Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 17 January 2012

SAKIT....sebelum pulang ke rumah

Assalamualaikum,

   Korang sihat?Kenapa aq tetiba prihatin ni?Sebabnya,aq sakit otot+sendi kat peha dan lengan.Semalam aq pergi training taekwondo.Selepas 2 minggu aq x pergi training sebab ada kelas dan SUKOL.Pergh,memang terbaik la rasa sakitnya hingga menjilat jari aq rasa dah x nak jalan nak baring je.Semalam kitorang yang dah ada colour belt ni kena refresh balik cara punch n kick.Sakit doe sebab dah lama x buat.Yang si abg Azman (OK fine dia x nak org panggil dia ABANG walaupon dia tu TUA ,part 6 tua la kan) tu pulak membuli je keja.Saja nak buat lama2.Lagi la sakit.Pastu kena pegang dinding biru tu.

  Pastu,classmates aq ramai pulak yang demam+selesema.Aq pon dah nak jangkit.Lemah je rasa badan ni sebab sakit.Tapi aq mesti kuatkan diri aq.Esok ada training kat centre.Aq x pernah pergi kat centre sebab ada kelas BEL 313,tapi esok aq boleh pergi.Sebab Sir Azlan dah ganti kelas kitorang.Dia kan nak kahwin.Aq nak sangat pergi malam esok tapi aq takut lagi bertambah sakit.Harapnya semua berjalan dengan baik.

    Tadi,aq hampir menangis bila Iela kata tiket aq x de.Abg komander tu jual kat orang lain. Pergh, memang aq menyumpah la.Lastly,diorang kata tipu je.Nasib baik aq x nangis betol2.Boleh pulak Bella n Mira join sekaki.Memey la aq mudah terpedaya.

  Malam ni nak pergi PI.Tapi,Iela nak baca CSC,kak ana nak pergi meeting peers club.Klo aq pergi x de kawan.Kawan sangat penting dalam hidup aq.Tambahan lagi,aq sakit sendi(dah macam org tua kot),setiap kali nak gerak,muka aq menahan sakit yang amat sangat.Akhir sekali,aq pon nak baca csc,esok kami akan bertempur sebelum dapat melepaskan diri dari penjara rindu ke tanah tumpah darah tercinta pada hari Khamis nanti.

p/s:Bila sakit baru ingat kat Allah.Itulah tanda Allah sayang kepada hambaNya kan.
      Ya Allah,Hambamu ini ingin sekali untuk pergi ke majlis ilmu namun hambamu ini punya              tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk dilunaskan.Ini demi masa depanku jua.
        Tiket dah ada dalam genggaman.Baru puas hati aq.Kol 11 malam,KMK.Chow...

                     "Doakan aq berjaya menjawab test dan dapat markah yang cemerlang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...