Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 21 April 2012

Ada apa dengan huruf M


Assalamualaikum,

Korang suka huruf M?Boleh pulak main suka-suki huruf.Tapi selalunya orang suka nombor kan.Aku suka nombor 3 dan 9.Sebab selalu dapat nombor ni masa sekolah dulu.M ni ada sebab kawan-kawan aku yang bagi kat aku.

Masa sekolah dulu korang ada main ejek-ejek nama bapak x?Mesti ada kan.Memang lah Nampak cam teruk tapi ianya merapatkan hubungan sesame rakan tau. Memang kecoh dan aku sangat-sangat rindukan suasana persekolahan yang dulu especially  tahun yang kita ambil exam iaitu UPSR-2005, PMR-2008 dan SPM-2010.

M tu permulaan nama bapak aku.Dan kebetulan kedai ayah aku pon bermula dengan huruf M. Makmur Print Enterprise.Kawan-kawan aku majoritinya tahu kedai bapak aku kat mana.Lagi lah kecohnya kan.Ye lah masa nak hantar folio je mesti datang kedai nak binding lah print lah photostate dan sebagainya.Klo kome nak buat wedding & name card or offside printing moh le ke sini. <promote kedai bapak aku gamaknya>

Pastu,tetiap tahun keluarga aku akan buat open house setiap kali Hari Raya Aidilfitri.Kami mengamalkan dasar pintu tertutup kepada sesiapa yang hendak datang ke rumah pada hari lain kerana kami sibuk di kedai.Balik rumah hanya untuk tidur dan siang di kedai.Macam hotel kan rumah aku.That’s why lah I ask you to came to our open house on that day.Satu hari diperuntukkan untuk melayan kengkawan,customer,jiran dan sesiapa yang dijemput lah.Sampai malam pukol 10 paling lambat.Sebab lepas tu kitorang nak mengemas pinggan mangkuk periuk cawan bagai.Esok nak bukak kedai pulak dan sekolah kan.

Dan aku akan melukis plan ke rumah aku.Tengok tetiba je aku bertukar profesion jadi arkitek jap. Dan kat rumah aku ni ada kedai Mama Corner.Dan lambangnya huruf M.Esoknya kat sekolah aku lagi kena bahan huruf M.

Pastu ada pulak kawan aku bagi cadangan suruh letak signboard huruf M kat depan rumah aku . Supaya senang nak cari rumah aku.Ahh tak ingin pulak aku.Aku letak nama kitorang satu family je.<amboi ingat rumah YB ke>.Takdelah aku letak nama ayah dengan mama je.For sure orang tahu nama ayah aku kan.Tapi takde lah buat signboard Cuma print kat A4 Paper and paste it.

Ok,itu sahaja sejarah kisah hidup dan kaitan huruf M dengan aku.Nama aku takde pon huruf M. Cerita zaman sekolah masih melekat di memori kengkawan aku.Gamaknya sampai aku tua lah diorang akan ingat Syira-M.Boleh pulak macam tu ye.

Oh,BTW aku nak cakap MUBI tu nama ayah aku.Ada pulak kawan2 aku ingat tu nama aku. Choww.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...