Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 1 September 2012

raya dan merdeka

Assalamualaikum

Pada 31 Ogos yang lepas,saya bersama kawan2 saya telah pergi beraya ke Aloq  Setaqq, Gurun dan Sungai Petani.<weh,please lah syira,hang toksah nak jadi kanak2 ribena sangat aih> Ok since this is my first time ever drive without guidance from my dad. Bukan aq x pernah drive sorang2. Cuma aq pergi sangat jauh<panjang ekor mama aq kata>. Aloqq setaqq, aq rasa cam tak percaya dah drive sampai sana. And what i felt after the long journey? Nak bangga pon ye, dan aq rasa cam cukuplah sekali tu ja aq drive jauh. Tapi klo kita x cuba benda baru, sampai bila pon kita akan berada di takuk lama, rite?

Aku rasa penat+best+seriau n etc. Why i said so?Hmm best sebab dapat p raya rumah LinMusDan <jumpa mia yg comey>, rumah kak Sya di Gurun. Ni secara tak sengaja since kak Sya dah tolong kami yang tersadai kat highway kerana kehabisan minyak. <ni naty cite di lain episode>. HEHE. Kat sini jumpa adik kakSya-abang K-Pop. Then pergi rumah Finie yang wootwoot, kaya gila bak hang. Klo aq x pk aq sewa kereta, dah comfirm2x aq terima pelawaan diorang tidoq kat situ. Almaklomlah dah lama x tidur dalam bilik yang berhawa dingin ni.Balik rumah pon tak,acano den nak tidur dalam bilik yg berhawa dingin. Kat sini kak Syu n Fir dok berebut abg Finie-abg Din. Since diorang ada mix mamak, jadinya abg Din punya muka tu diaa cam hero hindustan dah. But unfortunately he's taken. huahua.

Apa yang buat aku seriau sangat disebabkan oleh pelbagai insiden2 yang Ya Allah lemah semangatku. Kenapa bawak kereta laju gila bapak dia. Ko ingat highway tu litar lumba ke hape? Dah lah tingkap driver problem-x boleh naik. Memang goyang+goyah doe aq drive. Rasa cam nak tercampak kat tepi jalan tu ja. Dengan lorry n bus nya lagi. Ko takkan mampu buat perjalanan ko sama laju dengan naik flight,get it?
Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.
Kepulangan anda dinanti bukan ditangisi.
Kan aq dah bagi nasihat pemanduan berhemah kat hangpa.

Pastu, kereta Kancil warna biru no plat dirahsiakan. Pasai pa hang dok wat perangai hah. Dah lah macam2 binatang peliharaan aq bawa p konvoi merdeka raya, such as semut n cicak. Semut tu Ya Allah, dah macam sarang dia dah. Aq ingat bila bawak laju2 kat highway plus terik mentari dia akan lari laju2,rupanya boleh plak menyorok kat side mirror. Cicak tu jadi arwah kat tengah highway. Kesian dia dengan bersusah payah berpaut pada cermin kereta.

Kereta tu bila masuk gear satu dia akan mati. Malu gila bila abang2 motor tu pandang. Lantak lah korang nak cakap apa pon. Dah bukan kereta aq. Cer kome bayangkan setiap kali nak jalan which is guna gear satu aq WAJIB hidupkan balik kereta. Dah lah traffic light kemain banyak. Pastu aq agak sebab x buka aircond kot dia mati. Konon kitorang nak jimat minyak plus memang membazir pon buka aircond tapi tingkap aq terbuka dengan luasnya sebab ada masalah. Ada ke patut abang tu suruh aq cungkil pakai kayu. Ahh lantak ko lah. takde masa plok nak cara ke mu wahai tingkap. Pakai tangan aq dah cuba, tapi hampeh. Tapi demi kesejahteraan kereta tu, aq buka air cond no 1. ala2 rasa x rasa je kesejukannya.

Pastu kelemahan aq bila bawa manual bila kat bukit. Masa kat bukit plak kereta tu boleh mati. Ya Allah lagi lah aq panik, Orang belakang dok hon2. Lagi satu kelemahan aq HON. Oii gugur jantung aq. Dalam kereta tu aq sorang je yang boleh drive. Klo ikut hati, nak je aq turun dari kereta nangis kat tepi jalan. TapI pk rasional aq tenangkan diri lama2 <lantaklah ko nak hon aq beribu kali pon>. Praktiskan apa yang ayah ajar selalu. Angkat clutch banyak sikit, tekan minyak sampai rasa senak baru tarik handbreak. Pastu memang berdesupp aq pergi, sebab takut turun balik.Huahua.

Sesat jalan toksah nak kata laa. Mula2 p makan kat macd, CS. Pastu terus pg rumah Finnie but malangnya alamat x de plus Finie x angkat phone. Yang aq tahu rumah dia dekat SMS Sultan Muhammad Jiwa. Yang aq pon ambil tindakan bijak round satu taman Peruda<x silap> cari kereta bapak dia-Unser gold. Memang bapak dia sorang je pakai unser kan. Tapi ok lah tu dari aq duduk meghabiskan masa depan restoran cina tu. Pastu kitorang decide terus p rumah mus since masa tu dah dekat kol 2pm. Dan lah si Mus tu balik dari solat Jumaat kan. Mula2 isi minyak RM5, Then tambah lagi RM 10. Dengan pengalaman p rumah cik han masa nak masuk sem 2 ni, aq follow my instinct lalu tol tu. Klo sesat mati lah nak kena Uturn balik. Kak Syu kata, biaq p uturn banyak kali pon. Kita naik kereta bukannya jalan kaki. ye kak, saya setuju tu tapi habis laa duit kita n aq penat laa. Rasa cam x nak pijak pedal pon ada. Biar kereta tu jalan sendiri, boleh camtu?

Next insiden, cari rumah Mus sesat sampai nak p Bayan Lepas dah. Mus kata rumah dia Taman Hidayah. Pastu kitorang ni sampai teleng kepala dok cari taman hidayah. Yang ada taman mawar, taman nur, taman nabira n etc.<amboi aq hafal plak taman kat situ> . Rupa-rupanya rumah dia lepas simpang masuk tu ja. Haih kemain jauh kami p cari. Then,pergi solat kat masjid jamek area rumah Mus.Jumpa pengantin n masjid ni ramai la juga orang datang solat berjemaah.

Lepas balik dari rumah Mus tu aq salah masuk lorong tol. Yea i know this was a stupid thing to happen. But i have my point.  Selalunya klo kat Kl n Selangor @ mana2 tempat yg aq pergi lorong tol tu akan fair n square. For example, 4 lorong pergi N 4 lorong balik. But what happen yesterday, 4-2 lorong. Aq pon dengan yakinnya p masuk lorong tu. Siap rela tu angkatkan kon untuk aq jalan. Alhamdulillah orang depan aq<yg nak bayar tol kat lorong yg aq salah masuk tu> x hon2x. Klo dia hon, memang aq turun betul2x dan give up. Cina sebelah tu dengan kak syu n fir dok sakan gelak kan aq. Oh last kelemahan aq nak reverse, Klo tayar tu tak lurus, memang samapi sudah aq do ke depan n belakang sampai lebam.

Pastu OTW nak balik ke Sg.Petani kereta kancil ku rosak. Apa boleh buat, just stay tune. Ni aq nak cite next episod. Yang ni memang kitorang feel beraya di lebuhraya. Jangan pusara di lebuhraya sudah laa. Dengan baju kurungnya, Apa yang aq pelik takde satu pon kereta yang berhenti nak tolong. Yang ada cuma mekanik yang mencari rezeki di lebuhraya ja. Akibat dari insiden ni lah, kitorang pergi rumah kak Sya di Gurun.

Pastu sebelum gerak p rumah Fini tu, kitorang aq isi minyak lagi RM5. Aq target kereta kancil kecik, so boleh tarik pam tu ke belah sana. Tapi tak boleh. Oh memang nampak cam sengal but you know what this is my first time isi minyak sendiri. Selama ni ayah,angah n kawan yang isi. Aq tahu bawa je. Cara tak? Dan semalam suma yang ada dalam kereta tu tak tau isi minyak.What the fish? Huhu. Dengan menggunakan pengalaman melihat mereka isi minyak, aq berjaya mengisi minyak.<pasai paa aq rasa cam tunggang langgang ja ayat ni.lantak p la aih>

Last place to melantak rumah Fini. Tu diaa rumahnya yang cantik n besar gila. But diorang sangat humble. Susah nak cari orang camni wa cakap sama lu. Tangkap2 gambar bajet tak pernah jumpa lampu yang cantik2 but hampeh bila aq dengan tak sengaja telah terdelete suma gambaq2 tu.kecewa gila bak hang.

Apa pon yang telah berlaku, pengajaran nya ialah selagi kita x cuba something new<bukan lah suma nya kena cuba.i.e drug n alcohol substances tu melampau laa> you dont know how it feel n work. Pengalaman mematangkan manusia. At least aq dah 'merdeka' dapat jalan jauh. Mama aq tau aq  p aloq staqq memang kena beletiaq laa pagi tadi. Oh pastu just random saying. Aq belum cekap lagi drive ni,lesen P lagi. Klo rasa takut ke hape ke sila jangan naik dengan saya. Dan tolong jangan bandingkan cara saya drive dengan orang lain. Its hurt my heart u know.haha. Tapi yang dok banyak mulut sangat tu lesen pon x dak. toingtoing.

p/s:2 hari aq menikmati raya kawkaw. As start from today aq perlu WAJIB fokus pada study.


1 comment:

  1. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...