Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 10 April 2012

Kenapa Macd?


Assalamualaikum,

Kenapa kau kerja kat Macd lagi?Kan banyak tempat lain yang kau boleh kerja?Itu antara soalan-soalan yang aku dah bosan dengar.Dan jawapan aku senyum je.Malas nak menjawab/Banyak bebenor soalannya.Suka hati aku lah.Tulang 4 kerat aku yang bekerja bukannya pakai tulang kau pon kan.

Ok,kek sini den jolaskan sobab-sobab eh den suko gilo kojo kek Macd ni:

1.Dapat makan FREE.Klo aq kerja kat tempat lain contohnya jadi kerani kat pejabat tingtong.Aku mesti kena keluar pergi beli lunch dan memerlukan duit untuk lunch and transport kan.Jadinya aku dah jimat.Dapat makan tanpa mengeluarkan duit dan jimat minyak kan.Pastu aku boleh diet sebab sehari makan sekali je.Bila balik rumah mandi,solat dan terus tidur.Ko dah tak pk nak makan lagi melainkan nak melayan penat seharian berdiri melayan customer yang sentiasa in tu kan.

2.Macd tempat pertemuan dengan kawan-kawan.Sepanjang yang aku kerja kat Macd ni,semua orang yang aku kenal aku akan tegur.Tak kira lah junior aku ke senior,customer ayah,cikgu sekolah aku,bebudak tuition as long as I know them.Jadinya klo kome nak dating tu pergi lah jauh sikit ye klo takut aq Nampak bf.gf kome yang handsome/cantik sangat tu kan.

3.Aku dah pandai berkomunikasi a.k.a peramah.Korang tahu tak aku ni jenis pemalu tak ingat. Contohnya klo kat rumah orang kahwin,lepas makan nasi kan ada pencuci mulut.Memang sampai sudah aku takkan bangun untuk kali yang kedua selepas ambil nasi.Mesti aku akan suruh adik atau ayah aku amikkan. Nampak tak betapa pemalunya saya.Dan dulu aku takkan tegur orang yang aku tak kenal.That’s me. But after I work.i had learn how to communicate with customers including people.Tapi klo kita x de keinginan dan confident tak menjadi juga kan.

Dan mama aku Nampak perubahan aku tu bila pergi pasar malam kat Syeksyen 6<tempat aq lahir tu> aku boleh menyembang baik punya dengan pakcik murtabak tu.

Aku:Pak cik ada berniaga kat Pasar Malam Syeksyen 20 ke hari Sabtu?
P.C.Mur:Ada.Kenapa anak Tanya macam tu?
Aku:Takde lah saya tuition kat Azam.Ayah saya selalu beli murtabak pakcik.Lagipon saya tengok style Pakcik tu sama dan apam balik hangus ni sama cam kat sana.
P.C.Mur:Oh ayah adik orang Terengganu tu ke?Macam mana boleh sampai sini.Jauh tu.
Aku:Haah.Yang tu lah.Oh ni saja je jenjalan tadi tu yang singgah sini jap.

Ok,perbualan tamat lepas murtabak aku dah siap.Dan korang mesti tertanya-tanya Apam balik hangus tu hape.Aku pon curious gila nak tahu.Jadi dengan selamber ayamnya aku Tanya dia dan aku yang bagi nama tu.Dia panggil hape ntah.Function:Letak murtabak yang sudah siap dimasak atas tu atas kuali.Klo letak murtabak direct atas kuali hangus lah jadinya kan.Tengok betapa orang Klate bijak niago<eheh,tetiba lak> pakcik tu guna kepala hotak untuk fikir macam mana nak maintain kepanasan murtabak tu tanpa menghanguskan murtabak tersebut.

4.Aku rasa macam dah ngam dengan suasana kerja kat situ.Aku rasa selesa,yakin dan bersemangat kerja kat situ.<ok Syira stop it!Aq faham ko excited dapat kerja kat Macd kan>.Aku dah boleh conquer semua kat situ.I mean semua kerja aku dah tahu dan bolehlah dikatakan otai walaupon selalu gak KARAI kan.Dan selalu gak kena maki dengan manager.<boleh macam tu pulak kan>Aku jenis panas sekejap lepas tu aku ok beb.Aku bukan jenis pendendam bagai ni.Kau baik dengan aku,aku baik dengan kau.

Tapi walaupon aq x suka manager tersebut,aq x pernah NO SHOW shift sesiapa ok.Sila bagi tepukan paling gemuruh untuk saya ye sebab memegang rekod tak pernah NO SHOW,MC OR EXCUSE sepanjang aku kerja.Kekadang aku tangah off pon manager call suruh masuk kerja.Aku pon berkejor pergi kerja sobab eh mama and ayah aku beriya-iya menghalau aku dari rumah.Sebab sakit mata tengok aku membuta dan online je kejanya.Baik pergi kerja dapat duit.<Nampak tak betapa keluargaku mata duitan.HAHA>Klo setakat demam sikit aku boleh lawan lagi.Pergi klinik ambil ubat dah.

OK aku rasa tu je sebab yang aku rasa munasabah untuk menjawab soalan dari kome yang pening memikiorkan kenapa la si Syira ni tak minta kerja kat tempat lain.Dan kepada korang yang tahu tu, Syira akui statement korang tu betul bebenor,

“Memang Syira tak boleh dipisahkan dengan huruf M,”puas hati?Choww…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...