Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum

Hai korang, apa kabor? Moga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. So, korang beraya kat mana? Kampung ke bandar? Haha, mana2 pon sama je as long as we celebrate this big day for Muslims. Ok ayat nak menyedapkan hati sendiri.

Eh korang tahu tak sebenarnya kita sepatutnya seWAJIBnya melebihkan/memeriahkan/meraikan dengan gilang-gemilang Hari Raya Aidiladha ni sebagai mengenang dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang telah mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Tapi kita lebih pentingkan dan besarkan Hari Raya Aidilfitri. Klo hari raya haji atau korban ada kita beli baju baru, kuih-muih, tukar langsir,perabot dan macam2 lagi. Kononnya berjimat, recycle je baju lama. Cer klo raya Aidilfitri, ada ko nak recycle baju taon lepas, ado? Check balik diri kita, orang kabo muhasabah diri.

So, sempena Hari Raya Aidiladha ni aq sekeluarga beraya di ..... Aq pon tak tahu nak kata lagu mana. Sobab eh, mama, aq dan angah beraya di rumah maksu-Bandar Putera, Jalan Kebun,Klang. Esok pagi In Sha Allah kami akan solat sunat hari raya di Masjis Negeri Shah Alam. So, klo jumpa aq tu tegur la ye. Hehe. Pastu ayah dan adik raya kat rumah-Puchong Intan. Lepas solat raya baru mai sini. Ayah aq masuk korban kat kawasan perumahan aq. Pastu dengar ceritanya lembu ada 13 ekor campur sumbangan dari YB mana ntah. Ayah aq kan orang kuat makan bab lapah-melapah ni. Kengkonon la kan. Pastu depa akan sembelih lembu 2 hari la sebab banyak kot. Dah lah esok masa singkat, nak solat Jumaat lagi. Pastu, majority penduduk di kawasan tersebut pulang ke kampung halaman masing-masing. <skema gila ayat>

Pastu petang esok, kitorang gerak balik Puchong sebab opah Ina buat kenduri tahlil kat Kampung Kenangan. Ada la feel kampung sket kan. But seriously selagi tak keluar dari kawasan Selangor bagi aq itu bukan kampung. Muahahaha. Hari Sabtu lepas ayah aq selesai sembelih lembu, bertolak ke Klang balik dan tidur sini. Ahad busy menghantor penumpang2 inova ekspress ke SAMTTAJ dan SEPTECH.

Tadi hujan agak lebat. Keluarga makcik datang hantor ketupat,kuah kacang, nasi minyak dan rendang ayam. Petang tadi kitorang pergi amek lomang kat rumah kawan maksu di Jalan Kebun. Rumah dia kemain besau. Dia cikgu, laki dia kontraktor dan orang kuat BN la. Tapi dia simple gila beb, pakai kain batik je kat rumah. Wa salute sama lu. Pastu cadangnya malam ni nak masak rendang kerang kat luar tapi sebab hujan, kita masak kat dalam je. Haha. Aq tolong tengok dan merempit p beli barang mana yang x cukup.

Saya tak bercadang nak tulis panjang2 tapi inilah jadinya bila tangan dan idea selari. Haha. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H. Makan daging tu jangan tak ingat dunia. Sat g hang kena kolestrol la apa lah. Jaga diri, jangan makan daging banyak sangat. Oh di kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf andai ada hati yang terluka dengan perbuatan saya.

Thursday, 18 October 2012

Done with ASST

Assalamualaikum

Hi, today i'm so happy as i had done read Awak Suka Saya Tak (ASST) at 4.27pm. Yeah, aq tahu novel ni dah lama dipublish which is on Disember 2011. But you know what? Sejak dari sem lepas lagi aq nak pinjam novel ni dari Kak Anna tapi ianya full booked. Pastu bila dah ada kat tangan aq dan aq dah baca suku, kawan aq minta-dia nak baca. Aq kan baik hati, Eh tak masa tu aq busy. Aq pon bagi la kat dia dan akhirnya aq juga yang x baca.

So, untuk mengisi masa lapang aq selama seminggu di sini, aq suruh kak Ana bawa novel tu dari rumahnya. Import dari Klang uolls. Aq rasa sangat 'lem' proses membacaku. Mungkin sebab dah lama tak baca novel ataupon dia terlampau tebal. 1056 muka surat uolls. haha. Pastu kan aq ni x reti baca skip-skip. Sebab aq rasa apa yang ditulis oleh penulis tu ialah ilham penulis yang kita sebagai pembaca perlu hargai and read it. Oh aq memang jenis menghayati, klo aq x dapat serap maksud yang cuba disampaikan, then i will repeat again what i had read.

ASST sangat lah best. Err tapi aq rasa sangat lah tak larat nak menghabiskan, rasa cam nak suruh orang bacakan sebelum tidur. Tapi feel nya lain, x syok laa. Aq bukannya nak dream high or whatsoever but i just hope that i can be setabah Puteri Intan Zulaikha. Yang Muhammad Hilman Yong bin Abdullah, yeah it just hero in novel that the writer imagine him. But seriously i'm fall in love with him.

Tuesday, 16 October 2012

Mana aku yang dulu?

Assalamualaikum

Hai korang. Nampak ceria tak. Sangat kan. So semakin kita meningkat dewasa, kita berubah either positive or negative, u choose. Hmm, today i want to story about I,me and myself.

Ok seriously i dont know whats wrong with me? Aq nak diri aq yang dulu. Sekarang aku sangat lemah. Ke faktor persekitaran yang mempengaruhi. Pergh.

1. Aku menjadi penakut untuk ke tandas. Sejak bila aq jadi cenggini? Kalau dulu rasa nak terkencing ke nak mandi malam2 buta, aq lenjan sorang2. Tapi selepas kak Syu dan kitorang buka cerita hantu since studyweek. Aq punya tahap keberanian jatuh merundum tahu. Setiap kali nak ke tandas kena berteman. Haih masalah betei.

2. Aq target lepas exam nak tido kawkaw punya. Tapi masalahnya aq langsung tak dapat feel mengantuk. Ya Allah aq x mao jadi burung hantu. Ataupon rasa mengantuk datang around 4pm onwards. Tapi aq bertahan sebabnya kalau aku tidur, comfirm terlajak Suboh. Lepas tu tidur lepas Suboh sampai tengahhari-petang. Ye aq tahu x elok tido lepas suboh. Ada satu ketika, aq rasa cam x nak tido seharian-sebab memang x rasa mengantuk. Tapi aq paksa diri, mao berpinar kepala kalau tak tidur sehari.

3. Yang ni aq paling benci tak suka. Menangis. Ya Allah aq tak tahu nak describe camne tapi bila aq menangis, sangat lah teruk. Umpama ada orang mati. I dont why i am be like that. Aq ni jarang menangis, eh tapi dulu aq cengeng doe. Sekarang ni je aq pandai kawal diri-kononnya. Kawan aq sorang2 balik rumah, masa peluk-salam segala tu mulalah air mata mencurah-curah keluar. Oh pastu aq menangis tersedu-sedan sampai sesak nafas. Yea, itulah aq.

4. Sekarang aq sangat pemalas. Simptom dia bermula studyweek. Bilik ni aq x mop hampir sebulan. Dok tunda esok2, terus x bermop bilik ni. Pastu barang pon x pack sepenuhnya. Gamak esok nak balik baru sumbat segala. Moga ada sinar kerajinan dalam diri aq lepas ni.

Sunday, 14 October 2012

Adik ku sayang

Assalamualaikum

Hai entry hari ni untuk promote adik sendiri. Eh silap, nak tunjuk kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Boleh macam tu? Hikhok. Layan je lah.

Ok adik means yang paling bongsu dan manja dalam keluarga aq? Eh ye ke, hmm boleh lah. Tapi aq sayang angah dan adik sama je. Klo aq marah pon sama je, takde pilih kasih. Nak pilih kasih sangat pergi audition. Untung-untung dapat jadi pelakon tambahan.

Nama mamat ni ialah Muhammad Faris Yusri bin Mubi. Sedap ke nama dia? Yea sedap doe, sumpah jeles. Kenapa nama kau sorang je yang panjang berjela? Mungkin sebab kau sorang anak lelaki a.k.a waris keluarga Mubi, huh? Mungkin sebab kau anak bongsu? Apa-apa pon memang kau lah yang untung wahai adik. Aq prefer panggil Faris dari Yusri sebab rasa cam manja, moden n ala2 Yusri KRU plak kan. Aq bukannya dengki dengan kau tapi...

Adik aq ni sedang menuntut di Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Jemaah(SAMTTAJ), Syeksyen 11, Shah Alam. Ramai plak kawan aq n angah kat sini. Klo kau buat perangai malu aq dik oi. Dah laa depa kenai kakak2 kau. Uhukuhuk tetiba rasa femes. Sekarang dia sedang menghabiskan tak silap aq lagi 2 paper PMR. Last peyper is Bahasa Arab Komunikasi kot klo x silap la since aq bukannya budak SMA/SAM. Aq cuma budak SMK. Tu la masa dapat offer sekolah agama kat hulu selangor kemain berlagak. Takde kawan la apa la. Angah dan adik dua-dua masuk sekolah agama after result mumtaz dalam PSRA.
Peminat setia LIVERPOOL. You will never walk alone. Eh ye ke? Kesah plak. aq kan forever MU.

ada nampak gaya budak SAM x? ni gambar raya haji tahun lepas.



muka bajet comey dan manja. Pastu suka tiru ayat dalam cerita DoReMi tu: ''Muka ada senyum''
Adik ku ni memang suka berjenaka.



Apa yang aq nak cerita pasal adik aq ni ialah dia sangat malas study. Klo study game bola tu takpe 24/7 tolak makan dan solat. Tapi apa yang aq jeles gila dengan dia, dia boleh score lebih baik dari kakak2 dia bila peksa betul2. Contoh masa UPSR dia dapat 4A1B Walaupon x pulun study. Ok mungkin UPSR tu celah gigi dia je kan. Tapi ada orang kata budak lelaki ni diorang fokus dalam kelas je. Then, tabiat dia study last minit. Dia buat latihan asal siap dan habis satu buku dah. Woi, aq cukup stress mengajar adik sendiri. Aq plak jenis yang tak reti buat latihan tanpa buat rujukan. Nak ajar orang pandai, cikgu kakak yang nak mengajar tu yang kena sediakan segala-galanya waima sebatang pen dan sebuah buku latihan. #Fakta Nampak betapa aq sayang kat kau Faris oi. Dasar pemalas.

Then, 2 minggu sebelum PMR dia telah mendapat seru/ petunjuk/dah memang tabiat dengan pulun study sampai mama aq takut tengok dia yang semakin susut. Sampai ayah aq suruh dia tidur/rehat, jangan study dah. Tapi dia kata ''adik ada masa untuk study lagi''. Ya Allah, i'm so proud of u, adik. Kat sekolah dia dok pulun kelas tambahan sampai kol 11 malam every day. Pastu cikgu bagi homework, esok pagi hantar/check sama2 dalam kelas. See, no wonder pelajar sekolah ni mantap2 resultnya. I hope u will be one of them, adik.

Pastu, balik rumah dia tak on9 langsung yang mana tabiat dia klo turun je dari motor ayah hari Jumaat, WAJIB on9 sampai ayah ajak balik rumah. Dia terus buka buku-buat latihan. Keesokan harinnya, dia ajak mama aq pergi beli buku kat Idaman. Then, mama aq pon walaupon sakit lagi masa tu, tapi demi melihat anak lelakinya semangat nak belajar pergi lah beli buku. Dan oh lupa bagi tahu disebabkan dia study non stop, dia request kat mama gulai ikan dengan pucuk paku masak lemak. Walaweh kecur air liur aq. And again my mama dengan sakit perutnya masak demi anak tercinta.

Pastu mama aq kata balik je dari beli ikan dan buku, dia tolong kupas bawang segala, terus buat latihan kat buku baru. Wah, my mama so impressed with him and called me and tell the whole 2 days story about my lil bro. Dan sejak aq start final exam-1st Oct, he keep called me at morning before he went to school and at afternoon which is the time i always slept. Wah, nampak nau hang perlukan aq kan. Ahaks. Seriously aq nak spend masa ajar kau dik, tapi masa tak mengizinkan.

Dan apa yang aq sedih n kesal bila dia berharap sangat aq boleh ajar dia Math. Kengkonon aq balik hari khamis hari tu,sempatlah nak ajar dia dalam masa 2 hari. Sampai aq bagi cadangan kat mama nak balik naik bas semata-mata sebab nak ajar adik. Tapi mama aq kata membazir dan adik boleh belajar sendiri. Takpe aq doakan kau ok. Math je pon. Kau kan suka subjek Math ni.

Pastu, dia dah cakap dia nak keluar dari sekolah tu sebab x mao amek SMA masa form 4 naty. Heh, whats the matter with SMA? Sampai angah pon cabut lari ke Septech. Susah sangat ke? Berlambak je kawan2 aq n angah score SMA ni. Klo aq lah kan dah alang2 masuk sekolah agama, aq ambik semua PSRA-SMA-STAM. Baru lain dari yang lain dan mencabar beb. Nanti boleh pergi Mesir, Jordan n etc. Kau mampu? Cakap memang senang cuba aq yang pergi sana amek peksa, acano?

Apapon, along harap kau dah buat yang terbaik untuk PMR kau ni. PMR takde menda, SPM tu yang penting. Along sangat berbangga ada adik cam kau. Take care, jangan nakal, fly sana sini, n etc. Aq tahu kau hisap rokok, siap kau. Klo ikutkan hati aq yang jahat ni, nak ja aq letak pilihan sekolah teknik tu kat sabah atau sarawak. Tapi aq pk balik, kang klo aq rindu kat kau macam mana nak pergi melawat kau plak kan. Klo area selangor, kl, n9 dan melaka larat lagi aq berulang tetiap bulan nak jumpa kau.

Angah sungguh kejam bila dia memaksa adik aq dan sepupu2 mengambil course Kejuruteraan Awam a.k.a Kejut Awam<jangan sampai terkejut beruk sudah la> Civil Engineering. Hmm gasak kau la dik. Kau yang nak belajar. Katanya dulu nak jadi pilot. Apa lah kau ni dik tak tetap pendirian betul. Eceh, gamak kakak dia ada pendirian masa depan segala.

Lastly, along sayang kau sampai mati. Eh mestilah darah daging aq. Adik ada 2 orang je, it is a must that both of u, mama n ayah are my priority forever.

Saturday, 13 October 2012

Kenapa tak balik lagi?

Assalamualaikum,

Mengikut perancangan awal, aq balik semalam lepas habis exam. Tapi x jadi balik disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Aq nak tunggu kad i-siswa yang bagai menunggu bulan jatuh ke riba je.  Asal aq kata gitu? Sobab eh pada 8 okt 2012 dengan semangat wajanya kitorang buat rombongan cik kiah ke bahagian kewangan. Konon nak amek kad diskaun yang kerajaan bagi tu. Dengan niat, boleh joli katak lepas habIs exam. Nampak niat dia. Then, aq expect para pelajar akan membanjiri dari tingkat 1 hingga ke tingkat 3 bangunan pentadbiran. Tapi jangkaanku meleset. Punya la penat mendaki tangga ke tingkat 3, last2 puan tu kata pergi baca notis kat luar yang mengatakan :

Kad tersebut akan diedarkan MULAI 8 OCT. Aq besarkan sebab yang hangpa dok kecoh post kat fb tu untuk UiTM Shah Alam je, get it? Kita kena sedar diri, kita ni cawangan je. Ok pastu kitorang pon balik dengan rasa kecewa tahap cipan. Klo aq tau baik aq study, tidur duduk dalam bilik. Then, kitorang sangat la curious nak tau pre law part 2 dapat ke tak dan aq plak nak tahu bila boleh dapat.

Cerita dia aq ni memang suka mendesak. Dia kata next week baru tahu. As dia sebagai orang yang bertanggungjawab di bahagian kewangan tu pon tak tahu. Haih, sya sebagai orang yang bertanya sangat tak puas hati dengan jawapan awak. Rugi bil aq tepon pejabat kewangan ni tahu tak.

Oleh itu, sya dengan harapan yang tinggi berharap kami pre law last sem dapat kad tu. Kami pon ada hak sebagai pelajar. Sila jangan nafikan hak kami. Dah tu klo depa kata kami kena amek masa degree, Puih aq x percaya. Mungkin masa bulan Mac nanti benda tu dah beku. Benda tengah panas ni laa kena amek awal2 kan. So, aq sanggup tunggu. Besok aq nak call tanya, dah ada ke belum kad tu tapi senyap aja. Haih penantian satu penyeksaan dan menyusahkan dan membazir masa, tenaga dan duitku.

2. Angah ada seminar SPM under Yayasan Bank Rakyat <ayah, mama n aq kan anggota bank ni> . Memang kitorang pergi sejak zaman UPSR lagi. Oh merepek sudaa. Seminar ni kat Kuala Kubu Baru. Yea, aq tau sangat jauh dari Puchong. Tapi tu je yang dapat. Dan pada mulanya ayah aq plan amek aq ari khamis terus balik. Hari jumaat amek angah dari SEPTECH. Hari sabtu dan ahad hantar angah ke KKB.  Ahad petang hantar angah balik ke asrama di Teknik Sepang (SEPTECH). Kesian ayah, penat kejar sana-sini demi anak-anak. Sila insaf. Along sayang ayah.

3. Then, bila dah jadi gini aq cakap kat mama biar aq lepak sini dulu sebab nak tunggu kad diskaun tu. Selain dari tu, aq nak settle sijil taekwondo dan tshirt kelab TKD yang masih x nampak bayangnya. Sijil tu sir suruh amek kat gym. Aq masih x berkesempatan nak ke sana memandangkan nak tunggu kak syu habis paper hari isnin.

4. Disebabkan dah bertukar ke plan B, my ayah n mama plan nak amek aq hari Sabtu-20hb Okt.Yang mana my family bertolak dan tidur di rumah pusaka di Ipoh pada hari Jumaat. Then, sabtu lepas suboh terus amek aq, transit barang, mama ajak makan kat Tat Nasi Ayam. Aih mama dah ketagih ke? Dah dua kali family aq makan kat sini. Padahal aq ada je nampak Tat Nasi Ayam before nak masuk LKSA tu. Pastu terus balik Terengganu sebab my tok n tokki suruh kutip buah rambutan barang sebakul dua bawa balik ke anak cucu dan besan. Memang tak berbaloi sebenarnya tapi sayang lah klo ada kebun tapi biar luruh gitu je. Nak jual suma orang kampung ada pokok rambutan tu, takde nilai buah rambutan di mata deme dan kami. Masya Allah kufur nikmat. Jadinya, ahad pagi kena bertolak balik sebab angah kena masuk asrama before 6pm. Septech sangat ketat peraturannya. Lambat walau seminit tulis nama kat balai pengawal.

5. Pastu aq rasa yang masalah sekarang adik dan angah yang stay kat hostel. Adik tu cuti terus sebab habis PMR. Yang Angah ni pulak sekolah dia buat Olimpik apa ntah. Pastu kiranya plan B ni dah cantik la kan. Walaupon ayah aq akan penat drive non stop for 3 days. Takpe mama ada. Aq bukan tak boleh drive, ayah yang x berani kasi aq drive dan kereta tu besau benau, aq takut la weh. Nanti nak potong x lepas, acano? Tetiba tadi, angah call kata dia ada seminar kejadah balik hari Sabtu. Oleh itu, aq menyarankan kepada beliau x payah ikut balik kampung. Tapi beliau dogei benau, nak juga ikut. Aq tak kira apa pon berlaku, aq kena balik before 23hb sebab aq ada speaking MUET.

Haa, aq rasa ni je la sebab-sebabnya. Benda yang aq kesalkan ialah tak dapat nak jar adik aq si Faris tu. Tu lah sapa suruh kau pulun study di saat akhir dan di saat along kau ada kat sini. Dan hari-hari aku menagis sebab kawan-kawan aq sorang demi sorang balik rumah. Huahua. Dan sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jua yang menetukan. Kun fayakun.

Eh, lupa plak hangpa layan video ni. Credit to Zana Zazara for make this lovely vidoe. Aq menangis tengok gambar kita dan lagu tu sungguh menusuk jiwa. YaAllah, YaRahman YaFattah YaAlim.
Syira sayang korang and may our friendships last forever.<dah banjir>

Friday, 12 October 2012

#Birthday

Assalamualaikum,

Hai, 12 Oktober 2012. Hmm what a great day as we as a pre lawrians part 2 dah Merdeka. Hari ni coursemates aq punya beday.since aq ni PEMALU <wootwoot,sila percaya> aq wish korang kat blog. Femes doe korang. Haha. Dan sekarang ni aq mungkin dah berada di rumah.

Sipakah mereka itu. Check it out! Ayat ni masa aq keja kat Macd dulu untuk ushar hotsetapp bhaii. Korang hostuff ke? Ahaks jawab ler sendiri.

1.Abdul Azim Razak
2.Amir Syafiq a.k.a Raub a.k.a Johnson


aq rasa gambar ni paling sweet dalam album hang.sebab tu aq rembat ni.haha



susah nak tengok si Raub ni senyum tahu.telinga lu capang la der.
sumpah sweet gambar ni.semoga hubungan kalian hingga ke akhir hayat. 


harus bergambor dengan hotsetap.muahaha

 
 
Dah ushar? Amacam tergugat iman x? Haha. Taklah. Mereka biasa2 sahaja kan. Untunglah share tarikh hari lahir yang sama. Weh, tapi sebenarnya si Azim tu tua setahun dari kitorang. HAHA. Pastu he's taken. <Kecewa la lu orang> Aq tak rapat sangat dengan diorang sebab kelas lain tapi kenal la. Apa guna ada account fb n twitter kan? Raub tu ada blog tahu, entry dia best wei. Kitorang stalk blog dia gelak guling2, sedih dan rasa cam nak sepak dia pon ada dengan ayat dia. Tapi sekarang dia x aktif berblog ataupon dia dah tukor ke blog lain. Ermm dikesempatan ini, keh nak kabo ke aok yang keh ketagih nak baca blog aok. Aok buat ler entry baru plok. Hehe.
So my wishes to both of you :
 
Happy Birthday. May Allah bless both of you n may your wishes come true. Semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi.
 
p/s: aq taip pada 2 oktober sebab takde masa nak update naty.konon.sobab eh mama n ayah wa datang amek wa lepas habis exam tu. Apo kono awai bonar? x dapek den nak enjoy last moment with pre lawrians. Sobab eh, adik den nak poie seminar SPM dan x de sape nak menghantor n mengambiknya dari SEPTECH.Choww.
p/s2: weh, aq x jadi balik hari ni, aq balik 20hb terus balik tganu. woohooo. best seh.



Sunday, 7 October 2012

Kenangan dMelbourne

 Assalamualaikum,

Supposely aq sedang mengulangkaji LAW2 and PSYCHO tapi hati aq sangat x tenteram di kala ini. 2 paper to go, rite. Jadinya aq kena bahagia la hendaknya kan. Tak wei aq sedang menangis sebab aq akan berpisah dengan segala yang ada di bumi Melbourne a.k.a Merbok ni.

Memang lah aq rasa bahagia sebab dah hampir menamatkan asasi undang2 di sini <Ya Allah, jauhkan lah hambamu ini dari repeat paper. Aamiin> tapi di sebalik itu aq WAJIB rindukan anda yang wujud dalam kenangan kita ketika di Merbok. Setahun tu dah cukup sepak terajang dalam dunia persahabatan kita. Ada yang sem 1 baik dengan aq, tetiba sem 2 dah ada kawan baru and vice versa.

Teman,
Ku rasakan baru semalam kita berkenalan,
Rupanya esok kita akan berpisah.

Sahabat,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
itulah lumrah hidup manusia di dunia ini.

 

Kawan,
Kau mengajarku erti kasih sayang,
semoga ukhuwah yang terjalin,
 sampai ke akhir hayat.





KPI0052B- NOV'11-OKT'12

Sekarang ni aq dah packing barang-barang sebab mama n ayah nak datang amek aq pada 11 Okt ni. Ya Allah bila aq pack barang, air mataku mula bergenang sebab aq tahu kita terlampau rapat. Sampai kawan2 aq pelik, hangpa roommates Ila ke Syira. Hehe. Setiap kali tu syira dok pk how i want to survive without all of u. But one thing for sure, we must move on. No matter what happen. Its a normal cycle happen in our life. Tapi, Syira janji yang sya x kan lupakan korang sampai bila2. Tapi klo korang yang dah menyombong, nak wat camne kan? <touching bhaii>

Syira dah banyak melalui step perpisahan  ni. Firstly, dengan kawan2 sekolah dulu, pastu dengan geng Macd and now dengan Merbokians plak. I always bear in my mind that setiap pertemuan pasti ada perpisahan sama ada berpisah hidup atau mati je. Dear myself, please be strong enough to face all this. Syira sayang korang sangat2 walaupon kekadang tu ada salah faham, x puas hati n whatsoever. Syira dengan ini ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki korang, halalkan makan minum sya dan klo sya ada hutang kat korang, do inform me.

Oh pastu korang tahu x betapa susahnya nak kekalkan friendship until die? Contoh, kawan sekolah dulu boleh kira dengan jari wei berapa yang still keep in touch. Itupon nasib baik ada facebook and twitter. Klo x, hmm hampeh juga. Ye aq tahu kita ada hidup kita sendiri. Ni baru belajar, klo dah berkarier dan beranak pinak, lagi lah jauhnya hubungan antara kita.

Tapi kan mama n ayah aq still keep in touch dengan kawan2 diorang masa study dulu. Tapi aq rasa mama n ayah aq lah yang mengeratkan silaturrahim antara mereka. Tetiap tahun, keluarga aq akan buat kenduri/open house during hari Raya. Pastu kawan2 depa semua pakat datang dan berkumpul la kat rumah hamba yang dKayangan Hights tu kan. <oh pelish la>

Ok entry ni bukannya aq tuju kat kak ana,kak syu n zana ja. Dak aih. Kami sedar yang kami ada banyak lovers and haters. <uhukuhuk, perasan sudaa> Tapi aq tujukan untuk semua yang mengenali aq terutama anda yang bergelar Pre Law students at UiTM Kedah, Pahlawan2 Taekwondo, Ahli Kabinet Masria 1, Ahli jemaah Arabic Club dan segalanya di sini menggamit kenangan. <aq promote klasik nasional>. Ok, sya minta maaf andai terkasaq bahasa, gurau over sangat and make u felt annoyed, saya menyusun 10 jari tangan sahaja minta maaf. Ucapan khas untuk Finie-my roommate. Thanx sebab sudi dengar syira membebel.


Mira,Bella n Iela-ni pon gambar part1.part2 bz katanya.cett
Kak Ana,Iela,Zana,Kak Syu-muka suci part one

 
Kalau ada sumur di landang, boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang, boleh kita berjumpa lagi.
 
Kalau korang dah sampai seru,
jangan lupa jemput aku.



Saturday, 6 October 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

 
Assalamualaikum
 
Blog oh blog? Benda apa plok ni? Tu lah yang terdetik di hati aq masa kawan-kawan aq dok promote blog masing-masing. First time dengar blog ni masa form 4 since kelas aq terbahagi kepada 2 which are Biology and IT students. Kat sini laa aq mula ushar blog2 mereka. Masa tu dalam hati dah terdetik nak buat blog tapi kat rumah x de internet. Jadinya tangguhkan dulu niat tu.
 
Then, dalam tahun 2010 ayah aq menyain kontrak bersama TM<amboi, ayat x boleh blah je>. Setiap kali balik sekolah, mesti ushar blog Mr. Kay. Sampai khatam lah semua entry dia, haish patutnya baca buku nak SPM. Kalau tak silap masa ni aq dah buat blog, tapi lupa password. Dan blabla buat blog baru pada April 2011.
 
Tujuan berblog sebab nak cerita suka duka pengalaman yang mendewasakan diri aq dan i need a medium to voice out what is in my heart. Weh, masa ni mana yang menyirap dengan budak2atau customer kat tempat kerja, memang aq cerita kat sini la gamaknya. Selain dari mama, ayah, angah dan adik yang dah bosan dengar cerita aq, kat sini lah aq luahkan segalanya.
 
Apa yang menarik dalam blog aq ni? Hmm, x tahulah tapi aq tulis based on my experience and via my observation. Ayat klise blogger kan. Pastu ada lah pernah baca, x ingat blogger mana yang quote benda ni. '' Memang lah sekarang ni cerita tu dipublish x de sapa baca, but one day pasti ada orang akan baca entry yang lepas-lepas tu''. And yup i am strongly agree with this statement sebab aq pon klo dah tangkap leleh cintan dengan ayat blogger tersebut, pasti belek entry lama-lama dia and if possible aq akan baca semua. So, i just write what i want. But, the main stream of my blog is about my life.
 
Idola dalam dunia blog ni ialah bro BenAshaari dan Mr.Kay. Pastu aq sangat suka baca blog yang simple n to be honest i love to read someone life. Its fun babeh. Lepas tu based on their story just make it yang mana baik jadikan pengajaran, yang mana buruk jadikan sempadan. Ok, get it?
 
 
Ada orang kata blog ni buang masa? Hey, talk to my hand please. Bila kita buat sesuatu yang kita minat, kita takkan rasa yang kita membuang masa. Klo aq kata main PES,DOTA n segala tu buang masa, mesti kau marah kan? So, Sama je lah dengan blog.  In fact, kat sini kita boleh share pengalaman, bertukar-tukar pendapat, mengasah bakat penulisan yang terpendam dan bertemu jodoh kawan.
 
Pastu kan, aq rasa klo blogger tu lelaki lagi la super duper awesome. Tak tahu lah kenapa it just like, susah tahu nak tengok/dengar lelaki ni cerita real story about their life. Pastu ni kawan aq lah kata, klo lelaki ni menulis < i mean ada blog>  that's means this type of guys are romantic. Ahaks. I dont know.
 
Then, aq nak bagi analogi la kan. Ada kawan aq ni kat luar nampak tersangat lah pendiam n serius gila la. Tetiba satu hari tu, aq TERjumpa blog dia. Then u know what, i felt like i am fall in love with u bro. Argh, so proud of u sebab hati kau yang sangat suci sebagai seorang anak. Dengan berblog juga, aq rasa sebagai satu terapi untuk hilangkan stress.
 
Lastly, aq ni jenis suka tulis dan cakap panjang-panjang dan lama. Tapi klo cakap tu dengan orang yang aq kenal sahaja ok. Buat blog sebab facebook n twitter x mampu nak loading ayat2 aq. Haha, cam sengal je.
 
p/s:1st time la aq join segmen Lyssa ni. Tetiba terdetik nak join.
p/s2: banyak plak 'terdetik' dalam entry ni. jom nyanyi sedetik lebih.
Dah siap entry ni, wa nak poie lunch.pastu sambung stadi law3.
 
 



Wednesday, 3 October 2012

pahang ke faham?

Assalamualaikum

Dulu kat sekolah selalu cikgu tanya mende ni-Kamu Faham ke pahang? Hmm, seriously aq x tahu apa relation between faham n pahang? Ahh gasak la. Apa yang aq nak cerita is about orang pahang. Err, aq tak tahu la nak bagi term apa. Alaa korang baca dulu isi dia pastu pk la tajuk apa yang sesuai ye.

Ok, in my opinion jejaka pahang ni sangat la sweet talker, ayat lembik leheiaq bak kata orang penang dalam blog la tapinya. In reality, aq tak tahu lah. Pastu, aq rasa diorang punya pemikiran tu matang n open. Contoh, gangster lipis, Mr.Kay dan raub a.k.a johnson. Weh,seriously aq jatuh cinta dengan blog korang. Dah rasa cam ketagih nak baca lawak + sarcasm korang.

Next, aq suka gila bahasa a.k.a dialek deme. Gila semangat kepahangan sungguh rasanya. Keh start blajo base pahang ni dengan Sabariah. Dia orang Temerloh. Masa tu kitorang sama2 kerja kat Macd Puchong Permai. Mula2 tu, aq ingat dia cakap saya-awak dengan aq. Rupanya dia cakap aok-keh. Dan masa tu aq tersangat lah peliknya. Sampai Tercengang aq wei masa tu. Pastu lama2 aq dah biasa, crew2 lain plak tercengang tengok aq ngan Saba dok ber aok-koi nya. Oh pastu, kat store aq tu ada banyak la juga orang pahang rupanya. Anisa, Kak Ct, Kak Tijah. Hmm lagi lah berpuak jadinya. Aq rasa sebab ni lah aq makin rapat dengan deme. Haha.

Next, classmate aqAisyah Hamid a.k.a Ecah. Dia ni orang Raub. Sama tempat le dengan si Amir tu. Setiap kali IM guna bahasa pahang. Pastu,apa lagi keh suruh ler si ecah ni ngajor keh dengan lebih mendalam lagi dan kitorang mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Nampak permainan dia? Nak tambah lagi aq kawan plok ngan Aina budak temerloh. Hmm lagi lah bertambah kepahangan aq.

Keh ni sebenarnya  ramai kawan orang Pahang. Contoh si Ila n Bella. Tapi deme x de plak cakap pahang walau sebutir pon. Almaklomlah sorang orang Kuantan. Budak bandar memang begitu. Eh bukan. Yang Bella plak walaupon dok kat Jerantut tapi parents dia orang kelantan. Pastu sepupu aq, lagi lah setabuk pon x de kluor pahangnya, orang balok, memang gitu. Sampai aq balik kg ari tu tanya la dia bahasa pahang. Abang Akim aq kata x tau. Puih,rugi dok kat pahang, klo aok x tahu menda pasal dialek dia yang superb tu.

Ni jawapan balas deme bila keh mengkritik deme pasal x tau dialek pahang. Aok kena tahu satu benda, kat pahang dia macam pertemuan antara 2 negeri, iaitu kelantan dan terengganu. So, anak2 akan didik either one of the languange. Hmm klo cam mak ngah aq-klate, ayah ngah-ganu. anak2 dia cakap kl la gamaknya.

Tapi, x tau lah kenapakah aq suka amat dengan pahang. Siap suruh ecah carikan calon suami orang pahang lagi. Huahua. Gila la. Dekat siket klo nak balik kampung. Selangor-Pahang. Dah alang2 tu terus balik kampung ayah kat Terengganu. Nampak penjimatan masa depan di situ.

Tuesday, 2 October 2012

Selfish 2

Sobab eh, si Farah tu beriya-iya nak ikut pulak ke DP. Mengada betui la aok ni. Pastu, Abang Amin dok sakan mesej Nani suruh cepat, nanti sate habis. Haih kalau ikut kata hati mereka yang sedang kebuluran dari pagi tak makan tu, mao je si Ain dan Nani tu blah dan tinggalkan si Farah, Tapi apa kawan2?


Kawan diutamakan, nafsu sendiri dibelakangkan. Suka-suki je aq ubah peribahasa ye dak? Lepas tu, si Ain yang kat mata dia terbayang-bayang sate tu pon mesej la si Maria, konon taknak mengganggu konservasi antara Farah dengan Sir Sany. Nampak tak betapa si Ain care about Farah, tapi Farah ada kesah semua tu? Hampeh.


Si Maria tu pon reply, kejap je lagi. Ok legalah sikit hati si Ain. Oh, dalam masa yang sama pakcik tu pon datang. Weh, malu-malu alang la mereka sebab buat cam kedai sendiri. Tapi pakcik tu relaks je, siap suruh pasang CD nasyid lagi. Tapi malangnya x reti boleh pasang sebab ada masalah teknikal. Klise.


Pastu, apa lagi disebabkan takde duit nak beli walau sebuah buku mahupon sekeping CD, mereka blah dari situ dan lepak kat astaka depan DS tu pulak. Amboi, duit nak perabih kat DP ada plak, bila bab2 agama teruih kata nak jimat duit. Nilah manusia. Insaf seketika.Memang sekejap la wa tunggu lu, cerita dia kan.


Dalam pada itu, si Ain dan Maria sempat lah berbalas-balas mesej dalam 2-3 konservasi. Then, syukur Alhamdulillah kelihatan kelibat 2 orang manusia yang dikenali sambil dalam hati dok teringat ke sate nun. Apa lagi, buat-buat baik tanya. Apa cer tadi? Cerita la pot pet pot pet sambil jalan. Sampai kat persimpangan antara nak balik ke kolej dengan nak menuju ke DP, boleh plak si Farah kata lebih kurang gini laa;
'' Korang pergi la DP tu, aq nak call ma aq la nak diskus pasal tuttuttut.'' (Farah, 2012)
 
 
Damn. Ain pandang Nani dan Nani pandang ke Ain sambil buat muka Wadefak.<ok rekaan semata-mata>  Ain terus jalan tanpa memandang langsung ke muka Farah sebab kecewa teramat sangat. Dan sepanjang jalan tu Ain mencarut. Ye, Ain tahu x baik mencarut tapi Ain puas. Then, apa function kitorang tunggu kau dari tadi. Ye inilah manusia yang bangang, pentingkan diri sendiri je.
 
 
Farah langsung tak rasa bersalah sebab dia dah biasa buat kawan2 dia camtu. Apa salahnya kalau sambil jalan tu kau tepon ma kau,hah? Haih keh tak faham betei ngan aok ni la. G balik pahang nuh blajo budi bahsa sket.
 
 
Lepas dah puas maki, masuk dalam DP dapat feel aircond. Baru sejuk siket rasa hati ni. Pastu pusing2 perabih duit beli kek lapis Sarawak dan kek batik. Oh lupa, masuk2 DP kecewa sebab lalu kat kedai sate abang Amin, tengok mereka sudah kemas2 menunjukkan sate mereka sudah habis dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Puih, ni semua hang punya pasal, kalau tak aq dapat merasa sate pelbagai perasa tu tahu dak.
 
 
Tapi, nasib baik Nani baik dengan abang Amin. Peers Club diutamakan ok. HAHA. Rupanya, dia simpankan sate barang 10 cucuk untuk Nani. Abang, terima kasih sangat. Takdelah kitorang kempunan nak makan sate perasa tomyam n etc.

Pengajaran dari cerita di atas ialah sila jangan pentingkan diri sendiri ye kawan-kawan. Sila fikirkan perasaan dan masa orang lain sama. Ok?
 
 
p/s:gila susah nak buat cerkon based on real story. Susah sebab nak wat ganti diri tu konon2 orang lain. muahahaha. dapat idea wat cerkon after aq dah khatam suma entry budak lepihh.
p/s2:amboi aok ni.mentang2 baru habis satu paper, lupa diri ye. ok keh nak blah study for next peyperrr.
p/s3: cerita diedit. rekaan + realiti.


Selfish 1

Assalamualaikum

Ain dan Nani bercadang untuk pergi ke VIVA <something like jualan tu>pada pukul 2 pm. Then, diorang pon ajak la roommate diorang yang lagi sorang tu, Farah. Nanti sentap plak kalau x ajak join sekali. Pastu, Farah kata taknak pergi sebab nak study katanya. Ok, Ain dan Nani tak kesah pon. Diorang pon bersiap. Tetiba, bila dah siap tu si Farah kata nak ikut pulak. Haih tadi kata taknak ikut, la ni lain pulak jadinya. Nak kena tunggu dia siap yang mak aih, kalau Ain dan Nani jalan dah kompem sampai dan boleh melantak barang 10 cucuk sate. Tudung senget siket, tak boleh. Pergi gosok balik.

Ok demi roommate, mereka tunggu juga. Katanya nak pergi jumpa sir Sany minta surat sokongan. Pastu, dah sampai kat Mahsuri, dia kata nak tunggu Maria pulak. What? Kalau lah Ain dan Nani tahu dia ada kawan nak temankan tak payah la mereka berdua ni beiya menunggu si Farah ni siap tadi. Haih.

Pastu, nak tunggu Maria ni pulak satu kerja. Dan Maria pon terkejut, kemain ramai nak pergi jumpa sir Sany. Nampak tak betapa Farah suka melibatkan kawan2 dia yang x de benefit sama. Kalau dia tahu, Farah dah ada teman, Maria lebih rela duduk dalam bilik-study. Tapi apa boleh buat, demi kawan aq temankan jua.

OTW tu bersembang la mereka tentang tujuan mereka keluar bersama- sama tu. Dah alang-alang tu ajak la sekali si Maria tu join pergi DP perabih duit kan. Mana boleh habiskan duit sorang2 dia kena berjemaah. Baru lah dinamakan kawan sehidup semati bersama. Pastu, Maria kata taknak ikut pergi DP sebab dia pakai tracksuit je. Haih kalau Ain lah, Ain tak kisah asal menutup aurat sudah. Kisah plak aq orang nak kata apa? Tapi tu persepsi Ain bukan Maria kan.

Pastu, Ain tak kisah pon Maria taknak ikut. Ain bukanlah seorang yang suka memaksa, dah orang taknak tu. Taknaklah, tak faham bahasa ke hah? Tapi si Farah yang sangat bijak dalam memujuk a.k.a memaksa orang ni kemain dok mengayat si Maria suruh ikut ke DP. Tapi cuba kalau si Farah tu kat tempat Maria, Ain berani bet jogging 10 pusingan dari Masria ke Mahsuri la. Dia tu nak pergi beli nasi pon nak berjeans dan gosok tudung dan baju.Oh lupa, orang cantik memang begitu. Ain pergi pakai tracksuit, tshirt, kardigan, tudung sarung. Dah siap, takperlu buang masa nak menggosok bagai setakat nak makan tak sampai 10 minit tu. Puih.

Pastu, dah sampai kat Dewan Sarjana, Ain kata kat Farah yang dia dan Nani tunggu kat DS je. Malas nak naik ke tingkat tiga nun. Lagipon nak buat apa tercongok tunggu aok pung pang pung pang kat dalam tuh, sedangkan kitorang jadi cam orang bodoh dok nunggu kat situ. Haih. Nak dijadikan cerita pada hari tersebut, ada jualan buku2 agama kat area DS tu. Oleh itu, si Ain dan Nani pon duduk melepak kat situ jadi jurujual, tukang promote dan segala lah. Memandangkan pakcik tu pergi solat dan makan. Nampak tak betapa setianya roommates beliau menunggu beliau.


Tapi kenapa Ain dan Nani tak pergi je terus ke ViVA yang diadakan di Dewan Perdana tu dari dok tercongok nunggu bulan jatuh ke riba. Eh salah plok, dok nunggu kawan baik dia? Eh, awok ni, tak paham ke, kita sayang roommate kita la. Kita taknak dia kecik hati ngan kita tahu.

BERSAMBUNG KE EPISOD SETERUSNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...