Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 29 May 2012

Dia pon manusia biasa

Assalamualaikum,

Bila kita bengang dengan orang tu,
mesti kita maki/marah dia kan?

Biasalah hati tengah panas kan?
Tapi bila aq pk balik ,
dia pon Manusia biasa juga.
Tetap melakukan kesalahan.

Tapi aq x boleh terima klo
benda yg simple gila ko x boleh nak pk ke?
Benda boleh settle kot.
Just use your common sense.

Kau lagi matang,berpengalaman,
dan tahu banyak benda dari aq,
tapi aq plak yang take over positon kau,
watdefak bengong la wei.

p/s:sejak bila aq pandai taip pendek2 cenggini ni?pengaruh sape nie?
p/s:entry lepas geram kat tempat kerja meh



Wednesday, 23 May 2012

MENYERAH KALAH



Assalamualaikum,

Tadi di tempat kerja,
Aku KARAI sorang2 kat Drive Thru,
Korang ingat aq ni HEBAT sangat ke?

Memanglah aq tahu semua benda kat situ,
Tapi bila customer berderet,
Aku juga akan KARAI.

Pastu Tanya soalan yang menyakitkan hati,
Hello aq x de masa nak layan soalan2 bangang tu,
Dari aq layan kau,baik aq settle kan customer.

Yang aok plak kenapa suka sangat buat koi karai?
Sampai hati aok,koi penat tahu.
Ke aok suka benor kat koi,tu la yang datang berderet-deret tu kan.
Eceh padahal,value lunch biasalah orang kebulur nak makan.  

Order sampai penuh skrin,
Tapi aq kan dilahirkan dengan sifat
TAK MUDAH MENYERAH KALAH,
Semuanya aq settlekan one by one.

Dari TET tu aq dah turunkan jadi 99,
Terus NAIK sampai 146,
Mati la koi kena marah,
Sebab target TET ialah 90.

But,should I care about that?
As I don’t have runner.
Ada lah juga kak Zima tolong
Bila aq dah KARAi gila tu kan.

Dan meh koi nak bagi tahu,
Klo koi senyap je tu tandanya
Yang koi sedang marah dan bengang
Fahamilah saya.
oh yeah ni gambar dulu b4 study kat Melbourne

Koi ni suka pendam,
Tapi klo dah x tahan,
Memang koi akan luah semuanya.
Tapi ayat dia memang x tahan la
Wa cakap sama lu.

p/s:pasai pa aq cakap aok-koi ni,aq rindu sapa ni.Habaq mai.

Tuesday, 22 May 2012

Ukuran keJAYAan dan keBAHAGIAan


Assalamualaikum,

Pernah tak korang terfikir tentang ukuran kejayaan & kebahagiaan seseorang individu ni?Semua orang kat atas dunia ingin bahagia dan Berjaya.Tak ada sorang pon manusia yang nak hidup dalam kesengsaraan dan kegagalan.Tapi siapa kita untuk melawan kehendak Nya. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz kan.Tapi kita sebagai manusia boleh berusaha untuk mengubah nasib kita kan.

Dan bagi manusia pula,mereka telah membuat ukuran kejayaan yang tersendiri.Betul ke ini yang kejayaan paling manis untuk anda?Mungkin kejayaan yang hanya dikecap di atas dunia sahaja bukan akhirat.Jom usha satu per satu ye.

1.Result yang Cemerlang
Tak kira lah sama ada UPSR,PMR,SPM,kalau dah masuk alam U,nak bandingkan pointer lah pulak.Mak ayah yang sibuk nak bangga dengan pencapaian anak2.Depa tak tahu anak2 cam nak pengsan study<ye lah tu,mana ada>.Bila anak dapat result yang teruk,nak marah2 pulak.Dan paling sedih bagi yang anak2nya tak cemerlang dalam pelajaran.
 
Mak Andak aq pernah bertanya camni tahu,
‘Macam mana lah anak kome boleh dapat banyak A,anak aku satu A pon susah nak bawa balik ke rumah.’
 
It sounds funny beb,but the truth is they as a parents want to see their child to be as one of the top ten at school.<amboi kemain lagi top ten ye>
 
Lepas tu,klo orang tu x masuk U atau sambung pelajaran lepas SPM,terus nak pandang rendah kat dia.Helo,x semestinya budak U tu bagus ok.Walaupon pelajaran mereka x tinggi,budi bahasa mereka tinggi tahu. Ok, tak semua tapi lain orang, lain perangainya kan. It doesn't matter whether he/she has higher/lower education.

2.Pekerjaan yang Mantap,Gaji Ribu-Riban
Yang ni pon,mak2 lah terutamanya kan.Nak gebang anaknya pangkat besor kat KL nun. Contoh lah,mama aq suruh aq jadi lawyer,angah-jurutera,adik-doktor. <ewah,macam petik jari je boleh jadi tu semua kan> Tapi kitorang tak kisah pon sebab tu hanya impian mama aku. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kami. Tengok ayah aq x payah nak demand sangat jadi cikgu je,siang mengajor,malam kejor tusyen.best x?aq memang suka pon jadi cikgu ni tapi rezeki aq bukan kat bidang ni gamaknya.
 
Tak berdosa pon kalau anak2 anda kerja yang biasa2 sahaja janji halal dan kerja yang tiada tekanan perasaan.Walau gaji ribu-riban,klo stress dan hidup yang no life,24/7 kerja memanjang.Apa cer?Tahu-tahu anak hang masuk Tanjung Rambutan.Nak ke camtu?

3.Rumah besau,Kereta Besau
Hmm ni pon sama kes nak berlagak.Tayang satu kampong.Panggil semua orang kampung datang rumah anaknya yang besau tu kan.Orang kampong pon bila dah balik kampong pepak cerita  anak si Peah tu rumah cam banglo kalah anak si Meon tu.Ishh,menyampah aku klo kes cenggini berlaku.
Kereta pulak klo adik-beradik kita,majority tukar kereta baru,kita pon apa lagi panas punggung lah nak tukar kereta baru yang lagi besau dari depa.Padahal hutang lama pon x langsai lagi.Dan x guna pon beli kereta baru setakat nak menunjuk,simpan dalam garaj berselimut.Bayar tetiap bulan,pakai sekali sebulan.Bijak kan?

4.Menantu yang ada rupa,duit dan harta menimbun
Hmm ni lagilah cam hampeh.Duit bukanlah segala –galanya.Harta tak mampu beli kebahagiaan.Walau kau longgok setinggi gunung sekali pon,you can’t find happiness in your life beb.And I admit that we need money to survive.Tapi tak perlu lah nak cari jutawan ke anak orang ada-ada ke nak dibuat menantu ye.Pastu,bila dah kahwin kita share lah duit sama2 kan.Tapi ada orang duit kau-duit aku,duit aku-duit aku. <perempuan la ni>.Pergh,kesian kat laki dia siang malam cari duit.Janganlah camtu. Memang lah tanggungjawab suami,tapi tak salah kan kalau kita hulurkan tangan, ringankan beban<eh cam bersamamu punya tagline plak>.Kau tak kesian ke kat laki kau.Ish,x de hati perut la hang ni.
 
Pastu kau ingat dengan rupa boleh jamin hubungan tu kekal lama.Lagi lah masalahnya. Lelaki terutamanya sana sini dia pasang skandal.<mari salahkan lelaki,haha>Tahulah awak tu hot,jambu dan sbg.Tapi perempuan pon boleh ja pasang anak ikan kiri kanan.Eii,gelinya.
Dah x nak cakap pasal ni.Cuma nasihat utk diri sendiri dan anda.Dah tahu kita ni milik orang,dah ada laki/bini SDN BHD,yang p cari lain tu pasai pa?Apa?Hampa dah bosan?Sapa suruh gatai nak menikah duluBukan itu kah cinta sejati hampa dulu. Sampai merayu-rayu kat pintu pagaq ajak kawin<eh ada ke camtu>

5.Rezeki anak
Kalau kita dah kahwin,mesti orang akan Tanya,anak dah berapa orang?Bagi yang ada anak tu mereka anggap pertanyaan itu sebagai normal,tapi bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat pasti terasa dan sedih.Why?Mestilah depa dok terpk aq ni mandul ke?Tengok anak jiran berderet-deret.Pastu mulalah si lelaki minta bini sign surat nak kahwin lain.Ahh alasan lu la der,masa dulu semua sayang.Kini setelah aq x berguna lagi,aq ditinggalkan kesepian.<amboi ayat x tahan der>
 
Padahal,bila ajak check up kau yang mengelak,konon isteri je yang salah.Blah la lu.Pastu for sure bini kau kena bahan kat belah keluarga kau kan.Kau buat apa?Membisu seribu bahasa je.Tak reti2 ke nak back up bini yang kau sayang tu,huh?Tapi ni fakta ye.kalau lah laki kita kena bahan,kutuk or whatsoever,seboleh-bolehnya si isteri tu dok tudung perangai laki dia yang cam setan tu.Cayo lah cakap den ni.Konon sayang laki,tapi laki tu ada buat camtu. Klo laki dia pon tudung perangai buruk bini dia,memang wa salute sama lu.

6.Hubungan suami isteri yang berkekalan
Bercinta di fb,merisik dan bertunang di rumah,berkahwin di masjid,bercerai di mahkamah.Pernah baca kat fb x benda ni?Nampak cam kelakar tapi it’s fact rite?
 
Aq takut sangat yg last tu.Mana ada perempuan yang bila berkahwin pk pasal nak bercerai.Mesti dalam kepala tu dah set aq nak hidup bahagia bersama suami terchenta ni,dapat anak yang comel2,jadi isteri mithali,dan blabla.Mana lah aq tahu aq belum kahwin tp memang betul kan ni semua.<ke aq je pk camtu,hehe>But seriously,no women want to be a widow.Korang ingat senang ke hidup bergelar janda.Sentiasa menjadi umpatan orang.Buek benci gila.Kesian kat mereka yang x bersalah.Orang luar selalu Nampak kesalahan apabila berlaku penceraian di bahu si isteri,konon x pandai jaga laki lah apalah.Abih tu kalau dah laki dia tu gay tapi nak kahwin juga, macam mana?
 
Kalau laki dia meninggal tu,memang sedih lah kan.Tapi kita kena kuat demi membesarkan anak2.<ni ayat para wanita yg kehilangan suami>Dan ni fakta yang diakui oleh mama aq dan aq sendiri.Kalau lah ditakdirkan nyawa suami kita tu tak panjang dan kita ada anak2,kami para wanita berjanji x akan kahwin lain melainkan dah memang pintu hati terbuka nak kahwin lain.<amboi cam baca ikrar sekolah plak>
 
Tapi betul ni beb,klo korang tengok janda2 yang ada anak,mereka mesti nak membesarkan anak2,x pk dah nak kawin baru ke hape.Tapi orang sekeliling kemain cari jodoh baru untuk kita kan.Cuba klo laki tu kehilangan isteri, x sampai 3 bulan dah jumpa yang baru.Kan?Nampak benor x setia,dan kasih sayang kau aq ragui.<kuang kuangkuang>


Konklusinya,itu je lah yang aq Nampak di sekeliling aq.Mungkin ada yang tercicir. Tapi dalam senarai aq x de plak orang ukur kejayaan pasal agama sesorang tu kan. Konon itu subjektif.We cant measure their iman.Oh yeah,tu la yang x payah solat, puasa apa semua tu kan.Dah mentality orang kita dok sibuk kejar kejayaan dunia je.
 
Dan point aq,walaupun kita dapat kecap kebahagiaan yang disebutkan di atas,klo akhirat kita x kecap bahagia,susah juga tu.Tapi aq rasa mustahil lah untuk kita dapat bahagia je sepanjang hidup,pasti ada derita agar kita dapat merasa insaf,x lupa diri mahupun takbur kan.Kejar dunia,kejar akhirat.Choww…

p/s:entry ni panjang kan.aq dapat idea masa nak tdo.ala entry aq suma panjang2.sobab eh,kat skolah dulu mmg suka wat karangan.skang lepas gian kat blog je lah.

Monday, 21 May 2012

Janggal


Assalamualaikum,

Semalam pak lang aq bernikah selepas 8 tahun menduda.Tapi aq x pergi sebab aq x restu.. <pfft,what the fish,ko ingat ko sape syira oi>.Taklah,aq terPAKSA bekerja demi mencari sesuap nasi.<amboi ayat aq> sebab minggu lepas aq dah no show.Dan minggu depan,aq nak cuti sobab eh:-

Minggu depan belah lelaki pulak buat kenduri kat Dewan Alamanda, Syeksyen 20,Shah Alam,kat area KPJ,Selangor.<Jemput datang jika anda tinggal berhampiran sini>.Dan juga dekat Pusat Tusyen Azam.

Lagipon,bukan aq yang nak nikah.Klo aq x de,majlis tetap boleh diteruskan.Lainlah klo bakal suami aq yang nak genggam tangan tok kadi tu kan?Oh,itu semestinya lah aq datang.

Aq kan orang kuat masa event next week.Tukang senduk lauk.Hoho,bapak lah aq x suka kerja tu.Ku pk kan boleh enjoy goyang kaki sama2.<ok BTW,I nak bagi tahu, aq x sabar mao tgok Sudirman the Muzikal,ye ke tajuk dia camni,not sure but something like that lah> Sekali dapat tugas ni pulak masa kenduri tu nanti.Puas aq bagi alasan, tapi diorang tetap berdegil.Camni aq resign lah.Haha.

Sebenarnya aq rasa janggal untuk terima orang baru dalam keluarga kami.Sobab eh dah hampir 7 tahun juga lah keluarga belah mama aq x terima orang baru<ayah/mak saudara mendatang>

Pastu,DIA <amboi,Nampak benor x sukanya>,ok aq guna ‘mak lang baru’ paling muda kot,29 tahun.Pak lang aq 42 tahun.Hoho,lama kot dia tunggu pak lang aq.Sebab tahun lepas arwah opah aq meninggal.So,postpone ke tahun ni.

Korang tahu x,ayah aq kata:

“Klo ayah lah jadi si Kasih tu x ingin ayah nak tunggu pak lang kamu.Baik cari lelaki lain.”

See,ayah aq pon x sabar tunggu.Tapi si mak lang baru aq tu sanggup je tunggu 8 tahun.Klo dah namanya CINTA apa pon sanggup kan?

“Onak dan duri sanggup ku redah,lautan api sanggup ku renangi demi cintaku padamu.” ~Oh aq pernah dengar ayat ni~

Dan KETIDAKHADIRAN aq adik beradik menunjukkan yang kami boycott perkahwinan kalian sibuk dengan urusan masing2.Adik2 aq sedang menghadapi peperiksaan dan x boleh balik.Dan aq sibuk cari duit.Kuangkuang…

Ok,this was the last reason why I felt awkward.Because she was a bit SOSIAL.Eh not really,tapi cara dia berpakaian tu.Aq x gemar termasuk seluruh ahli keluargaku.Dah klo terbeliak mata lelaki memandangnya,mana lah kita nak gemar kan?

Bagi kome,lantaklah badan dia,suka hati dia lah.But my dear,you know what my atok is pak haji and ex-imam at our village,Ipoh.His children were taught to be a good Muslim. And Alhamdulillah,I thought that my grandfather and arwah opah were the best parents as their children have a successful life.<ukuran dunia lah kan>

Konklusinya,dah jadi tanggungjawab pak lang aq lah nak menegurnya.DIA juga yang kata,kubur lain2 kan.Dan aq akan cuba buka hati,buka minda<ni dah macam motivasi pagi je> untuk terima DIA tu.BTW,next week pon adik2 aq x balik sebab ada kem PMR dan SPM.Huhu.



Friday, 18 May 2012

Aktiviti ketika Iklan


Assalamualaikum,

Korang selalu tak buat kerja masa iklan ke korang tercongok tengok iklan tu.Ahh ingin plak aq nak nengok iklan yang lebih banyak dari cerita yg kita tengok tu.Mesti macam2 yang korang buat kan.Tapi ni apa yang aq dan keluarga aq buat lah.Klo sama jom sep-sep.

1.Basuh pinggan mangkuk
Hehe,lepas makan campak je dalam singki.Karang masa iklan berkejor pegi basuh pinggan.Aku dan adik2 aku lah tu.Kome macam mana?But for sure,mama aq dah bising sebab mama aq x suka tengok singki tu penuh.

2.Baca buku
Aku lah ni.Sampai ayah aku Tanya,’Eh along ni nak baca buku ke tengok tv?’ Hehe.Aku jawab lah dua-dua sekali.Kan bijak aq ni,2 in 1.Kome ada?Jangan tiru aksi ini kalau kome study subjek yang memerlukan focus.Aku baca novel/majalah je.Sudoku and crosswords pon boleh tau.
ujang 

3.Buat homework.
Hehe,aq dan adik2 aq.Tapi aq boleh buat math je.Klo karangan memang idea aq x datang masa ni.Silap2 aq buat ulasan pasal drama yang aq tengok pulak kang.

4.Solat
Hah,yang ni ayah aq paling marah.Terutama cerita pukul 7malam tu.Memang kena bebel lah.Bergilir-gilir lah ambik wudhu’ dan solat.Yang kelakarnya,dan nak bergaduh lagi tu.Kau lah pergi dulu-kaulah-kaulah tetiba masuk jejakakaula.blogspot. <eh tetiba>

5.Minum air dan pergi tandas
Nampak x betapa khusyuknya aq tengok drama sampai x berganjak dari depan tv tu.Masa iklan lah baru nak bangun.Ambil air segelas bawa pergi depan tv<tapi,ini dilarang keras oleh mama sobab eh takut tumpah>.Hehe,aq dan adik2 kan masih kanak-kanak lagi.Taklah,betul lah point mama aq tu.Nak minum/makan jangan kat ruang tamu.

6.Pergi memasak
Hah,ni mama aq.Sebelum tengok Melodi prepare bahan2,bila melodi start berkejor duk depan tv.Bila iklan,berkejor pegi dapur.Pastu panggil kitorang,cepat tolong mama ni.Nanti ayah balik nak makan.Takut ayah marah la tu.

Hmm tu je lah yang terlintas di fikiran aq semalam.Tengok!Macam2 kita boleh buat waktu iklan.Jadi,jangan marah klo iklan lama sangat ye.Hidup iklan2 komersial untuk stesen2 televisyen di Malaysia.<pergh ayat menganjing>

Wednesday, 16 May 2012

Entry Hari Pendidik


Assalamualaikum,

Hari ni 16 Mei=Sambutan Hari Guru di Malaysia kan.Aku dah 2 tahun x sambut hari guru.Best kan klo Hari Guru,x payah blaja<toingtoing kantoi sudah>.Taklah best sebab dapat buat persembahan,tengok persembahan dari cikgu2 dan dapat makan free.
Bila kita dah masuk ke alam U ni,mana ada sambut Hari Guru lagi kan.Tapi kita kena kenang jasa guru-guru a.k.a para pendidik  kita yang telah mengajar kita hingga jadi manusia.

Dalam keluarga mama aq,semuanya cikgu kecuali mama aq.,mak yong dan pak lang-polis.Yang lain semua cikgu termasuk menantu sekali.Sampai orang ingat atok aq ada orang dalam kat kementerian.Tapi nak buat camne dah rezeki depa.Dan ayah aq pon orang kampong tu ingat cikgu.Padanlah aq pon tertarik nak masuk dalam bidang ni kan.Tapi x de rezeki.

Ok kat sini,saya Nurul ‘Asyirah bt Mubi ingin mengucapkan Selamat Hari Pendidik kepada semua yang telah mengajar saya dari TBK KEMAS KG.Kenangan,SRA Batu 13,Puchong,SK HICOM,Syeksyen 27 Shah Alam,SMK USJ 23,UEP Subang Jaya.

Tak lupa juga untuk cikgu tusyen dari sekolah rendah sampai habis SPM.Teacher Rasbinder Jit Kaur,Teacher Nurul,Sir Kee,Pusat Tusyen Azam,Syeksyen 20,Shah Alam.

Terima Kasih di atas jasa kalian,saya tahu membaca,mengira,menulis dan macam-macam lagi.Dalam erti kata sebenar mengenal dunia.Jasa anda amatlah saya hargai kerana dirimu umpama lilin yang membakar diri untuk kami anak-anak muridmu mendapat cahaya.Setiap kejayaan yang kami lakukan,pasti membuat anda bangga dengan kami kerana anda adalah salah seorang yang telah mengajar kami.

Tak kiralah cikgu tu pernah mengajar anda setahun je,dia tetap tahu kemampuan anda.Dan dia akan ingat anak murid dia.Jadinya,kalau kita jumpa cikgu kat Pasar Malam sekalipon,tegurlah cikgu.Mungkin cikgu lupa nama kita,tapi muka kita cikgu ingat tahu.Contohnya,Cikgu Zuraidah dia pernah ajar aq BM masa form 2.Aq yakin dia x kenal aq sebab aq ni bukannya femes dan pandai mana pon.Tapi aq terkejut gila bila Laluan Redha Ilmu<alah yg salam2 tu masa nak exam tu>,dia boleh kata awak seorang yang rajin,saya lalu kelas awak tengok awak sedang khusyuk belajar. Walaupon classmates awak bising.Jadi,awak mesti boleh buat masa exam nanti dan blabla.Aku pon apa lagi kembang lah dah kena puji tapi sebenarnya,aq menangis sebab terharu dan rasa permintaan dia terlampau tinggi untuk aq tunaikan.

Dan apa yang korang boleh buat untuk membalas jasa mereka?Bagi hadiah masa hari guru,belanja makan,bagi duit.Hoho tu semua x sama nilainya.Bagi mereka cukuplah jika anak-anak murid mereka menjadi manusia yang berguna dan mampu berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.Lepas tu,saja je lah nak share.Apa yang aq buat, Masukkan nama mereka dalam senarai doa kita setiap kali lepas kita solat.Dulu aq buat untuk guru-guruku,tapi sekarang aq dah tukar para pendidikku sebab pensyarah dan guru boleh masuk kumpulan pendidik kan?
Dan rasanya memang kita patut mendoakan kesejahteraan para pendidik kita kan.Cuba Tanya yang pakar.Tapi tak berdosa pon klo kita doakan mereka sebagai membalas jasa mereka.Banyak pahala tahu kalau jadi cikgu ni..

Last but not least,saya sayang para pendidik saya walaupon selalu juga kena marah, kena rotan.Dan saya minta maaf kalau ada termengumpat kalian di belakang anda <memang ada pon,bila emosi menguasai diri>.Choww.

p/s:taip entry sebelum masuk kerja,post entry lepas habis kerja.Pon jadi kan ko syira.

Friday, 11 May 2012

Solat JUMAAT itu WAJIB


Assalamualaikum,

Idea nak tulis pasal benda ni tercetus apabila sorang budak ni masuk kerja pukul 12 tengah hari pada hari Jumaat.Apabila dah pukul 1.30 pm tu,dia minta pelepasan daripada manager untuk pergi ke solat Jumaat.Tapi tak dapat atas sebab yang munasabah la kan.Walaupon Nampak agak kejam,tapi point dia betul.
Klo dah tahu nak pg solat Jumaat,jangan punch in dulu.Lepas solat baru masuk kerja.<but the problem here,manager akan marah klo ko dtg kerja lambat although you said that you went for solat Jumaat>

Contohnya lah kan,kita bagi pelepasan ko pg solat Jumaat sekejap,tetiba ko masuk kerja lambat. Ko melencong ke tempat lain dulu sambil makan rokok.Amacam,sape nak menjawab.Korang ni bukannya boleh percaya sangat kan.Dan aku pon kesian kat dia.Meh nak bagi tahu cara-caranya.

 Korang tahu kan Solat Jumaat tu WAJIB bagi LELAKI.Kalau lebih 3 kali berturut-turut  tak pergi, hati korang akan gelap.Selalunya,sector swasta mahupun kerajaan akan peruntukkan rehat yang agak panjang pada hari Jumaat.So that,they can perform their solat Jumaat.

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.~Halaqah.net

   Dan aku rasa sangat – sangatlah beruntung mereka yang tinggal di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.Sebab diorang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Jadi memang tak kacau langsung untuk pergi ke masjid kan.Aku tak tahu lah klo masih ada lagi alasan tak pergi solat Jumaaat.

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.~Halaqah.net
  
   Ok,now back to that boy.Aq bagi tahu terus-terang la ye,entry ni aq buat khas untuk lelaki,jejaka,abang2 macd sekalian ok.Korang,syira cakap terus-terang la ye,syira rasa cam pelik bila korang sebagai lelaki tak pergi solat Jumaat.Yes,aq tahu korang punya alasan KERJA.Tapi ada alternative lain kan.

1.Request kepada SM yang korang nak kerja belah petang atau malam. Syira rasa tak de masalah pon klo lelaki tak de.Keadaan masih boleh dikawal<ok,bukan nak berlagak,I just want to find way to solve this problem ok>
Paling awal korang boleh masuk pukul 3 kan.Aq rasa SM pon faham.Dia pon lelaki kan.Cuba lah minta,ni korang sendiri tak pernah nak Tanya pastu buat cerita rekaan sendiri.

2.Klo SM or pihak atasan kata tak boleh klo lelaki tak de pada setiap shift.Then,my suggestion is why not SM rotate schedule.Kan solat Jumaat tak boleh klo TAK PERGI melebihi 3x berturut-turut.So,please make sure that the schedule is arrange nicely.

3.Ini cadangan aku yang terakhir tapi agak jahat ye.Korang NO SHOW je.Kan korang suka NO SHOW sesuka hati.Takkan lah hari lain boleh buat,bila tang solat Jumaat hang buat tak tau ja.<DUNIA AKHIRAT kena SEIMBANG bro>

  
Konklusinya,syira bukan nak hentam korang or whatsoever.I just give my opinion ok.I know that I’m not very alim but as a human,we must remind ourselves and others.Dan berpeganglah pada kata-kata hikmat  ini,
                 
                    “DUNIA DIKEJAR,AKHIRAT DICARI”

Thursday, 10 May 2012

Bosan dengan Novel



Assalamualaikum,

Anda peminat novel?Once upon a time,I was addicted to malay novel but now aq rasa dah muak dan bosan dengan jalan cerita yang sama sahaja.Kalau dulu tetiap bulan novel menjadi senarai WAJIB beli.Sekarang aq beli tapi tak baca.Masa kat kedai buku baca synopsis cam best je,aq pon beli.

Tapi,bila sampai rumah baru baca 2-3 bab,dah boring.I don’t know whether it was my fault or others fault.Maybe aq x pandai nak pilih novel yang berkualiti ataupun novelis sekarang tiada IDEA baru untuk dijadikan bahan bacaan.Jalan cerita sama je mengikut musim.Cerita cinta si tomboy la,si miskin dan si kaya la.Tolong lah buat jalan cerita baru.Yang pasti jangan nak formal sangat lah,selitkan gurauan dalam cerita tersebut yang mampu membuat pembaca anda MENANGIS,KETAWA,TERSENYUM SORANG2,MARAH dan macam2 emosi lagi.
antara koleksi ct rosmizah

antara yg best
To be honest aq start baca novel darjah 3.<betapa gatal nya aq kecik2 dah baca novel cinta>.
Ok ni pengaruh mama aq.Mula-mula aq rasa ntah hape hape je tapi lama kelamaan keseronokan tu dapat dirasa.Dan aq mula beli novel menggunakan duit sendiri<duit belanja yg ayah n mama aq bagi tu lah kan> FORM 1.Kiranya dah 10 tahun lah aq BERKECIMPUNG  dalam dunia novel ni kan.No wonder lah,I became so bored.

Korang tahu adik aku si Faris tu mengada-ngada pergi kira total harga novel yang aq beli dari Form 1 sampai skrg=RM 1***.*0<cecah seribu ye>.Dan dia menjadi ‘balachi’ ye p bagi tahu ayah n mama aq.Dan aq kena bebel.Tu yang ko suka ye Muhammad Faris Yusri bin Mubi. <klo marah sila sebut nama penuh ye>Hmm pastu mesti korang akan cakap/Tanya,

Soalan-soalan cepumulut korang:-
1.Ko x rasa membazir ke?
2.Daripada beli novel sampai seribu lebih baik masuk bank simpan untuk masa depan ye dak?

Dan macam2 lah yg terpetik di minda kalian.<baik kome mengaku cepat,anggukkan kepala 3 kali>

Jawapan dari mulut aku:
1.Yes,aq rasa membazir sangat-sangat TAPI aq rasa sangat-sangat puas hati bila benda yang kita minat/suka kita dapat milikinya.
2.Eh,aq pon ada simpanan lah.Saham bank rakyat dengan ASB tu cukup lah.Naty aq korek duit laki aq.<boleh lah cam tu ye.No no no,I sayang hubby I tahu>

Dan apa-apa lah jawapan yang sepadan dengannya.Yang penting PUAS HATI kan.

Dan ayah aku bagi cadangan suruh jual semua novel tu ke recycle centre atau kedai novel secondhand <yg ni aq tahu ada kat greentown ipoh> .And my answer:’What!,aq beli novel tu mahal kot contoh RM 29.90 dan diorang for sure nak letak harga murah punya.Aku sayang gila kat novel-novel aq.Aq letak dalam kotak A4 tu je dan memenuhkan ruang bilik ku yang kecil molek tu kan.

Pastu,ayah aq bagi next idea,suruh pinjam kawan je.Yes memang boleh.Tapi masalahnya kawan2 aq baca novel jarang2 jadi depa x beli novel dan jawapan paling bernas aq x puas klo x de SDN BHD punya.Contoh novel Andai Itu Takdirnya aku dah baca mak usu aq punya, tapi aq x puas hati klo aq bukan owner that novel sebab nak ulang khatam menangis banyak kali lah katakan.

Pastu dulu-dulu kedai buku aq kak long.Bila balik tganu je pinjam 5-6 buah novel,Pastu pulang balik masa balik cuti sekolah.<mahu dekat 3 bulan baru balik kg kan,x pon tgu raya>
Tapi,sekarang kak long dah x beli novel lagi.Nak jimat kot.Dah asyik dia je beli,semua orang kg datang rumah nak pinjam.<amboi,melampau benor satu kg ye>Ataupun dia dah rasa bosan cam aku kot?

Konklusinya,sape rasa ada novel best please inform me.Aq nak baca novel yg best,mantop, berkualiti,jalan cerita yang x membosankan.Siti Rosmizah ada launch novel baru.Sedang mencari masa utk ke Popular,IOI.Harapnya sempat lah aq khatam novel tu before naik sem 2 ni.hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...