Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 3 March 2012

Manusia di Akhir Zaman


Assalamualaikum,

   Hot topic to be present by a normal person.Yes,aku memang tak alim mana tapi aku sangat takut melihat suasana yang telah tercipta di sekeliling ku kini.Wahai teman,kenapa kita selalu ingkar dengan perintah Allah.Sedangkan hanya pada DIA kita meminta pertolongan ketika susah.Kenapa kita tidak melakukan suruhannya?Jom kita check rukun Islam dulu ye.Adakah kita dah lengkapkan 5 Rukun Islam tu?

1.Mengucap dua kalimah syahadah
Yang ni tak tahulah pulak.Takkan aku nak suruh sorang2 mengucap pulak.Tapi tok kadi ada cakap syarat sebelum ambil borang nikah,dia test mengucap.Ada sorang mamat ni boleh berselawat pulak.Macam mana tu,baru test mengucap.

2.Solat 5 waktu sehari semalam
Aku sangat sedih bila melihat orang Islam tak solat padahal dengan jelas kita dengar seruan azan tu.Mungkin anda terlalu busy dengan urusan duniawi semata-mata.Solat tak sampai pon 5 minit.Luangkan sikit masa yang berharga korang tu.Hati pon tenang.Kan solat tu tiang agama.Kalau tak solat tak de NUR kat muka korang tahu tak.

‘Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah beliau mempunyai sebuah kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s’-dipetik dari flyer yang aku tampal kat dinding bilik aku.Tak tahu mana dapat tapi sangat berguna.

Dari pengalaman aku sendiri masa kerja dulu surau ada tapi takde sapa pon nak solat melainkan buat tempat tidur.Pastu aku pergi camping,aku ni dok gelabah la cari surau kat mana sebab tak solat Asar lagi tapi depa sibuk terjun dulu.Yelah masa tu sampai sana dah pukul 6.30pm kot.And I was so surprised when I am the only one who perform my duty as a Muslim for the whole 2 days camping.How about the others who are born as a Muslim too.And I was cried for that unexpected situation.Aku rasa ada faedahnya bila camping kita buat solat berjemaah so that everybody will perform their solat.Kalau tak inilah jadinya.

3.Puasa di bulan Ramadhan
Bulan puasa betapa ramai yang berbuka puasa pada lunch hour.Yang tak boleh blah,slamber badak je beli breakfast konon untuk anak atau pon dia segan aku tenung dia lama2,
’abang gastrik la dik ataupun abang tak bangun sahur la dik’
OK fine,tahu pon kau malu.Hari-hari pulak muka kau.Apa pon alasan kau,itu bukan urusan aku.’Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih’.Aku pon pernah tak bangun sahur tapi takde lah pulak aku tak puasa hari tu.Kalau perempuan pulak tak sudah2 dengan alasan Allah Bagi Cuti .Takkan sebulan kau ABC.Ni semua alas an-alasan cliché dari korang.

4.Mengeluarkan Zakat
OK,yang ni aku tak tahu sebab ayah aku yang bayarkan untuk aku.Tapi Cuma satu je nak cakap.Kalau dah tahu kita berkemampuan atau kaya ingatlah orang yang lebih memerlukan dari kita.Tak luak sedikit pon harta kita kalau bersedekah malah makin murah rezeki.That’s the FACT.Orang yang bisnes akan tahu nikmatNya.
OK,yang ni melencong sikit.Aku dapat rasa sendiri.Kalau pergi pasar malam kita sedekah RM1 je,Tapi Allah bagi ganjaran yang amat besar.Bukan sahaja pahala malah kita akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka dan hati kita tenang je.Ketenangan yang aku tak boleh cari kat mana2.

5.Menunaikan Haji di Baitullah
Yang ni pon aku takde pengalaman.Cuma aku berharap sangat dapat menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga ku terutama mama dan ayah.
Dan nasihat dari orang yang dah pernah menunaikan haji,better we go there when we are still young and healthy so that we can do more ibadah there.Yes,I hope so.Insya Allah.
   
  Aku bukannya nak cakap aku ni perfect,baik,alim,warak dan sebagainya.Kekadang tu terbabas juga .Cuma aku tahu aku orang Islam dan aku tahu tanggungjawab aku di atas muka bumi ini.Yang penting kita tunaikan rukun islam yang lima ni dahulu.Then,slowly practice Islam as a way of life.Aku baru Nampak dunia yang sebenar bila aku dah bekerja dan belajar di alam university.Yelah dulu aku SMK je,mana tahu perangai kawan2 yang sebenar.Kat sekolah semua baik.Dan aku memang dah lahir dalam keluarga yang Alhamdulillah masih mengamalkan cara hidup Islam walaupun tak alim mana.

     Kawan-kawan marilah sama-sama kita lakukan perubahan atau penghijrahan dalam diri kita.Aku sangat gerun bila seorang demi seorang mereka yang kukenali pergi menyahut seruan Ilahi.Takkan anda tidak berasa insaf atas kekhilafan kita selama ini?Mati tu tak kira di mana,bila dan kita tak tahu saat itu.Hanya Allah sahaja yang tahu.

p/s:klo ada salah fakta sila betulkan,saya tak pandai sangat.Cuma saya suka ambil dari pengalaman sendiri dan keadaan di sekeliling saya.Wallhualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...