Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 29 February 2012

Majlis Barakah Ilmi

Assalamualaikum,

     Petang ni hujan lebat so kelas Bel 313 cancel.Pukol 7 malam ni aku ada Majlis Barakah Ilmi ala macam minta restu dari lecturer pastu solat berjemaah dan baca Yasin berjemaah.Pre Lawrian sahaja .Semua part 1,2 and 3 WAJIB hadir.

Jom pakai jubah baru beli kat First Lady.Aku dah pakai 2 kali pergi kelas,kawan aku je belum pakai lagi.Bila ada majlis camni teringat la pulak kat sekolah dulu2,ada Majlis Laluan Redha Ilmu.Waa rindu SMK USJ 23,warganya dan para pendidik ku yang tersayang.

Pastu mesti aku nangis lepas salam + peluk + minta maaf + minta halal ilmu+ cikgu bagi amanah yang rasanya sangat besar.And for sure aku nangis sebab tak dapat jumpa depa dah dan takut menghampakan mereka terutama keluarga dan guru2 yang bersusah payah mengajar kami yang 'baik sangat' ni kan.

And i will try to do my best in this final exam.Do pray all the best for me my dear lecturers,teachers,
parents,family members,friends and not to forget my loved readers.(Eceh ni dah macam nak start debate dah)

Final exam aku 12 March hingga 18 March.Non stop and gap on this week.Argghh,i think i will be a crazy lawyer.No lah just kidding.Yang penting budak law habis exam awal.Sama macam kat sekolah dulu,budak sains habis SPM awal.Tapi kitorang lah yang macam nak mati sstudy gila babeng.

p/s:aku nak p mandi.Gosok baju pon lom lagi.Choww.
p/s2:mood:rindu segala-galanya yang aku pernah alami dulu before i was here,UiTM Merbok,Kedah

Tuesday, 28 February 2012

TO MY DEAR FUTURE HUBBY


Assalamualaikum,

      Entry ni untuk bakal bf aq,walaupon aq tau mustahil la untuk aq berCOUPLE tapi x salah kalo kita berangan kan?HAHA,Tapi entry ni gak untuk future husband aq.Atau mana yang berkenaan la.Korang pon boleh berfikir sejenak kan?Do understand me.Aku tak suka benda ni suma sebab aku rasa cam menyusahkan korang je.Dan aku rasa terkongkong.Jom check it out!

1.Tak Perlu CALL sepanjang masa,setiap hari
Do you understand it?Memey la orang kata by make a call,you can be more closer.TAPI aq takut ko x boleh tido plak asyik teringat kat awek ko je kan.Eceh,sebenarnya x nak bagi ko bosan.Ye la dah jumpa hari2 kat kelas pastu nak call bagai.Menghabiskan kedit ko je.

2.SHARING IS CARING
Aq cukup pantang dan x suka klo dating,semua pakwe je yang keluar duit.Atau awek ko je yang kena ketuk.My dear,why not we share our money together?Bagi kita yang sedang belajar ni,ingatlah dari mana datangnya wang itu?Makayah,PTPTN,Biasiswa,Zakat and whatsoever.Maknanya,bukan duit hasil titik peluh korang kan?So,why should you misuse of that money?Yang lelaki plak x payah bajet GENTLEMAN sangat lah.Klo seluar dalam ko pon mak ayah yang beli,I mean use their money.(ni ayat Mama aq,klo tengok pakwe je kuar duit)

3.MACAM BELANGKAS
Seriously,aq x pernah tengok belangkas tu rupe mana,tapi dari apa yang aq faham,sokmo berdua walau ke mana jua.BERSAMAMU,Haha kan dah masuk iklan DG.Pergh,yang ni lagi aq x tahan,rasa cam dah x de live.Kita pon ada kawan dan family gak.Takkan lah sebab kita Couple,kita kena spend 24hours dengan bf kita je kan.So,sila la faham ye.

4.PERLU KE CARING?
Yes,I admit it.Memey perlu TAPI ada batasnya.Aq x nak susahkan hubby aq dengan menghantar aq sampai depan pintu bilik rumah.Dan korang yang boys tak rasa menyusahkan ke ko kena patah balik untuk ke hostel korang.Pada aku sangat la membazir masa dan tenaga,tapi pada korang takpe sebab sayang apa pon sanggup.Mungkin kita kena jadi hipokrit dalam relationship?Adaakah begitu?
Contoh lain,asyik tanya dah makan belum?Pergh,tahu la aku nak makan bila,perut aku.Kau tu pon makan tak tentu,dok cara ke awek tu,buat menda gop?

     Konklusinya,ini je la yang aku tak suka dari pengamatan pengalaman kawan2 aku.Ada lagi kot,tapi biarlah rahsia.Tengok kalau korang couple atau kahwin dengan aku,senang hidup kan.Takyah susah2 pikir itu ini. Konon berebut la lepas ni orang nak ke aku.Ada wa kisah.

''Jodoh itu milik Allah,aku senantiasa menanti dengan ssabar jodoh aku''

p/s:harap maaf aku dah tercampur dialek tganu,kelate,,sabahan,perak,nogori sembilan,kedah and selangor negeri kelahiranku.Mungkin dalam entry yang lain bukan ni je.HAHA,

Sunday, 26 February 2012

Pengalaman lemas di Air Terjun


 Assalamualaikum,

    Seperti yang aku janji pada entry semalam,aku nak update pasal pengalaman aku lemas kat air terjun.Aku dah taip semalam tapi memandangkan line aku terlampau LAJU,aku tangguhkan dulu.Kelas aku cancel,so mari berblog.Sekarang line boleh tahan le sebab depa suma pergi kelas.Cuba kalau malam atau petang,sah2 line cam hampeh.

   OK,back to Air Terjun Sedim.Banyak batu kat tempat kitorang mandi tu.Memey susah nak across the river sebab air agak laju plus batu licin.Kitorang suruh Jimy tarik untuk menyeberang.Untunglah dia pandai berenang.Bila dah sampai kat belah sana,memey aku pulun praktis berenang.And suddenly aku dah terlebih dari tahap yang selamat which is ke tengah.Kat situ dalam bagi aku yang x cukup inci ni.Masa tu aku nak duduk atas batu,tapi batu tu licin sangat,lalu air pon menolak aku.

 Aku dah cuba tarik tangan Along tapi tak dapat plus dia pon tak tahu berenang.Aku pon tergapai-gapai di situ sambil aku cuba berenang dan melonjakkan diri aku ke atas.Aku rembat je tangan sape yang aku jumpa.Rupanya si Adam tapi kat tengah tu air laju gila boleh tolak aku sekali ngan dia.Oh masa tu diorang tengah standby jaga kat bawah tu sebab diorang nak terjun dari atas jambatan dan batu tu.Takut terlepas kan,last2 aku yang tak terjun tu yang lemas.

 Oleh sebab aku telepas dari Adam,aku pegang pulak tangan si Ayam and Adam,dua- dua cam hampeh.Pergi lepaskan aku hanyut dalam air.Luckily,si Jimy selamatkan aku.Memey kuat la ko boleh dukung tarik aku ke tepi.Lepas tu,memey aku mandi kat tepi je.Phobia gila nak pergi menyeberang lagi.
  
    Aku rasa cam nak pergi belajar berenang TAPI kalau pergi kelas tu mesti kena pakai suit dia yang ketat tu plus ada ke orang ‘comel’ pergi belajar berenang? Please syira think positive, this is for your own benefit, am I right?

   Dan untuk pengetahuan korang juga,ni merupakan kali kedua aku lemas di air terjun.Dulu kat Chepor,Perak.Lelaki tu selamatkan aku.Dan sebabnya aku tergelincir dari batu yang licin tu.

  Konklusinya,mama aku marah la dan tak kasi pergi mandi air terjun,abih tu mandi kolam renang je la gamaknya ye.Dan lepas ni aku akan pastikan lepas ni kalau aku pergi mandi-manda mesti bawa orang yang tahu dan pandai berenang.Ada hati lagi tu nak pergi lagi,Huahuargh...Choww

'Jadikan ia suatu pengajaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan'



p/s:aku phobia ngan air terjun tapi aku suka pergi untuk release tension.

Mati itu Pasti

Assalamualaikum,
 
   Sedang aku menaip ni,hati ku diselubungi rasa sedih dan tersentuh dengan khabar kematian seorang demi seorang umat Islam.Ye aku sedar betapa mati bukan ketika tua sahaja,malahan sekarang ni pada usia muda.Sesungguhnya kita tak tahu bila kita kan mati.

   Semalam,aku mendapat khabar adik senior aku meninggal sebab accident sebelum tu dia koma di Hospital Ipoh.Pastu,pagi tadi ayah aku mesej kata Tok Teh aku meninggal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Dan tadi aku on9 fb,budak part 2 course OM meninggal.Yang ni paling sedih sebab hari ni merupakan hari jadi dia.Dia pon accident.

    Marilah kita sama2 menyedekahkan Alfatihah buat mereka,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan dipermudahkan urusan di alam Barzakh.Oleh itu,pada malam ini Pusat Islam Ashabul Kahfi akan mengadakan solat hajat dan tahlil untuk arwah2 ini dan juga untuk ayah sorang budak ni yang hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah.Mari warga UiTM Kedah kita pergi ramai2.

   Kita akan merasa insaf dan tersedar dari khilaf apabila kita teringat akan mati atau berlakunya kematian pada orang yang terdekat dengan kita.Aku pernah rasa saat paling menyedihkan pada hari raya Aidilfitri tahun lepas,opah aku meninggal dunia di Hospital Ipoh.

   Tapi,berapa ramaikah yang sedar bahawa hidup di dunia ni hanya sementara?Korang masih sibuk dengan urusan duniawi sahaja.Bukanlah aku kata tak boleh fikir dunia,TAPI cuba seimbangkan dunia dan akhirat.Ini tak solat tak pernah tunaikan,orang puasa kau buka puasa kat drive thru Macd.Kalau nak kata nak tunggu sampai seru atau keikhlasan tu datang,memey berjanggut la tunggu.Tapi,bagaimana pula jika nyawa kita yang diseru dulu belum sempat kita tunggu seru untuk beribadah?

  Satu je la cara ni aku praktikkan bila aku rasa malasnya nak solat Isyak aku nak tidur ni,aku bayangkan macam mana kalau tetiba Allah tarik nyawa aku masa aku tengah tidurComfirm laju je aku pergi amik wudhu' terus solat baru tidur.Orang kata bila kita mati dalam keadaan solat terjaga ringan sikit azab di alam kubur nanti. Wallahualam.

Saturday, 25 February 2012

Review about camping at Kg.Sedim


Assalamualaikum,
  
   Aku baru balik dari camping kat Sedim.Aku baru tahu kat Kg.Sedim,Kulim tu ada macam2 seperti air terjun,The Top Walk(TTW) ,river crossing and etc.Camping ni walaupon sekejap tapi kira aku enjoy the camping juga la kan.Sampai petang semalam terus terjun,excited gila jumpa air terjun.Tapi sebenarnya kitorang tunggu khemah yang dibawa oleh kak Zana,sambil tu menyelam minum air la kan.
Malangnya,kitorang yang girls tak sempat mandi pon sebab lepas kitorang tukar baju air naik.Deras pulak tu.Yang lelaki suma pakat naik.Haa tahu pon takut kan,yang korang dok terjun dari jambatan tu,tak cuak pulak?
   
  Oleh itu,kitorang Cuma main air kat tepi2 tu je.Takpe esok ada lagi.Malam tu kitorang buat Barbeque le cecah air asam,nasi dan sayur kobis goreng.Amacam best tak menu kat hutan?Sir kitorang kata makan kat hutan cam kat Amerika je gayanya.Pastu meeting club taekwondo.Oh yeah,aku baru teringat entry semalam aku target dalam 15 orang je kan pergi?And you know what my dear readers,my instinct is always true.Macam hampeh je kan,aku dah promote sana-sini.
   
 Pagi tadi,kol 9 pagi kitorang pergi melihat hutan hujan tropika atau lebih dikenali sebagai TTW(sila rujuk kat atas).Aku kan memey jenis jalan laju,so memey aku la perempuan paling depan.Sangat cantik bila dapat lihat air terjun dari ketinggian 1850m atau lebih,ntah la tak ingat plak nak bawa buku catatan.Tapi,seriously aku gayat do katas jambatan tu.Dah lah goyang2 almaklomla yang naik pon semua badak je kan.Walaupon pada hakikatnya jambatan itu besi.
  
 Next xtvt is River Crossing.Takde la susah mana Cuma ko kena tahan sejuk le pepagi buta udah berendam dalam air.Memey sejuk tak ingat kot.Lagipon pakai jaket keselamatan tu,so don’t worry,’your safety is our priority’,haa tu diaa kuar dah moto.Lepas tu,kitorang mandi kat situ kejap.Dan sambung balik mandi kat tingkat bawah,konon lebih selamat.

     Dan aku pon mempraktikkan teknik berenang yang aku belajar kat The Carnivall hari tu.Kitorang tanya Si Fazlan a.k.a Buntat tu camne dia pandai berenang,dia kata ‘tengok la cara orang lain berenang dan praktikkan’.Aku ada tengok sorang mamat ni berenang gerak  kaki je,tangan letak kat belakang a.k.a pinggang.Laju je dia berenang.Tapi aku berenang tangan dan kaki sekali bergerak.

  Pastu breakfast kitorang makan nasi dan kuey teow goreng plus roti telur.Lunch plak makan nasi+tomyam,telur goreng dan cucur bawang+cili.Air sepanjang 2 hari tu air tea ' o',tadi lunch baru minum air oren tapi x sedap le sebab x de ais.

   Secara intihanya,aku dah pulun mandi air terjun puas-puas,lepas ni no more enjoy2.I just want to concentrate on my final exam.Oh,naty aku update entry pasal pengalaman aku lemas kat sini ye.Chow..

Friday, 24 February 2012

Camping at Kulim

Assalamualaikum,

Aku AKAN berangkat ke kem pada pukul 3pm hari ni.Tapi berkumpul kat depoh bas kol 2.30pm.TAPI aku x de mood nak pergi sebab takde kawan.Oh, lupa pula nak bagi tahu camp ni under Kelab Taekwondo UiTM Kedah.Hari ni sampai esok je.Sekejap gila kan.Tempat di Kem Rekreasi SEDIM,Kulim.
 
   Camping ni tak dapat sambutan hangat.Entah la aku pon x tau nak buat camno lagi.Den dah tolong postkan kat semua page club yang aku join dan fb aku sekali.Still no response.Aku rasa jap lagi ada la dalam 15 kerat je yang pergi.Memey jadi kem SDN BHD.Tidur dan makan je.HAHAHA...

   Jujurnya aku masih belum pack barang lagi.Dan korang tahu kitorang masak sendiri konon nak jimatkan.Siap bawa pinggan dan cawan sendiri pulak tu.Sabar je la.Aku tak pernah camping kat hutan bagai ni.Dulu camping kat sekolah je.

   Konklusnyai,aku harap camping ni best walaupon aku yakin tak ramai yang pergi sebab depa ada test dan LDK for part 1 students.Pre Lawrians memey untung x perlu terlibat dengan semua tu.Belajar je 24 hours.At least ni merupakan camping terakhir dan last aku nak enjoy bagai sebelum aku concentrate on my final exam start on 12 march until 18 march 2012.Non stop and gap between that week.Argh,
memey aku akan struggle gila babeng study week nanti.

'Do pray all the best for me,and Insya Allah i will pray for you too'

Friday, 17 February 2012

Sehari bersama pinky geng

Assalamualaikum,

Aq rasa sangat penat sebab telah menghabiskan masa dari kol 10am-5pm kat the Carnival Theme Park,Sg.Petani.Ala2 WETWORLD kat Shah Alam tu.Konon nak pulun main n mandi puas coz dah bayar RM 23.TAPI,aq enjoy the whole day with my dearest pinky friends.Kitorang pakat pakai baju n tudung pink,pengaruh dari Iela la ni.

Land excitement sedang diubahsuai so kami hanya mandi dan main gelongsor je la.Seriously,aq x pernah naik gelongsor tu sebab saya sangat TAKUT,kan tinggi dan ayah tak kasi naik.TAPI,tadi saya telah mencabar diri saya sendiri,and i have done it with a loud screaming.Takkan lah aq nak dok kat bawah tu sorang2 sedangkan deme bersuka-ria di atas.OK,keJEALOUSan melanda diri.Walaupon aq dok menjerit cam orang sakai.aq tetap naik 3 kali.Sangat BEST.

   Kitorang berkenalan ngan sorang budak ni,Fazlan darjah 5.Dia sangat comel dan peramah.Dia boleh join kitorang plak.Memang kitorang pulun semua tempat mandi kat situ termasuk kolam budak2.Best gila sebab ada air pancut dan air dalam baldi kat atas yg penuh ngan air tu dibalikkan setiap kali lepas dia penuh la kan.Kiitorang dok pusing kolam ala2 sungai tu bape kali dengan pelampung yang x boleh jalan sendiri tu.Last2 kitorang tolak pakai kaki n turun dari pelampung.Tapi best gila bila ada wave tu.

   Cite kat atas suma best je kan.Ok,now lets proceed to the unexpected or bad things happen here:
1.Hari ni JUMAAT.So,as a Muslim,what should you do,my dear?Solat JUMAAT tapi aq pelik gila korang boleh plak join the club kat situ.Hello bro,here is not masjid.Yang bini or awek tu pon,x reti2 nak ingatkan laki awak tu.Apa tak boleh.Yang dah beruban pon ada,lagi la aq pening.Kubur kata mari,rumah kata pergi je pak cik oii.

2. Kitorang lemas a.k.a terjunam kepala ke bawah.Sebab nak naik pelampung.Empat orang sekali terjatuh.Memang best aq sedut air chlorine banyak2.Tapi lepas tu ok je,kitorang gilir2,jap naik yg 2 orang punya,pastu sorang2.

3.Aq baca la dia punya papan amaran tu kan.Ada ke patut TUDUNG is NOT ALLOW.What??Are you nuts?Where is our Muslim right?Tapi nasib baik la dia x ketat sangat dan x suruh Mira cabut tudung pulak kan.Memey la aq freehair kat situ tapi terasa gak bila jadi gitu.

4.Ko dah ada bini plus anak dua orang,tapi boleh usha gadis2 di sini plak ye.Kesian bini lu,bro.Lu jangan nak mata keranjang sangat la,sekali wa cungkil biji mata lu..Naya je.
  
    Konklusinya,sangat best bila dapat meluangkan masa bersama korang sementara stok sem masih ada.Lepas ni,moh le kita pulun study ye.Ada mamat Chinese ni handsome gila.Kitorang pon dok berangan la klo dia cam MR.HILMAN YONG yang dalam novel AWAK SUKA SAYA TAK?Arggh,rasa nak jerit camtu je tadi.Eceh,macam la aq berani kan.Gebang je lebih.

Thursday, 16 February 2012

PERSONALITY IN PSYCHOLOGY

Assalamualaikum,
 
    Aq suka gila buat ujian ni.Masa sekolah dulu selalu buat ujian personaliti warna.Sebab aq nak tahu camne sikap aq.Tak semua ciri2 tu tepat dengan sifat kita yang semula jadi tapi mostly ianya adalah benar.Sebab kita pilih jawapan berdasarkan diri kita dan tiada paksaan dari mana2 pihak kan?Yang terbaru aq buat masa camping Hari tu.Pimpinan IQES Consultation under Ustaz Hadi yang sporting dan best.

Dia suruh pilih gambar mana yang korang suka dari no1 hingga 9.Aq pilih no 8 kot kalo x silap la.Sebab aq suka colour purple n biru laut.Plus pensil dan buku tu menggambarkan hobi aq menulis dan membaca.But the meaning besides that are:-Here we go!

1.KELAKAR & RIANG
Kelakar ke aq ni?Hmm,boleh lah membuatkan kawan2 aq bergelak ketawa dengan lawak bodoh aq tu.Sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati kawan2 aq kan?Aq rasa unsur humour tu wujud sejak aq form 4.Sebelum tu,aq cam x de life doe.Selalu menyendiri n whatsoever.Ataupun aq baru bertemu kawan yang otak gila2 sama ngan aq..But i think this is where i get the sense of humour.OK,everybody lets give a big clap to my dear,NURUL AQILLAH BT MUBI.My beloved sister who are struggling for her SPM this year.She is my SIFU..Dan dari angah juga la aq belajar untuk jadi tabah dan cekal.Tapi kekadang aq sedih gak.Ko pk aq x de perasaan ke even badut pon tau nangis la.

2.NO WORRIES AT ALL
Ye ke?Kekadang aq rasa camtu.Kawan aq suma pakat risau esok test,tapi aq boleh relax je.Tapi ada kalanya aq sangat sangat risau sehingga aq x boleh tidur.Dan aq sangat rasa takut dan dada rasa cam nak pecah bila dalam satu hari tu pelbagai benda berlaku.Contoh,hari Rabu semalam aq terpaksa dan rela menghadapi test law 016 dan DEBATE.Aq dok pk camne aq nak settle one-by-one.Dan Alhamdulillah,aq boleh jawab test tu.Yang debate tu aq rasa kami dah menghampakan sir.Sir,i am sorry.Tapi depa kata "Syira,i am admire with you coz you can answer the POI'S given".Korang walau camne sekalipon,aq tetap rasa kitorang dah menghampakan harapan sir yang kitorang boleh wat lagi bagus dari semalam.Papepon thanx sebab senantiasa menyokong aq. Tapi satu rahsia aq nak share ngan korang camne aq mampu menghadapi benda ni suma.Korang minta kat Allah apa2 hajat korang pada sujud yang terakhir tu setiap kali solat.Insya Allah,hajat anda akan dikabulkan.Actually aq takut gila x boleh jawab law 016,tp alhamdulillah dengan berkat Nya,aq berjaya menjawab dengan tenang dan yakin.

3.TAK SUKA DIKONGKONG
Yes,i admit it!Aq x suka dikongkong or else aq akan memberontak.Jiwa remaja la kan.Tapi tu dulu kot.Sekarang ada la gak tapi aq dah belajar cara nak kawal diri.Pastu ustaz boleh kata camni plak 

"Yang ni para suami sila berhati-hati kalo dapat bini camni."Wei,mana ada.Kalo ko tau nak kawal aq then it should be no problem at all.

Hehe,tapi aq memang sangat tak suka dikongkong.Bila aq tengok kawan2 aq yang dah bercouple,setiap kali nak kuar outing kena inform kat pakwe dulu.Aq pon kata la dalam hati :

"baru COUPLE dah kena kongkong,klo dah kahwin naty mao dia ikat kita ketat2 kan"
Tapi walaupon aq tak suka dikongkong,mama n ayah aq tetap mengongkong kehidupan aq.Dan aq sedar klo depa x wat lagu tu maunya aq tersasar dari landasan and they prove that they love me so much.Am i right,my dear readers?

   Secara tuntasnya,dalam hidup ini kita mesti ada jatuh dan bangun,suka dan duka,atau secara amnya ada pro dan kontra.Oleh itu,walaupon aq luarannya nampak gila2,TAPI aq pon ada hati dan perasaan.Aq juga seorang perempuan yang berjiwa sensitif.So,do respect me and i will give you my respect and love.Ahaks,x boleh bla je 'love' tu.Ko ada?

     "DOA IALAH SENJATA UMAT ISLAM"

p/s:aq dah terbawa-bawa influenza DEBATE in my daily life.POI n my dear.Best plak guna my dear ni.lembut je menusuk ke telinga terus lekat kat hati.Pergh,ayat aq.
p/s 2:Esok kami nak p mandi-manda di Carnival sg.Petani ala-ala wetworld tu.jom le join the club but for GUYS.I am begging you!!!Please go to MASJID,PERFORM your JUMAAT PRAYER.

Saturday, 11 February 2012

manusia oh manusia

Assalamualaikum,
  Hari Khamis lepas,UiTM telah mengadakan Festival Kolej (FESKO ).Oleh itu,pelbagai aktiviti yang menarik + membosankan telah diadakan.2 hari lepas aq pergi dengar ceramah dari Imam Tua Muda Khairul Azhar.Tajuknya,"Fitnah di Akhir Zaman.Di Mana Khilafnya?Gempak x tajuk tu.Tapi aq bukan nak cite pasal content dia yang superb tu tapi pasal sambutan yang diberikan sangat menggalakkan mengecewakan aq.Ye la yang memeriahkan majlis ialah para pelajar MRSM Merbok dan Sek Men Sains Sultan Muhammad Jiwa( SMSSMJ).Wakil pelajar dari UiTM selaku penganjur sikit je.

   Paling menyedihkan kaum adam a.k.a yang bakal menjadi imam nanti hanya segelintir je yang datang.Di manakah kalian di saat majlis ilmu diadakan?Adakah kalian busy belajar?Oh,mungkin anda sedang pulun study memandangkan our test and final exam is just around the corner?Or maybe you are busy with assignments and so many reasons not to come at that nite.Am i right,my dear Muslim boys?
Tapi dalam pada korang busy dengan macam2 benda boleh pulak pergi makan plus lepak2 bersama geng n partner korang kan.Pelik plak aq.Bila time ceramah or anything about Islam,there are so many reasons you give.Oh lupa yang girls pon sama kena dengar ceramah ni.

   Actually aq malu doe,bila penceramah sedang berceramah di hadapan kami.there are so many students of UiTM who are walking around to eat at stall infront UiTM.Aq cuma terfikir korang boleh pergi jalan dengan selamber badak tanpa perasaan cam bersalah atau ruginya aq x dengar majlis ilmu ni,malahan korang boleh bantai menyembang sambil jalan terkedek-kedek kat belakang tu.Oh mungkin korang akan kata makan penting untuk hidup.So,pergi la makan secara berjemaah dan the fact is korang lebih banyak buang masa kat kedai makan dengan bersembang.Yes,i admit it coz i was one of them before this.Ko pk ada fashion show kat situ.Rasa nak je aq tahan korang supaya dengar majlis ilmu ni.
 
   Tak rugi pon kalau korang singgah dan dengar tau.Malahan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pahala lagi.Bila ada majlis ilmu semua pakat busy sokmo,tapi semalam bila ACOUSTIC NITE penuh la Dataran Ilmu tu umpama ada Dato' Ct sedang buat konsert.Padahal dengar lagu yang ntah hape2 plus x sedap n membosankan ada la.Yang ni boleh pulak pergi walaupon korang bagi alasan kena paksa dan ambush dengan Jawatankuasa Blok( JB),tapi korang kan ada hak untuk bersuara kan?

   Konklusinya,Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih dan sedarlah setiap apa yang korang lakukan dan mulakan hari ni ada kesannya untuk masa depan korang.Oh,untuk berfikiran positif aq pon buat ayat nak sedapkan hati: "Mungkin korang ada perkara yang perlu dibuat dan lebih penting dari majlis ilmu yang korang fikir x penting pon kan"Tapi kalau yang ada perkara lebih mustahak soal hidu mati tu,takpe la kan.Your excuse will be accepted.Renung-renungkanlah betapa egonya kita ni.Choww...

Thursday, 9 February 2012

Pecah rekod bhaii

Assalamualaikum,

   Korang pk apa rekod yang aq dah pecahkan hari ni?Hmm,ce pikiaq sat.Ok la aq bagi tau.Hari ni setelah berbulan-bulan aq survive kat Melbourne (depa wat nama glamour bagi Merbok),hari ni hati aq telah tersentuh+kecewa+dilukai+terasa.Dulu masa aq keja kat Macd selalu terasa.Camne korang nak tau aq terasa ke x?Senang je.Klo dalam sehari atau saat dan tika itu aq langsung x cakap dan berdiam diri,thats mean you have done something that hurt my heart.Sebab aq kan banyak mulut mesti korang dapat detect punya.Ataupun korang tanya sepuluh patah aq jawab sepatah je atau dengan anggukan je.

   Dulu masa kat Macd depa suma pakat tahu dah pasai apa aq senyap.First sebab x dapat makan a.k.a break,kena marah ngan customer atau manager.Gaduh ngan crew.Eceh gaduh la sangat x de la perselisihan faham je.Lastly,duit short.Aq sayang hampa suma sebab faham aq.

  OK,cerita hari ni aq terasa ngan kawan aq.Aq tau dia x sengaja dan x sedaq dia telah melukakan hati aku.Maybe aq terlalu sensitif(nak period kot).Tapi memang aq terasa gila sampai nak nangis doe.Aq rasa cam aq x diperlukan+x penting pon dalam group ni+cam dia pandang rendah pada aq n whatsoever la.Sampai aq dok jauh ngan depa menyendiri la konon ni.

 Ok,mungkin kawan aq tu x tau aq terasa ngan dia.Ok fine,aq la yang akan mengalah.But before that,please give me some space and time to value myself and think rasional.

   Baru aq sedar dah lama hati aq x tersentuh cum sensitif ni since aq resign dari Macd.Korang,syira rindu nak korang pujuk bila syira merajuk+touching.Abang,adik comel rindu kat kata2 nasihat dari abang.Choww.

Wednesday, 8 February 2012

Akibat keterbiasaan berbahasa Inggeris

Assalamualaikum,

Ok,ni nak habaq kat ampa suma,cheq bukan nak berlagak speaking omputih naa,tapi cheq dah terbiasa dok hari2 speaking dalam kelas.
     Aq nak cite pasal ni dah lama sebenarnya tapi baru berkesempatan pada pagi ni.(Sbgi ganjaran aq dah siapkan presentation at last minute).Ok,kami kan pre law students.So,dalam kelas mana cakap bahasa Melayu kan.Oleh itu,kami dah terbiasa bercakap dalam English even my English is broken.Should i care?(haa,tengok aq dah cuba la nak cakap Malay tapi mesti tetiba tukar Engish).

   Contohnya masa aq pergi training taekwando at the first time.Sir tanya "kamu dah tinggal taekwando bape tahun?".Aq pon dengan yakinnya menjawab "around 7 years".Then,i was thought why should i answer like that.I suppose answer like this "7 tahun".Memang nampak simple tapi lidah aq dah terlampau lembut sangat la konon nak speaking bagai ni.Dan banyak lagi insiden terlebih laju boleh diundur,terlebih lidah tak boleh ditarik balik(ok,i just create a new one.Sorry, pemusnah bahasa).Tapi,kenapa mesti berlaku kat aq.Semua orang ingat aq berlagak dok speaking je.Eh,tapi kawan2 aq pon sama gak ngan aq.Sebab kami dah terbiasa.Tapi,Insya Allah kami takkan jadi kacang lupakan kulit.Doakan kami ok.

  OK,the fact is aq dah x tau nak wat camne ngan lidah aq.But seriously i am trying to control my usage of language.I try to balance my Malay and English.Tapi kan sebenarnya korang boleh improve English korang by speaking through our daily lives.Try to speak with your friends at the first stage.It does not matter if they are laughing at you because everybody makes mistakes.

   Next nak komen pasal slang a.k.a slanga korang.Tak perlu nak menggedik a.k.a mencapub(mencari publisiti) dengan berbahasa Melayu slang English.Malu doe orang menganjing ejek kita balik lepas tu.Plus,kita ni bukan nya omputih or duduk kat oversea nun.And for sure orang tahu ko tu slang yang dibuat2 or natural plus orang akan MENYAMPAH TAHAP GABAN bila dengar suara gedik ko tu.
OK,yang ni kak Anis Zainab yang cakap masa kitorang pergi camping kat Dusun Resort hari tu.

  Lastly,aq nak share sesuatu ngan korang camne nak improve our english.Silalah berkawan baik dengan kamus/dictionary whether online or manually.Seriously,i think this is the best way because you will know the meaning and the correct spelling at the same time.Aq tahu ramai yang malas nak bukak dictionary termasuk adik2 aq tu.Ingat aq kamus bergerak ke,semua aq tahu.Padahal kamus depan mata je.Pastu dalam aq menulis kat blog ni pon,kalo aq x sure ejaan,usage of words aaq akan refer to dictionary.

p/s:x sampai satu sem study law,aq dah jadi camni.Gamaknya kalo aq sambung LLB naty mau 24 hours,aq speaking je.

 ''Kerja last minute sangat mencabar dan sukar bagi diri aq dan aq sangat suka buat kerja last minute''

Sunday, 5 February 2012

Kem di Dusun Resort,Kuala Nerang

Assalamualaikum,
  Rindunya nak update blog tapi apakan daya aq baru balik camping,of coz la penat plus internet cam hampeh.Camne aq nak settle masalah ni.Ni pon aq kena turun bawah baru line laju.Tapi aq sangat malas nak turun naik ke bilikku tingkat 3.Plus x de feel nak menulis.

   OK,semalam aq baru balik dari kem motivasi di dusun resort,kuala nerang.Sekali tempat PLKN daa.Memey la.Kem kali ni best gila sebab jadual x ketat sangat plus ustaz hadi consultant yang handle.Memey superb la wa cakap sama lu.Pastu ada abg ATS a.k.a Fasilitator handsome,i like.

    Aktivitinya ialah ceramah tentang emosi dan stress.Pastu,ada explorace yang mana aq wat aktiviti yang menggelikan sampai muntah doe.Then,ada qiamullail.Kitorang yang perempuan ni kemain punctual tapi yang lelaki boleh plak buat ibadah senyap atas katil.Pergh,memey sakit hati dah la kitorang tidur 2 jam je.Last2 solat taubat sendiri.Pastu kol 6 am baru depa datang.Explorace tu geli sebab aktiviti JUS CINTA.Nama cam best je kan.Sekali eww aq nak cite pon rasa nak muntah balik.

   Dalam satu mangkuk ada air yang resepinya diwarisi secara turun-temurun.Orang pertama minum sikit dan luahkan balik dalam mangkuk tu.Pastu orang seterusnya wat cam tu gak.Orang terakhir telan sampai habis.Wek,memey muntah aq lepas tengok Hannah telan sampai licin tanpa muntah.Si Mahfiz lagi la boleh plak muntah dalam mangkuk tu.Pastu diorang buat lagi sekali.Lagi best ustaz hadi pergi tambahkan perasa nak muntah,dia kata cuba tengok air tu penuh ngan buih2 air liur kawan korang.Apa yang korang rasa?Nak muntah x?

   Lagi satu yang geli.Korang pilih nak minum air stoking kawan korang atau air sumber alam.Ko gila aq nak minum air stoking,x rela mak nak.So,kitorang telan air semula jadi.Pergh,memey terbaik la sama cam explorace Arabic Club ari tu.Cuma versi air natural x de colour.Tapi masin dia Ya Allah masin pekak.Dah la x bawak air untuk naturalise balik.Telan je la.That's why group kitorang menang no.1 sebab kitorang x banyak karenah.Belasah je semua.

puncak bukit kepah


bella,miera,iela,syira 
  Dan pengalaman paling best bila aq berjaya mendaki Bukit Kepah.Yes,mesti korang kata ala baru bukit dah kecoh.Yes i do coz this is my first experience on doing extreme activity.Walaupon aq luka sikit kat lutut dan sakit sampai sekarang tapi ia merupakan saat paling best bila aq dapat menyaksikan keindahan alam Kuala Nerang dari puncak bukit.SubhanAllah,sungguh cantik.Rasa cam nak pergi lagi.Pastu sambung wat aktiviti budak PLKN memang best.Tapi yang ada air ngan panjat tembok tu aq x wat la kan.Takut plus malu la boys sibuk dok usha.Haha alasan kan.
  
   Tapi papepon memang best bukan nak menganjing ok.Memang rugi gila sape yang x mai tu.Aktiviti dia pon x ketat mana ok.Pastu aq respect gila kat Diba sebab p kem ni.Walaupon dia orang bandar.Pastu kan kelas kitorang la yang paling ramai pergi plus gila2.Kelas lain mampu ke plus tolong jangan pandang pelik,jelik n sewaktu dengannya ok.Klo kitorang x happening n gila2 memang x kan meriah la kem ni tahu x.Untunglah kitorang ada GAGA yang cukup femes tu.

p/s:aq akan kurangkan aktiviti berblogging n berfb sebab ada test n line cam hampeh.Aq dah decidi x mao sewa wifi pc niaga lagi.Cuma guna line UiTM Merbok Student n Masria.Ok,boleh jimat RM 25 sebulan.Doakan aq berjaya mendapat result yang gempak walaupom aq x ni x gempak mana kan.Chow..
p/s2:i will miss u my blog a.k.a on9 diary...

Wednesday, 1 February 2012

kerana Gurau Kasar

Assalamualaikum,
  
   Hari ni aq sakit hati ngan manusia(mesty la human takkan animal plak kan).Tapi semua ni tercetus di fb.Adakah fb yang bersalah?Mari kita lihat bersama then decide.Oh lupa nak cite tadi test reading Muet a.k.a BEL 260 aq dah selamat dijawab.Berdebar menanti result.Sir please give me the highest mark.Belum test MUET betol2 pon kan.

   Firstly,keburukan fb ialah selalu berlaku salah faham@tafsiran.Kita maksudkan lain,orang faham lain.Contoh,aq guna nada bergurau tapi ko terus sentap dan membalas kesentapan ko sehingga aq tersentap.(pergh,tersentap mak nak dok baca ayat ko ni).So better face to face.Then,kat pre law club page,hicom bajet sentap plak suma,susah hidup klo nak serius n sentap memanjang.Hidup ni kena ada gurau senda baru happy.Tapi bergurau tu biar berpada-pada ye.

    Aq sentap ngan ko,Mr.A H.Cuba korang pk klo ko berada di tempat classrep apa perasaan ko bila diorang x dengar arahan ko.Ko pk senang ke nak jadi classrep.Tanggungjawab yang berat terletak di pundak mereka.Classrep pon manusia,pelajar dan hamba Allah juga.Mereka punya hati,perasaan dan tahu erti kecewa dan penat.Ko pk senang nak bahagi masa,mana nak study,bersosial ngan kawan2,tanggungjawab sbgi anak,hamba Allah,classrep n etc.(ni karang ada plak yg kata aq scandal ngan classrep coz aq dok backup dia.tolong siket.Aq sokong mana yg aq rasa betul je k)

   OK,ni secara umum,cuba korang pk apa perasaan orang yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu program or whatsoever tu bila korang mengecewakan depa dengan memberi soalan2 dan alasan2 bodoh yang tak munasabah.Contohnya,pre law club nak wat kem motivasi.Then,korang pon komen kat page:
1.Ada aircond x kat sana?
2.Ada kedai topup x kat sana,naty mummy saya nak call susah.
3.ada gajah,kambing,ular kolam renang x kat sana?
Pergh,klo aq ada kat tempat para hicom pon sentap doe.Soalan2 yang menganjing+bangang.Ko ingat kita nak pergi cuti2 malaysia ke?Atau ko ingat kita nak sewa hotel 5 star dan buat lawatan sambil tidur belajar.Yup,korang kata ia hanya gurauan semata-mata tapi bagi diorang yg x tahu erti berGURAU KASAR menganggap it was a stupid question.Dont u think so?You are pre lawrians,ni ayat nak menyedarkan kita to behave yourself as a future lawyer.Yah,do you really want to be a lawyer in the future? InsyaAllah.

   Anda sebagai seorang insan yang mempunyai kuasa sila gunakan kuasa yang ada di tangan anda dengan telus,adil,bertanggungjawab dan  prihatin.Setiap keputusan yang anda buat akan mempengaruhi anak2 buah anda.Fikir dengan hati dan akal yang waras.

  .Dan anda sebagai anak buah jangan hanya tahu membangkang atau memberikan alasan sahaja tapi cuba untuk berfikir secara matang dan rasional.Ini tak yang tahunya OBJECTION x sudah2.Apa yang aq tahu keputusan yang telah dibuat adalah untuk kebaikan kita bersama.Pasti ada hikmah dan kepentingannya kepada kita di sebalik semua ini.

.Hargailah apa yang telah mereka usahakan untuk kita walau kita tak minta apa2 daripada mereka dan mereka pon tak minta ucapan penghargaan daripada kita.Redhakan diri anda untuk pergi kem ini wahai pre lawrians sekalian walaupon anda terpaksa dan dipaksa.

p/s:aq beremosi hari ni lepas kena 'tembak' ngan ayat sentap mamat nogori ni.Choww.

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...