Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 25 February 2012

Review about camping at Kg.Sedim


Assalamualaikum,
  
   Aku baru balik dari camping kat Sedim.Aku baru tahu kat Kg.Sedim,Kulim tu ada macam2 seperti air terjun,The Top Walk(TTW) ,river crossing and etc.Camping ni walaupon sekejap tapi kira aku enjoy the camping juga la kan.Sampai petang semalam terus terjun,excited gila jumpa air terjun.Tapi sebenarnya kitorang tunggu khemah yang dibawa oleh kak Zana,sambil tu menyelam minum air la kan.
Malangnya,kitorang yang girls tak sempat mandi pon sebab lepas kitorang tukar baju air naik.Deras pulak tu.Yang lelaki suma pakat naik.Haa tahu pon takut kan,yang korang dok terjun dari jambatan tu,tak cuak pulak?
   
  Oleh itu,kitorang Cuma main air kat tepi2 tu je.Takpe esok ada lagi.Malam tu kitorang buat Barbeque le cecah air asam,nasi dan sayur kobis goreng.Amacam best tak menu kat hutan?Sir kitorang kata makan kat hutan cam kat Amerika je gayanya.Pastu meeting club taekwondo.Oh yeah,aku baru teringat entry semalam aku target dalam 15 orang je kan pergi?And you know what my dear readers,my instinct is always true.Macam hampeh je kan,aku dah promote sana-sini.
   
 Pagi tadi,kol 9 pagi kitorang pergi melihat hutan hujan tropika atau lebih dikenali sebagai TTW(sila rujuk kat atas).Aku kan memey jenis jalan laju,so memey aku la perempuan paling depan.Sangat cantik bila dapat lihat air terjun dari ketinggian 1850m atau lebih,ntah la tak ingat plak nak bawa buku catatan.Tapi,seriously aku gayat do katas jambatan tu.Dah lah goyang2 almaklomla yang naik pon semua badak je kan.Walaupon pada hakikatnya jambatan itu besi.
  
 Next xtvt is River Crossing.Takde la susah mana Cuma ko kena tahan sejuk le pepagi buta udah berendam dalam air.Memey sejuk tak ingat kot.Lagipon pakai jaket keselamatan tu,so don’t worry,’your safety is our priority’,haa tu diaa kuar dah moto.Lepas tu,kitorang mandi kat situ kejap.Dan sambung balik mandi kat tingkat bawah,konon lebih selamat.

     Dan aku pon mempraktikkan teknik berenang yang aku belajar kat The Carnivall hari tu.Kitorang tanya Si Fazlan a.k.a Buntat tu camne dia pandai berenang,dia kata ‘tengok la cara orang lain berenang dan praktikkan’.Aku ada tengok sorang mamat ni berenang gerak  kaki je,tangan letak kat belakang a.k.a pinggang.Laju je dia berenang.Tapi aku berenang tangan dan kaki sekali bergerak.

  Pastu breakfast kitorang makan nasi dan kuey teow goreng plus roti telur.Lunch plak makan nasi+tomyam,telur goreng dan cucur bawang+cili.Air sepanjang 2 hari tu air tea ' o',tadi lunch baru minum air oren tapi x sedap le sebab x de ais.

   Secara intihanya,aku dah pulun mandi air terjun puas-puas,lepas ni no more enjoy2.I just want to concentrate on my final exam.Oh,naty aku update entry pasal pengalaman aku lemas kat sini ye.Chow..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...