Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 29 March 2012

Mimpi dan naluri

Assalamualaikum,
Korang percaya pada mimpi tak?Sometimes mimpi tu betul-betul berlaku dalam kehidupan seharian kita ok.Tapi orang kata mimpi ni mainan tidur je.Hmm entah lah.Tak tahu le.

 Yang terbaru aku boleh mimpi bercinta dengan mamat ni.Ish,merepek gila.Orang kata kalau kita dok memikirkan seseorang sebelum tidur tu,mesti dia masuk dalam mimpi kita.Tapi masalahnya aku langsung tak pernah pikirkan mamat ni.Tapi sebelum tu aku ada lah message dia.Tapi dah lama kot.Ada dalam seminggu lepas.

Pastu, kan kita boleh dapat mimpi klo buat solat sunat istikharah.Sir aku buat dan minta tunjukkan jodohnya.Dan Alhamdulillah dia nampak wajah isterinya lepas solat Suboh.Ok tak semestinya dalam mimpi kan.Kalau kita yakin dengan sesuatu keputusan yg dibuat,so just do it and go on.Dont look back.

 Aku tak pernah buat solat istikharah lagi tapi aku doa minta suami yg soleh,menyayangi dan menerima diriku dan keluargaku seadanya.<amboi terus Suami ye,x main la couple ni>I dont know whether this is petunjuk dari Allah or else.But the fact that boy in a relationship with somebody in our campus.So? That's mean we are not meant to be together,rite?

Pastu hari tu aku mimpi adik aku menangis-nangis minta tolong kat aku.Pastu bila dia call aku tanya lah ada apa-apa ke yang berlaku kat dia pada hari yang aku mimpi tu.Dia kata dia demam panas.Pastu kan aku mimpi kawan aku kena histeria.Then aku tanya dia apa yang berlaku malam semalam.Dia kata dia seram dan takut sebab malam AJL tu ada budak histeria kat bilik bawah.

Secara tuntasnya,aku percaya pada mimpi kalau naluri aku kuat mengatakan ianya betul.And i always confident with my instinct.As my instinct is always true.
 

 

Monday, 26 March 2012

Kerja rumah tangga yang aku suka dan tak suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  Wah rindunya nak mengupdate walaupon x de followers kan.Tapi blog ni dah ku anggap seperti my diary.OK back to the topic.Sejak-sejak dah balik rumah ni,mula lah tanggungjawab sebagai seorang pelajar bertukar menjadi suri rumah tangga kan.Haa ni mesti korang pk aku dah kahwin.

Lek lu der,lambat lagi kot wa nak pk pasal kahwin ni.Blajo pon x abih lagi gatai nak nikah ye.

  Tapi sebenarnya masa kat kolej pon aku buat je kerja-kerja basuh pinggan dan baju kan.Cuma rasanya lain kot.Ye lah kan nama pon kerja rumah tangga mana best klo buat kat kolej kan?

   Dalam banyak-banyak kerja rumah ni,aku paling suka BASUH PINGGAN sebab boleh main air.Haha gila kebudak-budakan aku.Sebenarnya aku suka buat kerja yang setempat je.Malas nak berjalan-jalan. Lepas tu,klo adik-adik aku yang basuh pinggan berbulu je mata aku nengoknya.Tak bersih la,susun kat rak tak cantik lah.Memang aku akan membebel punya.Oleh itu,lebih baik depa bagi kat aku settle kan pinggan mangkuk tu.

   Kerja yang aku paling tak suka ialah menGOSOK BAJU.Pergh menyirap je darah nak menggosok.Dah lah panas.Berdiri pulak tu.Aku tak reti dan rasa x selesa klo menggosok sambil duduk.Pastu aku sangat tak reti nak gosok klo x de iron board esp tudung.Dan situasi ini berlaku di kolej.Argh,rasa nak je aku beli iron board tp mati lah aku nak mengusung naik bas nanti.The fact is my mama also dislike to iron cloth.Haha,penyakit turun-temurun gamaknya.

Misi cuti sem ni,nak masak at least 1 dish per week.Ok la kan atas alasan aku kerja.Masa kat kolej semua dok bergebang nak diet nak memasak.Macam mana nak diet klo kau memasak.Betul tak?Misi yang tak selari kot.Tapi kedua-duanya sama penting bagi kami.
 
Jom berdiet sambil belajar memasak.

p/s:sape nak teman den joging kat Tasik Puchong Indah depan masjid terapung tetiap petang dan pagi.Awal-awal kemain bersemangat aku kan.






Tuesday, 20 March 2012

nasihat menjelang keputusan SPM

Assalamualaikum,
    Waah rindu gila nak update..Tapi biasa lah line kan terlampau laju.Tak sempat nak kejar.Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada dari takde line langsung kan.Mahu jadi sawan kot.Dan entry ni menandakan aku dah merdeka dari final exam.

    Entry ni dibuat khas untuk adik2 ku yang tersayang yang bakal mengambil result SPM pada hari Rabu ni bersamaan 21 March 2012.Semoga korang dapat result yang cemerlang.

  Memandangkan akak dah pernah mengalami saat-saat yang mendebarkan dan mencemaskan.Boleh la share ngan korang pengalaman tu kan. Tahun lepas pada 23 MAC 2011,tarikh keramat  kot yang paling ditunggu-tunggu.ceh padahal< klo boleh x mao tahu langsung pasal result>,pagi tu akak check result pakai sms je.

   Tapi cam hampeh dalam menunggu cik 15888 reply mau berjanggut.Last2,decide nak p terus ke SMK USJ 23 tercinta.And my advice to my dear juniors PLEASE wear your school uniform.Dont repeat my mistake ok.I will remember that mistake for the whole of my life.Although you wear baju kurung,BUT you are not allow to take your SPM result.coz maybe medias are coming to do their job.

Maybe korang boleh jadi femes masuk TV la katakan.

Malam tu comfirm susah hati tak boleh nak tidur kan?Pastu parents and other family members always asking you the same questions.<argh,stress gila>Soalan favourite 1:-
'Along rasa boleh dapat bape A esok?'
aku pon jawab lah begini;-
'hmm x tahu lah.tengok je lah nanti'
          dan aku plak kena marah konon x de cita2 la hapa la.padahal aku takut aku target pastu x dapat capai.aku juga yang kecewa. Nasihat seterusnya   jangan letak harapan terlalu tinggi,bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.korang target tu based on korang punya trial la.Selalunya result kita akan lebih sikit atau sama saja dengan kita punya trial.Lainlah kalau korang dok pulun study tak tido malam untuk SPM tu.Tak mustahil ok.

      Dan ni doa untuk dibaca setiap malam sebelum tidur sebelum result keluar;-
''Ya Allah,kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan.tempat para syuhada' dan kehidupan oranng2 yang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh''
sebenarnya banyak doa yang korang boleh amalkan.Google dan cari sendiri dalam buku2 doa tu.Dan masa akak OTW nak pg sekolah tu akak ada baca doa dan zikir ni TAPI malangnya buku tu ada kat rumah la.Sorry tak dapat share.

  Lastly,my advice is just think positive.Nak lagi best sebelum amik result tu p dengar lagu ''Kau Boleh'' tu.Dan ingatlah klo korang gagal SPM pon,tak bermakna hidup korang dah musnah.
Kan macam2 ada sekarang ni.Kolej komuniti,swasta,politeknik and etc.Cuma mungkin course tu korang tak minat je lah.Tapi nak buek camno lagi,dah result ko camtu nak course yg gempak.Memey tak dapek den nak nolongnya laei.

   Papepon untuk adik-adik akak,semoga korang tabahkan hati menghadapi hari yg ditunggu-tunggu.
And for sure after the result was announced everybody you know will ask about your SPM result until i thought that i want to make a record about my superb result.
<klo result tu gempak bangga sikit nak gebang kat depa kan.ni klo result biasa2 je,segan je nak bagi tahu kan?>
  Oh lupa pula nak cakap,klo korang fail or result tu x memuaskan hati korang jgn down,kecewa n sewaktu dengannya ok.Chill babe!Mungkin ada hikmah di sebalik itu.Contohnya,kita tak pernah lakukan perintah Allah atau solat kita rongak ke.Dan ayat ni dipetik dari drama Bff:-
''Kegagalan adalah pintu ke arah kejayaan''

p/s:entry ni guna 'akak' ops rasa dah tua pula.klo kat u ni kami la plg junior.next sem jadi senior pula.
p/s2:hari yg result korang keluar akak balik Puchong a.k.a myy home.Tengok betapa akak ssayang korang.sanggup balik nak tengok result korang..Pergh nampak benor menipu aku ni.


  

Wednesday, 14 March 2012

KUAT dan BERANI

Assalamualaikum,

Asyik aku je yang kena jadi KUAT.Kuat tang mana tu?Contohnya,kuat makan,berani la.Aku sebenarnya penakut gila.Tapi keadaan sekeliling(kawan n family) dan usia yang mematangkan aku untuk menjadi lebih berani tahu.
Jom aku kasi contoh:-

1.Dalam bilik aku ada serangga yang dok terbang+bising tu.Depa boleh pakat wat tak tau ja.Aku takut dia gigit@sengat.Dah tu aku p la amek penyapu ketuk dia sampai pening dan tolak pakai penyapu ke luar bilik.Berani tak saya?

2.Kawan aku takut segala jenis serangga walaupon binatang tu kecik dari dia.Dia akan menjerit dan sampai satu tahap berdiri atas kerusi.HAHA,yang ni kelakar kot.So what do you expect me to do?Just wait and see until that insect die?Hmm do you think so.Aku juga yang kena halau binatang tu.Yang penting pakai penyapu dan spray ridsect bagi binatang tu pening lalat sikit.Baru boleh hempuk dia.Motif aku cuma satu,taknak kawan aku tu menangis menjerit.Aku pantang gila girl terjerit-jerit cam kena histeria di tengah malam buta..See,how brave am i?

3.Kalau kat rumah,aku sebagai anak sulong kena berani menghadapi segala risiko la kan.Contohnya,
masa tu mama aku dapat call dari Hospital Serdang yang arwah opah aku ada darah beku kat otaknya.Terus mama aku menangis sampai sepet mata.Dan memandangkan aku seorang je anaknya yang tinggal kat rumah.Dah adik2 aku dok hostel.Aku kena jadi kuat untuk pujuk mama aku.Sama juga masa ayah aku sakit hari tu,aku juga yang jadi hero heroinnya.

4.Malam atau awal pagi,depa nak p toilet ajak aku teman.Even nak mandi pon nak berteman.Aku klo rasa nak terkencing ke hape pepagi buta tu,Aku p ja,Tak kira la.Asal hajat aku lepas.Depa takut ada hantu kat toilet.Ko pk aku tak takut ke?Cuba berani kan diri tu dan jangan pk negatif.Think positive.Klo jumpa cabut lari sambil baca ayat Kursi la der.

Korang tahu tak aku sebenarnya dah penat berpura-pura jadi seorang yang kuat,gagah,berani and whatsoever.Saya harap future husband saya dapat jadi seorang yang kuat,gagah perkasa yang sentiasa melindungi saya.Takkan saya lagi nak jadi kuat.

Dan sebenarnya aku terpaksa jadi sebegitu apabila tiada orang lain yang boleh diharapkan lagi.Kalau suma pakat jadi orang yang lemah dan penakut time tu,serangga yang kecil tu pulak yang naik tocang.Then,aku terfikir setakat benda kecil tu aku tak takut sangat.Kan aku lagi besaq dari dia.

Tapi aku takut bila ada Charlie and lipan.Lipan kat sini besar gila.Yang ni aku panggil kak Shu suruh settle.Yang lipan tu sang Sida bunuh pakai payung aku.

p/s:aq pon ada perasaan takut gak.Tapi pandaai2 lah cover baca doa ke apa.


Tuesday, 13 March 2012

AZAM study and examination week

Assalamualaikum,

Pasai apa aku wat entry pasai Azam ni.Sebab aku sedang menghadapi saat-saat gentir di medan pertempuran selama seminggu bermla hari ni.Law 016 selamat dijawab pagi tadi.Esok Law 012 please be nice with me babeh.Bila musim exam ni kan banyak pantang larangnya.So,aku sedang mengawal diri dari melakukan larangan2 tersebut.Jom check it out1

1.Elak makan instant noodles and carbonated soft drinks.Huargh dah tahan selama seminggu.Sekali tengok roommate aq makan maggie tadi.Tahan syira.Seminggu lagi untuk bertahan.Masih mampu bertahan sehingga saat ini.

2.Elak minum coffee kerana mengandungi kafein.Aku sakit kepala gila last week sebab hari2 minum coffee konon untuk elak ngantuk.Pastu minggu ni terus stop minum coffee.Aku minum susu Dutch Lady.cam kanak2 ribena kot.Nasib baik aku suka minum susu.Milo tinggal 5 paket je.Sayang nak habiskan takut ada emergency nanti.

3.Azam nak jogging tetiap petang.Hampeh.Baru 2 kali je jogging.

4.Nak bangun pukol 3 atau 4 pagi.Hmm ada lah 2 hari aku buat secara berjemaah bersama ahli2 M1-03-10.Pastu,sambung tidur sampai kol 11 pagi.Terus lunch.Boleh plak camtu.Tu masa study week berani la bangun lambat.Minggu ni hang wat naya la,x amek peksa la gamaknya.

5. Taknak tidur sebab nak pulun study.Konon.Katil melambai-lambai ke arah ku.Tapi gila kot tak tidur,esok p jawab exam kepala toingtoing pula.Tapi malam ni akan diusahakan taknak tidur.Esok baru tidor sebab exam LAW 012 kol 2.15pm.

6.Azam paling susah taknak online fb and blog selama seminggu.Oh yeah,semalam je menjadi.Aku dah rasa cam nak kena sawan bila tak buka laptop.Tapi boleh je.Caranya aku simpan laptop dalam almari.
Dan jangan buka dah almari tu ataupon buat tak nampak je laptop tu.

Hampa doakan kami dapat jawab dengan baik dan dapat result gempaq naa.Thanx.
p/s:Lepas post ni  taknak online selama seminggu. aci boleh ke?




Friday, 9 March 2012

Ketepikan politik dalam bab Agama


Assalamualaikum,

Tahniah kerana anda telah berjaya khatam buku ni
       Buku ni aku beli bulan 1 lepas.Hari tu masa aku balik kampong di Terengganu,aku bawa balik la buku ni sebab nak habiskan baca kan.Pastu aku baca la kat ruang tamu dah tu takkan ko expect aku baca dalam toilet pulak kan.(Tapi mak uda aku baca buku cerita dalam toilet,tabiat yg pelik).

  Yang aku nak cerita ni,mak long aku marah aku dok baca buku UAI tu.Dia kata UAI tu orang bulan.Aku pon terdiam je la kalau ikut hati mahu je aku bidas.Oh lupa pula,mak long aku ni Ketua Wanita dacing kat kampong aku.Satu keluarga la ada jawatan konon.So,aku pon menyokong dacing la.Mesti korang cakap camtu kan.Aku belum cukup umur lagi la nak mengundi.Lantak pi la apa2 pon,Cuma aku nak tegur cara kita orang dacing berfikir.

   Apa salahnya kita nak mencari ilmu.Allah tak pernah larang kita menuntut ilmu dari sesiapa pon.Habis tu kita kena dengar ceramah dari orang ‘kita’ je la.Masalahnya celah mana pulak ‘kita’melahirkan ramai ustaz ni melainkan yang pandai sembang lebat je.Pada aku,tak kira la kau orang belah mana pon,as long as your point is useful,so there should be no problem.

   Lepas tu nak bagi contoh yang aku paling sakit hati.Ia berlaku di Puchong di sebuah kampong  yang dirahsiakan namanya atas faktor2 keselamatan.Pada suatu hari,ada seorang ahli dacing meninggal dunia,dan ditakdirkan tiada seorang pon ahli dacing yang pandai baca TALKIN kerana mereka ada urusan di luar daerah.Imam orang dacing la maksudnya di sini.

   Lalu,mereka bersependapat tak perlu baca Talkin kerana ia adalah sunat.What??Aku pon tercengang di situ.Memang aku tak tahu Talkin tu sunat atau Wajib.Tapi,sepanjang yang aku follow jenazah ke liang lahad even kat drama tv pon depa baca Talkin.Atau you all create new hukum about talkin.Ya Allah,macam lah tak de alternative lain kan.Aku yang tak pandai ni pon,boleh terfikir tak boleh ke panggil Imam Sabtu ke hape.Tapi diorang taknak sebab tu semua orang bulan.What the fish?

   Dan korang betapa kejamnya buat si jenazah begitu.Kalau dia hidup semula pon,mesti dia kata nak dengar orang baca talkin untuk dia.Kan masa baca talkin tu,imam tu ada bagi jawapan untuk soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat Munkar dan Naakir.Dan kita yang mendengarnya pon akan berasa INSAF.Dan pihak keluarga si mati berasa tidak puas hati sebenarnya.Tapi korang ada kisah melainkan dok menjaga periuk nasi politik korang je.

    Lagi satu kat tempat aku ada dua masjid tau satu untuk orang dacing dan satu lagi untuk ahli bulan.Ntah hapehape tah wat camtu.Marilah kita bergabung demi menegakkan kembali syiar Islam dan melahirkan umat Islam yang bersatu padu.

   Konklusinya,aku  yang kerdil ni menyeru supaya anda di luar sana tukar mind set korang.Agama kita sungguh suci dan menggalakkan berjemaah.Jadi,mengapa kita nak berpecah-belah hanya sebab POLITIK.Tak salah untuk kita berpolitik TAPI ada batasnya.Dalam  bab Agama,ketepikan tu semua.Kita ni sama je di sisi Allah.Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.Choww.

Wednesday, 7 March 2012

Aku Budak Pandai?

Assalamualaikum,

Korang pernah dilabel sebagai budak pandai,pintar dan seangkatan dengannya? Mesti la pernah sebab bukan aku sorang je yang pandai kat atas dunia ni kan?Apa perasaan korang ek lepas dilabel sebegitu?Marah,bangga,suka,terharu and etc.Sebenarnya aku tak pandai mana.Tapi,Alhamdulillah orang kata cakap tu satu doa kan.Semoga aku menjadi orang yang pandai dalam pelajaran dan agamanya.Amin...

   Pada aku,aku rasa tak selesa sebab bila diorang COP kita ni Pandai,pasti mereka COP kita SOMBONG,berlagak,riak dan bongkak.(SBRB).Aku dah melalui pengalaman ni sejak di alam sekolah menengah sehingga kini.Masa kat sekolah dulu,depa dok kata 'budak sains mesti lah pandai.Dapat banyak A's'.Oh yeah,tak semestinya.Kalau tak belajar tak pandai juga kan.

   Pastu kat sini lagi la aku tak tahan.Majoriti students course lain akan kata pre lawrians SOMBONG,tak nak tegur dan berkawan dengan budak course lain.Nope,that's not true my dear friends.OK,let me tell you the fact about your perceptions towards us.

    Kami ni belajar kat sini hanya untuk 2 SEM=1 YEAR sahaja.So,kami tak ada masa nak main-main2 konon.Thats why la,kami tak diWAJIBkan masuk KESATRIA or kelab2 ni.Tapi,saya masuk gak kelab2 ni contoh Arabic Club,Kelab Rukun Negara,Taekwondo Club and etc.SEE,i am not 'kera sumbang' or snobbish,rite?

   Pastu,kelas kami direct dari pagi sampai petang.Tak pernah ada dalam kamus hidup kami  1 je kelas dalam sehari macam hampa semua.(ada sebahagian course yang camni,untonglah depa).Hari cuti Jumaat dan Sabtu tu lah yang nak pulun basuh baju dan cover tidur and siapkan assignment plus hang out with friends.Jadual kitorang pack sangat sebab nak habiskan syllabus which is supposely for 3 sem to 2 sem.Boleh paham tak betapa busynya kami ni?

Rasanya tu je la sebab munasabahnya.Yang lain tu kami tak tahu lah.Atau memang budak law dilahirkan untuk menjadi Sombong?Oh no,i am not like that if you know me.Dalam bilik pon,kitorang dapat roommates yang lain-lain course.Tapi tak dinafikan ada segelintir yang bersikap sombong bangat even makcik cleaner tu pon mengadu kata budak pre law sombong.

'Tak pernah senyum kat kami ni.Tahu lah kami kerja lagu ni ja,jangan la pandang hina kat kami ni'
Oh tidak,ayat ni ku reka sendiri,Tapi lebih kurang begitu lah luahan hati mak cik tu pada seniorku.
  
   Dan macam mana korang nak kenal kami ni Pre Law student?Senang je,kalau yang hari Ahad dan Rabu pakai baju tahi cicak tu kami lah.(huargh,sedih kot depa panggil kami lagu tu).Sebab baju rasmi kami warna hitam putih.Walaupon aku tak tahu colour tahi cicak tu camne.Takpe lepas ni aku usha tahi cicak tu.Puas hati?Bila pakai baju ni kita akan rasa bangga la kan sebagai pre lawrians but at the same time i feel like want to kick those who always jeering a.k.a EJEK us.I hate to face this two days with yours bad perception towards us. 

Please change your perception towards us and to those who are pre lawrians,please change our attitude as we are just the normal person in front of Allah.Dont be a snobbish and a selfish person.
(Klo nak jual ikan sangat jual kat pasar ye).Choww,

''Kita ni sama je disisi Allah,tiada yang paling HEBAT melainkan DIA,ALLAH S.W.T''
 





Maju selangkah

Assalamualaikum,

Pada pagi ini dalam kol 4 pagi aku telah berjaya memajukan diri dalam dunia blog ni.Amende ko cakap ni syira oii?Wei korang tak perasan ke benda baru kat blog aku ni.Sila ucap tahniah kat aku ye.

TERIMA KASIH daun keladi,kalau boleh ucaplah lagi...
eceh,korang nampak tak aku baru wat  header baru bhaii.

OK,cite di sebalik tu.Aku percaya pada peribahasa ni,
''Usaha Tangga Kejayaan''
Sebab apa ek?Sebab korang tahu tak aku main try and error je buat mende tu.Kejap ada gambar je takde tulisan.Dan akhirnya dapat pon sepeti yang aku inginkan.Aku ada beli buku pasal blog bagai ni,tapi tak sempat khatam lagi.Tunggu habis exam nanti aku habiskan.

Aku tahu tak cantik mana.But at least,i have improve myself.

Oh,BTW gambar diambil di bilik M1-03-10.Buah strawberry ila dan kak ana.Bantal 'love' tu pon ila punya.Thanx korang.Syira suka tidur ngan strawberry ila yang besar tu.Best plak peluk strawberry tu.Kalau nak bagi hadiah,beli strawberry yang besar camtu tau.Ahaks tak malunya saya ni.

Monday, 5 March 2012

M1-03-10 LOTS OF MEMORY




kitorang suma pakai sama2

kak ana,ila,zana,kak shu
Assalamualaikum,

Korang mesti ingat ni no bilik aku kan?Tak lah ni bilik yang aku selalu lepak dan dapat kasih sayang.Ceh ayat x boleh blah je.Sebab kat sini depa suma sporting,gila2 dan baik.Tang mana yang baik tu sat lagi hampa tau la.

Sebenarnya aku kawan dengan Ila a.k.a classmate aku.Pastu dah bilik dekat selalu lah aku ke sana.Dan tak sangka pula boleh ngam dengan depa semua.Walaupon kami lain2 course.Jom aku kenalkan dengan depa suma.

1.Siti Nur Syuhada Baharudin.Kitorang panggil dia Kak Shu.Dia amik course Account umurnya 20 tahun.orang Kepala Batas.Sayang akak sangat2.
2.Anna Suhah Jamlus.Dia paling TUA.orang Klang.Sangat aktif dan busy ke sana-sini.Orang kuat PEERS Club ni.Dont play2.Kak Anna amik course Information Management (IM).Dia anak tunggal tau.Umur dia 22 tau.
3.Nur Firzana Suhana@Husin.Dia ni lah yang paling kecoh sebab suara dia nyaring dan kuat.Memey sampai bawah la dengar suara dia memekak.Tapi dia baik gila wa cakap sama lu. Dia ni sebaya aku 19 tahun,orang Rawang amik course Business Management,aku tahu kelas dia KBM1111E.Teror tak aku boleh tahu kelas dia.Ada kisah di sebalik tu.Semoga kau berbahagia dengan abang Syafiq.Dapat baby comel2.Ahaks terlebih sudah.
4.Last but not least,my dear baby,Nor Adila Kamruzaman.Orang Kuantan,sebaya aku dan course sama aku,KPI0051B.PRE LAW.Semoga kau berbahagia dengan abang F.Kitorang panggil dia baby sebab dia lah paling manja dan penakut tapi dia playgirl cantik sangat.Sampai nak terkeluar la mata kaum Adam bila tengok dia ni.Ish,cungkil biji mata tu nak?And yang aku paling respect dia tak pernah memilih kawan.Love you baby.

Korang mesti pelik kan kenapa lah aku dok berhijrah pergi bilik orang ni.Korang mesti tak baca entry aku yang lepas pasal roommates aku.Pi cari ‘’Ada tapi macam takde’sorry yau saya tak belajar lagi camne nak wat link bagai.akan diusahakan.

To budak M1-03-10,terima kasih sangat2 sebab tak pernah kedekut dengan Syira.Kalau korang buat kenduri makan2,tak pernah lupa kan Syira.Sanggup ketuk bilik Syira panggil makan sekali.I really appreciate that.Dan yang paling aku terharu sampai nak nangis semalam Kak Shu dan Zana keluar p CS dan depa belikan gelang untuk roommates depa sekali dengan aku.Jom usha…5 Colour yang berbeza.Yang pasti aku punya paling cantik.Korang tak tengok camne aku menjerit kegembiraan plus terharu semalam.

Pastu,aku selalu gak tidur bilik depa.Yang pasti mesti tidur lambat dan bangun lambat.On9 je kerja.Sebab tu aku tidur kat bilik depa time CUTI je.Kalau ada kelas mampus la aku terbabas kelas.Kitorang boleh share everything pakwe x mao la.Pakwe depa pon dah kenal kitorang.

Yang paling best bila parents @ sesiapa je lah call kan mesti depa pon sibuk nak cakap ngan orang di sana.Pastu mesti orang di sana cakap macam 10 orang dok dalam bilik tu ataupon riuhnya cam kat pasar malam.Tu diaa hampa boleh imagine kan tak camne riuhnya bilik ni.
Anyway,Syira sayang korang sangat2.Semoga tahun depan kita berjumpa lagi di kolej,tingkat dan bilik yang sama.Semoga kita Berjaya mendapat apa sahaja yang diimpikan dalam hidup.Gurau-gurau juga,pelajaran jangan diabaikan yau.Syira minta maaf dan halal semuanya.

p/s:nanti syira belanja korang pulak.nak KFC ke kek?
p/s 2:wei korang,nama kalau salah maaf la ye,syira tak sempat amek IC korang nak check betul ke salah.Biasa panggil Kak Anna,Kak Shu,Zana,Ila,Syira.Eceh nak masuk gak.

Kenangan bersama Suria dan Era FM

Assalamualaikum,

    Huhu, malam ni memey aku nak nangis gila babeng doe.Aku teringat kenangan Macd.Syira rindu dan sayang korang sangat2.Malam-malam ni aku on9 kat bilik kawan aku.Dia pasang radio ERA FM.untunglah depa ada radio.Dan macam lah korang tak tahu ERA kan suka siarkan lagu yang best dan berulang-ulang.

Dulu,aku pergi dan balik kerja aku rotate radio ERA dan SURIA.Depa la yang teman aku pagi,petang,
siang dan malam.Supaya aku tak bosan dan takut drive kereta sorang2.Pastu kan kalau kita aku kerja latenite,agak2 aku dah halau customer dah kurang atau takde aku pasang radio peberet aku la kuat-kuat.TAPI bergantung pada manager gak la.Kalau yang sporting tu,memey best la.

Dan setiap lagu yang dipasang berulang-ulang kali tu la aku akan teringat kat Macd Puchong Permai.Aku ingat aku dah pergi jauh dari korang aku boleh lupakan korang TAPI the fact is I really MISS you all.Rasa nak peluk2 je korang tahu tak.Oh yea syira is not like that.

Andai dapat ku undurkan putaran dunia,
Ingin ku ubaah semula,

eceh terNYANYI lagu AXL'S plak.



Tapi,papepon kalau aku dengar SURIA dan ERA memey aku akan ingat kat hampa semua.Korang rindu aku tak?Ke aku je yang ada perasaan begini.Aku balik Puchong nanti nak lepak ngan korang.Tak kira.Nak jugak.Jom lepak sampai pagi.Miss you damn much..


And for sure SURIA dan ERA sentiasa di hati ku forever.

Saturday, 3 March 2012

Manusia di Akhir Zaman


Assalamualaikum,

   Hot topic to be present by a normal person.Yes,aku memang tak alim mana tapi aku sangat takut melihat suasana yang telah tercipta di sekeliling ku kini.Wahai teman,kenapa kita selalu ingkar dengan perintah Allah.Sedangkan hanya pada DIA kita meminta pertolongan ketika susah.Kenapa kita tidak melakukan suruhannya?Jom kita check rukun Islam dulu ye.Adakah kita dah lengkapkan 5 Rukun Islam tu?

1.Mengucap dua kalimah syahadah
Yang ni tak tahulah pulak.Takkan aku nak suruh sorang2 mengucap pulak.Tapi tok kadi ada cakap syarat sebelum ambil borang nikah,dia test mengucap.Ada sorang mamat ni boleh berselawat pulak.Macam mana tu,baru test mengucap.

2.Solat 5 waktu sehari semalam
Aku sangat sedih bila melihat orang Islam tak solat padahal dengan jelas kita dengar seruan azan tu.Mungkin anda terlalu busy dengan urusan duniawi semata-mata.Solat tak sampai pon 5 minit.Luangkan sikit masa yang berharga korang tu.Hati pon tenang.Kan solat tu tiang agama.Kalau tak solat tak de NUR kat muka korang tahu tak.

‘Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah beliau mempunyai sebuah kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s’-dipetik dari flyer yang aku tampal kat dinding bilik aku.Tak tahu mana dapat tapi sangat berguna.

Dari pengalaman aku sendiri masa kerja dulu surau ada tapi takde sapa pon nak solat melainkan buat tempat tidur.Pastu aku pergi camping,aku ni dok gelabah la cari surau kat mana sebab tak solat Asar lagi tapi depa sibuk terjun dulu.Yelah masa tu sampai sana dah pukul 6.30pm kot.And I was so surprised when I am the only one who perform my duty as a Muslim for the whole 2 days camping.How about the others who are born as a Muslim too.And I was cried for that unexpected situation.Aku rasa ada faedahnya bila camping kita buat solat berjemaah so that everybody will perform their solat.Kalau tak inilah jadinya.

3.Puasa di bulan Ramadhan
Bulan puasa betapa ramai yang berbuka puasa pada lunch hour.Yang tak boleh blah,slamber badak je beli breakfast konon untuk anak atau pon dia segan aku tenung dia lama2,
’abang gastrik la dik ataupun abang tak bangun sahur la dik’
OK fine,tahu pon kau malu.Hari-hari pulak muka kau.Apa pon alasan kau,itu bukan urusan aku.’Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih’.Aku pon pernah tak bangun sahur tapi takde lah pulak aku tak puasa hari tu.Kalau perempuan pulak tak sudah2 dengan alasan Allah Bagi Cuti .Takkan sebulan kau ABC.Ni semua alas an-alasan cliché dari korang.

4.Mengeluarkan Zakat
OK,yang ni aku tak tahu sebab ayah aku yang bayarkan untuk aku.Tapi Cuma satu je nak cakap.Kalau dah tahu kita berkemampuan atau kaya ingatlah orang yang lebih memerlukan dari kita.Tak luak sedikit pon harta kita kalau bersedekah malah makin murah rezeki.That’s the FACT.Orang yang bisnes akan tahu nikmatNya.
OK,yang ni melencong sikit.Aku dapat rasa sendiri.Kalau pergi pasar malam kita sedekah RM1 je,Tapi Allah bagi ganjaran yang amat besar.Bukan sahaja pahala malah kita akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka dan hati kita tenang je.Ketenangan yang aku tak boleh cari kat mana2.

5.Menunaikan Haji di Baitullah
Yang ni pon aku takde pengalaman.Cuma aku berharap sangat dapat menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga ku terutama mama dan ayah.
Dan nasihat dari orang yang dah pernah menunaikan haji,better we go there when we are still young and healthy so that we can do more ibadah there.Yes,I hope so.Insya Allah.
   
  Aku bukannya nak cakap aku ni perfect,baik,alim,warak dan sebagainya.Kekadang tu terbabas juga .Cuma aku tahu aku orang Islam dan aku tahu tanggungjawab aku di atas muka bumi ini.Yang penting kita tunaikan rukun islam yang lima ni dahulu.Then,slowly practice Islam as a way of life.Aku baru Nampak dunia yang sebenar bila aku dah bekerja dan belajar di alam university.Yelah dulu aku SMK je,mana tahu perangai kawan2 yang sebenar.Kat sekolah semua baik.Dan aku memang dah lahir dalam keluarga yang Alhamdulillah masih mengamalkan cara hidup Islam walaupun tak alim mana.

     Kawan-kawan marilah sama-sama kita lakukan perubahan atau penghijrahan dalam diri kita.Aku sangat gerun bila seorang demi seorang mereka yang kukenali pergi menyahut seruan Ilahi.Takkan anda tidak berasa insaf atas kekhilafan kita selama ini?Mati tu tak kira di mana,bila dan kita tak tahu saat itu.Hanya Allah sahaja yang tahu.

p/s:klo ada salah fakta sila betulkan,saya tak pandai sangat.Cuma saya suka ambil dari pengalaman sendiri dan keadaan di sekeliling saya.Wallhualam.

Thursday, 1 March 2012

Last lectures for Nov'11-Mac'12 sem

Assalamualaikum,

Minggu ni last lectures dan hari ni merupakan hari terakhir kelas.Huargh,sedih gila bak hang.Yela kami kan dah bersama mengharungi suka duka selama satu sem.Ras cam baru semalam aku jumpa kawan dan lecturers ku semua.Tapi adat dalam hidup setiap pertemuan ada perpisahan.HUSSH,gila bertakung air mata aku buat ayat lagi sedih.

Aku sayang semua kawan-kawan dan para pensyarah ku.Meh nak list sikit:'
LAW 012-MADAM SITI KHADIJAH
LAW 016-MADAM SARIRAH CHE ROSE
LAW 038-MISS NOR LAILA AHMAD
BEL 260-SIR NASIR HAJI IBRAHIM
BEL 313-SIR AZLAN ABDUL RAHMAN
CTU 081-USTAZAH SUHAIDA AABU BAKAR
CSC 134-MADAM ZANARIAH IDRUS
                MADAM SITI NURBAYA MUHAMAD


I dedicated this specially  to my beloved classmates,KPI0051B.

Our class is the best and sporting class,
29 members with different characters,ages and states,
Always happy and being friends until we die,
Lets keep this sweet memory in your life.
Friends forever and ever.
Love you all and miss you all so much....
 
Saya NURUL 'ASYIRAH BT MUBI,2011588***,memohon ampun dan maaf andai telah mengguriskan hati anda sekalian sepanjang kita berkawan.Doakan semoga kita berjaya sama-sama mendapat result yang gempak dalam final exam nanti.Saya hanya manusia biasa yang tak sempurna tapi i have try my best to be a perfect person.Insya Allah.(aku dah rasacam hari raya pulak)

p/s:seminggu untuk study pastu direct one week for final exam.
p/s2:Jom Lepak kat library secara berjemaaah minngu ni.

''GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS,LET STRIVE TOGETHER FOR FINAL EXAM''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...