Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 24 January 2012

Method untuk Tercekik tulang

Assalamualaikum

    Pukol 8 malam tadi lepas mandi aq turun beli makanan kat dining Masria.Pergh,lauk x mengancam langsung.Tapi,terpaksa le beli juga sebab dah kebulur tahap  gaban.Mana x nya lunch x makan.Takut punya pasal.Aq pon beli la nasi putih dan ikan kembung sambal.Nak lagi sedap tambah air F&N strawberry.

   Sampai bilik aq terus basuh tangan dan makan.Selalunya aq makan ikan dengan hati2 tapi benda nak jadi kan.Dok kejar Vaanilla Coklat sangat kot.Suapan yang terakhir tu aq rasa cam ada benda terlekat kat kerongkong.Aq cuba la telan.Ya Allah,Peritnya rasa.Dan aq sangat yakin dan pasti bahawasanya ianya adalah tulang ikan.(besar kot).So apa tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini:-

1.Telan air sampai tulang tu turun masuk perut korang.Kesannya,kerongkong korang akan sangat perit setiap kali nak minum,makan even nak telan air liur pon.Petua orang dulu2,telan nasi yang dikepal.Masalahnya aq x de nasi dah,takkan nak p turun beli nasi lagi kot.

                                                              ATAU

2.Jolok mulut ke kerongkong sampai korang muntahkan balik tulang tu.Yes,it looks like disgusting.But this is the easy way and cheap.Sekali je korang sakit pastu ok dah.

                                                           ATAU

3.Last step ni untuk orang kaya,penakut,dan sewaktu dengannya la kan.Apa lagi pergi jumpa doktor pakar semata-mata untuk buang tulang yang terlekat kat kerongkong korang tu.Yang ni serious doe aq x tipu.Gila senang doctor tu dapat duit kan.Cungkil je tulang tu dan korang cuma perlu mengangakan mulut.Dah dapat RM 50.Ni harga 3 tahun lepas.Cousin aq yang tercekik tulang.

   Korang rasa aq ikut method yang mana?Mesti lah no.2 walaupun aq rasa perit gila.Selalunya aq guna method no 1 kalau kat rumah la kan.Alhamdulillah,aq mampu melakukan proses menjolok tu dengan baik dan tulang tu x masuk ke dalam sangat..Lepas ni mesti trauma nak makan ikan dah.

                     "Berhati-hatilah walau dimana anda berada pada setiap ketika"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...