Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 15 January 2012

Nama aq yg bervariasi dan kontroversi

Assalamualaikum

   Pergh,tajuk femes x ingat.Kenapa tetiba aq nak buat entry pasal nama aq ni?Sebab aq teringat kat abg Rizalman(SM aq dlu).Mesti korang tertanya-tanya kan SM tu stand of what?Ok,klo kat Macd,SM tu Store Manager.Kira bos plg kerek besar la kat store kitorang tu.Abang kawasan.HAHA.Dia baru bertukar ke store kitorang.Bila aq nak resign baru nak masuk kan.Aq dah pernah kerja dibawah jagaan SM abg Lan,abg Fadli dan dia yg terakhir.Macam2 ada.Semua crew dan manager panggil aq SYIRA@SYIRAH.Tapi,abg Rizalman sorang panggil aq NURUL.Diorang semua terkejut sapa crew nama  NURUL.Memey la sebab aq gatal buat nametag nama penuh.Lepas tu,Abg Sob dok bahan aq,panggil Nurul.

  Alasan kedua,aq nak korang tahu nama penuh aq dan maknanya.Aq dah penat la wei dok dengar org cakap :-Eh,syira nama ko maksud x baik la.Ok ,dulu2 memang aq rasa nak nangis bila korang cakap camtu.(Apalah aq ni,sikit2 nak nangis kan,tp x nangis pon).Tapi masa mematangkan aq untuk terus berfikir secara matang,kreatif dan kritis.(amek ko kan dah keluar ayat bombastik tu).And FYI,aq dan family aq sentiasa bertanya ustaz/ustazah dan org yang alim la kan tentang maksud nama aq.Mereka semua memberi pandangan (diorang dah carikan maksud nama aq) yang bahawasanya nama aq tidak tergolong dalam nama2 yg tidak baik ye.

     Nama diberi NURUL 'ASYIRAH BT MUBI.Nama saya ada ( ' ) sebelum A yang membawa maksud kalau korang tulis jawi "ain" (sorry,aq x de tulisan jawi).Maksudnya ialah cahaya keluarga. SYIRAH=keluarga. Tapi kalau x de ( ' ) =org yg x bersyukur atas nikmatNya.Ada la segelintir yang bertanya kenapa mama n ayah ko pilih nama ni?Aq pon tanya.Dulu aq macam x puas hati sampai mama n ayah decide nak angkat sumpah bagai nak tukar nama aq kepada Nurul Athirah bila dah ada IC.OK,cerita bermula aq anak sulong dan cucu sulong belah Perak,Cucu keempat belah Tganu.Mama aq nak bagi nama Fatin blabla tp Tok Ki aq x kasi dia kata macam nama anak orang Asli.Aq rasa Tok Ki aq yang bagi nama tu kot.(ntah la aq pon x ingat,sbb dah bertahun2 dulu aq tanya mama).

    Dari kecik lagi semua orang panggil aq SYIRA,kecuali family je panggil ALONG.Tapi,aq ada macam2 nama lagi yang kawan/cikgu/ustazah aq panggil.Klo ustazah suka panggil aq INSYIRAH,seriously aq suka nama ni,ianya menggambarkan seorang yg berperwatakan lembut,sopan-santun.(memey la aq macam tu kan.SANGAT menipu).x pe nanti letak nama anak aq ke.Kalau kawan2 aq suka panggil SHAHIRA.dah la shahira ramai kat sekolah,lagi nak tambah.AYOYO,APTB lah korang ni.Yang paling baru,lecturer aq tukar nama aq jadi NURUL 'AISHAH.Dah la dalam kelas aq ada 2 orang Aishah.Memang terbaik la.Tu je la kot nama2 favourite yang orang bagi kat aq.

   Mesti korang nak tau,kenapa aq x tukar je nama.Sebab prosesnya sangat susah dan buang masa.Lagipon nak buat apa aq tukar nama kalau maksudnya ok.Alhamdulillah kat U ni,x de orang yang bertanyakan soalan yang menyesakkan kepala aq.Korang tahu x dari aq darjah 1~form 5.Persoalan yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia kawan2 aq.(ni dah masuk ayat bombastik utk pendahuluan.)Aq dah bosan...

   Bila aq nak masuk U,mama aq suruh guna nama NURUL.Tp aq x boleh la sebab aq dah biasa guna SYIRA .Nanti di alam pekerjaan aq guna nama NURUL ye.Lepas tu,hari tu aq ada la pergi PI ada perasmian bulan penghayatan ISLAM.Depa jemput pelajar2 Darul Hadis untuk mengetuai Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah SAW.Korang mesti pelik amenda tu.Ala ia macam berselawat ke atas Nabi SAW.Nama  kena upgrade sikit,baru meletop kan.Paling best bila dapat risalah tu,aq teruja bila nama aq ada kat situ.See this:-
nampak x ada nama saya disitu,kat Mesir lagi tau.
Pastu nak habaq kat hampa semua,budak2 kecik tu comel sangat bila pakai jubah warna hijau.Dah la suara dia nyaring.Memang jatuh cinta tahap gaban la kat depa ni.Nak anak macam ni.HAHA,gatal x ingat ko kan.Untunglah mak dan ayah dia dapat anak HAFIZ.OK,back to the topic.Cuba korang fikir ye,kalau nama aq membawa maksud yang tak baik,x kan la sekolah agama/pondok/maahad letak nama 'ASYIRAH.Disitu,aq mula tersedar dan berfikir.Aq yakin dengan maksud nama aq.Apa yang aq harapkan lepas ni,x de orang yang akan jumpa aq dan tanya soalan yg aq dah muak.Dan kalau korang nak tulis nama aq sila letak  ( ' ) sebelum A.Terima Kasih...

p/s:4 hari lagi mau balik.Tiket aq atas angin lagi.Abg Komander cepat la bagi.Pastu ada test ctu n csc.malam ni nak pergi training fighter ke x?redah je la kol 8.30pm naty.kalau rajin la kan.Choww...

''Malu perlu bertempat.Malu perlu dikikis untuk melahirkan individu yang berdaya kepimpinan.''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...