Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 26 February 2012

Pengalaman lemas di Air Terjun


 Assalamualaikum,

    Seperti yang aku janji pada entry semalam,aku nak update pasal pengalaman aku lemas kat air terjun.Aku dah taip semalam tapi memandangkan line aku terlampau LAJU,aku tangguhkan dulu.Kelas aku cancel,so mari berblog.Sekarang line boleh tahan le sebab depa suma pergi kelas.Cuba kalau malam atau petang,sah2 line cam hampeh.

   OK,back to Air Terjun Sedim.Banyak batu kat tempat kitorang mandi tu.Memey susah nak across the river sebab air agak laju plus batu licin.Kitorang suruh Jimy tarik untuk menyeberang.Untunglah dia pandai berenang.Bila dah sampai kat belah sana,memey aku pulun praktis berenang.And suddenly aku dah terlebih dari tahap yang selamat which is ke tengah.Kat situ dalam bagi aku yang x cukup inci ni.Masa tu aku nak duduk atas batu,tapi batu tu licin sangat,lalu air pon menolak aku.

 Aku dah cuba tarik tangan Along tapi tak dapat plus dia pon tak tahu berenang.Aku pon tergapai-gapai di situ sambil aku cuba berenang dan melonjakkan diri aku ke atas.Aku rembat je tangan sape yang aku jumpa.Rupanya si Adam tapi kat tengah tu air laju gila boleh tolak aku sekali ngan dia.Oh masa tu diorang tengah standby jaga kat bawah tu sebab diorang nak terjun dari atas jambatan dan batu tu.Takut terlepas kan,last2 aku yang tak terjun tu yang lemas.

 Oleh sebab aku telepas dari Adam,aku pegang pulak tangan si Ayam and Adam,dua- dua cam hampeh.Pergi lepaskan aku hanyut dalam air.Luckily,si Jimy selamatkan aku.Memey kuat la ko boleh dukung tarik aku ke tepi.Lepas tu,memey aku mandi kat tepi je.Phobia gila nak pergi menyeberang lagi.
  
    Aku rasa cam nak pergi belajar berenang TAPI kalau pergi kelas tu mesti kena pakai suit dia yang ketat tu plus ada ke orang ‘comel’ pergi belajar berenang? Please syira think positive, this is for your own benefit, am I right?

   Dan untuk pengetahuan korang juga,ni merupakan kali kedua aku lemas di air terjun.Dulu kat Chepor,Perak.Lelaki tu selamatkan aku.Dan sebabnya aku tergelincir dari batu yang licin tu.

  Konklusinya,mama aku marah la dan tak kasi pergi mandi air terjun,abih tu mandi kolam renang je la gamaknya ye.Dan lepas ni aku akan pastikan lepas ni kalau aku pergi mandi-manda mesti bawa orang yang tahu dan pandai berenang.Ada hati lagi tu nak pergi lagi,Huahuargh...Choww

'Jadikan ia suatu pengajaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan'



p/s:aku phobia ngan air terjun tapi aku suka pergi untuk release tension.

1 comment:

  1. Tanya akak kat entry ni,tolong jawab ye akak!
    http://wwwmohdridwan.blogspot.com/2012/02/borang-upu-siap-di-isi-akhirnya.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...