Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 21 April 2012

Ada apa dengan huruf M


Assalamualaikum,

Korang suka huruf M?Boleh pulak main suka-suki huruf.Tapi selalunya orang suka nombor kan.Aku suka nombor 3 dan 9.Sebab selalu dapat nombor ni masa sekolah dulu.M ni ada sebab kawan-kawan aku yang bagi kat aku.

Masa sekolah dulu korang ada main ejek-ejek nama bapak x?Mesti ada kan.Memang lah Nampak cam teruk tapi ianya merapatkan hubungan sesame rakan tau. Memang kecoh dan aku sangat-sangat rindukan suasana persekolahan yang dulu especially  tahun yang kita ambil exam iaitu UPSR-2005, PMR-2008 dan SPM-2010.

M tu permulaan nama bapak aku.Dan kebetulan kedai ayah aku pon bermula dengan huruf M. Makmur Print Enterprise.Kawan-kawan aku majoritinya tahu kedai bapak aku kat mana.Lagi lah kecohnya kan.Ye lah masa nak hantar folio je mesti datang kedai nak binding lah print lah photostate dan sebagainya.Klo kome nak buat wedding & name card or offside printing moh le ke sini. <promote kedai bapak aku gamaknya>

Pastu,tetiap tahun keluarga aku akan buat open house setiap kali Hari Raya Aidilfitri.Kami mengamalkan dasar pintu tertutup kepada sesiapa yang hendak datang ke rumah pada hari lain kerana kami sibuk di kedai.Balik rumah hanya untuk tidur dan siang di kedai.Macam hotel kan rumah aku.That’s why lah I ask you to came to our open house on that day.Satu hari diperuntukkan untuk melayan kengkawan,customer,jiran dan sesiapa yang dijemput lah.Sampai malam pukol 10 paling lambat.Sebab lepas tu kitorang nak mengemas pinggan mangkuk periuk cawan bagai.Esok nak bukak kedai pulak dan sekolah kan.

Dan aku akan melukis plan ke rumah aku.Tengok tetiba je aku bertukar profesion jadi arkitek jap. Dan kat rumah aku ni ada kedai Mama Corner.Dan lambangnya huruf M.Esoknya kat sekolah aku lagi kena bahan huruf M.

Pastu ada pulak kawan aku bagi cadangan suruh letak signboard huruf M kat depan rumah aku . Supaya senang nak cari rumah aku.Ahh tak ingin pulak aku.Aku letak nama kitorang satu family je.<amboi ingat rumah YB ke>.Takdelah aku letak nama ayah dengan mama je.For sure orang tahu nama ayah aku kan.Tapi takde lah buat signboard Cuma print kat A4 Paper and paste it.

Ok,itu sahaja sejarah kisah hidup dan kaitan huruf M dengan aku.Nama aku takde pon huruf M. Cerita zaman sekolah masih melekat di memori kengkawan aku.Gamaknya sampai aku tua lah diorang akan ingat Syira-M.Boleh pulak macam tu ye.

Oh,BTW aku nak cakap MUBI tu nama ayah aku.Ada pulak kawan2 aku ingat tu nama aku. Choww.

Friday, 20 April 2012

Lain Negeri,Lain Keistimewaannya


Assalamualaikum,

Pergh tajuk cam moto iklan nasi ayam tu plak.Entry hari ni aku nak listkan sebab apa aku suka kawan dari negeri ni.Walaupon ada negeri yang tak tersenarai tapi aku tetap kawan dengan sesiapa yang boleh ngam dengan aku ok.Jangan plak lepas ni kome kata,’Jangan kawan dengan Syira sebab kita asal dari negeri ni.’Klo ada yang cakap camtu,siap lah kome. Aku sepak laju2 baru tahu.

1.Negeri Sembilan
Aku suka cakap nogori.Masak lomak pon sodap gak.Ok ni aku terpengaruh dengan opah yang jaga aku.Dia orang Minang.But seriously I am fall in love with dialek nogori.Paling aku suka bila opahku masak ikan keli masak lomak cili api atau tempoyak.Pergh,memang terbaik lah.Walaupon sampai menangis pasti aku akan tambah nasi dan maratah kuahnya.Pastu mungkin sobab den baco majalah lawak antarabangsa UJANG.Terbaik la der.

2.Kelantan
Aku suka semangat kesukanan diorang.Cuba tengok klo ada game bola Kelantan lawan.Mesti penuh kat tepi highway pakai baju merah,konon konvoi nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil.Kenapa negeri lain tak de semangat tu. Tapi yang tak bestnya diorang berpuak-puak.Ada ke patut klo nak masuk geng nak menyembang  kita boleh pula Tanya,‘Ore Kelate ko?’

Nasib baik lah aku ni jenis boleh masuk.Sekali aku kecek klate ngan dia.Terus ingat aku mek klate.Sampai boleh Tanya tinggal  kat mana.Tapi aku ni kan anak jati Selangor,x kan aku nak belot dengan negeri tercinta kan.

Aku boleh kecek sebab mak long aku orang Kota Baharu dan Mak Ngah aku orang Machang.Tapi diorang x kecek klate pon kat rumah sebenarnya.Tapi klo dah jumpa geng automatic boleh keluar lah klatenya.

Dan aku pon diorang kata orang Kelantan.Hai bangga bebenor deme klo jumpa org seKelantan ni.Bak kata ayah aku,deme ni klo kat tempat sendiri dok berbaloh sesama mereka tapi klo kat tempat luar <I mean tmpat cari rezeki luar dr klantan> semua pakat jadi waris mereka.Padahal KB dengan Tanah Merah tu bukannya dekat.Tetiba mengaku waris hambo la tu.

3.UTARA (PERLIS,PENANG,KEDAH)
Paling suka orang Penang diorang cakap cam lembut je.Kami-hampa.Aku tak tahu lah klo yang aku kawan tu memang jenis bersopan-santun.Tapi sepanjang yang aku jumpa budak Penang semuanya beradab dan bersopan baik lelaki mahupon perempuan.Nak suami orang Penang boleh.<tetiba gatai nak berlaki>

Aku study kat Kedah.Apa yang aku tahu diorang ni sangat-sangat menghormati tetamu.Deme ni suka bebenor klo tetamu nak datang rumah.Persiapannya macam nak sambut menteri bak hang.Sebab tu lah klo kitorang<my family> suka datang mengejut takut diorang masak banyak-banyak.Datang secara mengejut jadi takde lah kitorang rasa macam menyusahkan deme sekeluarga kan.Tapi dalam tak dan tu sempat lagi p kebun ambil buah-buahan untuk bawak balik KL katanya.Ahh rindunya nak p rumah cik Han ada sawah padi depan rumah.Best gila.Pastu p kg nelayan.Huhu semua itu tinggal kenangan bila Wan dah pergi menyahut seruan Ilahi.Alfatihah untuk Tok Wan.

4.JOHOR DARUL TAKDZIM
Dulu masa aku Form 5,kawan-kawan aku ramai la juga yang parents deme orang Johor.So,deme dok promote negeri deme kata mak deme pandai memasak sebab orang Johor.Yang aku tahu Johor banyak Felda dan aku sangat-sangat suka duduk kat kawasan Felda.I don’t know how to describe but I want to live there.<ok negeri lain pon ada,aku x kisah asalkan FELDA or something like that>

Johor adalah salah satu negeri yang aku tak pernah jejak kaki ke sini melainkan tahun lepas pergi bercuti ke JB.But seriously I feel nothing is special there.Aku tertarik nak ke sana sebab dalam novel kemain gebang deme bercerita betapa bestnya Johor.Tapi aku sangat-sangat teruja nak meneroka negeri Johor. Actually l love the Sultan who was berjiwa rakyat.Kembara Mahkota Johor.I selalu follow kat Majalah 3 tetiap tahun tahu.Oh bolehlah cari calon suami orang Johor ek.Tapi,seriously aku kurang kawan dari Johor.Takde jodoh kot.

5.Asal keturunan aku
Aku dilahirkan di Klinik Anis,Syeksyen 6,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,pada 27 JUNE 1993.<sila bagi hadiah ye.tq.>Ayah aku orang Kg.Tok Badir,Bukit Payung,Serada,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Mama aku lahir di Hospital Kandang Kuda,Singapura<sila jangan gelak dan percayalah memang wujud ok>.Dulu atok aku driver keretaapi Tanah Melayu.Lepas tu kan,kat Singapore dia limit anak sampai 4 je.That’s why my atok move to Perak.And stay at Kg.Tersusun,Jalan Sg.Pari,Ipoh,Perak.

So,aku boleh berbahasa pelbagai dialek.Jawa je aku tak reti even my arwah opah is Jawanese from Tali Air bape ntah kat Sekinchan tu because my atok is Buegusse .Dia tak suka pengaruh Jawa dalam rumah ni.Tapi,masa aku sekolah dulu deme semangat Jawa.Tak sudah-sudah Tanya,Kabare dibalasnya Waras.

Lepas tu,ok ni cerita lawak.<aq nak taip ni asyik nak tergelak je doe>Klo korang nak tahu Jawa ni terbahagi kepada dua,iaitu Jawa Kasar dan Jawa Halus.Mostly bila Tanya deme akan kata jawa halus sebab malu lah nak mengaku jawa kasar. Memang klo jawa kasar tu deme agak kuang hajo sikit.Aku tahu dari cikgu tusyen sejarah aku a.k.a mak cik sedara ku.Dia pulak pergi Tanya aku dalam kelas tu,

‘Syira kamu jawa apa?’

Aku jawab je lah tak tahu.Takde masa pulak aku nak korek asal keturunan aku. Balik rumah aku Tanya mama.Mama aku kata arwah opah aku keturunan jawa kasar.
Konklusinya,memang best belajar pelbagai dialek dari berlainan negeri dan berkawan dengan orang negeri lain.Kita kan duduk kat Malaysia,Negara yang mempunyai 14 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan.Kita perlu berganding bahu untuk memakmurkan Negara kita.Semua pihak perlu bersatu-padu demi melahirkan sebuah Negara yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan Negara-negara antarabangsa yang lain.<dah,aku masuk karangan SPM.Huargh,rindu gila nak buat ayat macam ini.>

Tuesday, 17 April 2012

Khas untuk korang


Assalamualaikum,

Entry ni Syira dedikasi kan khas untuk korang yang dah tolong masa tournament taekwondo walaupon korang bukannya ahli Kelab Taekwondo UiTM Kedah dan secara sukarela. <termasuk aq sukarelapaksa>

Hehe,yang budak2 kelab tu Syira suruh masuk under Syira sebab aq kan coach diorang.So kena ikut cakap coach kan.<coach la sangat,padahal aq ajar how to kick and warm up je> Walaupon ada yang dah bagi nama tapi x datang atas alasan-alasan yang boleh diterima. Syira tak kisah,lain kali join tau.

Special thanx to Min,Hanim and Ana.Ni semua budak taekwondo.Jangan cari pasal la dengan depa ni,sat g ada yang kena kick pulak.Korang jom masuk fighter next sem.i know that you can do it my friends.
Daus,Ila,Hanim,Kak Syu,Syira and Ana

Then,special thanx to pre lawrian couple:Fidos and Ila.Hehe yang Daus tu aq guna kuasa veto aq sebagai kawan baik a.k.a co-pilot kepada awek dia,Ila.Alah lagipon ko datang tournament ni semata-mata sebab nak jumpa Ila before she go back to Pahang,rite? Whatever it is,thanx bro.Klo takde ko aq pon x tahu nak wat camne,Dah lah geng aq suma perempuan.At least bila ada boy,we felt safe.

Ila jom masuk taekwondo next sem.Ko takkan melayang Cuma ko kena kuat semangat sikit. Ko kan lemah lembut sopan santun.<pergh rasa nak muntah dah ni>.Taklah,maksud aq kau kena jadi kasar dan lasak sikit..Then,you can protect yourself ok baby.
Kak Syu,Syira and Ana

Last but not least,thanx to kak Shu.Sayang akak ketat-ketat.Klo akak x dak,kami x tau nak wat camna.Kat akak lah,kami nak luahkan perasaan sedih,bengang and etc.Masa ayah akak kata tak payah p sebab sesat jalan tu,Syira dah gelabah ayam dah tahu.Sanggup p keluar jalan kaki sampai kat jalan tu.Masa tu dah tak kira tengah panas ke jalan sorang2,dah la ada anjing kejar memang lari laju2 lah kan.Yang Syira pk I want you to be with me,sis.

Konklusinya,memang pada awal suma sakit hati tapi kita dapat belajar sesuatu yang baru  kan walaupon duit dan masa yang kita laburkan sebenarnya tak berbaloi<argh,suma tu aq campak tepi,aq x nak malukan nama UiTM Kedah tu ja>.But I am happy coz I can spent time with all of you.Walaupon kita lain2 course dan umur.Dan Syira tak sangka korang suma boleh join the club cam dah kenal lama je kan.I miss that moment damn much sampai aq  menangis dalam bas.Anyway big thanx to all of you.There is nothing that I can give to you only THANK YOU VERY MUCH and I hope we can co-operate again in our next event.

p/s:Syira minx maaf klo ada kekurangan masa tournament tu.Seriously Syira x pernah handle event camni.Dulu kat sekolah selalu elakkan diri walaupon aq pengawas. Takpon Syira pilih kerja senang je.Hehe.

p/s2:to Ayam a.k.a Ahmad Shukri,aq memang suka buat ayat yg aq letak ayam kat blkgnya. Contoh gelabah ayam.Ko jangan lah terasa.Aq memang dah biasa cakap camtu.Takde kena mengena ngan ko pon ok.Ni depa yang kata ko perasan aq panggil ko masa aq cakap camtu. Sorry tau klo wat ko terasa or marah.Klo marah jom lawan sparing.Eceh acah je.Peace to AYAM.aq suka makan ayam tahu.

p/s3:gambar Min x de sebab dia x suka bergambar.ye la orang cantik kan.malu la tu.sama je ngan Hanim,tp ada gak terselit gambar Hanim kat sini kan.Hehe.

Tuesday, 10 April 2012

Kenapa Macd?


Assalamualaikum,

Kenapa kau kerja kat Macd lagi?Kan banyak tempat lain yang kau boleh kerja?Itu antara soalan-soalan yang aku dah bosan dengar.Dan jawapan aku senyum je.Malas nak menjawab/Banyak bebenor soalannya.Suka hati aku lah.Tulang 4 kerat aku yang bekerja bukannya pakai tulang kau pon kan.

Ok,kek sini den jolaskan sobab-sobab eh den suko gilo kojo kek Macd ni:

1.Dapat makan FREE.Klo aq kerja kat tempat lain contohnya jadi kerani kat pejabat tingtong.Aku mesti kena keluar pergi beli lunch dan memerlukan duit untuk lunch and transport kan.Jadinya aku dah jimat.Dapat makan tanpa mengeluarkan duit dan jimat minyak kan.Pastu aku boleh diet sebab sehari makan sekali je.Bila balik rumah mandi,solat dan terus tidur.Ko dah tak pk nak makan lagi melainkan nak melayan penat seharian berdiri melayan customer yang sentiasa in tu kan.

2.Macd tempat pertemuan dengan kawan-kawan.Sepanjang yang aku kerja kat Macd ni,semua orang yang aku kenal aku akan tegur.Tak kira lah junior aku ke senior,customer ayah,cikgu sekolah aku,bebudak tuition as long as I know them.Jadinya klo kome nak dating tu pergi lah jauh sikit ye klo takut aq Nampak bf.gf kome yang handsome/cantik sangat tu kan.

3.Aku dah pandai berkomunikasi a.k.a peramah.Korang tahu tak aku ni jenis pemalu tak ingat. Contohnya klo kat rumah orang kahwin,lepas makan nasi kan ada pencuci mulut.Memang sampai sudah aku takkan bangun untuk kali yang kedua selepas ambil nasi.Mesti aku akan suruh adik atau ayah aku amikkan. Nampak tak betapa pemalunya saya.Dan dulu aku takkan tegur orang yang aku tak kenal.That’s me. But after I work.i had learn how to communicate with customers including people.Tapi klo kita x de keinginan dan confident tak menjadi juga kan.

Dan mama aku Nampak perubahan aku tu bila pergi pasar malam kat Syeksyen 6<tempat aq lahir tu> aku boleh menyembang baik punya dengan pakcik murtabak tu.

Aku:Pak cik ada berniaga kat Pasar Malam Syeksyen 20 ke hari Sabtu?
P.C.Mur:Ada.Kenapa anak Tanya macam tu?
Aku:Takde lah saya tuition kat Azam.Ayah saya selalu beli murtabak pakcik.Lagipon saya tengok style Pakcik tu sama dan apam balik hangus ni sama cam kat sana.
P.C.Mur:Oh ayah adik orang Terengganu tu ke?Macam mana boleh sampai sini.Jauh tu.
Aku:Haah.Yang tu lah.Oh ni saja je jenjalan tadi tu yang singgah sini jap.

Ok,perbualan tamat lepas murtabak aku dah siap.Dan korang mesti tertanya-tanya Apam balik hangus tu hape.Aku pon curious gila nak tahu.Jadi dengan selamber ayamnya aku Tanya dia dan aku yang bagi nama tu.Dia panggil hape ntah.Function:Letak murtabak yang sudah siap dimasak atas tu atas kuali.Klo letak murtabak direct atas kuali hangus lah jadinya kan.Tengok betapa orang Klate bijak niago<eheh,tetiba lak> pakcik tu guna kepala hotak untuk fikir macam mana nak maintain kepanasan murtabak tu tanpa menghanguskan murtabak tersebut.

4.Aku rasa macam dah ngam dengan suasana kerja kat situ.Aku rasa selesa,yakin dan bersemangat kerja kat situ.<ok Syira stop it!Aq faham ko excited dapat kerja kat Macd kan>.Aku dah boleh conquer semua kat situ.I mean semua kerja aku dah tahu dan bolehlah dikatakan otai walaupon selalu gak KARAI kan.Dan selalu gak kena maki dengan manager.<boleh macam tu pulak kan>Aku jenis panas sekejap lepas tu aku ok beb.Aku bukan jenis pendendam bagai ni.Kau baik dengan aku,aku baik dengan kau.

Tapi walaupon aq x suka manager tersebut,aq x pernah NO SHOW shift sesiapa ok.Sila bagi tepukan paling gemuruh untuk saya ye sebab memegang rekod tak pernah NO SHOW,MC OR EXCUSE sepanjang aku kerja.Kekadang aku tangah off pon manager call suruh masuk kerja.Aku pon berkejor pergi kerja sobab eh mama and ayah aku beriya-iya menghalau aku dari rumah.Sebab sakit mata tengok aku membuta dan online je kejanya.Baik pergi kerja dapat duit.<Nampak tak betapa keluargaku mata duitan.HAHA>Klo setakat demam sikit aku boleh lawan lagi.Pergi klinik ambil ubat dah.

OK aku rasa tu je sebab yang aku rasa munasabah untuk menjawab soalan dari kome yang pening memikiorkan kenapa la si Syira ni tak minta kerja kat tempat lain.Dan kepada korang yang tahu tu, Syira akui statement korang tu betul bebenor,

“Memang Syira tak boleh dipisahkan dengan huruf M,”puas hati?Choww…

Sunday, 8 April 2012

Aku yang CUAI atau Nak Salahkan Situasi


Assalamualaikum,

Pernah tak korang digelar cuai or clumsy or whatsoever?Aku ni x de la clumsy mana Cuma cuai sikit yang mengakibatkan kecederaan kepada diri aku sendiri.Tidak terlibat dengan mana-mana pihak pon.

Aku selalu tergelincir kat tempat kerja.Maybe kat sana lantai dia berminyak campur berair<sebab kebocoran>. Ok kat sini,ramai je yang dah pernah tergolek.Paling teruk aku jatuh tangga 5 anak tangga. Memang sakit kot jatuh terduduk.Nasib baik tak bergolek-golek sampai bawah.Sebab aku tahan pakai tangan.Klo sampai bawah,Masya Allah tak boleh nak bayangkan apa yang akan terjadi kat aku nanti. Yang ni kesannya aku tak boleh kilas badan selama beberapa hari.

Pastu jatuh depan chiller.Dah lah sekotak fries jatuh atas aku.Bapak sakit.Yang terbaru hari pertama aku masuk kerja balik,28hb Mac 2012.Aku hampIr nak jatuh kat tempat ayam.Luckily Allah sent a hero to save me.Thanx RedWan,I owe you a lot my dear.Beday budak ni 5 April.Happy Belated Birthday.May Allah bless you,my friend.

Dalam minggu ni aku tergelincir kat depan toilet kedai ayah aku.Pergh sakit tak ingat tapi masih boleh tahan lagi.Aku bagi tahu ayah comfirm ayah aku membebel kat aku lepas tu.Last incident I hope,aku pergi rumah mak yong aku kat Taman Bunga Negara sebab nak ambil ikan yang ayah long aku dapat masa memancing hari Ahad tu kan.<pergh kemain panjang explanation aku kan>Dan dengan tak disangka-sangka aku turun ikut tangga dan aku tersalah pijak masuk dalam lubang<simen tu yg berlubang ok> and actually aku yang melompat konon gembira sebab dah habis turun tangga dari tingkat 4.

Yang ni aku sampai tak boleh jalan.Tapi aku jalan mengengsot sikit-sikit.Serius aku takut terseliuh ke patah ke.But impossible.Sikit je.Aku pusing-pusing pergelangan kaki tu,pastu ok Cuma masih rasa sengal-sengal sampai sekarang.

Dan aku sangat-sangat lah tak suka diurut sebab geli dan sakit. And I am not a tukang urut accept my bro,my sis,my pak lang and mak yong.Tapi deme mengurut spt yang aku nyatakan di atas tu lah.

So,aku ke yang bersalah atau nak salahkan situasi masa tu.Hmm,tak baik salahkan orang lain kan.Ok aku akan jaga diri lepas ni.Badan kita ni nak gunakan untuk jangka masa yang lama kan.Ok dengar-dengar.Lagi ada apa nasihat untuk aku?Choww.

Saturday, 7 April 2012

Bawak bersabar ye


Assalamualaikum,

Korang mesti pernah dengar kan orang kata  ‘Sabar itu separuh daripada iman’.Tapi korang sedar tak berapa nipisnya kesabaran kita dalam menghadapi situasi-situasi dalam kehidupan seharian kita terutama sekali yang berkait dengan MAKAN.

Kenapa tak boleh SABAR sikit?Takkan lari makanan dikejar dan korang takkan mati kebuluran kalau tak makan sehari punya.Tapi klo makanan yang korang order tu melebihi setengah jam, memang boleh hilang sabar.Yang tu aku tak kisah lah korang nak maki ke nak blah dan cari kedai lain atau apa-apa yang korang rasa patut lah kan.

Situasi 1

Di pasar malam flat Proton,aku beratur nak beli ayam Uncle Bob.Macam sedap je dan harga pon berpatutan,RM5.Masa tu ada lah dalam 3 orang,jadi aku pon tunggu lah dia settle order depa dulu. Takkan lah aku nak potong line pulak kan.Mula-mula ayah aku tunggu sekali,pastu ayah pergi beli murtabak dan tunggu dalam kereta.Aku pon tunggu lagi,sebab dia tengah buat order orang yang ketiga tu.Dah alang-alang dah nak sampai turn aku tu,tunggu je lah.Ayah aku pula call suruh blah je klo lambat lagi.Aku cakap lah dah nak siap.Apalagi orang tu gelabah lah bagi aku punya dulu.Maksudnya aku potong akak sebelum aku lah kan.

Aduh,aku rasa bersalah tapi faktanya di sini sebagai seorang pekedai@peniaga@whatever kita akan rasa serba salah@nak cepat siapkan customer punya order if they got a call,always check their phone and look at their watch or kelihatan nak  cepat.Macam mana aku tahu ek,sebabnya ayah aku kan ada kedai photostate and printing.So, I know about business and I love business so much but my mom did not give me to take business study.<ops,terluah perasan pulak>

Dan aku terkejut ayah aku dah OTW nak pergi turut aku.Nasib baik aku dah dapat ayam tu,klo tak mahunya ayah aku mengamuk kat gerai abang tu suruh aku balik.<ok,hiperbola terlebih.>Takde lah mengamuk,Cuma ayah aku akan kata:

‘Dah tak payah tunggu,berlambak lagi makanan kat rumah<banyak lah sangat>’
                                                
                                                        ATAU

‘Kita beli kat tempat lain je.<Bertuah lah nak benti kat tempat lain kan>’

And the fact about our family,kitorang memang selalu makan kedai<I mean makanan yg x dimasak di rumah kami ok> sebab kat kedai kitorang sepanjang hari tu busy,customer tak henti-henti,ada job besar or photostate soalan peksa.Dan lunch hanya dengan telur goreng atau x makan.So,malam kita pulun kaw-kaw sebagai bonus la konon buat kerja dan tak lunch.

Jadi,dah macam-macam kedai kitorang pergi ada yang sampai Salak Selatan,KL,Batu 3,Shah Alam dan yang dekat Darussyifa,Bangi tu<nasi lemak dia sedap>.Memang jauh tapi berbaloi dari segi servis,harga dan sedap.Dan fakta ayah aku akan REJECT kedai tu if diorang punya Servis LAMBAT.

Hmm kirim salam je lah kat kedai lu if your service is bad.Walaupon selama ini.servis korang tiptop, sekali korang lambat,setahun aku tak datang kedai kau dah.<itupon klo ayah aku dah x ingat yang kedai kau dah kena reject ye>.

SITUASI 2

Kat Macd,kita diajar untuk cakap,’Terima Kasih,Datang Lagi’ bila dah siapkan order customer.Yang aku panas telinganya bila anak-beranak ni membalas,’Tak ingin nak datang dah,buat kerja pon lembab’.Humakaigh,kemain kau ye.Kau tak Nampak kitorang jalan macam pakai kasut roda.Tolong lah faham hujung bulan customer sampai ke pintu,drive thru kereta tak bergerak .Kitorang ni pulak kerja dari pagi sampai malam seba takde crew.

Kitorang dah macam nak pengsan bila kena serang waktu value lunch and value dinner.Memanglah kami dibayar gaji tapi kami bukannya Robot ok.Kami tahu penat dan kami faham customer lapar.Klo order satu set je boleh tahan,ni amik kau kemain sorang customer=5 set.Cuba kau yang buat order tu.Mana nak buat air,amik product and packing fries lagi.Klo semuanya automatic senang, masalahnya semua memerlukan kudrat manusia yang empat kerat ni je.

Pastu mesti korang nak kata suka hati akulah nak order berapa set pon,aku bayar pakai duit aku,aku customer-kau yang kena serve aku and whatever.Yes,that’s true but my dear customer,can you be patient and try to think if you are in our shoes,what do you feel when you see customer queue till entrance. Don’t you feel tired?Bertimbang rasa lah sikit cik kak/abang oi.

Konklusinya,bawa bersabar dan bertenang.Tak perlu maki hamun,marah bagai,nanti ada yang kena darah tinggi.Saya tak nak bertanggungjawab ye.Klo korang menyirap dia buat kerja lambat pon tapi boleh bersabar lagi<mesti lah sanggup tunggu sebab lapar kan>,senyum je lah kat depa.Jangan marah kami,kami rasa kecewa bila customer kata lagu tu sedangkan kami dah berusaha selaju mungkin menyiapkan order customer kami yang kelaparan tu.

Thursday, 5 April 2012

Jatuh Cinta Pada...


Assalamualaikum,

Aku jatuh cinta pada siapa ek?Mesti korang dok pk aku syok kat mamat mana plak ni kan?Baik mengaku cepat klo x jatuh tangga sat lagi.hehe.<ni ayat teacher aku masa tusyen kat azam dulu kot>

Sebenarnya aku jatuh cinta pada cara atau gaya penulisan blogger-blogger ni.Dan aku ketagih nak baca entry terbaru depa.Tapi sekarang ni depa busy dengan urusan hidup masing-masing.Nak buek camno laie.Dan aku sangat-sangat suka baca blog yang sempoi je.Tak payah nak formal sangat lah.Buat macam kita cakap dengan kawan-kawan kita.Lagi mesra kan.

Biar aku listkan satu-satu yo:

1.Mr.Kay.Tetiba hati aku terbuka nak buat blog lepas baca blog dia ni.Aku jumpa kat fb kawan aku.  Hehe. Kat blog dia aku dapat banyak info. Dulu hari-hari aku buka blog dia baca semua entry dia. Gila tak. Tapi tak sempat pulak aku nak khatam semua. Banyak tu.Yang dalam tahun tersebut je lah aku baca.Masa tu aku memang takde kerja sebab belum ada blog sendiri la katakan Aku SPM  tahun 2010.

2.Privacy No More Dia ni budak Matrik Penang.Aku suka gila ayat dia. Aku khatam semua entry dia.  Memang lah boleh sebab dia baru lagi buat blog.Aku ambil masa kurang dari 5 hari,aku rasa 3 hari je kot. Aku baru jumpa blog mamat ni.Dan aku sangat-sangat suka cara dia menulis. Kawan-kawan aku dok kata aku syok kat mamat gigi besi ni.Ok korang sekarang Syira cakap ek sebab apa syira usha blog dia.Gaya dia sempoi je.Dan kawan-kawan aku yg kat M1-03-10 tu pon join baca blog mamat ni sambil gelak pepagi buta tu.<ktorg on9 sampai kol 3 pagi hari cuti sahaja>

3.Saat Aku Kau Pilih.Satu-salah satu blog orang yang dah berkahwin  yang aku follow. Sebenarnya aku suka usha baby Haikal yang comel. Geramnya rasa nak cubit n cium pipi dia tahu. Dan aku respect gila kat akak Rajiah ni.Dia still sambung dia punya Master walaupon dia dah kahwin dan ada anak. Semoga akak bahagia dan dapat capai impian akak ye. Akak bagi la baby Haikal adik baru. Mesti comel cam Haikal kan.

Setakat ni itu je lah,blog-blog feveret den.Lopaih ni den cari laie yo.Sobonar eh ramai lagi yg den suko tapi mereka sudah mendiamkan dir a.k.a dah tak aktif berblog.Apakah aku akan menjejaki langkah mereka.Yes sometimes I thought I want to leave this blog when I don’t have idea to wrote on my blog.But Alhamdulillah I still love my blog a.k.a my online diary.

p/s:tetiba semangat kenogorian datang sebab aq kawan ngan budak pilah dan selalu gak lah IM kat fb ngan acik aku yg orang Jelai tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...