Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 9 August 2012

Sibuk ke?

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Firstly,aq rindu sangat nak update blog tapi minggu2 terakhir before raya ni sungguh pack.Bak kata kawan aq,umpama meniti titian sirat,kita kena hati2 dan bersusah payah before we can enter the heaven.

1.Assignmentsss submit before you go back for raya break-16 August. Weh,gila doe camni. Tadi pon aq pecah rekod tak pernah datang lambat ke kelas. Alah padahal lambat 10-15 minit je pon. Semata-mata  nak print assignment aq dan kawan2. <aq jadi owner tumpangan jap.mentang2 ayah aq buka kedai printing>. Rasa cam nak beli printer sendiri tapi dah nak habis sem. Tunggu degree naty,den beli yo. Pastu den buek bisnes. Masyukk... Boleh dikatakan semua subjek ada assignment menunggu.

2.Test Psycho-12 August kol 8.30 malam kot. Ini merupakan test yang ketiga aq lalui tapi lain2 subjek laa. Subjek lain ada yang nak buat lepas raya dan x dengar cite nak buat test pon. Baguih i like 100%.

3.Esok pre lawrians akan menziarahi court di Penang dan insyaAllah berbuka di sana. Hari Sabtu, PEERS Club pergi UiTM Perak, tapi aq ada job besar menunggu esoknya. So,tak dapat join. Study and assignmentsss laa job besar aq tu. Satg hangpa pikiaq lain plak.

4.IFTAR-Semalam pre law club buat iftar. Best sebab dapat jimat duit. Tapau untuk sahur sekali. Hari Isnin tu IFTAR PERDANA. Pergh yang ni aq dok bertakung air mata. Tak pernah lagi selama aq berpuasa, bila buka tak minum air. Tapi aq tahan sebab pk orang kat luar sana-miskin, dhaif n etc lagi teruk dari aq. Mungkin bekalan minuman x cukup untuk menampung student yang terlampau ramai. <ye lah,makan free sapa x mao kan>. After solat,makan nasi dan aq bantai 3 cawan air sirap.

5.Hari Sabtu ni by hook or by crook aq kena kuar p bayar broadband yang dah overlimit ni.Tujuan aq satu,tapi for sure aq balik tu penuh barang kat tangan.Ishish teruknya aq.

Cukuplah setakat ini sahaja luahan kesibukan aku sepanjang minggu ni dan lepas. Nanti hangpa plak yang pening kan. Sebelum kita dapat kemanisan tu, kita kena hadapi kepahitan dan kemasaman. Raya tahun ni aq tahu pasti suram sebab 1st raya kat Ipoh yang mana arwah opah aq meninggal 31 Ogos 2011=1 Syawal. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...