,family aq memang dah plan nak balik Tganu.Oleh itu,aq mesti amek bas balik Shah Alam dulu.Hari Sabtu pukul 3 pagi baru bertolak balik kampung konon nak elak kesesakan lalu lintas la kan.Harap2 x ramai orang balik kol 3 am.(Ceh ko pk,ko sorang je nak balik kg).Aq habis klas hari khamis kol 12 am.So,by hook or by crook,petang or malam tu jugak aq nak cabut dari sini.Klo bas x de naik train la gamaknya.Plg sedih aq balik secara solo lagi.mmg berani kan aq ni.Lantaklah asal aq selamat sampai ke home sweet home.

Pastu,nak balik ke UiTM Kedah,aq naik dari Kuala Tganu.ary selasa.Masalahnya aq x pernah naik bas dari sana.Yg aq risau sampai sini,nak naik apa klo sampai malam.Aq sorang2 naik teksi.hmmm, takutnya aq nak bayangkan semua tu.Depa kata dlm 5@6 jam je.Korang rasa ada x budak UiTM kat dalam bas aq tu.Mama aq bg cadangan suruh naik kat Kuantan dengan Iela.Tp aq rasa cam buang masa kot sebab dr Tganu nak kena pg Kuantan lpas tu dr Kuantan nak pg Kedah berbelas jam kot.(Iela n Bella la cakap kan).Abg Hakim a.k.a cousin aq pon dr Perlis ke Kuantan kena turun KL dulu.

Next,aq rasa macam x berbaloi nak balik sebenarnya tapi x kan lah aq nak stay kat Kolej Masria selama 5 hari.Memang aq nangis duduk sorang2 dengan keadaan sunyi-sepinya +seram..Tapi,Aishah Hamid x balik sebab dia kata baru balik.Memang lah,aq pon rasa macam aq tiap2 bulan balik kot.Rasa macam x diperlukan lagi.(haha,ayat sedih la konon).Kawan aq kata bas pg KL setiap 1 jam=1 bas.Ye lah,ko kan agen bas ekspres.Aq x mao berharap sangat so,esok aq akan pergi ke SP untuk mencari tiket bas balik Shah Alam.Klo x de turun kat Jalan Duta @ Pudu Raya.Amek ko,apa pon ko sanggup kan syira oiii asal aq dapat balik.

Apa yg aq harap,tiket bas ada pergi dan balik.Ada kawan balik ke sini.Perjalanan selamat pergi dan balik.Perjalanan yg sangat jauh selama 5 hari.Sg.Petani,Kedah-Shah Alam & Puchong,Selangor-Bukitt Payong,K.T,Terengganu.Hari ni hujan la,aq baru sidai baju.Lepas Suboh tidur.Pastu bangun kemas bilik.Ingat nak mop.Aq pon pergi la ke kedai yg berhampiran tapi malangnya kedai tutup.x dapat la nak beli mop.Lepas tu terus beli lunch.Skrg duduk dlm bilik menghadap laptop.Lepas ni baca buku.

NOTE BIRTHDAY:penggera hp berbunyi utk mengejutkan aq pada pkol 8.30 am.Lalu,pada pukul 9am,reminder berbunyi dan aq pon membacanya :Beday Ayah,44 tahun.Aq pon terus call ayah n wish ayah.1st time,aq wish by call.Klo sblom ni just text or wat reminder kat hp ayah.Ayah aq lain sikit dia x suka celebrate sangat kecuali bawak pg makan2.Aq rasa ayah x ingat pon birthday kitorang kecuali mama je yg wish kami.Jahatnya ko syira.Mana ko tau ayah x ingat.Tp ayah x pernah wish kami.sedihnya.Tadi aq call ayah,aq sebak la wei.Aq selalu camni asyik sebak x sudah2.Aq memang kememeh(mudah nangis) kan.Hepy Beday Ayah.Smoga ayah diberkati Allah dan sihat selalu.Along sayang ayah sangat-sangat.Ni pon dah nak meleleh air mataku.Tambahan lagi dengar Suria FM+hujan renyai2.HOHO Tolonglah saya.CHOWW....


Thursday, 12 January 2012

3 day holiday at UiTM Merbok,Kedah

Assalamualaikum,

        Ceh,gaya macam aq pergi cuti-cuti Malaysia je kan.Best siott klo dapat pergi bercuti.Masalahnya sapa yang bermurah hati nak menaja saya ni.Saya x de sugar daddy mahupun bf yg kaya-raya.HAHA.Sengal la mu ni.Klo ada pon,x ingin takut tergadai body pulak naty.OK,mesti anda tertanya-tanya cuti apakah ini.Well,kat Kedah kami memang cuti pada hari jumaat dan Sabtu.Hari Ahad cuti sebab Hari Keputeraan Sultan Kedah.ala yang sekarang ni jadi YDPA tu.Memang Heaven gila la dapat cuti.Sebab nak tidur.Tu je la yang ko tahu kan syira.Tapi di sebalik tu,ada macam-macam perasaan yang bercampur - baur spt sedih,bosan,kesepian,dan yg sewaktu dengannya.

        Apa yang aq nak buat dalam masa 3 hari ni?Dah la aq tinggal keseorangan dalam bilik ni.Takpe aq dah biasa melalui hari-hari minggu ni secara individu.Next,perancangan aq:-

1.13/1/12-lepas solat suboh,tido jap ataupun baca novel.Then,nak mendobi baju-baju yg busyukmasyam tu.Breakfast dengan roti+nestum+milo+susu everyday yg lazat berkrim(haha,macam kenyang sangat,x sampai tengahhari dah kebulur la wei gamaknya).Pastu,lunch beli kat dining Masria(terpaksa makan Mamak punya masakan,sbb kedai Melayu nak cuti gak.Bodoh,time cuti la kami lapaq,hang pon boleh untung).Sambil tu baca buku ye sebab nak test next week.macam relax je aq ni kan.Almaklom lah semua ilmu dalam otak je,naty kuar lah ia macam air(nampak sangat tipu ye awak ni).Untunglah kalau saya pelajar genius, x perlu baca buku cuma fokus dalam kelas sudah memadai.But i'm not born to be genius unless i study until crazy i'm satisfied and tired.Petang,angkat baju dan lipat.Malam,pergi Marathon Kolej Masria.What??Are you crazy?Oh no,even i am ample proportions,but who are you to judge me?Masuk je la kan.Klo x larat lari,jalan je la as long as i am participate in SUKOL(Sukan Kolej).In addition,i will get coupon and certificate ok.Bila dah penat,mesti la tidur kan.

14/1/12-Aq dah x tau nak wat apa lagi melainkan solat,mandi,makan,baca buku,baca novel,berfacebooking,berblogwalking.AHH,tolong lah,Takkan macam ni student life kot.Please make it more interesting and happening.

      HAHA,cerita gebang kan hari pertama macam2 aq nak buat.Masuk hari kedua dan seterusnya dah tak tau nak buat apa dah.Nak keluar pergi CS-menghabiskan duit biasiswa aq je kot.Nak pergi menghabiskan kupon kat Popular la-tapi still waste my money for transportation,lunch and shopping(mesti beli pape walaupun dah bertekad x mao beli,teruknya saya.i need someone to control myself.ngek ko,control yourself la.)

p/s:Arabic club nak wat OPKIM raya cina naty 3 ary kat Felda Teloi Timur,Kuala Ketil,Kedah.OK,aq ni memang suka follow kawan kan.Depa kata nak pg,aq pon x beli la tiket nak balik Puchong.Pas2 skrg ni dia berat hati pulak.ee,geramnya.Aq jenis klo nak buat sesuatu benda tu mesti on punya.Abih tu klo x pegi,mampuih la aq dok sini sorang2.Aq jenis x boleh hidup klo x de kawan.
p/s 2:aq malas la nak turun pg beli makanan.delivery to room boleh x?haha,bapak pemalas hang ni.

~ok,hampa doakan aq mampu menjalani hidup dengan bahagia,aman dan harmonisnya.
          
             ''walau kita tak kenal antara satu sama lain,tapi ikatan persaudaraan sesama
                                            Islam tetap utuh di dalam diri kita''

Saturday, 7 January 2012

Sehari di Sport Day Arabic Club.

Assalamualaikum,
Hari ni aq pergi sport day Arabic Club.Actually,aq dah tau pasti x ramai yg hadir sebab banyak pertembungan aktiviti berlaku(cam pelik kot ayat ni).Contohnya,Informa wat sport day gak (semak doe nak amek sama tarikh ngan Arabic club,sepak kang).Tp suka hati la kan,dah tu nak wat bila lagi.Pastu IMAN wat bengkel kepimpinan kat DS 2.Lagi yg lain aq x tau,tp tadi nampak Mr.Q.dia student Art & Design.Dia yg tegur aku dulu ek.(OK,melencong jap).Oleh itu,aq pon pujuk la si Iela n Mira suruh join sport day.Kitorang pon pergi la berempat termasuk Kak Shu dengan penuh semangat kesukanan,kami berjalan kaki menuju ke Padang Futsal dekat pak guard.Humakaih,x boleh jauh lagi ke gamaknya.Pagi2 bakar kalori yg berlori-lori, walaupun kami belum makan pagi lagi.

   Kami sampai je terus wat pendaftaran.Pastu dapat makan roti gardenia n mineral water.Stok roti gila banyak wok.Sebab diorang target 200 org,tp yg datang aq rasa ada dalam 50++ camtu.Memang kitorang pulun la roti tu.Siap bawak balik wat stok kot.Kak Shu amek plg banyak,aq amek 5 je.Ok la kan exp 11 Jan.Pastu,kitorang tulis nama 1 group,konon nak gang sama la kan.Tup-tup,Abg Bakh pisahkan kami.x nak kawan abg dah.eceh,x kisah pon sebab terpisah 2 org je.Aq group no 2 ngan kak Shu.(sbab tu aq kecoh klo x mau aq jadi pendiam kot).Ila n mira group 4.Group kitorang sorang je boy,Daud Business student part 1 org Kedah.(OK,tu je yg sempat interview kang kata aq nak ngorat plak kan,x ingin la wei,aq nak kena tau gak kan,kot2 pasni terjumpa boleh tegur,ceh poyo je).

  Aktiviti bermula dengan senaman pagi,pastu cari gula-gula dlm tepung+garam+nescafe kot.Next,boling padang (kalah).Memang la ada ke main tutup mata,memang x nampak la,pastu kelapa tu kecik kot.(ni reason nak cover kekalahan ek).Tarik upih.Yg ni sumpah lawak.Pemandu kena pakai kain pelikat,pastu penunggang kena pakai helmet konon utk keselamatan.Dah la atas upih tu depa letak tepung + air memang basah la wok.Luckily,aq tukang tarik,tp sakit pinggang la wei.Yg ni menang no.2.

    Last game explorace.Gempak la wei.Paling TERBAIK kat Checkpoint 6,abg Bakh plak yg jaga.Gila masin air sirap tu.OK,the fact why we choose syrup rather than tea( i thought ) because of its colour that was attracting us.Tp,kat sini banyak plak aktiviti dia,tiup belon sampai pecah,isi air sirap + tepung dlam botol.Last sekali paling seksa kena habiskan 1 botol air syrup + garam,Sape org terakhir minum mmg kaw la kan.Aq no 2 so,kurang sikit la kaw dia,tp nak muntah sbab overdose masin gila tak hengat.Sampai ada yg pengsan,tp not my group.Plg jauh nak pegi ialah PI.Kat sini main si buta+pekak+bisu.Aq jadi bisu sebab aq x suka la makan timun.Kak Shu je yg menggemarinya.Tu la dia makan sampai 2 biji padahal dia kebuluran dr semalam.HAHA.Pastu amik gula2 guna chopstick,susun hanger ikut kreativiti anda,cari gula2 di sebalik pokok.Yg ni siap ada background effect : kena simbah ngan air sirap n tepung.Asyik aq,daud n kak shu je kena simbah.Depa lg 3 org tu suci bersih lagi murni je baju depa.Xaci,Pastu kitorang suruh abg tu simbah kat diorang plak.Bapak jahat doe kitorang ni.Biar fair n square kan.


   Checkpoint suma ada 7.Next checkpoint (act 1st checkpoint to my group),kami kena pg malinja.kat sini kami kena pusing 15 kali,pastu dalam keadaan pening lalat x ingat dengan aq macam nak tumbang,kena amek bola pingpong dari hujung kepala hingga hujung kaki hujung sana ke sini.Memang simple gila tp klo wat dlm keadaan camtu memang x lah kan.Pastu,depa nak buli kami.mentang-mentanglah kami group 1st yg sampai,depa suruh pilih antara nyanyi,menari n wat lawak.Aq yg decide utk nyanyi lagu Warisan coz for sure suma orang tau kan.Lantak p la suara kami x sedap pon,sapa suruh hang cari pasal.Amek hang.Lastly,kitorag pg depan bangunan pentadbiran utk sesi mumia a.k.a make up kawan jadi pocong @mayat.Mangsanya pasti yg paling kecik kan.Balut pakai tisu memey la tercabut bai.Pastu ada org letak air konon nak ganti gam.Ntah hapehape ntah,lagi la tercabut nyah.Lantak hang la,kreativiti ko kan.Kitorang siap wat selendang yuna n bunga kat kertas tisu lagi kat skirt dia.Suma design credit to Mr.Daud coz dia la yg sangat kreatif memikirkan itu semua.Aq tolong pegang tisu gulung tu je.kang depa kata kami x bekerjasama plak.

  Acara kemuncak semestinya la acara penyampaian hadiah.Group kami dapat 3 hamper.Memang best la kan.Memang awal2 lagi kami dah cakap nak pulun suma kecuali boling je la.Team members pon suma ok.Ketua pon bertanggungjawab.Akitiviti pon memang terbaik la wa cakap sama lu.

 As a conclusion,no words can describe how good the day was happen today.everybody was enjoy and happy even there are only a little members of Arabic club who was attended this sports day.Who said when you joined Islamic club,you cannot enjoy yourself.This is as one of the examples.

"Jadikan ia suatu pengalaman yang paling berharga dalam meniti hari-hari yang akan datang."
p/s:saya x tau cakap bahasa Arab,sekolah agama sampai darjah 6 je.PSRA pon dapat Jaiyyid Jiddan je.Tp,bukan org yg tau cakap bahasa Arab je yg boleh join club ni tau x.English pon broken,but i try to become a best speaker,writer n listener.Fight for your own life n future.Good nite.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...