Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 20 April 2012

Lain Negeri,Lain Keistimewaannya


Assalamualaikum,

Pergh tajuk cam moto iklan nasi ayam tu plak.Entry hari ni aku nak listkan sebab apa aku suka kawan dari negeri ni.Walaupon ada negeri yang tak tersenarai tapi aku tetap kawan dengan sesiapa yang boleh ngam dengan aku ok.Jangan plak lepas ni kome kata,’Jangan kawan dengan Syira sebab kita asal dari negeri ni.’Klo ada yang cakap camtu,siap lah kome. Aku sepak laju2 baru tahu.

1.Negeri Sembilan
Aku suka cakap nogori.Masak lomak pon sodap gak.Ok ni aku terpengaruh dengan opah yang jaga aku.Dia orang Minang.But seriously I am fall in love with dialek nogori.Paling aku suka bila opahku masak ikan keli masak lomak cili api atau tempoyak.Pergh,memang terbaik lah.Walaupon sampai menangis pasti aku akan tambah nasi dan maratah kuahnya.Pastu mungkin sobab den baco majalah lawak antarabangsa UJANG.Terbaik la der.

2.Kelantan
Aku suka semangat kesukanan diorang.Cuba tengok klo ada game bola Kelantan lawan.Mesti penuh kat tepi highway pakai baju merah,konon konvoi nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil.Kenapa negeri lain tak de semangat tu. Tapi yang tak bestnya diorang berpuak-puak.Ada ke patut klo nak masuk geng nak menyembang  kita boleh pula Tanya,‘Ore Kelate ko?’

Nasib baik lah aku ni jenis boleh masuk.Sekali aku kecek klate ngan dia.Terus ingat aku mek klate.Sampai boleh Tanya tinggal  kat mana.Tapi aku ni kan anak jati Selangor,x kan aku nak belot dengan negeri tercinta kan.

Aku boleh kecek sebab mak long aku orang Kota Baharu dan Mak Ngah aku orang Machang.Tapi diorang x kecek klate pon kat rumah sebenarnya.Tapi klo dah jumpa geng automatic boleh keluar lah klatenya.

Dan aku pon diorang kata orang Kelantan.Hai bangga bebenor deme klo jumpa org seKelantan ni.Bak kata ayah aku,deme ni klo kat tempat sendiri dok berbaloh sesama mereka tapi klo kat tempat luar <I mean tmpat cari rezeki luar dr klantan> semua pakat jadi waris mereka.Padahal KB dengan Tanah Merah tu bukannya dekat.Tetiba mengaku waris hambo la tu.

3.UTARA (PERLIS,PENANG,KEDAH)
Paling suka orang Penang diorang cakap cam lembut je.Kami-hampa.Aku tak tahu lah klo yang aku kawan tu memang jenis bersopan-santun.Tapi sepanjang yang aku jumpa budak Penang semuanya beradab dan bersopan baik lelaki mahupon perempuan.Nak suami orang Penang boleh.<tetiba gatai nak berlaki>

Aku study kat Kedah.Apa yang aku tahu diorang ni sangat-sangat menghormati tetamu.Deme ni suka bebenor klo tetamu nak datang rumah.Persiapannya macam nak sambut menteri bak hang.Sebab tu lah klo kitorang<my family> suka datang mengejut takut diorang masak banyak-banyak.Datang secara mengejut jadi takde lah kitorang rasa macam menyusahkan deme sekeluarga kan.Tapi dalam tak dan tu sempat lagi p kebun ambil buah-buahan untuk bawak balik KL katanya.Ahh rindunya nak p rumah cik Han ada sawah padi depan rumah.Best gila.Pastu p kg nelayan.Huhu semua itu tinggal kenangan bila Wan dah pergi menyahut seruan Ilahi.Alfatihah untuk Tok Wan.

4.JOHOR DARUL TAKDZIM
Dulu masa aku Form 5,kawan-kawan aku ramai la juga yang parents deme orang Johor.So,deme dok promote negeri deme kata mak deme pandai memasak sebab orang Johor.Yang aku tahu Johor banyak Felda dan aku sangat-sangat suka duduk kat kawasan Felda.I don’t know how to describe but I want to live there.<ok negeri lain pon ada,aku x kisah asalkan FELDA or something like that>

Johor adalah salah satu negeri yang aku tak pernah jejak kaki ke sini melainkan tahun lepas pergi bercuti ke JB.But seriously I feel nothing is special there.Aku tertarik nak ke sana sebab dalam novel kemain gebang deme bercerita betapa bestnya Johor.Tapi aku sangat-sangat teruja nak meneroka negeri Johor. Actually l love the Sultan who was berjiwa rakyat.Kembara Mahkota Johor.I selalu follow kat Majalah 3 tetiap tahun tahu.Oh bolehlah cari calon suami orang Johor ek.Tapi,seriously aku kurang kawan dari Johor.Takde jodoh kot.

5.Asal keturunan aku
Aku dilahirkan di Klinik Anis,Syeksyen 6,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,pada 27 JUNE 1993.<sila bagi hadiah ye.tq.>Ayah aku orang Kg.Tok Badir,Bukit Payung,Serada,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Mama aku lahir di Hospital Kandang Kuda,Singapura<sila jangan gelak dan percayalah memang wujud ok>.Dulu atok aku driver keretaapi Tanah Melayu.Lepas tu kan,kat Singapore dia limit anak sampai 4 je.That’s why my atok move to Perak.And stay at Kg.Tersusun,Jalan Sg.Pari,Ipoh,Perak.

So,aku boleh berbahasa pelbagai dialek.Jawa je aku tak reti even my arwah opah is Jawanese from Tali Air bape ntah kat Sekinchan tu because my atok is Buegusse .Dia tak suka pengaruh Jawa dalam rumah ni.Tapi,masa aku sekolah dulu deme semangat Jawa.Tak sudah-sudah Tanya,Kabare dibalasnya Waras.

Lepas tu,ok ni cerita lawak.<aq nak taip ni asyik nak tergelak je doe>Klo korang nak tahu Jawa ni terbahagi kepada dua,iaitu Jawa Kasar dan Jawa Halus.Mostly bila Tanya deme akan kata jawa halus sebab malu lah nak mengaku jawa kasar. Memang klo jawa kasar tu deme agak kuang hajo sikit.Aku tahu dari cikgu tusyen sejarah aku a.k.a mak cik sedara ku.Dia pulak pergi Tanya aku dalam kelas tu,

‘Syira kamu jawa apa?’

Aku jawab je lah tak tahu.Takde masa pulak aku nak korek asal keturunan aku. Balik rumah aku Tanya mama.Mama aku kata arwah opah aku keturunan jawa kasar.
Konklusinya,memang best belajar pelbagai dialek dari berlainan negeri dan berkawan dengan orang negeri lain.Kita kan duduk kat Malaysia,Negara yang mempunyai 14 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan.Kita perlu berganding bahu untuk memakmurkan Negara kita.Semua pihak perlu bersatu-padu demi melahirkan sebuah Negara yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan Negara-negara antarabangsa yang lain.<dah,aku masuk karangan SPM.Huargh,rindu gila nak buat ayat macam ini.>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...