Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 30 September 2012

Motivasi Sempena Final Exam

Assalamualaikum dan salam final exam.

Hai korang.Actually i dont know why i make this entry. Maybe aq dah bosan tahap gaban  tengok global and eco ni. Subjek 1st yang aq akan tempur di medan perang ialah ECO 099 pada 1 oct 2012 pada pukul 9 pagi. Dan last subject is LAW037 on Thursday-11 Oct 2012 at 9am. Insya Allah lepas pukul 12 on that day, we as a pre law students MERDEKA.<X Sabar nak tunggu detik itu>

Apa perasaan aq makin dekat nak final exam ni ek? Woo gila kau x cuak. Since ni lah yang akan menentukan course apa yang aq bakal amek degree next sem, aq tersangat lah takut. Tapi, kenapakah kesedaran untuk belajar tu x datang awal2. Agak pelik di situ. Cett, padahal aq google most of Malaysian students study last minute. Paling tekun malam sebelum exam. Memang suka meyusahkan diri sendiri kan.

To be honest aq memang x layak untuk ambil LLB dan memang aq x nak amik pon sebab sekarang pon aq tergapai-gapai. Kang klo amik LLB mao aq lemas terus. Tapi, mana lah tau keajaiban dan kekuasaan Allah SWT result aq mantop dan hatiku tetiba fall in love with LAW, idk. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui segala-galanya dan kita hanya merancang, Allah yang tentukan.

Aq ni jenis klo dah rasa down tu pasti akan google kata2 motivasi.haha.So, i want to share what i get from google to my dear readers.

''Gunakanlah apa cara sekalipon, yang penting anda mampu MENGGENGGAM semuanya sebelum DIMUNTAHKAN di dewan peperiksaan'' 

''If u feel like u lose your way, dont worry Allah will always be there for u''
 
''Study untuk exam maka dapat kelulusan untuk exam sahaja, tapi klo kita niat study untuk beramal. InsyaAllah mudah ingat dan berkekalan ilmu itu''
 
''Aim high in your life, so that if u fall you will fall amongst the stars''

Dipetik dan diedit dari iluvislam.com

Ok ni ada lagi satu yang membuatkan aq tetiba bersemangat waja untuk study. Nak lagi feel, hang tulis kat kertas A4, Tampal kat meja study.

'' Untuk mendapatkan 1 perkara yang BESAR(kejayaan) saya mesti korbankan 10 perkara yang kecil dan untuk berjaya, saya mesti PAKSA DIRI dan bukannya MANJAKAN DIRI''
(Ustz Hadi, 2012)

So,dah cukup bermotivasi? Jom sambung study. Aq hanya ada 24 hours to cover all topics+subjects. Sedarlah wahai tuan punya blog.Ye ko x nampak ke aq sedang stay up ni,Ok dah mula kecelaruan jiwa di sini. Choww.

p/s:Ni baru betul entry ke-100.Semalam aq salah tengok, sebab campur sekali dengan draft.


Saturday, 29 September 2012

Entry khas untuk awak,sya

Assalamualaikum,

Ke hadapan awak yang saya baru kenal melalui facebook dan rapat melalui twitter, walaupon kita sama course. <Teruk kan aq satu course pon x kenal.>

 
Awak, saya sedih sangat bila baca kisah awak kat blog awak. No wonder u ask me to follow u, so that i know the real story bout u. Saya tahu awak x bermaksud nak meraih simpati orang di sekeliling awak. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Tujuan saya buat entry ni untuk awak sebab saya nak cakap BANYAK benda kat awak. Mula2 ingat nak comment je kat blog awak, tapi u know me ayat mesti nak wat karangan 500++.<sila iyakan>

Ok, kat sini saya nak cakap, Kita kena kuat walau apa pon yang terjadi. Awak kena tabah dengan dugaan yang Allah bagi kat awak. Ya Allah,i'm crying rite now as i dont know whether i can be strong enough to face dugaan yang macam awak hadapi sekarang ni. Yang tambah menyedihkan, at the same time i'm thinking of my mama yang 'sakit' sekarang,tapi dah beransur-ansur sembuh after pergi berubat kat Darussyifa'.

As, you should know Allah bagi dugaan dekat hambaNya sebab dia sayang kita dan dia tahu kita mampu untuk menghadapinya. Ye,saya tahu mesti awak kata, cakap memang senang sebab saya x melaluinya. Tapi, itu je yang saya mampu buat to cheer you up. Pastu kan, klo awak rasa x de sapa tempat mengadu, Allah is the best ever place untuk mengadu sebab Allah Maha Mendengar.

I do know that some of us dont like to burden others by tell them about our probs but some time WE NEED To tell someone yang rapat dengan u, so that it will help u to release your burden. <ye, contohnya saya sendiri. hehe> Saya bajet kuat tapi some time i need someone to cry on. Saya ada kak Syu untuk dengar masalah saya. HAHA. Memang lah kawan awak tu hanya boleh jadi pendengar yang setia je tanpa dapat membantu selesaikan masalah awak. Tapi sekurang-kurangnya lepas awak cerita kat kawan atau sesiapa yang awak percaya, awak akan rasa satu perasaan yang menyamankan dan menenangkan hati,jiwa dan sanubari anda. Just give it a try.

Pastu kan awak, kita nak bagi tahu ni MENANGIS adalah terapi yang paling terbaik untuk lepaskan apa yang kita rasa atau stress yang kita hadapi. Nangis laa sepuas hati awak as much as u can. Sebab lepas tu, awak dah x pk pasal masalah tu ataupon dah kurang siket tahap keseriusan masalah tu.Ok?
So,just cry. Dont bother about what other people will say to u. Tapi jangan laa nangis depan orang ramai, malu laa iteww<eii gedik>. Hehe. Awak nangis dalam bilik sorang2,ok cun?

Lastly, cara untuk tenangkan hati baca alQuran, zikir dan selawat. Selain dari untuk tenangkan jiwa yang kacau kita dapat pahala. Pastu saja nak habaq syira selalu pasang ayat2 alQuran tu sambil nangis dan terus tidur. Arghh kenapa sadis sangat. Menangis sambil tidur. Takpon syira baca Yaasin sambil nangis dengan mata bengkak dan hingusnya. <how terrible am i> Whatever it is, baca alQuran paling cool as we are born to be Muslim, rite?

Ok, syira harap awak jaga kesihatan, final lagi 2 hari.<Wuwuwu takut bhaii>.Pastu just be a strong person. I know u can do it. Allah always there for us. And i do know that i only can talktalktalk to u only.<x guna u-johara.haha>  dan jangan lupa awak ada saya, walaupon dah habis sem baru kawan kan. HAHA. Hidup orang ganu! Yoe pasti berbangga dengan orang kampung dia,tetiba.

p/s: mesti hangpa pelik pasai pa, aq dok guna saya-awak dalam post ni kan?<sila mengaku ye>
Ok, aq memang camni klo dengan org yg aq baru kenal/org yg aq respect-yg alim2 dan org yg lagi tua dr aq. Tapi korang jangan laa ingat aq mebezakan kawan2 aq. Arggh x tau nak kata lagu mana. Harap hangpa paham.

Doakan aq dan kawan2 bakal menghadapi FINAL EXAM bermula pada 1 OKT 2012 ni mudah menjawab soalan dan dapat result yang cemerlang w/o repeat paper. To pre lawrians, See u at UiTM Shah Alam next sem. Insya Allah.


Sunday, 23 September 2012

Miss Treasurer

Assalamualaikum,

Pernah tak korang terpk betapa beratnya nak galas tanggungjawab sebagai VIP of the club or society?
Ianya sangat la susah dan ianya merupakan satu amanah. So, jalankan tanggungjawab anda dengan sepenuhnya, naty kena tanya kat akhirat.<random saying>

Ok, proceed with my story. Aq dilantik atau lebih tepat lagi dengan rela hati menjadi bendahari Taekwondo club. Sebab let me tell you the real story why i volunteer myself to be a treasurer.

Masa aq join club ni,aq rasa club terumbang-ambing ni i do feel responsible to make this club to be an active club. So, aq secara suka relanya promote ajak kawan2 TKD stay in this club forever. <hopefully so> And Alhamdulillah thanx to Min,Farah,Ana,Mek Ya,Shima,Hana. <ni masa sem lepas la tapi kan>  yang datang juga training walaupon hanya kita2 aje. Sila berpegang dengan pepatah ini, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. So, untuk mengekalkan kelab ni, kita mesti stay together ok?

Lepas tu kan, serius la wei kita x bayar yuran pon kat Sir Fendi. aq memang nak bayar, but honestly skrg tgah kering kontang.Sir,i promise cuti sem ni sya kerja atau klo ada rezeki b4 habis sem ni syira bayar ye. 1st gaji bayar terus masuk bank sir,ok?Korang pon sama bayar tahu RM70. Tak berkat ilmu wei.

Oh pastu bila aq dah suka relanya NAK JADI bendahari. What is in my mind is i will make sure that every member of TKD CLUB must pay all the fees. But seriously,it is not easy my dear when the matter is about MONEY,MONEY,MONEY. And one more thing,the reasonable reason for this problem is this sem is very short. So, the only who paid the fees were high committee of TKD Club only but not all of us. Oleh itu, saya menyeru anda untuk bayar yuran kepada Pen. Bendahari sebelum sem ni berakhir @ bayar sem depan @ bayar direct ke sir Sany.<as long as you all bayar>

Seriously,aq dah pk strategy pasal duit ni. Aq punya solution, bayar tetiap minggu, tapi huhu sedihnya, x dak sapa pon bayar.Suma buat krikkrik wei. Kecewa.

So,konklusinya saya sebagai bendahari untuk sem Jun'12-Okt'12 dengan ini memohon maaf atas kekurangan saya menjadi bendahari kelab ini dan jangan lupa bayar yuran = RM70. Semoga kelab Taekwondo UiTM Kedah mengecap kejayaan demi kejayaan dalam arena martial arts. And to my lovely TKD members, semoga kita berjaya dunia n akhirat. All the best for your final exam. Last but not least, thanx so much to Sir Fandi and Sir Sany sebab dah ajar saya selama 2 sem ini.
Panjang umur,jumpa lagi.
LOL Syira-N'ABM.

Sunday, 16 September 2012

Friendship

Assalamualaikum dan salam Hari Malaysia.

Firstly, rindu gila nak update blog tapi x de idea. But today i really need something/body to voice out what is in my heart yang aq rasa nak pecah simpan segala benda sorang2. So, as I dont like to burden other people @ i had a very high ego. Tapi klo kat blog x de plak aq nak malu bagai. Sebabnya, i dont know u, and u dont know me. haha. tp ada je kawan2 aq yg baca blog ni.shh diam2 tahu.

Oh, sebelum terlupa tadi kitorang prank Peah. Selamat Hari Jadi,Nur Farehah. Maaf bear kecik je mampu bagi sebab kekeringan RM. Sayang kau dan semoga mu jadi lawyer in future. Boleh tolong settle kes aq naty.

Ok now lets proceed to my sad,bengang n etc story.

Aq seorang yang suka pentingkan kawan<mama aq yg cakap cenggini> . Aq x tahu la nak cakap guano. Apa yang aq tahu once you come in my life n we are friends, i will share everything with u, i accept your pros n cons, i will sacrifice everything for u, my friends. In simple words, kau kawan aq, aq akan buat apa saja demi kau. Ye, aq tahu aq terlalu naif. <not naif,it just a matter of friendship> Now, i think that i want to be a cruel friend. Can i? Sumpah aq x boleh.

Sampai suatu ketika, aq rasa give up dengan friendship. Buat apa ada kawan,klo dia tu menyakitkan hati kita.<teori aq>  It same goes to bf/gf. Masa zaman sekolah pon pernah je jadi camni. Sebab aq terlalu ikut je cakap kau-sebab aq sayang kau. Fakta:-aq kuat memberontak. Tapi rupanya ko lagi kuat membangkang, even 3 lawan 1 pon, kau tetap menang. Bravo my friend.

Aq paling x suka ore hok kedekut ni. As we need give n take in our life and yet u and i  know that sharing is caring. But, GTH la suma benda aq je kena payung/ketuk/sponsor hang. Honestly,aq x suka korang pinjam/guna/etc aq punya broadband walaupon sekejap. Get it? Eh,syira kenapa hang ni kedekut sangat hah? Ye,aq jadi kedekut sebab aq yang bayar tetiap bulan-RM69. Aq guna duit biasiswa bayar tetiap bulan. Bak kata kak syu, aq yang bayar,biar sampai over limit pon as long as AQ SDN BHD yang guna bukan OTHERS BHD yang guna. Lagi satu yang menyakitkan hati buat cam harta sendiri. Eh, u tahu x i malu la nak minx2 ni walaupon benda tu aq punya. Walaupon sekarang ni, aq sikit2 dah jadi kejam n for sure korang nampak permainan aq.

Klo kawan yang rapat dengan kita nak pinjam duit, takkan taknak tolong kan. Ok bukannya aq nak tunjuk kaya ye. Keadaan yang mendesak. Contoh2nya: Kat foodcourt, makcik tu x de duit pecah,then dia pinjam RM5 dari aq. Pastu pergi makan @ hang out, selalunya kan one of us akan bayarkan dulu, naty balik baru kira. Pastu terus buat2 lupa. Yes good job,beb. Pastu, aq mengaku sekarang aq kering gila sampai kena minx duit kat ayah aq<malu doe> tapi tahukah anda duit aq yang kawan2 aq hutang mencecah RM100. Klo korang bayar lepas makan aq sebulan wei. Bukan aq x minx, tapi macam2 alasan lah korang bagi. Pergi bersuka ria ada plak duit. <Sila TERASA n BAYAR hutang hang>

Aq percaya korang 100% without doubt, tapi apa kau buat kat belakang aq. Shiall lah hang mengumpat aq kat belakang. Benda klo aq x tahu x pe wei.Masalahnya ada orang yang sampaikan kat aq. Then, i had a strong instinct which is aq dapat rasa ada orang sedang mengutuk aq,but should i care. At that moment, i dont care but after i knew the real story, fuck u babeh. Aq tanya korang eh, camne hang nak stay in a friendship lepas hang dah tau kawang hang cakap belakang. Aq x boleh doe,rasa nak sepak2 muka dia. And u should aware that day by day i no longer depends on u,babeh.

Aq dah penat nak nangis n sakit hati sebab friendship-GTH! Kenapa aq selalu dipergunakan. Jangan sampai aq jadi abnormal, dan aq pernah la baca ayat ni kat mana ntah ler, ''dont trust people easily''-yes this is one of my weakness.

Final is just around the corner. So,wake up my dear, pergi mam*** dengan kawan2 ko yang sengal tu. Your future is in your hand not theirs.<uish mantop betei motivasi untuk diri sendiri>
To my dear readers, do pray all the best for my final exam n life and u too. Aamiin.

 

Monday, 3 September 2012

Beraya di Highway

Assalamualaikum

Korang pernah beraya kat tengah highway. Ala2 dalam drama gitu. And yeah aq dah merasai sweet memory tu. Ye lah sangat sweet memory. I dont think so. Ahaks. Ni lah first time kereta rosak and aq seriously x tau nak buat apa, melainkan start engine until i give up. Lepas tu, suma pakat menelefon orang yang tersayang kita rasa boleh tolong kita dalam kesusahan la.hehe.

Orang pertama aq nak call ialah ayah aq BUT mampos la kena marah n comfirm2 aq akan menangis dan semangat aq jatuh tahap infinite and i cant drive. Nampak betapa besar impaknya klo kena marah? So, aq decide call kak Ana-tapi dia x angkat. Kak Ana ni tahu la pasal kereta klo nak banding dengan aq. Then, call Mus-konon dia boleh datang tolong. Tapi dia x angkat sebab tengah drive ke rumah cousin dia for birthday celebration n hantaq kek.<perlu ke terang secara terperinci yau> Lastly,call Fidos. Huhu,sorri la Ila, wa pinjam pakwe lu. Dia kata mungkin minyak habis @ battery weak. Klo minyak habis tahan lagi-bolehlah berlari berpuluh-ratus km cari Petronas ke Shell ke. Tapi klo battery weak, kereta mana plak aq nak tahan untuk 'jump'.

Satu perangai buruk pemandu Malaysia. What the fish, lu x nampak ke kitorang gegirl2 ni dengan baju kurungnya tersadai kat tepi highway tu. At least, berhenti tanya ke hape ke. Ingat kitorang suka-suki park tepi tu. Haiyoo, mana pergi keprihatinan n budi bahasa anda? Oh ok aq paham kome nak menuju ke destinasi yang dituju dengan kadar segera,rite?

Then, dalam pada itu <pergh,ayat aq mmg karangan> Zana call kak Sha as dia orang Gurun n kebetulan keta rosak kat highway b4 persimpangan tol Gurun. Kak Sha<peers club> pon bergegas datang dengan naik motor sesat terlepas tol n blabla.Akhirnya kita ketemu di tol Gurun ya. Masa tunggu kak Sha datang bawa minyak RM5 tu, hmm ada la foreman cina ni datang. Tu diaaa demi mencari rezeki,mereka sanggup bertarung nyawa melintas di highway yang pemandu malaysia drive dengan sopan santun sangat tu kan. Then, dia pon tengok2 lah segala n mangkuk gila dia nak kencing aq. Ceh ingat aq x tahu ayah aq dah ajar la. Dia boleh cakap benda yg merepek2 rosak, mula lah nak sembelih aq tu. Pastu Fir kata tu kereta sewa dia diam la. Then, datang plak foreman Melayu. Dia kata minyak habis @ apa ntah pasal minyak laa.

Ok,mesti korang terdetik, kenapa aq x panggil PLUS. Yes, i did thought about it but i dont have PLUS no. Oh now i think, sengal la kat tiket tol tu kan ada. Almaklomlah tengah panik, x boleh pk secara rasional. Pastu, Alhamdulillah PLUS datang. Cite2 segala, dia kata nak tarik pergi tol gurun, lagi selamat.

Aq pon dah cuak, sat g dia charge beratus-ratus mana den nak cekau duit. Dalam purse aq ada RM50. Apalagi call Fidos again, ask him how much PLUS charge? He said around RM30. Ok aq pon proceed la. Fir yang sign segala. Ok pastu, aq pelik kan camne dia nak tarik kereta segala-ok kejakunan di situ. Then, apa lagi aq n Fir jadi mem besar duduk relaks kat belakang. Dia yang drive. Kak Syu plak naik storrm dengan pekerja PLUS Lagi sorang tu.

Then,dah sampai aq buat manis lah tanya, nak bayar berapa. Walaupon terdetik di benakku, kita kan bayar tol, so PLUS ni servis free la patutnya. Then, you know what memang betul pon PLUS service is free. Bukan main kitorang berterima kasih kat depa. Oh pastu b4,keta kami rosak. Ada pakcik n anak dia tolak motor.Coz tayar dia pecah. Ok, seriously aq kesian kat dia. Tapi orang PLUS tu x tolong dia pon.Cehh. Pastu masa kitorang punya kereta dah boleh hidup, buat manis laa suruh kak Sha tanya nak tumpang x? See, kemain baik nak menumpangkan orang, gamak keta aq besor benor.

Hmm, so this was my first ever experience the car broke down. As a conclusion, if we want to go for jalan2, we should bring man. Konon klo keta rosak senang, tapi klo dia pon x tahu apa2 pasal kereta, acano? Tapi sebenarnya perempuan pon kena amik tahu pasal kereta, bukan tahu bawak je.hikhok.<aq la tu>

Saturday, 1 September 2012

raya dan merdeka

Assalamualaikum

Pada 31 Ogos yang lepas,saya bersama kawan2 saya telah pergi beraya ke Aloq  Setaqq, Gurun dan Sungai Petani.<weh,please lah syira,hang toksah nak jadi kanak2 ribena sangat aih> Ok since this is my first time ever drive without guidance from my dad. Bukan aq x pernah drive sorang2. Cuma aq pergi sangat jauh<panjang ekor mama aq kata>. Aloqq setaqq, aq rasa cam tak percaya dah drive sampai sana. And what i felt after the long journey? Nak bangga pon ye, dan aq rasa cam cukuplah sekali tu ja aq drive jauh. Tapi klo kita x cuba benda baru, sampai bila pon kita akan berada di takuk lama, rite?

Aku rasa penat+best+seriau n etc. Why i said so?Hmm best sebab dapat p raya rumah LinMusDan <jumpa mia yg comey>, rumah kak Sya di Gurun. Ni secara tak sengaja since kak Sya dah tolong kami yang tersadai kat highway kerana kehabisan minyak. <ni naty cite di lain episode>. HEHE. Kat sini jumpa adik kakSya-abang K-Pop. Then pergi rumah Finie yang wootwoot, kaya gila bak hang. Klo aq x pk aq sewa kereta, dah comfirm2x aq terima pelawaan diorang tidoq kat situ. Almaklomlah dah lama x tidur dalam bilik yang berhawa dingin ni.Balik rumah pon tak,acano den nak tidur dalam bilik yg berhawa dingin. Kat sini kak Syu n Fir dok berebut abg Finie-abg Din. Since diorang ada mix mamak, jadinya abg Din punya muka tu diaa cam hero hindustan dah. But unfortunately he's taken. huahua.

Apa yang buat aku seriau sangat disebabkan oleh pelbagai insiden2 yang Ya Allah lemah semangatku. Kenapa bawak kereta laju gila bapak dia. Ko ingat highway tu litar lumba ke hape? Dah lah tingkap driver problem-x boleh naik. Memang goyang+goyah doe aq drive. Rasa cam nak tercampak kat tepi jalan tu ja. Dengan lorry n bus nya lagi. Ko takkan mampu buat perjalanan ko sama laju dengan naik flight,get it?
Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.
Kepulangan anda dinanti bukan ditangisi.
Kan aq dah bagi nasihat pemanduan berhemah kat hangpa.

Pastu, kereta Kancil warna biru no plat dirahsiakan. Pasai pa hang dok wat perangai hah. Dah lah macam2 binatang peliharaan aq bawa p konvoi merdeka raya, such as semut n cicak. Semut tu Ya Allah, dah macam sarang dia dah. Aq ingat bila bawak laju2 kat highway plus terik mentari dia akan lari laju2,rupanya boleh plak menyorok kat side mirror. Cicak tu jadi arwah kat tengah highway. Kesian dia dengan bersusah payah berpaut pada cermin kereta.

Kereta tu bila masuk gear satu dia akan mati. Malu gila bila abang2 motor tu pandang. Lantak lah korang nak cakap apa pon. Dah bukan kereta aq. Cer kome bayangkan setiap kali nak jalan which is guna gear satu aq WAJIB hidupkan balik kereta. Dah lah traffic light kemain banyak. Pastu aq agak sebab x buka aircond kot dia mati. Konon kitorang nak jimat minyak plus memang membazir pon buka aircond tapi tingkap aq terbuka dengan luasnya sebab ada masalah. Ada ke patut abang tu suruh aq cungkil pakai kayu. Ahh lantak ko lah. takde masa plok nak cara ke mu wahai tingkap. Pakai tangan aq dah cuba, tapi hampeh. Tapi demi kesejahteraan kereta tu, aq buka air cond no 1. ala2 rasa x rasa je kesejukannya.

Pastu kelemahan aq bila bawa manual bila kat bukit. Masa kat bukit plak kereta tu boleh mati. Ya Allah lagi lah aq panik, Orang belakang dok hon2. Lagi satu kelemahan aq HON. Oii gugur jantung aq. Dalam kereta tu aq sorang je yang boleh drive. Klo ikut hati, nak je aq turun dari kereta nangis kat tepi jalan. TapI pk rasional aq tenangkan diri lama2 <lantaklah ko nak hon aq beribu kali pon>. Praktiskan apa yang ayah ajar selalu. Angkat clutch banyak sikit, tekan minyak sampai rasa senak baru tarik handbreak. Pastu memang berdesupp aq pergi, sebab takut turun balik.Huahua.

Sesat jalan toksah nak kata laa. Mula2 p makan kat macd, CS. Pastu terus pg rumah Finnie but malangnya alamat x de plus Finie x angkat phone. Yang aq tahu rumah dia dekat SMS Sultan Muhammad Jiwa. Yang aq pon ambil tindakan bijak round satu taman Peruda<x silap> cari kereta bapak dia-Unser gold. Memang bapak dia sorang je pakai unser kan. Tapi ok lah tu dari aq duduk meghabiskan masa depan restoran cina tu. Pastu kitorang decide terus p rumah mus since masa tu dah dekat kol 2pm. Dan lah si Mus tu balik dari solat Jumaat kan. Mula2 isi minyak RM5, Then tambah lagi RM 10. Dengan pengalaman p rumah cik han masa nak masuk sem 2 ni, aq follow my instinct lalu tol tu. Klo sesat mati lah nak kena Uturn balik. Kak Syu kata, biaq p uturn banyak kali pon. Kita naik kereta bukannya jalan kaki. ye kak, saya setuju tu tapi habis laa duit kita n aq penat laa. Rasa cam x nak pijak pedal pon ada. Biar kereta tu jalan sendiri, boleh camtu?

Next insiden, cari rumah Mus sesat sampai nak p Bayan Lepas dah. Mus kata rumah dia Taman Hidayah. Pastu kitorang ni sampai teleng kepala dok cari taman hidayah. Yang ada taman mawar, taman nur, taman nabira n etc.<amboi aq hafal plak taman kat situ> . Rupa-rupanya rumah dia lepas simpang masuk tu ja. Haih kemain jauh kami p cari. Then,pergi solat kat masjid jamek area rumah Mus.Jumpa pengantin n masjid ni ramai la juga orang datang solat berjemaah.

Lepas balik dari rumah Mus tu aq salah masuk lorong tol. Yea i know this was a stupid thing to happen. But i have my point.  Selalunya klo kat Kl n Selangor @ mana2 tempat yg aq pergi lorong tol tu akan fair n square. For example, 4 lorong pergi N 4 lorong balik. But what happen yesterday, 4-2 lorong. Aq pon dengan yakinnya p masuk lorong tu. Siap rela tu angkatkan kon untuk aq jalan. Alhamdulillah orang depan aq<yg nak bayar tol kat lorong yg aq salah masuk tu> x hon2x. Klo dia hon, memang aq turun betul2x dan give up. Cina sebelah tu dengan kak syu n fir dok sakan gelak kan aq. Oh last kelemahan aq nak reverse, Klo tayar tu tak lurus, memang samapi sudah aq do ke depan n belakang sampai lebam.

Pastu OTW nak balik ke Sg.Petani kereta kancil ku rosak. Apa boleh buat, just stay tune. Ni aq nak cite next episod. Yang ni memang kitorang feel beraya di lebuhraya. Jangan pusara di lebuhraya sudah laa. Dengan baju kurungnya, Apa yang aq pelik takde satu pon kereta yang berhenti nak tolong. Yang ada cuma mekanik yang mencari rezeki di lebuhraya ja. Akibat dari insiden ni lah, kitorang pergi rumah kak Sya di Gurun.

Pastu sebelum gerak p rumah Fini tu, kitorang aq isi minyak lagi RM5. Aq target kereta kancil kecik, so boleh tarik pam tu ke belah sana. Tapi tak boleh. Oh memang nampak cam sengal but you know what this is my first time isi minyak sendiri. Selama ni ayah,angah n kawan yang isi. Aq tahu bawa je. Cara tak? Dan semalam suma yang ada dalam kereta tu tak tau isi minyak.What the fish? Huhu. Dengan menggunakan pengalaman melihat mereka isi minyak, aq berjaya mengisi minyak.<pasai paa aq rasa cam tunggang langgang ja ayat ni.lantak p la aih>

Last place to melantak rumah Fini. Tu diaa rumahnya yang cantik n besar gila. But diorang sangat humble. Susah nak cari orang camni wa cakap sama lu. Tangkap2 gambar bajet tak pernah jumpa lampu yang cantik2 but hampeh bila aq dengan tak sengaja telah terdelete suma gambaq2 tu.kecewa gila bak hang.

Apa pon yang telah berlaku, pengajaran nya ialah selagi kita x cuba something new<bukan lah suma nya kena cuba.i.e drug n alcohol substances tu melampau laa> you dont know how it feel n work. Pengalaman mematangkan manusia. At least aq dah 'merdeka' dapat jalan jauh. Mama aq tau aq  p aloq staqq memang kena beletiaq laa pagi tadi. Oh pastu just random saying. Aq belum cekap lagi drive ni,lesen P lagi. Klo rasa takut ke hape ke sila jangan naik dengan saya. Dan tolong jangan bandingkan cara saya drive dengan orang lain. Its hurt my heart u know.haha. Tapi yang dok banyak mulut sangat tu lesen pon x dak. toingtoing.

p/s:2 hari aq menikmati raya kawkaw. As start from today aq perlu WAJIB fokus pada study.


Ambang Merdeka

Assalamualaikum,salam kemerdekaan,salam September

Hang buat apa untuk celebrate Merdeka?P concert,clubbing or else?Hmm kat UiTM Merbok, pihak pengurusan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan no students should be allowed to hang out or whatsoever started from 5pm on 29 August.<nampak x aq apply penal code dlm ni huahua> .Ye memang nampak kejam BUT u know whatt this step is really3x good to avoid maksiat.Memang ko kata ko boleh jaga diri blabla, BUT they are majority of students @ teenagers cannot control her/his self. I/m glad if u are not one of them.

Apa yang kami buat untuk celebrate Merdeka? Munajat Ambang Merdeka 2012. Gempak x nama dia? So,aktivitinya harus la double triple gempak ye dak? Firstly, solat maghrib berjemaah.Then Imam Muda Hafiz bagi tazkirah maghrib. Pastu, solat isyak n hajat berjemaah. After that, let have some huhahuha sket.Paling syok brassband performance n adik Munir Adik-adikku,Insya Allah boleh.Ingat aq x tengok ka cerita camni.''Biaq besaq **<aq x ingat>,jangan besaq kepala''.

Pastu acara kemuncaknya, detik 12 malam jom ushar persembahan bunga api secara live dari UiTM Merbok. Bukan senang dapat main benda terlarang ni kan.

Pastu ingat balik nak p beli makanan,dah lah manusia macam semut. Jalan tolak2, sempit n blabla. Oleh itu, saya dengan ini rela x makan dari berhimpit-himpit gitu.Ceh,padahal nasib baik petang tu kitorang pergi beraya rumah cik ah. Melantak kawkaw punya.First time aq makan soto.

p/s:banyak benda aq nak update especially yang berlaku pada 31 Ogos. Tapi mood turn off since all the picturesss aq terdelete. rasa cam nak  argghh aq x tau nak cakap apa dah. Dah laa suma gambaq bajet retiss. sorry to my friends yang dah penat2 pose bajet retiss tu. Takde rezeki kita la gamaknya ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...