Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 11 May 2012

Solat JUMAAT itu WAJIB


Assalamualaikum,

Idea nak tulis pasal benda ni tercetus apabila sorang budak ni masuk kerja pukul 12 tengah hari pada hari Jumaat.Apabila dah pukul 1.30 pm tu,dia minta pelepasan daripada manager untuk pergi ke solat Jumaat.Tapi tak dapat atas sebab yang munasabah la kan.Walaupon Nampak agak kejam,tapi point dia betul.
Klo dah tahu nak pg solat Jumaat,jangan punch in dulu.Lepas solat baru masuk kerja.<but the problem here,manager akan marah klo ko dtg kerja lambat although you said that you went for solat Jumaat>

Contohnya lah kan,kita bagi pelepasan ko pg solat Jumaat sekejap,tetiba ko masuk kerja lambat. Ko melencong ke tempat lain dulu sambil makan rokok.Amacam,sape nak menjawab.Korang ni bukannya boleh percaya sangat kan.Dan aku pon kesian kat dia.Meh nak bagi tahu cara-caranya.

 Korang tahu kan Solat Jumaat tu WAJIB bagi LELAKI.Kalau lebih 3 kali berturut-turut  tak pergi, hati korang akan gelap.Selalunya,sector swasta mahupun kerajaan akan peruntukkan rehat yang agak panjang pada hari Jumaat.So that,they can perform their solat Jumaat.

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.~Halaqah.net

   Dan aku rasa sangat – sangatlah beruntung mereka yang tinggal di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.Sebab diorang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Jadi memang tak kacau langsung untuk pergi ke masjid kan.Aku tak tahu lah klo masih ada lagi alasan tak pergi solat Jumaaat.

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.~Halaqah.net
  
   Ok,now back to that boy.Aq bagi tahu terus-terang la ye,entry ni aq buat khas untuk lelaki,jejaka,abang2 macd sekalian ok.Korang,syira cakap terus-terang la ye,syira rasa cam pelik bila korang sebagai lelaki tak pergi solat Jumaat.Yes,aq tahu korang punya alasan KERJA.Tapi ada alternative lain kan.

1.Request kepada SM yang korang nak kerja belah petang atau malam. Syira rasa tak de masalah pon klo lelaki tak de.Keadaan masih boleh dikawal<ok,bukan nak berlagak,I just want to find way to solve this problem ok>
Paling awal korang boleh masuk pukul 3 kan.Aq rasa SM pon faham.Dia pon lelaki kan.Cuba lah minta,ni korang sendiri tak pernah nak Tanya pastu buat cerita rekaan sendiri.

2.Klo SM or pihak atasan kata tak boleh klo lelaki tak de pada setiap shift.Then,my suggestion is why not SM rotate schedule.Kan solat Jumaat tak boleh klo TAK PERGI melebihi 3x berturut-turut.So,please make sure that the schedule is arrange nicely.

3.Ini cadangan aku yang terakhir tapi agak jahat ye.Korang NO SHOW je.Kan korang suka NO SHOW sesuka hati.Takkan lah hari lain boleh buat,bila tang solat Jumaat hang buat tak tau ja.<DUNIA AKHIRAT kena SEIMBANG bro>

  
Konklusinya,syira bukan nak hentam korang or whatsoever.I just give my opinion ok.I know that I’m not very alim but as a human,we must remind ourselves and others.Dan berpeganglah pada kata-kata hikmat  ini,
                 
                    “DUNIA DIKEJAR,AKHIRAT DICARI”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...