Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 26 January 2012

Ada tapi macam tak wujud

Assalamualaikum

      Gempak x tajuk tu?Tapi aq rasa cam berbelit je.Takpe naty aq explain.Kengkawan aq tanya banyak pulak masa ko nak update blog hari2.Ok,sebenarnya masa boleh dicari.Dan sebab utama ialah aq bosan duduk dalm bilik ni.Memey la dalam bilik ni ada 4 orang tapi rasa macam ko duduk sorang2 tau x?Sebabnya semua bagai enau dalm belukar melepaskan pucuk masing2.Buat kerja sendiri.Mesti korang nak kata aq x pandai nak berkawan la,x peramah la,budak law memey sombong la n etc...

  Kengkadang aq rasa macam terpinggir doe dan jealous tahap gaban ngan roommates Iela dan jiran depan+sebelah bilik aq yang sporting dah macam family.Sebab tu aq selalu menumpang kasih sayang mereka dengan lepak kat bilik M1-03-10.Kenapa kami x boleh jadi macam tu.Seolah-olah ada jurang yang memisahkan kami.Semua pakat masuk bilik untuk tidur.Siang pergi kelas.Malam pergi makan ngan kawan2 dan balik untuk tidur.Kalau hari cuti pulak aq tinggal sorang je sebab depa suma pakat balik umah masing2.Untunglah rumah depa kat Alor Setar,Sg.Petani n Penang.

 Konon untuk merapatkan jurang aq tanya la soalan bodoh.(sebab asyik tanya soalan tu je).Contoh:-

1.Esok kelas kol bape?
2.Tak balik ke cuti ni?
3.Dah makan belum?
4.Korang test Math bila?Sebab kawan syira test Sabtu ni?

SEE!AQ SANGAT AMEK BERAT KAT DIORANG KAN?TAPI DIORANG ADA TANYA KAT AQ CAMTU?IDAK LE TEMAN.

   Mula2 aq pelik la gak,kami x bertegur sapa walaupun tidur katil yang sama(atas bawah),duduk kat meja study yang sebelah-menyebelah.Tapi,wtfish boleh senyap camtu je.So,aq follow la rentak diorang.Tapi sumpah la aq x boleh kalau x bercakap.ingat aq bisu ke.Luckily,i got a blog to show my feeling.Aq dah x tau nak wat camne lagi untuk merapatkan hubungan kami.Gamaknya sampai habis sem la camni.

  Kan best kalau roommates macam family.Pastu boleh share everything.I.e:-share kasut.iron,kettle, makanan.Takde lah masing2 bawak sorang satu.Kan dah penuh bilik kita ngan iron n kettle satu sorang.Pastu membazir nak bayar RM10 setiap satu barang elektrik.Dan paling aq nak sangat celebrate beday sama2.Ini beday roommate pon x tau bhaii.Apa cite?Hari tu beday Ieqa 15 dec pon aq tau bila dia dapat call kol 12malam tu kan.Itupon aq je yang wish,yang lain boleh wat x tau je.Lihatlah betapa sifat kasih sayang sesama insan itu semakin pudar dari hari ke hari.Tolonglah faham jiwa aq penuh dengan kasih sayang n aq nak korang sayang aq macam aq sayang korang gak walaupun kita baru kenal.Choww..

p/s:hati ku menangis dengan perbutanmu.eceh,jiwang x ingat.

1 comment:

  1. gud luck syira! tak pa sorang sorang janji xkacau org! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...