Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 10 May 2012

Bosan dengan Novel



Assalamualaikum,

Anda peminat novel?Once upon a time,I was addicted to malay novel but now aq rasa dah muak dan bosan dengan jalan cerita yang sama sahaja.Kalau dulu tetiap bulan novel menjadi senarai WAJIB beli.Sekarang aq beli tapi tak baca.Masa kat kedai buku baca synopsis cam best je,aq pon beli.

Tapi,bila sampai rumah baru baca 2-3 bab,dah boring.I don’t know whether it was my fault or others fault.Maybe aq x pandai nak pilih novel yang berkualiti ataupun novelis sekarang tiada IDEA baru untuk dijadikan bahan bacaan.Jalan cerita sama je mengikut musim.Cerita cinta si tomboy la,si miskin dan si kaya la.Tolong lah buat jalan cerita baru.Yang pasti jangan nak formal sangat lah,selitkan gurauan dalam cerita tersebut yang mampu membuat pembaca anda MENANGIS,KETAWA,TERSENYUM SORANG2,MARAH dan macam2 emosi lagi.
antara koleksi ct rosmizah

antara yg best
To be honest aq start baca novel darjah 3.<betapa gatal nya aq kecik2 dah baca novel cinta>.
Ok ni pengaruh mama aq.Mula-mula aq rasa ntah hape hape je tapi lama kelamaan keseronokan tu dapat dirasa.Dan aq mula beli novel menggunakan duit sendiri<duit belanja yg ayah n mama aq bagi tu lah kan> FORM 1.Kiranya dah 10 tahun lah aq BERKECIMPUNG  dalam dunia novel ni kan.No wonder lah,I became so bored.

Korang tahu adik aku si Faris tu mengada-ngada pergi kira total harga novel yang aq beli dari Form 1 sampai skrg=RM 1***.*0<cecah seribu ye>.Dan dia menjadi ‘balachi’ ye p bagi tahu ayah n mama aq.Dan aq kena bebel.Tu yang ko suka ye Muhammad Faris Yusri bin Mubi. <klo marah sila sebut nama penuh ye>Hmm pastu mesti korang akan cakap/Tanya,

Soalan-soalan cepumulut korang:-
1.Ko x rasa membazir ke?
2.Daripada beli novel sampai seribu lebih baik masuk bank simpan untuk masa depan ye dak?

Dan macam2 lah yg terpetik di minda kalian.<baik kome mengaku cepat,anggukkan kepala 3 kali>

Jawapan dari mulut aku:
1.Yes,aq rasa membazir sangat-sangat TAPI aq rasa sangat-sangat puas hati bila benda yang kita minat/suka kita dapat milikinya.
2.Eh,aq pon ada simpanan lah.Saham bank rakyat dengan ASB tu cukup lah.Naty aq korek duit laki aq.<boleh lah cam tu ye.No no no,I sayang hubby I tahu>

Dan apa-apa lah jawapan yang sepadan dengannya.Yang penting PUAS HATI kan.

Dan ayah aku bagi cadangan suruh jual semua novel tu ke recycle centre atau kedai novel secondhand <yg ni aq tahu ada kat greentown ipoh> .And my answer:’What!,aq beli novel tu mahal kot contoh RM 29.90 dan diorang for sure nak letak harga murah punya.Aku sayang gila kat novel-novel aq.Aq letak dalam kotak A4 tu je dan memenuhkan ruang bilik ku yang kecil molek tu kan.

Pastu,ayah aq bagi next idea,suruh pinjam kawan je.Yes memang boleh.Tapi masalahnya kawan2 aq baca novel jarang2 jadi depa x beli novel dan jawapan paling bernas aq x puas klo x de SDN BHD punya.Contoh novel Andai Itu Takdirnya aku dah baca mak usu aq punya, tapi aq x puas hati klo aq bukan owner that novel sebab nak ulang khatam menangis banyak kali lah katakan.

Pastu dulu-dulu kedai buku aq kak long.Bila balik tganu je pinjam 5-6 buah novel,Pastu pulang balik masa balik cuti sekolah.<mahu dekat 3 bulan baru balik kg kan,x pon tgu raya>
Tapi,sekarang kak long dah x beli novel lagi.Nak jimat kot.Dah asyik dia je beli,semua orang kg datang rumah nak pinjam.<amboi,melampau benor satu kg ye>Ataupun dia dah rasa bosan cam aku kot?

Konklusinya,sape rasa ada novel best please inform me.Aq nak baca novel yg best,mantop, berkualiti,jalan cerita yang x membosankan.Siti Rosmizah ada launch novel baru.Sedang mencari masa utk ke Popular,IOI.Harapnya sempat lah aq khatam novel tu before naik sem 2 ni.hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...