Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 26 February 2012

Mati itu Pasti

Assalamualaikum,
 
   Sedang aku menaip ni,hati ku diselubungi rasa sedih dan tersentuh dengan khabar kematian seorang demi seorang umat Islam.Ye aku sedar betapa mati bukan ketika tua sahaja,malahan sekarang ni pada usia muda.Sesungguhnya kita tak tahu bila kita kan mati.

   Semalam,aku mendapat khabar adik senior aku meninggal sebab accident sebelum tu dia koma di Hospital Ipoh.Pastu,pagi tadi ayah aku mesej kata Tok Teh aku meninggal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Dan tadi aku on9 fb,budak part 2 course OM meninggal.Yang ni paling sedih sebab hari ni merupakan hari jadi dia.Dia pon accident.

    Marilah kita sama2 menyedekahkan Alfatihah buat mereka,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan dipermudahkan urusan di alam Barzakh.Oleh itu,pada malam ini Pusat Islam Ashabul Kahfi akan mengadakan solat hajat dan tahlil untuk arwah2 ini dan juga untuk ayah sorang budak ni yang hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah.Mari warga UiTM Kedah kita pergi ramai2.

   Kita akan merasa insaf dan tersedar dari khilaf apabila kita teringat akan mati atau berlakunya kematian pada orang yang terdekat dengan kita.Aku pernah rasa saat paling menyedihkan pada hari raya Aidilfitri tahun lepas,opah aku meninggal dunia di Hospital Ipoh.

   Tapi,berapa ramaikah yang sedar bahawa hidup di dunia ni hanya sementara?Korang masih sibuk dengan urusan duniawi sahaja.Bukanlah aku kata tak boleh fikir dunia,TAPI cuba seimbangkan dunia dan akhirat.Ini tak solat tak pernah tunaikan,orang puasa kau buka puasa kat drive thru Macd.Kalau nak kata nak tunggu sampai seru atau keikhlasan tu datang,memey berjanggut la tunggu.Tapi,bagaimana pula jika nyawa kita yang diseru dulu belum sempat kita tunggu seru untuk beribadah?

  Satu je la cara ni aku praktikkan bila aku rasa malasnya nak solat Isyak aku nak tidur ni,aku bayangkan macam mana kalau tetiba Allah tarik nyawa aku masa aku tengah tidurComfirm laju je aku pergi amik wudhu' terus solat baru tidur.Orang kata bila kita mati dalam keadaan solat terjaga ringan sikit azab di alam kubur nanti. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...