Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 26 March 2012

Kerja rumah tangga yang aku suka dan tak suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  Wah rindunya nak mengupdate walaupon x de followers kan.Tapi blog ni dah ku anggap seperti my diary.OK back to the topic.Sejak-sejak dah balik rumah ni,mula lah tanggungjawab sebagai seorang pelajar bertukar menjadi suri rumah tangga kan.Haa ni mesti korang pk aku dah kahwin.

Lek lu der,lambat lagi kot wa nak pk pasal kahwin ni.Blajo pon x abih lagi gatai nak nikah ye.

  Tapi sebenarnya masa kat kolej pon aku buat je kerja-kerja basuh pinggan dan baju kan.Cuma rasanya lain kot.Ye lah kan nama pon kerja rumah tangga mana best klo buat kat kolej kan?

   Dalam banyak-banyak kerja rumah ni,aku paling suka BASUH PINGGAN sebab boleh main air.Haha gila kebudak-budakan aku.Sebenarnya aku suka buat kerja yang setempat je.Malas nak berjalan-jalan. Lepas tu,klo adik-adik aku yang basuh pinggan berbulu je mata aku nengoknya.Tak bersih la,susun kat rak tak cantik lah.Memang aku akan membebel punya.Oleh itu,lebih baik depa bagi kat aku settle kan pinggan mangkuk tu.

   Kerja yang aku paling tak suka ialah menGOSOK BAJU.Pergh menyirap je darah nak menggosok.Dah lah panas.Berdiri pulak tu.Aku tak reti dan rasa x selesa klo menggosok sambil duduk.Pastu aku sangat tak reti nak gosok klo x de iron board esp tudung.Dan situasi ini berlaku di kolej.Argh,rasa nak je aku beli iron board tp mati lah aku nak mengusung naik bas nanti.The fact is my mama also dislike to iron cloth.Haha,penyakit turun-temurun gamaknya.

Misi cuti sem ni,nak masak at least 1 dish per week.Ok la kan atas alasan aku kerja.Masa kat kolej semua dok bergebang nak diet nak memasak.Macam mana nak diet klo kau memasak.Betul tak?Misi yang tak selari kot.Tapi kedua-duanya sama penting bagi kami.
 
Jom berdiet sambil belajar memasak.

p/s:sape nak teman den joging kat Tasik Puchong Indah depan masjid terapung tetiap petang dan pagi.Awal-awal kemain bersemangat aku kan.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...