Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 22 May 2012

Ukuran keJAYAan dan keBAHAGIAan


Assalamualaikum,

Pernah tak korang terfikir tentang ukuran kejayaan & kebahagiaan seseorang individu ni?Semua orang kat atas dunia ingin bahagia dan Berjaya.Tak ada sorang pon manusia yang nak hidup dalam kesengsaraan dan kegagalan.Tapi siapa kita untuk melawan kehendak Nya. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz kan.Tapi kita sebagai manusia boleh berusaha untuk mengubah nasib kita kan.

Dan bagi manusia pula,mereka telah membuat ukuran kejayaan yang tersendiri.Betul ke ini yang kejayaan paling manis untuk anda?Mungkin kejayaan yang hanya dikecap di atas dunia sahaja bukan akhirat.Jom usha satu per satu ye.

1.Result yang Cemerlang
Tak kira lah sama ada UPSR,PMR,SPM,kalau dah masuk alam U,nak bandingkan pointer lah pulak.Mak ayah yang sibuk nak bangga dengan pencapaian anak2.Depa tak tahu anak2 cam nak pengsan study<ye lah tu,mana ada>.Bila anak dapat result yang teruk,nak marah2 pulak.Dan paling sedih bagi yang anak2nya tak cemerlang dalam pelajaran.
 
Mak Andak aq pernah bertanya camni tahu,
‘Macam mana lah anak kome boleh dapat banyak A,anak aku satu A pon susah nak bawa balik ke rumah.’
 
It sounds funny beb,but the truth is they as a parents want to see their child to be as one of the top ten at school.<amboi kemain lagi top ten ye>
 
Lepas tu,klo orang tu x masuk U atau sambung pelajaran lepas SPM,terus nak pandang rendah kat dia.Helo,x semestinya budak U tu bagus ok.Walaupon pelajaran mereka x tinggi,budi bahasa mereka tinggi tahu. Ok, tak semua tapi lain orang, lain perangainya kan. It doesn't matter whether he/she has higher/lower education.

2.Pekerjaan yang Mantap,Gaji Ribu-Riban
Yang ni pon,mak2 lah terutamanya kan.Nak gebang anaknya pangkat besor kat KL nun. Contoh lah,mama aq suruh aq jadi lawyer,angah-jurutera,adik-doktor. <ewah,macam petik jari je boleh jadi tu semua kan> Tapi kitorang tak kisah pon sebab tu hanya impian mama aku. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kami. Tengok ayah aq x payah nak demand sangat jadi cikgu je,siang mengajor,malam kejor tusyen.best x?aq memang suka pon jadi cikgu ni tapi rezeki aq bukan kat bidang ni gamaknya.
 
Tak berdosa pon kalau anak2 anda kerja yang biasa2 sahaja janji halal dan kerja yang tiada tekanan perasaan.Walau gaji ribu-riban,klo stress dan hidup yang no life,24/7 kerja memanjang.Apa cer?Tahu-tahu anak hang masuk Tanjung Rambutan.Nak ke camtu?

3.Rumah besau,Kereta Besau
Hmm ni pon sama kes nak berlagak.Tayang satu kampong.Panggil semua orang kampung datang rumah anaknya yang besau tu kan.Orang kampong pon bila dah balik kampong pepak cerita  anak si Peah tu rumah cam banglo kalah anak si Meon tu.Ishh,menyampah aku klo kes cenggini berlaku.
Kereta pulak klo adik-beradik kita,majority tukar kereta baru,kita pon apa lagi panas punggung lah nak tukar kereta baru yang lagi besau dari depa.Padahal hutang lama pon x langsai lagi.Dan x guna pon beli kereta baru setakat nak menunjuk,simpan dalam garaj berselimut.Bayar tetiap bulan,pakai sekali sebulan.Bijak kan?

4.Menantu yang ada rupa,duit dan harta menimbun
Hmm ni lagilah cam hampeh.Duit bukanlah segala –galanya.Harta tak mampu beli kebahagiaan.Walau kau longgok setinggi gunung sekali pon,you can’t find happiness in your life beb.And I admit that we need money to survive.Tapi tak perlu lah nak cari jutawan ke anak orang ada-ada ke nak dibuat menantu ye.Pastu,bila dah kahwin kita share lah duit sama2 kan.Tapi ada orang duit kau-duit aku,duit aku-duit aku. <perempuan la ni>.Pergh,kesian kat laki dia siang malam cari duit.Janganlah camtu. Memang lah tanggungjawab suami,tapi tak salah kan kalau kita hulurkan tangan, ringankan beban<eh cam bersamamu punya tagline plak>.Kau tak kesian ke kat laki kau.Ish,x de hati perut la hang ni.
 
Pastu kau ingat dengan rupa boleh jamin hubungan tu kekal lama.Lagi lah masalahnya. Lelaki terutamanya sana sini dia pasang skandal.<mari salahkan lelaki,haha>Tahulah awak tu hot,jambu dan sbg.Tapi perempuan pon boleh ja pasang anak ikan kiri kanan.Eii,gelinya.
Dah x nak cakap pasal ni.Cuma nasihat utk diri sendiri dan anda.Dah tahu kita ni milik orang,dah ada laki/bini SDN BHD,yang p cari lain tu pasai pa?Apa?Hampa dah bosan?Sapa suruh gatai nak menikah duluBukan itu kah cinta sejati hampa dulu. Sampai merayu-rayu kat pintu pagaq ajak kawin<eh ada ke camtu>

5.Rezeki anak
Kalau kita dah kahwin,mesti orang akan Tanya,anak dah berapa orang?Bagi yang ada anak tu mereka anggap pertanyaan itu sebagai normal,tapi bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat pasti terasa dan sedih.Why?Mestilah depa dok terpk aq ni mandul ke?Tengok anak jiran berderet-deret.Pastu mulalah si lelaki minta bini sign surat nak kahwin lain.Ahh alasan lu la der,masa dulu semua sayang.Kini setelah aq x berguna lagi,aq ditinggalkan kesepian.<amboi ayat x tahan der>
 
Padahal,bila ajak check up kau yang mengelak,konon isteri je yang salah.Blah la lu.Pastu for sure bini kau kena bahan kat belah keluarga kau kan.Kau buat apa?Membisu seribu bahasa je.Tak reti2 ke nak back up bini yang kau sayang tu,huh?Tapi ni fakta ye.kalau lah laki kita kena bahan,kutuk or whatsoever,seboleh-bolehnya si isteri tu dok tudung perangai laki dia yang cam setan tu.Cayo lah cakap den ni.Konon sayang laki,tapi laki tu ada buat camtu. Klo laki dia pon tudung perangai buruk bini dia,memang wa salute sama lu.

6.Hubungan suami isteri yang berkekalan
Bercinta di fb,merisik dan bertunang di rumah,berkahwin di masjid,bercerai di mahkamah.Pernah baca kat fb x benda ni?Nampak cam kelakar tapi it’s fact rite?
 
Aq takut sangat yg last tu.Mana ada perempuan yang bila berkahwin pk pasal nak bercerai.Mesti dalam kepala tu dah set aq nak hidup bahagia bersama suami terchenta ni,dapat anak yang comel2,jadi isteri mithali,dan blabla.Mana lah aq tahu aq belum kahwin tp memang betul kan ni semua.<ke aq je pk camtu,hehe>But seriously,no women want to be a widow.Korang ingat senang ke hidup bergelar janda.Sentiasa menjadi umpatan orang.Buek benci gila.Kesian kat mereka yang x bersalah.Orang luar selalu Nampak kesalahan apabila berlaku penceraian di bahu si isteri,konon x pandai jaga laki lah apalah.Abih tu kalau dah laki dia tu gay tapi nak kahwin juga, macam mana?
 
Kalau laki dia meninggal tu,memang sedih lah kan.Tapi kita kena kuat demi membesarkan anak2.<ni ayat para wanita yg kehilangan suami>Dan ni fakta yang diakui oleh mama aq dan aq sendiri.Kalau lah ditakdirkan nyawa suami kita tu tak panjang dan kita ada anak2,kami para wanita berjanji x akan kahwin lain melainkan dah memang pintu hati terbuka nak kahwin lain.<amboi cam baca ikrar sekolah plak>
 
Tapi betul ni beb,klo korang tengok janda2 yang ada anak,mereka mesti nak membesarkan anak2,x pk dah nak kawin baru ke hape.Tapi orang sekeliling kemain cari jodoh baru untuk kita kan.Cuba klo laki tu kehilangan isteri, x sampai 3 bulan dah jumpa yang baru.Kan?Nampak benor x setia,dan kasih sayang kau aq ragui.<kuang kuangkuang>


Konklusinya,itu je lah yang aq Nampak di sekeliling aq.Mungkin ada yang tercicir. Tapi dalam senarai aq x de plak orang ukur kejayaan pasal agama sesorang tu kan. Konon itu subjektif.We cant measure their iman.Oh yeah,tu la yang x payah solat, puasa apa semua tu kan.Dah mentality orang kita dok sibuk kejar kejayaan dunia je.
 
Dan point aq,walaupun kita dapat kecap kebahagiaan yang disebutkan di atas,klo akhirat kita x kecap bahagia,susah juga tu.Tapi aq rasa mustahil lah untuk kita dapat bahagia je sepanjang hidup,pasti ada derita agar kita dapat merasa insaf,x lupa diri mahupun takbur kan.Kejar dunia,kejar akhirat.Choww…

p/s:entry ni panjang kan.aq dapat idea masa nak tdo.ala entry aq suma panjang2.sobab eh,kat skolah dulu mmg suka wat karangan.skang lepas gian kat blog je lah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...