Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 7 April 2012

Bawak bersabar ye


Assalamualaikum,

Korang mesti pernah dengar kan orang kata  ‘Sabar itu separuh daripada iman’.Tapi korang sedar tak berapa nipisnya kesabaran kita dalam menghadapi situasi-situasi dalam kehidupan seharian kita terutama sekali yang berkait dengan MAKAN.

Kenapa tak boleh SABAR sikit?Takkan lari makanan dikejar dan korang takkan mati kebuluran kalau tak makan sehari punya.Tapi klo makanan yang korang order tu melebihi setengah jam, memang boleh hilang sabar.Yang tu aku tak kisah lah korang nak maki ke nak blah dan cari kedai lain atau apa-apa yang korang rasa patut lah kan.

Situasi 1

Di pasar malam flat Proton,aku beratur nak beli ayam Uncle Bob.Macam sedap je dan harga pon berpatutan,RM5.Masa tu ada lah dalam 3 orang,jadi aku pon tunggu lah dia settle order depa dulu. Takkan lah aku nak potong line pulak kan.Mula-mula ayah aku tunggu sekali,pastu ayah pergi beli murtabak dan tunggu dalam kereta.Aku pon tunggu lagi,sebab dia tengah buat order orang yang ketiga tu.Dah alang-alang dah nak sampai turn aku tu,tunggu je lah.Ayah aku pula call suruh blah je klo lambat lagi.Aku cakap lah dah nak siap.Apalagi orang tu gelabah lah bagi aku punya dulu.Maksudnya aku potong akak sebelum aku lah kan.

Aduh,aku rasa bersalah tapi faktanya di sini sebagai seorang pekedai@peniaga@whatever kita akan rasa serba salah@nak cepat siapkan customer punya order if they got a call,always check their phone and look at their watch or kelihatan nak  cepat.Macam mana aku tahu ek,sebabnya ayah aku kan ada kedai photostate and printing.So, I know about business and I love business so much but my mom did not give me to take business study.<ops,terluah perasan pulak>

Dan aku terkejut ayah aku dah OTW nak pergi turut aku.Nasib baik aku dah dapat ayam tu,klo tak mahunya ayah aku mengamuk kat gerai abang tu suruh aku balik.<ok,hiperbola terlebih.>Takde lah mengamuk,Cuma ayah aku akan kata:

‘Dah tak payah tunggu,berlambak lagi makanan kat rumah<banyak lah sangat>’
                                                
                                                        ATAU

‘Kita beli kat tempat lain je.<Bertuah lah nak benti kat tempat lain kan>’

And the fact about our family,kitorang memang selalu makan kedai<I mean makanan yg x dimasak di rumah kami ok> sebab kat kedai kitorang sepanjang hari tu busy,customer tak henti-henti,ada job besar or photostate soalan peksa.Dan lunch hanya dengan telur goreng atau x makan.So,malam kita pulun kaw-kaw sebagai bonus la konon buat kerja dan tak lunch.

Jadi,dah macam-macam kedai kitorang pergi ada yang sampai Salak Selatan,KL,Batu 3,Shah Alam dan yang dekat Darussyifa,Bangi tu<nasi lemak dia sedap>.Memang jauh tapi berbaloi dari segi servis,harga dan sedap.Dan fakta ayah aku akan REJECT kedai tu if diorang punya Servis LAMBAT.

Hmm kirim salam je lah kat kedai lu if your service is bad.Walaupon selama ini.servis korang tiptop, sekali korang lambat,setahun aku tak datang kedai kau dah.<itupon klo ayah aku dah x ingat yang kedai kau dah kena reject ye>.

SITUASI 2

Kat Macd,kita diajar untuk cakap,’Terima Kasih,Datang Lagi’ bila dah siapkan order customer.Yang aku panas telinganya bila anak-beranak ni membalas,’Tak ingin nak datang dah,buat kerja pon lembab’.Humakaigh,kemain kau ye.Kau tak Nampak kitorang jalan macam pakai kasut roda.Tolong lah faham hujung bulan customer sampai ke pintu,drive thru kereta tak bergerak .Kitorang ni pulak kerja dari pagi sampai malam seba takde crew.

Kitorang dah macam nak pengsan bila kena serang waktu value lunch and value dinner.Memanglah kami dibayar gaji tapi kami bukannya Robot ok.Kami tahu penat dan kami faham customer lapar.Klo order satu set je boleh tahan,ni amik kau kemain sorang customer=5 set.Cuba kau yang buat order tu.Mana nak buat air,amik product and packing fries lagi.Klo semuanya automatic senang, masalahnya semua memerlukan kudrat manusia yang empat kerat ni je.

Pastu mesti korang nak kata suka hati akulah nak order berapa set pon,aku bayar pakai duit aku,aku customer-kau yang kena serve aku and whatever.Yes,that’s true but my dear customer,can you be patient and try to think if you are in our shoes,what do you feel when you see customer queue till entrance. Don’t you feel tired?Bertimbang rasa lah sikit cik kak/abang oi.

Konklusinya,bawa bersabar dan bertenang.Tak perlu maki hamun,marah bagai,nanti ada yang kena darah tinggi.Saya tak nak bertanggungjawab ye.Klo korang menyirap dia buat kerja lambat pon tapi boleh bersabar lagi<mesti lah sanggup tunggu sebab lapar kan>,senyum je lah kat depa.Jangan marah kami,kami rasa kecewa bila customer kata lagu tu sedangkan kami dah berusaha selaju mungkin menyiapkan order customer kami yang kelaparan tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...