Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 13 October 2012

Kenapa tak balik lagi?

Assalamualaikum,

Mengikut perancangan awal, aq balik semalam lepas habis exam. Tapi x jadi balik disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Aq nak tunggu kad i-siswa yang bagai menunggu bulan jatuh ke riba je.  Asal aq kata gitu? Sobab eh pada 8 okt 2012 dengan semangat wajanya kitorang buat rombongan cik kiah ke bahagian kewangan. Konon nak amek kad diskaun yang kerajaan bagi tu. Dengan niat, boleh joli katak lepas habIs exam. Nampak niat dia. Then, aq expect para pelajar akan membanjiri dari tingkat 1 hingga ke tingkat 3 bangunan pentadbiran. Tapi jangkaanku meleset. Punya la penat mendaki tangga ke tingkat 3, last2 puan tu kata pergi baca notis kat luar yang mengatakan :

Kad tersebut akan diedarkan MULAI 8 OCT. Aq besarkan sebab yang hangpa dok kecoh post kat fb tu untuk UiTM Shah Alam je, get it? Kita kena sedar diri, kita ni cawangan je. Ok pastu kitorang pon balik dengan rasa kecewa tahap cipan. Klo aq tau baik aq study, tidur duduk dalam bilik. Then, kitorang sangat la curious nak tau pre law part 2 dapat ke tak dan aq plak nak tahu bila boleh dapat.

Cerita dia aq ni memang suka mendesak. Dia kata next week baru tahu. As dia sebagai orang yang bertanggungjawab di bahagian kewangan tu pon tak tahu. Haih, sya sebagai orang yang bertanya sangat tak puas hati dengan jawapan awak. Rugi bil aq tepon pejabat kewangan ni tahu tak.

Oleh itu, sya dengan harapan yang tinggi berharap kami pre law last sem dapat kad tu. Kami pon ada hak sebagai pelajar. Sila jangan nafikan hak kami. Dah tu klo depa kata kami kena amek masa degree, Puih aq x percaya. Mungkin masa bulan Mac nanti benda tu dah beku. Benda tengah panas ni laa kena amek awal2 kan. So, aq sanggup tunggu. Besok aq nak call tanya, dah ada ke belum kad tu tapi senyap aja. Haih penantian satu penyeksaan dan menyusahkan dan membazir masa, tenaga dan duitku.

2. Angah ada seminar SPM under Yayasan Bank Rakyat <ayah, mama n aq kan anggota bank ni> . Memang kitorang pergi sejak zaman UPSR lagi. Oh merepek sudaa. Seminar ni kat Kuala Kubu Baru. Yea, aq tau sangat jauh dari Puchong. Tapi tu je yang dapat. Dan pada mulanya ayah aq plan amek aq ari khamis terus balik. Hari jumaat amek angah dari SEPTECH. Hari sabtu dan ahad hantar angah ke KKB.  Ahad petang hantar angah balik ke asrama di Teknik Sepang (SEPTECH). Kesian ayah, penat kejar sana-sini demi anak-anak. Sila insaf. Along sayang ayah.

3. Then, bila dah jadi gini aq cakap kat mama biar aq lepak sini dulu sebab nak tunggu kad diskaun tu. Selain dari tu, aq nak settle sijil taekwondo dan tshirt kelab TKD yang masih x nampak bayangnya. Sijil tu sir suruh amek kat gym. Aq masih x berkesempatan nak ke sana memandangkan nak tunggu kak syu habis paper hari isnin.

4. Disebabkan dah bertukar ke plan B, my ayah n mama plan nak amek aq hari Sabtu-20hb Okt.Yang mana my family bertolak dan tidur di rumah pusaka di Ipoh pada hari Jumaat. Then, sabtu lepas suboh terus amek aq, transit barang, mama ajak makan kat Tat Nasi Ayam. Aih mama dah ketagih ke? Dah dua kali family aq makan kat sini. Padahal aq ada je nampak Tat Nasi Ayam before nak masuk LKSA tu. Pastu terus balik Terengganu sebab my tok n tokki suruh kutip buah rambutan barang sebakul dua bawa balik ke anak cucu dan besan. Memang tak berbaloi sebenarnya tapi sayang lah klo ada kebun tapi biar luruh gitu je. Nak jual suma orang kampung ada pokok rambutan tu, takde nilai buah rambutan di mata deme dan kami. Masya Allah kufur nikmat. Jadinya, ahad pagi kena bertolak balik sebab angah kena masuk asrama before 6pm. Septech sangat ketat peraturannya. Lambat walau seminit tulis nama kat balai pengawal.

5. Pastu aq rasa yang masalah sekarang adik dan angah yang stay kat hostel. Adik tu cuti terus sebab habis PMR. Yang Angah ni pulak sekolah dia buat Olimpik apa ntah. Pastu kiranya plan B ni dah cantik la kan. Walaupon ayah aq akan penat drive non stop for 3 days. Takpe mama ada. Aq bukan tak boleh drive, ayah yang x berani kasi aq drive dan kereta tu besau benau, aq takut la weh. Nanti nak potong x lepas, acano? Tetiba tadi, angah call kata dia ada seminar kejadah balik hari Sabtu. Oleh itu, aq menyarankan kepada beliau x payah ikut balik kampung. Tapi beliau dogei benau, nak juga ikut. Aq tak kira apa pon berlaku, aq kena balik before 23hb sebab aq ada speaking MUET.

Haa, aq rasa ni je la sebab-sebabnya. Benda yang aq kesalkan ialah tak dapat nak jar adik aq si Faris tu. Tu lah sapa suruh kau pulun study di saat akhir dan di saat along kau ada kat sini. Dan hari-hari aku menagis sebab kawan-kawan aq sorang demi sorang balik rumah. Huahua. Dan sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jua yang menetukan. Kun fayakun.

Eh, lupa plak hangpa layan video ni. Credit to Zana Zazara for make this lovely vidoe. Aq menangis tengok gambar kita dan lagu tu sungguh menusuk jiwa. YaAllah, YaRahman YaFattah YaAlim.
Syira sayang korang and may our friendships last forever.<dah banjir>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...