Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 30 January 2012

Malam AJL 26

Assalamualaikum,
  
    Aq nak update semalam tapi line x de dah seminggu.Aq call x angkat.Voice mail je tau ko takut kena maki ngan aq.Kat voice mail pon jadi aq lepas geram kat depa.Semalam aq turun kol 9 lebih sikit sambil bawa laptop untuk on9.(konon banyak line kat bawah,tp hampeh je).Pergh gila ramai tak pernah penuh kat bilik tv selama ni.Semua tempat dah kena booking.Takkan la aq kena bersila kat bawah pulak.Tapi,luckily ada satu tempat kosong untuk aq yang comel ni kan.Sambutan sangat menggalakkan dari kalangan mahasiswi tanpa menyedari bahawasanya esok kelas kol 8pagi.Plus ada quiz.Asal dapat tengok AJL 26 kan..

    Ok,layan je la lagu tu.Walaupon aq rasa bosan kecuali lagu yang aq minat je.Lagu yang aq suka layan ialah  Sg.Lui,Kalau Berpacaran(rasa cam dah muak plak),Cinta Muka Buku,dan Beribu sesalan.Ramai gak la yang balik bilik sebab bosan+ngantuk.Tapi aq tetap tak nak beralah sambil layan game.Tapi persembahan yang aq suka gila awan nano siap ada sketsa lagi dan alyah cam barbie doll doe.Then,paling best tribute to Arwahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad.Azlan+Black+Hazama.Sumpah best dan lagu paling meruntun jiwa Salam Terakhir.
  
 Berikut adalah pemenang bagi kategori:(aq tulis sambil dengar kot)
1.Lagu yang paling banyak dimuat turun:Sedetik Lebih(yang ni x yakin coz aq x tulis plak)
2.Persembahan Terbaik:Kisah Hati - Alyah
3.Vokal Terbaik:Awan Nano - Hafiz
Tempat ke-3:Faizal Tahir - Karma
Tempat ke-2:Beribu Sesalan - 3 Suara
JUARA:HAFIZ - AWAN NANO

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG DAN PENONTON YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MENJAYAKAN AJL 26 SEMALAM.

   Corat-coret:Ada orang kena histeria sebab stress wat assignment IM.Pastu kitorang histeria bila Alyah peluk Remy Ishak.Eeii,geram plus jealous. Korang perasan tak Shila Amzah jatuh tangga.Kesian dia tapi sape suruh pakai baju yang meleret camtu.Sendiri pakai sendiri tanggung la sis.Tapi chill la ramai je yang pernah jatuh tangga kan.(termasuk aq sebab tapak kasut yang licin).Pastu aq respect gila kat Hafiz boleh plak dia pakai tracksuit n tshirt je.Aq ingat dia tukar suit lepas tu.Memang slamber la lu bro.

p/s:whatever it is,i was happy n satisfied.Chill k.Dont stress yourself.Allah always there for you.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...