Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 20 July 2012

Puasa di Perantauan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan alMubarak

Esok kita umat Islam akan mula berpuasa. Jangan lupa bangun sahur ye kawan2. Memanglah kita rasa malas nak bangun, yelah tengah sedap tidur, diulit mimpi indah bagai BUT you MUST remebered on one thing for sure, SAHUR=PAHALA. Nak pahala tak kawan2? Banyak faedah bangun Sahur ni, lagipon ia penting so that sepanjang hari kau puasa tu,tak rasa lapar or perut kosong.

Malam ni insyaAllah aku dan kawan2 akan berterawih di Pusat Islam Ashabul Kahfi.<dah bertakung ayaq mata, acano?> Hua klo aq berpuasa kat rumah, mesti kitorang pergi masjid serata Puchong especially Masjid kat Kg. Kenangan.

Seriously, aku tak tahu macam mana aku nak sahur, berbuka without family. Argh, aku tak kuat but i knew that i MUST faced it. Orang lain mampu, kau pon boleh Syira. Hari ni je aku dan Zana berkali-kali membanjirkan bilik. Majority students UiTM Kedah pulang ke kampung halaman masing2. Kat level 3, wing aku ni, tinggal aku dan Zana je. Ila pergi Penang. Yang lain semua pakat balik. Woi baru puasa, belum Raya lagi.

Dear N'ABM,THINK POSITIVE PLEASE!

Apa yang aku bakal,akan dan sedang rindu:

1.Berbuka, bersahur dan berterawih bersama mama, ayah, angah dan adik
2.Bubur Lambuk Kg.Baru <ayah pos laju sekarang>
3.Sahur makan telur atau sardin goreng je pon tapi bila makan ramai2 sungguh nikmat.
4.Tunggu azan sambil menghadap makanan atas meja.
5.Tengok drama kat TV3 sambil sibuk memasak, buat air, hidang makanan kat atas meja.
6.Kalau kat Macd, kerja aku potong kuih dan letak dalam open boat tray.
7.Pastu buat air oren atau apa2 perasa air dan tuang dalam courtesy cup untuk crew2.
8.Bazar Ramadhan- actually family aku jarang pergi bazar sebab kitorang ayah and mama suka memasak.
9.Ayah masak mee rebus Ganu yang ada banyak lada hitam tu <sedap gila wa cakap sama lu>
10. Lepas balik terawih lepak rumah opah kat Kg.Kenangan <opah,along rindu kat opah dan gulai tempoyak+asam pedas ikan pari>

Argh, can you just please stop it Syira, all those thing will make you cry. Semua benda di atas tu aku takkan mampu buat di sini. Mungkin hanya segelintir but the situation is not same ok.

Oh pastu let me tell you about our family habit,facts or whatsoever.

Kami berbuka dengan makanan ringan. Bukan fast food or junk food. Tapi, macam makan kuih, murtabak dan atau bubur lambuk. Just enough. After Terawih baru makan nasi, tapi selalunya tak makan pon sebab nak tidur. Jadi kami hanya makan nasi ketika sahur je. Yeah, memang ramai yang pelik aku tahu, tapi ada je orang yang camni kan. Sebab tu boleh turun 2-3 kilo kot. Dan bagi aku pulak, aku dah cukup puas dan lega kalau dapat minum air bergelas-gelas rather than ate foods. Sama je dengan semua family aku. Segelas tak cukup, sebab tu tak makan sangat kot.

Tapi sejak adik2 aku dah duduk kat hostel ni, depa cuma minum secawan air, makan kurma 3 biji dan solat Maghrib. See,betapa bagusnya budak asrama or to be exact sekolah agama ni. Tetiba nak gebangkan depa ni pasepa pulak. Mungkin sebab aku rindu kat angah dan adik. Weh diorang balik kot, ni aku jeles gila.

Apapon, Selamat Berbuka Puasa Berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ni kita sama2 buat amal jariah banyak2 ye. Target aq nak khatam alQuran. Terawih dan sahur jangan lupa ye. Walaupon kita berpuasa, study jangan tinggal <pesanan dari orang yang berpengalaman>.

2 comments:

  1. N'ABM tu kat mana ye? saya first time dengar ni

    ReplyDelete
  2. oh tu nama saya la.acronym.hehe.
    Nurul 'Asyirah Bt Mubi=N'ABM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...