Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 9 March 2012

Ketepikan politik dalam bab Agama


Assalamualaikum,

Tahniah kerana anda telah berjaya khatam buku ni
       Buku ni aku beli bulan 1 lepas.Hari tu masa aku balik kampong di Terengganu,aku bawa balik la buku ni sebab nak habiskan baca kan.Pastu aku baca la kat ruang tamu dah tu takkan ko expect aku baca dalam toilet pulak kan.(Tapi mak uda aku baca buku cerita dalam toilet,tabiat yg pelik).

  Yang aku nak cerita ni,mak long aku marah aku dok baca buku UAI tu.Dia kata UAI tu orang bulan.Aku pon terdiam je la kalau ikut hati mahu je aku bidas.Oh lupa pula,mak long aku ni Ketua Wanita dacing kat kampong aku.Satu keluarga la ada jawatan konon.So,aku pon menyokong dacing la.Mesti korang cakap camtu kan.Aku belum cukup umur lagi la nak mengundi.Lantak pi la apa2 pon,Cuma aku nak tegur cara kita orang dacing berfikir.

   Apa salahnya kita nak mencari ilmu.Allah tak pernah larang kita menuntut ilmu dari sesiapa pon.Habis tu kita kena dengar ceramah dari orang ‘kita’ je la.Masalahnya celah mana pulak ‘kita’melahirkan ramai ustaz ni melainkan yang pandai sembang lebat je.Pada aku,tak kira la kau orang belah mana pon,as long as your point is useful,so there should be no problem.

   Lepas tu nak bagi contoh yang aku paling sakit hati.Ia berlaku di Puchong di sebuah kampong  yang dirahsiakan namanya atas faktor2 keselamatan.Pada suatu hari,ada seorang ahli dacing meninggal dunia,dan ditakdirkan tiada seorang pon ahli dacing yang pandai baca TALKIN kerana mereka ada urusan di luar daerah.Imam orang dacing la maksudnya di sini.

   Lalu,mereka bersependapat tak perlu baca Talkin kerana ia adalah sunat.What??Aku pon tercengang di situ.Memang aku tak tahu Talkin tu sunat atau Wajib.Tapi,sepanjang yang aku follow jenazah ke liang lahad even kat drama tv pon depa baca Talkin.Atau you all create new hukum about talkin.Ya Allah,macam lah tak de alternative lain kan.Aku yang tak pandai ni pon,boleh terfikir tak boleh ke panggil Imam Sabtu ke hape.Tapi diorang taknak sebab tu semua orang bulan.What the fish?

   Dan korang betapa kejamnya buat si jenazah begitu.Kalau dia hidup semula pon,mesti dia kata nak dengar orang baca talkin untuk dia.Kan masa baca talkin tu,imam tu ada bagi jawapan untuk soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat Munkar dan Naakir.Dan kita yang mendengarnya pon akan berasa INSAF.Dan pihak keluarga si mati berasa tidak puas hati sebenarnya.Tapi korang ada kisah melainkan dok menjaga periuk nasi politik korang je.

    Lagi satu kat tempat aku ada dua masjid tau satu untuk orang dacing dan satu lagi untuk ahli bulan.Ntah hapehape tah wat camtu.Marilah kita bergabung demi menegakkan kembali syiar Islam dan melahirkan umat Islam yang bersatu padu.

   Konklusinya,aku  yang kerdil ni menyeru supaya anda di luar sana tukar mind set korang.Agama kita sungguh suci dan menggalakkan berjemaah.Jadi,mengapa kita nak berpecah-belah hanya sebab POLITIK.Tak salah untuk kita berpolitik TAPI ada batasnya.Dalam  bab Agama,ketepikan tu semua.Kita ni sama je di sisi Allah.Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.Choww.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...