Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum

Hai korang, apa kabor? Moga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. So, korang beraya kat mana? Kampung ke bandar? Haha, mana2 pon sama je as long as we celebrate this big day for Muslims. Ok ayat nak menyedapkan hati sendiri.

Eh korang tahu tak sebenarnya kita sepatutnya seWAJIBnya melebihkan/memeriahkan/meraikan dengan gilang-gemilang Hari Raya Aidiladha ni sebagai mengenang dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang telah mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Tapi kita lebih pentingkan dan besarkan Hari Raya Aidilfitri. Klo hari raya haji atau korban ada kita beli baju baru, kuih-muih, tukar langsir,perabot dan macam2 lagi. Kononnya berjimat, recycle je baju lama. Cer klo raya Aidilfitri, ada ko nak recycle baju taon lepas, ado? Check balik diri kita, orang kabo muhasabah diri.

So, sempena Hari Raya Aidiladha ni aq sekeluarga beraya di ..... Aq pon tak tahu nak kata lagu mana. Sobab eh, mama, aq dan angah beraya di rumah maksu-Bandar Putera, Jalan Kebun,Klang. Esok pagi In Sha Allah kami akan solat sunat hari raya di Masjis Negeri Shah Alam. So, klo jumpa aq tu tegur la ye. Hehe. Pastu ayah dan adik raya kat rumah-Puchong Intan. Lepas solat raya baru mai sini. Ayah aq masuk korban kat kawasan perumahan aq. Pastu dengar ceritanya lembu ada 13 ekor campur sumbangan dari YB mana ntah. Ayah aq kan orang kuat makan bab lapah-melapah ni. Kengkonon la kan. Pastu depa akan sembelih lembu 2 hari la sebab banyak kot. Dah lah esok masa singkat, nak solat Jumaat lagi. Pastu, majority penduduk di kawasan tersebut pulang ke kampung halaman masing-masing. <skema gila ayat>

Pastu petang esok, kitorang gerak balik Puchong sebab opah Ina buat kenduri tahlil kat Kampung Kenangan. Ada la feel kampung sket kan. But seriously selagi tak keluar dari kawasan Selangor bagi aq itu bukan kampung. Muahahaha. Hari Sabtu lepas ayah aq selesai sembelih lembu, bertolak ke Klang balik dan tidur sini. Ahad busy menghantor penumpang2 inova ekspress ke SAMTTAJ dan SEPTECH.

Tadi hujan agak lebat. Keluarga makcik datang hantor ketupat,kuah kacang, nasi minyak dan rendang ayam. Petang tadi kitorang pergi amek lomang kat rumah kawan maksu di Jalan Kebun. Rumah dia kemain besau. Dia cikgu, laki dia kontraktor dan orang kuat BN la. Tapi dia simple gila beb, pakai kain batik je kat rumah. Wa salute sama lu. Pastu cadangnya malam ni nak masak rendang kerang kat luar tapi sebab hujan, kita masak kat dalam je. Haha. Aq tolong tengok dan merempit p beli barang mana yang x cukup.

Saya tak bercadang nak tulis panjang2 tapi inilah jadinya bila tangan dan idea selari. Haha. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H. Makan daging tu jangan tak ingat dunia. Sat g hang kena kolestrol la apa lah. Jaga diri, jangan makan daging banyak sangat. Oh di kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf andai ada hati yang terluka dengan perbuatan saya.

2 comments:

  1. Ziarah malam raya..=) selamat hari raya qurban..=)

    ReplyDelete
  2. thanx ziarah sini. Selamat Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...