Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 8 July 2012

Cerita sedih

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari paling sadis sedih kot. Aku memang dah demam sejak 2-3 hari yang lepas tapi aku kan bajet kuat, tough ego n etc. Oleh itu, aq kelihatan macam tak demam. Ok aq mengaku aq memang x makan ubat @ paracetamol BUT i drank Air Cap Badak you alls. Peminat tegar tahu.

Then, pagi tadi aq terperasan ada kesan merah. Mula2 aq ingat kena gigit dengan binatang buas serangga. Ok aq paling takut CHARLIE. Kat bilik aq ni dah macam2 binatang berterbangan ziarah bilik aq. Penat aku halau dengan penyapu, namun mereka tetap berdegil dan suka sangat gigit aq. Gigit kome balik baru tahu ek. Pergi lah main jauh2 padahal bilik jiran2 aku pon banyak binatang tu. Mungkin sebab hujan, jadi mereka tiada tempat perlindungan. <Motif?ok stop merepek>
100 + dan air CAP BADAK-STOK WAJIB ada

Dan tadi aq tunjuk kat kakak kesayangan aku, Kak SYU. Dia kata gatal2 je tu. Nanti akak bagi krim sapu. Oh yeah aq pon lega dan secara tiba2 Kak Syu jadi doktor tak bertauliah aku. Tapi lepas tu aq rasa kat belakang badan aq cam ada gelombong2 camtu dan aq memohon pertolongan <amboi ayat> dari Fir. Dia kata tu tanda DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX. What? Ni yang aq nak nangis ni.

Oh lupa plak nak mention, semalam lidahku rasa pedih dan aq tengok kat cermin, lidahku mengelupas. Mungkin sebab cuaca panas dan aq kurang minum air masak. Yelah dah demam, memang selera pon menurun lah kan.

Pastu kan phone aq buat perangai, dia tak nak on. Phone, please stay alive until my last breath<amboi nampak x betapa berjimatnya aq>. Aq tepon ayah aq kata phone rosak konon nak mengadu a.k.a nak bermanja-manja, Tapi aku kena ceramah la der. 'Along jangan nak membazir duit. Bak sini RM1000 mama masuk dalam ASB.'' Hokaloh asyik masuk ASB je, dah lah  SUSAH nak bawa keluar. Aku kan kuat makan RM 50 untuk seminggu.

 Pastu, petang tadi aq call cakap aku ada tanda2 nak kena demam campak. Then, once again, aku kena marah. Konon ngada2 nak balik rumah. Ya Allah sabar je lah. Ingat aku suka-suki nak mengada balik rumah tetiap minggu. Orang lain yelah kot. Baru nak kongsi perasaan <ok fine dah meleleh> ''Yelah, esok along pergi UK''. Aku pon bukannya nak sangat penyakit ni semua, but who me want to tolak takdirNya. Fahamilah aku. Ok fine, aq tahu aq kuat but i know sometimes when i felt down, i need someone shoulder to hold on.<mata bengkak dah>

Last incident that make me cry, Kak I da kata gaji aq masuk hari ni. Seriously, aq dah tak sabar rasa nak maki je. Tapi apa yang aku dapat dengan maki hamun tu. Setakat puaskan hati aku je, tapi duit tak dapat. Cuba anda bayangkan, aq resign 30 May BUT Gaji aku sampai sekarang tak dapat. Mama aq mula lah kasi panas hati aq dengan  berkata depa main duit. Lagilah bertambah tekanan aku.

Aku penat berjalan kaki sorang diri di malam hari untuk ambil duit <aq x suka susahkan orang lain kecuali klo dia pon ada benefit sama> Dah lah mesin ATM Maybank tergendala, then aq pergi cucuk kat Bank Islam. OH yeah, memang aq suka balance aq x bergerak RM 50.28. Dah lah sebelah aku budak Law -Azim kot. Ntah cara plak aku.

Sambil jalan, sambil nangis. Memang orang ingat aku baru break dengan pakwe kan. <bajet ada pakwe. haha> Kisah plak aq. Air mata aku kot. Tambah pulak lagu malam ni mendayu-dayu sangat. Dan ini kali kedua aku nmenangis dalam keadaan tak terkawal. I hate that. Itu menandakan aku semakin lemah. Otromen dah nak kalah, lampu kat dada dia dah bernyala warna merah.

Doakan aku sihat dan tak kena chicken pox. Mama aq kata, aq dah kena masa kecik. Bila tak sihat, aq sangat suka nak bermanja dan dimanjakan. Opah, datang lah sini jaga along. Argh persetankan tu semua Syira, fokus utama kau ialah BELAJAR.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...