Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 14 October 2012

Adik ku sayang

Assalamualaikum

Hai entry hari ni untuk promote adik sendiri. Eh silap, nak tunjuk kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Boleh macam tu? Hikhok. Layan je lah.

Ok adik means yang paling bongsu dan manja dalam keluarga aq? Eh ye ke, hmm boleh lah. Tapi aq sayang angah dan adik sama je. Klo aq marah pon sama je, takde pilih kasih. Nak pilih kasih sangat pergi audition. Untung-untung dapat jadi pelakon tambahan.

Nama mamat ni ialah Muhammad Faris Yusri bin Mubi. Sedap ke nama dia? Yea sedap doe, sumpah jeles. Kenapa nama kau sorang je yang panjang berjela? Mungkin sebab kau sorang anak lelaki a.k.a waris keluarga Mubi, huh? Mungkin sebab kau anak bongsu? Apa-apa pon memang kau lah yang untung wahai adik. Aq prefer panggil Faris dari Yusri sebab rasa cam manja, moden n ala2 Yusri KRU plak kan. Aq bukannya dengki dengan kau tapi...

Adik aq ni sedang menuntut di Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Jemaah(SAMTTAJ), Syeksyen 11, Shah Alam. Ramai plak kawan aq n angah kat sini. Klo kau buat perangai malu aq dik oi. Dah laa depa kenai kakak2 kau. Uhukuhuk tetiba rasa femes. Sekarang dia sedang menghabiskan tak silap aq lagi 2 paper PMR. Last peyper is Bahasa Arab Komunikasi kot klo x silap la since aq bukannya budak SMA/SAM. Aq cuma budak SMK. Tu la masa dapat offer sekolah agama kat hulu selangor kemain berlagak. Takde kawan la apa la. Angah dan adik dua-dua masuk sekolah agama after result mumtaz dalam PSRA.
Peminat setia LIVERPOOL. You will never walk alone. Eh ye ke? Kesah plak. aq kan forever MU.

ada nampak gaya budak SAM x? ni gambar raya haji tahun lepas.



muka bajet comey dan manja. Pastu suka tiru ayat dalam cerita DoReMi tu: ''Muka ada senyum''
Adik ku ni memang suka berjenaka.



Apa yang aq nak cerita pasal adik aq ni ialah dia sangat malas study. Klo study game bola tu takpe 24/7 tolak makan dan solat. Tapi apa yang aq jeles gila dengan dia, dia boleh score lebih baik dari kakak2 dia bila peksa betul2. Contoh masa UPSR dia dapat 4A1B Walaupon x pulun study. Ok mungkin UPSR tu celah gigi dia je kan. Tapi ada orang kata budak lelaki ni diorang fokus dalam kelas je. Then, tabiat dia study last minit. Dia buat latihan asal siap dan habis satu buku dah. Woi, aq cukup stress mengajar adik sendiri. Aq plak jenis yang tak reti buat latihan tanpa buat rujukan. Nak ajar orang pandai, cikgu kakak yang nak mengajar tu yang kena sediakan segala-galanya waima sebatang pen dan sebuah buku latihan. #Fakta Nampak betapa aq sayang kat kau Faris oi. Dasar pemalas.

Then, 2 minggu sebelum PMR dia telah mendapat seru/ petunjuk/dah memang tabiat dengan pulun study sampai mama aq takut tengok dia yang semakin susut. Sampai ayah aq suruh dia tidur/rehat, jangan study dah. Tapi dia kata ''adik ada masa untuk study lagi''. Ya Allah, i'm so proud of u, adik. Kat sekolah dia dok pulun kelas tambahan sampai kol 11 malam every day. Pastu cikgu bagi homework, esok pagi hantar/check sama2 dalam kelas. See, no wonder pelajar sekolah ni mantap2 resultnya. I hope u will be one of them, adik.

Pastu, balik rumah dia tak on9 langsung yang mana tabiat dia klo turun je dari motor ayah hari Jumaat, WAJIB on9 sampai ayah ajak balik rumah. Dia terus buka buku-buat latihan. Keesokan harinnya, dia ajak mama aq pergi beli buku kat Idaman. Then, mama aq pon walaupon sakit lagi masa tu, tapi demi melihat anak lelakinya semangat nak belajar pergi lah beli buku. Dan oh lupa bagi tahu disebabkan dia study non stop, dia request kat mama gulai ikan dengan pucuk paku masak lemak. Walaweh kecur air liur aq. And again my mama dengan sakit perutnya masak demi anak tercinta.

Pastu mama aq kata balik je dari beli ikan dan buku, dia tolong kupas bawang segala, terus buat latihan kat buku baru. Wah, my mama so impressed with him and called me and tell the whole 2 days story about my lil bro. Dan sejak aq start final exam-1st Oct, he keep called me at morning before he went to school and at afternoon which is the time i always slept. Wah, nampak nau hang perlukan aq kan. Ahaks. Seriously aq nak spend masa ajar kau dik, tapi masa tak mengizinkan.

Dan apa yang aq sedih n kesal bila dia berharap sangat aq boleh ajar dia Math. Kengkonon aq balik hari khamis hari tu,sempatlah nak ajar dia dalam masa 2 hari. Sampai aq bagi cadangan kat mama nak balik naik bas semata-mata sebab nak ajar adik. Tapi mama aq kata membazir dan adik boleh belajar sendiri. Takpe aq doakan kau ok. Math je pon. Kau kan suka subjek Math ni.

Pastu, dia dah cakap dia nak keluar dari sekolah tu sebab x mao amek SMA masa form 4 naty. Heh, whats the matter with SMA? Sampai angah pon cabut lari ke Septech. Susah sangat ke? Berlambak je kawan2 aq n angah score SMA ni. Klo aq lah kan dah alang2 masuk sekolah agama, aq ambik semua PSRA-SMA-STAM. Baru lain dari yang lain dan mencabar beb. Nanti boleh pergi Mesir, Jordan n etc. Kau mampu? Cakap memang senang cuba aq yang pergi sana amek peksa, acano?

Apapon, along harap kau dah buat yang terbaik untuk PMR kau ni. PMR takde menda, SPM tu yang penting. Along sangat berbangga ada adik cam kau. Take care, jangan nakal, fly sana sini, n etc. Aq tahu kau hisap rokok, siap kau. Klo ikutkan hati aq yang jahat ni, nak ja aq letak pilihan sekolah teknik tu kat sabah atau sarawak. Tapi aq pk balik, kang klo aq rindu kat kau macam mana nak pergi melawat kau plak kan. Klo area selangor, kl, n9 dan melaka larat lagi aq berulang tetiap bulan nak jumpa kau.

Angah sungguh kejam bila dia memaksa adik aq dan sepupu2 mengambil course Kejuruteraan Awam a.k.a Kejut Awam<jangan sampai terkejut beruk sudah la> Civil Engineering. Hmm gasak kau la dik. Kau yang nak belajar. Katanya dulu nak jadi pilot. Apa lah kau ni dik tak tetap pendirian betul. Eceh, gamak kakak dia ada pendirian masa depan segala.

Lastly, along sayang kau sampai mati. Eh mestilah darah daging aq. Adik ada 2 orang je, it is a must that both of u, mama n ayah are my priority forever.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...