Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 16 May 2012

Entry Hari Pendidik


Assalamualaikum,

Hari ni 16 Mei=Sambutan Hari Guru di Malaysia kan.Aku dah 2 tahun x sambut hari guru.Best kan klo Hari Guru,x payah blaja<toingtoing kantoi sudah>.Taklah best sebab dapat buat persembahan,tengok persembahan dari cikgu2 dan dapat makan free.
Bila kita dah masuk ke alam U ni,mana ada sambut Hari Guru lagi kan.Tapi kita kena kenang jasa guru-guru a.k.a para pendidik  kita yang telah mengajar kita hingga jadi manusia.

Dalam keluarga mama aq,semuanya cikgu kecuali mama aq.,mak yong dan pak lang-polis.Yang lain semua cikgu termasuk menantu sekali.Sampai orang ingat atok aq ada orang dalam kat kementerian.Tapi nak buat camne dah rezeki depa.Dan ayah aq pon orang kampong tu ingat cikgu.Padanlah aq pon tertarik nak masuk dalam bidang ni kan.Tapi x de rezeki.

Ok kat sini,saya Nurul ‘Asyirah bt Mubi ingin mengucapkan Selamat Hari Pendidik kepada semua yang telah mengajar saya dari TBK KEMAS KG.Kenangan,SRA Batu 13,Puchong,SK HICOM,Syeksyen 27 Shah Alam,SMK USJ 23,UEP Subang Jaya.

Tak lupa juga untuk cikgu tusyen dari sekolah rendah sampai habis SPM.Teacher Rasbinder Jit Kaur,Teacher Nurul,Sir Kee,Pusat Tusyen Azam,Syeksyen 20,Shah Alam.

Terima Kasih di atas jasa kalian,saya tahu membaca,mengira,menulis dan macam-macam lagi.Dalam erti kata sebenar mengenal dunia.Jasa anda amatlah saya hargai kerana dirimu umpama lilin yang membakar diri untuk kami anak-anak muridmu mendapat cahaya.Setiap kejayaan yang kami lakukan,pasti membuat anda bangga dengan kami kerana anda adalah salah seorang yang telah mengajar kami.

Tak kiralah cikgu tu pernah mengajar anda setahun je,dia tetap tahu kemampuan anda.Dan dia akan ingat anak murid dia.Jadinya,kalau kita jumpa cikgu kat Pasar Malam sekalipon,tegurlah cikgu.Mungkin cikgu lupa nama kita,tapi muka kita cikgu ingat tahu.Contohnya,Cikgu Zuraidah dia pernah ajar aq BM masa form 2.Aq yakin dia x kenal aq sebab aq ni bukannya femes dan pandai mana pon.Tapi aq terkejut gila bila Laluan Redha Ilmu<alah yg salam2 tu masa nak exam tu>,dia boleh kata awak seorang yang rajin,saya lalu kelas awak tengok awak sedang khusyuk belajar. Walaupon classmates awak bising.Jadi,awak mesti boleh buat masa exam nanti dan blabla.Aku pon apa lagi kembang lah dah kena puji tapi sebenarnya,aq menangis sebab terharu dan rasa permintaan dia terlampau tinggi untuk aq tunaikan.

Dan apa yang korang boleh buat untuk membalas jasa mereka?Bagi hadiah masa hari guru,belanja makan,bagi duit.Hoho tu semua x sama nilainya.Bagi mereka cukuplah jika anak-anak murid mereka menjadi manusia yang berguna dan mampu berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.Lepas tu,saja je lah nak share.Apa yang aq buat, Masukkan nama mereka dalam senarai doa kita setiap kali lepas kita solat.Dulu aq buat untuk guru-guruku,tapi sekarang aq dah tukar para pendidikku sebab pensyarah dan guru boleh masuk kumpulan pendidik kan?
Dan rasanya memang kita patut mendoakan kesejahteraan para pendidik kita kan.Cuba Tanya yang pakar.Tapi tak berdosa pon klo kita doakan mereka sebagai membalas jasa mereka.Banyak pahala tahu kalau jadi cikgu ni..

Last but not least,saya sayang para pendidik saya walaupon selalu juga kena marah, kena rotan.Dan saya minta maaf kalau ada termengumpat kalian di belakang anda <memang ada pon,bila emosi menguasai diri>.Choww.

p/s:taip entry sebelum masuk kerja,post entry lepas habis kerja.Pon jadi kan ko syira.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...