Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 2 October 2012

Selfish 1

Assalamualaikum

Ain dan Nani bercadang untuk pergi ke VIVA <something like jualan tu>pada pukul 2 pm. Then, diorang pon ajak la roommate diorang yang lagi sorang tu, Farah. Nanti sentap plak kalau x ajak join sekali. Pastu, Farah kata taknak pergi sebab nak study katanya. Ok, Ain dan Nani tak kesah pon. Diorang pon bersiap. Tetiba, bila dah siap tu si Farah kata nak ikut pulak. Haih tadi kata taknak ikut, la ni lain pulak jadinya. Nak kena tunggu dia siap yang mak aih, kalau Ain dan Nani jalan dah kompem sampai dan boleh melantak barang 10 cucuk sate. Tudung senget siket, tak boleh. Pergi gosok balik.

Ok demi roommate, mereka tunggu juga. Katanya nak pergi jumpa sir Sany minta surat sokongan. Pastu, dah sampai kat Mahsuri, dia kata nak tunggu Maria pulak. What? Kalau lah Ain dan Nani tahu dia ada kawan nak temankan tak payah la mereka berdua ni beiya menunggu si Farah ni siap tadi. Haih.

Pastu, nak tunggu Maria ni pulak satu kerja. Dan Maria pon terkejut, kemain ramai nak pergi jumpa sir Sany. Nampak tak betapa Farah suka melibatkan kawan2 dia yang x de benefit sama. Kalau dia tahu, Farah dah ada teman, Maria lebih rela duduk dalam bilik-study. Tapi apa boleh buat, demi kawan aq temankan jua.

OTW tu bersembang la mereka tentang tujuan mereka keluar bersama- sama tu. Dah alang-alang tu ajak la sekali si Maria tu join pergi DP perabih duit kan. Mana boleh habiskan duit sorang2 dia kena berjemaah. Baru lah dinamakan kawan sehidup semati bersama. Pastu, Maria kata taknak ikut pergi DP sebab dia pakai tracksuit je. Haih kalau Ain lah, Ain tak kisah asal menutup aurat sudah. Kisah plak aq orang nak kata apa? Tapi tu persepsi Ain bukan Maria kan.

Pastu, Ain tak kisah pon Maria taknak ikut. Ain bukanlah seorang yang suka memaksa, dah orang taknak tu. Taknaklah, tak faham bahasa ke hah? Tapi si Farah yang sangat bijak dalam memujuk a.k.a memaksa orang ni kemain dok mengayat si Maria suruh ikut ke DP. Tapi cuba kalau si Farah tu kat tempat Maria, Ain berani bet jogging 10 pusingan dari Masria ke Mahsuri la. Dia tu nak pergi beli nasi pon nak berjeans dan gosok tudung dan baju.Oh lupa, orang cantik memang begitu. Ain pergi pakai tracksuit, tshirt, kardigan, tudung sarung. Dah siap, takperlu buang masa nak menggosok bagai setakat nak makan tak sampai 10 minit tu. Puih.

Pastu, dah sampai kat Dewan Sarjana, Ain kata kat Farah yang dia dan Nani tunggu kat DS je. Malas nak naik ke tingkat tiga nun. Lagipon nak buat apa tercongok tunggu aok pung pang pung pang kat dalam tuh, sedangkan kitorang jadi cam orang bodoh dok nunggu kat situ. Haih. Nak dijadikan cerita pada hari tersebut, ada jualan buku2 agama kat area DS tu. Oleh itu, si Ain dan Nani pon duduk melepak kat situ jadi jurujual, tukang promote dan segala lah. Memandangkan pakcik tu pergi solat dan makan. Nampak tak betapa setianya roommates beliau menunggu beliau.


Tapi kenapa Ain dan Nani tak pergi je terus ke ViVA yang diadakan di Dewan Perdana tu dari dok tercongok nunggu bulan jatuh ke riba. Eh salah plok, dok nunggu kawan baik dia? Eh, awok ni, tak paham ke, kita sayang roommate kita la. Kita taknak dia kecik hati ngan kita tahu.

BERSAMBUNG KE EPISOD SETERUSNYA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...