Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 27 November 2012

#Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

Hai, i miss my blog so much. Actually aq ada idea tapi malas nak taip. Ni just nak update siket sebab cam dah lama x update.

So, it just a short vacation with my family members. Aq mohon cuti Isnin dan Selasa. Actually aq ada benda nak buat kat Kedah. Dah alang2 tu, jenjalan la sekali since angah punya next paper on 5 Dec. Sangat susah klo kita terikat dengan tanggungjawab sebagai pekerja. Nak cuti pon susah sampai aq kena tarik cuti bulan depan. Oh lupa nak bagi tau, setiap minggu aq cuti hari Isnin. Tapi sepanjang sebulan aq kerja ni, jarang aq cuti on time. Mesti aq tukar sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.

Ok, let proceed with the family trip to Perak-Kedah-Penang. Hmm dah alang-alang tu sekali 3 negeri kita terjah. Oh lately keluarga aq merentas banyak negeri. Ayah aq dah x larat nak drive jauh2, so tukar ngan mama. Aq ni bukan x boleh drive cuma ayah kata 'x de pengalaman lagi'. Jadi ayah x berapa yakin dengan kemampuan aq. So, x dapek la den nak nolong.

And my trip always start around 4am. Kitorang selalu bertolak time camni sebab x banyak kereta and ayah ada tenaga siket lepas dah tidur a few hours. Betapa gigih bangun awal pagi, mandi air sejuk cam ais. Tapi klo dalam kepala tu dah set nak pergi jenjalan, semua tu dapat diatasi. Oh tapi hari tu kitorang bertolak around 4.30pm sebab angah habis paper 3.30pm and ada rezeki masuk.<daus hantar buku suruh photostate>. Oh man, betapa aq rasa lama gila nak sampai Ipoh sampai nak muntah sebab kelaparan teramat sangat.

Ini semua sebab sangkut kat area Damansara, waktu kemuncak orang balik kerja kan. Pastu hujan, kena bawa hati-hati-jalan licin. Dan sampai Ipoh kol 10++pm. Terus pergi makan kat area Tengku Hussin. Kat kedai ni ada pakej yang murah untuk family. Makan ikan siakap 3 rasa, telur bistik, paprik campur, sup perut, nasi putih 4. Kitorang tambah nasi lagi 3 pinggan. Oh yang set kitorang amek tu harganya RM36. Campur air dengan nasi tambah RM48. Murah dan berbaloi beb untuk kitorang 5 orang makan. Balik-mandi-solat-tidur. Tapi aq stay up meh, takut terlajak. Sebab nak bangun kol 4pagi dan bertolak ke Kedah.

Gedebak-gedebuk around 4.30am, kami meninggalkan Buntong buat sementara waktu. Dalam kereta memang aq pulun tidur. Sampai Kedah kol 6.30am, singgah masjid apa ntah-solat Suboh. Then, pergi bekfes melantak roti canai. Sumpah cam mangsa kebuluran dah kitorang ni. Then, sementara aq menyelesaikan urusan peribadi, depa p merempat kat rumah orang yang dikenali kat area situ. Siap makan kuih seri muka lagi. Huwaa sedapnya, rugi aq x ikot.

Pastu diorang pergi melepak kat pantai merdeka. Mama n ayah tidur sambil disapa angin sepoi2 bahasa, angah baca buku-katanya dah khatam 5 bab buku Kejut. Awam tu. Yang adik plak boleh bantai main PES guna laptop aq sampai habis battery. How dare u man? Enough enjoy theirself for almost 3 hours without me. HMM.

Then, terus nak pergi lunch before continue our trip to Penang. Aq tunjuk kedai yang murah tu. Then, time nak bayar anak dia kata RM23, Sekali pak dia marah kata pasai pa mahal sangat hang kira. RM21 dah. Pastu bagi orang Keyell cam kitorang ni, x terkejut pon harga RM23 sebab selalu RM30 ke atas seh. Tapi cam aq cakap tu lah, kedai ni bapak punya murah, sampai masa 1st time datang sini, aq dok pk pakcik ni salah kira kot, apa yang dia untung klo harga murah gila. Tapi yang pagi tu pon murah RM14.80 je walaupon kitorang amek 3 keping roti sardin, sekeping roti telur, 2 keping roti kosong campur air macam2. Konklusinya kat Kedah harga makan sangat murah compare to Selangor and Terengganu.

Then, terus gerak ke Penang sambil aq refresh otak aq jalan pergi Penang dengan Fidos n the gang dulu tu. Alhamdulillah tak sesat, cuak juga aq bila jadi tourist guide ni. Nak bagi adik2 aq merasa naik feri, padahal dah pernah naik tapi 10 tahun dulu la kan. Pastu dok tawaf situ bape kali, serius susah nak parking. Pastu p la Padang Kota yang aq rasa bosan je dok situ. Since adik-beradik mama aq tau kitorang nak p Penang, apa lagi tempahan jeruk kemain banyak. Termasuk akak tempat kerja aq. Then, aq pon text cipi n fdos kat mana lokasi kedai. Pdos kata kat Sg. Nibong. Dah kitorang dok pusing banyak2 kali, ayah aq tanya mamak jual pasembor tu, dia kata jauh nak p sana. Beli ja kat depan ni-berlambak.

Dah klo tu bukan tempat kita, orang tu kata park sini,jalan kaki saja pon. Aq boleh sesat. Cuba klo tempat aq pusing mana pon aq tau cari. Dok jalan2 jumpa kedai jeruk terus beli. Pastu dah nak balik baru nampak rupa-rupanya kedai jeruk Pak Ali tu betul2 sebelah je dengan kedai yang aq beli. Haih, ayah aq kata Jeruk Nasir pon boleh. Asalkan jeruk. Hehe.

Pastu terus balik, singgah Hentian Sg.Perak, makan lagi. Padahal aq dah kenyang, ayah kata nak elak rasa mengantuk semasa memandu kena makan. Eh bukan ke lepas makan makin mengantuk. #Fakta atau Auta? Haha. Sampai Ipoh pukul 6.30pm.

Esok kol 4am nak gerak balik Chenderong Balai,Teluk Intan mao kutip durian. Klo ada rezeki ada lah. Padahal hari tu dah kutip kurang lebih 40 biji. Eh suka hati kita la, pokok atok kita kan. Hehe.Dan pukul 10am masuk kerja. Huwaa penatnya. Bila la gaji mao masuk ni? Banyak dah aq rancang dalam kepala ni.

Oh ni aq nak bagi tips siket: Kalau kita pergi jalan2/vacation/holiday n etc, jangan nak berkira sangat<DUIT> sebab x syok oh klo keinginan kau tersentak. Amboi ayat, x boleh blah je. ni ayah aq yang cakap. Kot ye pon kau nak save bajet bawa duit ngam2, eh x boleh naty klo ada emergency acano? Bawak lebih takpe jangan kurang sudah. Adioss, happy holiday, have a safe journey...

p/s:amboi memang siket pon kau update kan...

Thursday, 15 November 2012

Cinta Monyet


Assalamualaikum

 Aq percaya hampir setiap orang merasai pengalaman cinta monyet ni, kan? Bila fikir balik ish gediknya nak bercinta, duit pon parents bagi, kan? Sila anggukkan kepala anda ye.

 Dan aq pernah la merasai pengalaman ni masa darjah dua. Wei bila ingat balik, malu doe, rasa nak tutup muka dengan surat khabar. Tapi tu lah namanya cinta monyet. But wait a minute, apsal tetiba aq boleh terdetik nak up cerita ni? Sobab eh, tadi dia datang tempat kerja aq.

 Dan aq dengan slamber badaknya tegur dia sambil lambai-lambai tangan. <ok, hiperbola je> Dari luar aq dah kenal bayang dia, Nampak tak betapa aq sayang dia. Oh ok nonsense, tapi aq memang cam dia sebab kitorang masih berkawan cam biasa lepas dah break. Puih break konon, padahal masa tu aq pandai siket dapat masuk kelas pertama, dia kelas keempat. So, hubungan  tu renggang la. Muahaha. Parents aq pon kenal dia meh. Hebat tak. Padahal dia datang kedai n klo family aq buat open house mesti ajak kawan2 termasuk la dia.

 Cerita dia, aq Tanya la si Dini <bdak form4 yang kerja kat kedai buku tu>. Hensem tak kawan akak tu? Dini pon menjawab, hensem not bad la. Oh, aq Tanya dia sebab dia ushar kawan aq tu atas bawah beb. Hai gua panas betul. Then, aq pon sapu sampah sambil tersenyum-senyum mengingat kisah kitorang. Kelakar gila aq rasa.

 Pastu aq nak cakap sapa dapat dia sangat beruntung. Sebab dia tu penyayang, gentle man, dan segala sifat lelaki yang korang idamkan semua ada kat dia lah. Senang cerita. Ciri-ciri tu memang natural la. Ko bayangkan kitorang bercinta masa darjah dua tu pon, dia punya cara dah tahap sekolah menengah dah. Pastu gedik panggil mama-papa sebab masa tu lagu Nurul-Ajai yang mama sayang papa tengah meletop gitu. Tapi sekarang aq kemain anti dengan couple yang panggil mama-papa ni. Sorry.

 Pastu dia sangat protective. Waa satu ciri dia aq suka tahap gaban. Sifat bajet hero dia memang tak dapat dibendung la, walaupon kau bukan awek dia. So, sebagai awek dia, ko kena faham sikap pakwe kau tu. Jangan jeles ye. Korang bayangkan dia sanggup hantar kawan2 perempuan dia balik rumah dulu, barulah dia balik rumah dia. Diorang naik basikal ye. Sampai mak2 kawan aq amanahkan anak diorang suruh dia tolong tengok-tengokkan. Nampak tak?  Ke aq je rasa cam dia sangat melindungi insan yang lemah. Hati wa cair der.

 Konklusinya, itu la kisah cinta monyet paling sweet untuk dikenang. Pastu aq nak wat statement maut kat sini. Muahaha. Aq mudah admire/suka/fall in love kat lelaki yang menunjukkan ciri2 penyayang, yang ada ilmu2 agama walaupon kau x pegi masjid setiap waktu, berserban mahupon bersongkok sepanjang masa. I don’t care about that, cukup lah kau mampu jadi imam dan tahu mana yang halal dan haram dan pelindung kepada perempuan bukan hanya pada awek tetapi pada mak dan adik/kakak kau jua. Aku suka tak bermaksud aq nak dia jadi pakwe atau suami aq. Disini salah faham selalu berlaku. Hehe

 

MUET at SMK Pusat Bandar Puchong(1)

Assalamualaikum

 Hai korang. Sapa amek MUET sesi NOV, angkat tangan. Hmm so lepas satu tekanan aq. Actually aq reseat MUET ni. Orang kata klo amek kat U, susah nak score. Aq x taulah. Tapi yang group aq speaking tu, aq yang paling trok la.<Ni antara bdak law je, yang bdak dip tu aq x tau la ye>. Pada dasarnya, aq dah pass untuk sambung degree, tapi aq saja nak habiskan duit ayah aq. Boleh camtu? Taklah aq nak upgrade result MUET aq.  So, aq bertekad mao amek kat sekolah biasa je dan buat yang terbaik.

 SPEAKING

Masa speaking, aq Cuma bawa buku nota kecik yang aq tulis ayat bombastic yang aq amek dari blog MUET MY WAY.  Waktu speaking aq kol 8 pagi sama cam kat UiTM dulu. Pastu, aq pergi sekolah tu, ayah aq yang hantar naik motor-laju sket sampainya. Pagi kan jalan jammed. Pastu aq dah cuak bila dia kata sepatutnya hari ni x de calon MUET untuk speaking. Alhamdulillah, dalam KELAM-KELIBUT tu speaking MUET berjalan lancar. Aq dok menghafal benda tu dan aq rasa cam nak pinjam je buku teks MUET depa. Menyesal aq x bawa sebab KELAM-KELIBUT bangun lambat. Disebabkan aq mengantuk tahap gaban dan malangnya aq group terakhir. Lantak lah ada mamat hensem kat situ ke depa nak kata apa ke, takde maknanya aq nak cover cun. wa ngantuk der. Semalam tido lambat pulun study. Yelah aq kan kerja. Kitorang speaking kat library je.

 LIBRARY

Oh kat sini aq nak puji la sekolah ni. Walaupon library dia kecik klo nak compare dengan library SMK USJ 23 la kan. Tapi depa sangat creative. Cuma satu je kurang x de aircond ke depa nak jimat aq x tahulah. Pakai kipas je meh. Takpe jimatkan tenaga elektrik. Cikgu PSS dan Pustakawan sibuk gila la sepanjang aq menunggu giliran untuk speaking. Pastu aq ni kan suka membaca, habis segala info yang terpampang di notice board dan atas meja bercermin kaca aq baca. Then, disebabkan aq dah ada pengalaman speaking, x de lah aq cuak gila. Aq kesian kat sorang calon ni, dia amek syariah law kat kolej cybernetic< sorry klo salah eja> tapi dia x boleh nak cakap. Bukan aq nak berlagak tapi jenis aq cakap je la walaupon lari tajuk. Nama pon speaking, so speak as much as u can. HAHA.  Pastu satu yang aq Nampak, examiners kat sekolah ni cam nak tolong candidates dia tau, walaupon both examiners tu Indian. Dia bagi komen dulu before kitorang proceed task B. Lepas dah abes tu , sembang pasal diri sendiri, blabla…

 READING,WRITING n LISTENING

10 Nov, aq pergi lagi sekolah tu. Kali ni aq pegi awal sket dari dulu. Again ada masalah. Angka giliran kitorang takde kat senarai nama yang dilekatkan kat pintu bilik peperiksaan. Pastu ada budak ni tegur aq; Eh, kita speaking sama group kan hari tu. Aq pon;haah, awak dah jumpa ke kelas kita. Tak. Pastu muncullah cikgu yang KELAM-KELIBUT pasal angka giliran kitorang takde. Pastu settle masalah, cikgu Normala kata kerani salah taip. Then, again masalah exam paper x sampai2. Sekali kitorang start exam 8.15am. Dan Alhamdulillah everything is fine. Semoga result kali ni up dari yang dulu.

 Oh pastu kan beb, aq keluar dari exam, tengok ada jaket atas beg aq. Aq pon cam; Eh bila plak aq pakai jaket ni. Sekali tengok aww mamat ni punya jaket ler. Dia  ni comel tahu, pastu cara dia berpakaian tu. Hamboi kemain lagi berkemeja,tie plus kot. Aww, sangat berkarisma. Aih puji melambung. Aq ushar dari jauh je la, sebab kitorang sama sesi speaking Cuma lain group je. Nama dia Afiq.  Pastu aq Nampak dia balik naik motor, klo dia naik motor berkuasa besar, memang terus jatuh cinta la gamaknya.<ok imaginasi je>

SEKOLAH

Sekolah ni kecik je tapi macam yang aq describe pasal library tu. Warga sekolah ni sangat kreatif dan pandai memanfaatkan ruang yang terhad tu. Yang paling aq suka air terjun buatan kat entrance. Pastu ada petak teng-teng dan apantah nama lagi satu untuk memartabatkan warisan kita. Masa aq datang untuk speaking tu yang Indian students tengak buat ‘kolam’ kat hall tu. Pastu kat dinding setiap blok ada kata2 motivasi la, ‘Terima Kasih Guru’, ‘Terima Kasih Pelajar’, Ikrar sekolah dan sebagainya. Pastu yang aq paling suka tengok kat PINTU makmal diorang lukis mural ikut subjek. Cantik seh terutama makmal Biology-bahagian2 jantung.

Siapa kawan aq?

Well, before aq pergi speaking MUET, ada dah post kat fb ala2 camni la ayat aq:

Mohon tiada sesiapa yang dikenali di SMK Pusat Bandar Puchong(1) esok. So, itu yang aq nak kan, memang aq x de kawan yang dikenali beb. Dan aq ni kekadang boleh je jadi peramah, kekadang aq berlagak x mao kawan dengan orang. Ikut mood juga la. So, kat sini aq pilih untuk x jadi seorang yang friendly sebab kat sini depa suma cam ada sekelompok geng dari kolej ni, sekumpulan dari sini dan aq sorang je dari UiTM Kedah. Alah tak de hal x de kawan pon. Sebab gap setengah jam je pon. Yang x boleh blahnya, gap tu aq study sket dan tenangkan fikiran dengan ushar kawasan sekolah. Tu lah kerja aq dan disebabkan aq leka sangat, aq x perasan pon yang aq sorang je pompuan kat situ. Yang lain suma lelaki, yang perempuan2 tu dok kat tangga dengan geng depa.

TANDAS

Ok seriously aq sangat x puas hati dengan tandas kat sekolah ni. Kenapa siket sangat tandas, kat sekolah aq dulu setiap aras ada Tandas. Jenuh nak cari tandas, Tanya student dia yang mostly Chinese. Depa cakap belok kiri, aq pergi takde pon. Aq ingat aq sorang je yang sesat cari toilet, rupanya calon2 lain pon sama. Dah tak tahan sangat, aq dengan sorang calon lain masuk tandas guru perempuan. Bajet cikgu kan, nasib baik aq pakai baju kurung. Takde lah orang syak sangat. Tapi tandas dia cantik dan bersih. Masuk buka kasut ye.

 
Konklusinya, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau larilah<mao mati ka>, masuk sekolah orang, pandai2 bawa diri. Jangan sibuk nak bandingkan dengan sekolah kita. Choww…

p/s:aq taip 13 Nov tapi line problem, so aq publish hari ni.

Friday, 9 November 2012

Sakit nak bersalin

Assalamualaikum

 Hai korang.  Kabare? Waras. Cett tu ja yang aq tau. Ni pon sebab wak asal jumpa aq cakap jawa, arwah opah aq je jawa, kitorang ni langsung x tau apa2.

So, tajuk hari ni ialah Sakit nak bersalin. Why i suddenly write about this topic? Bukan aq dah melalui pengalaman tu. NO, i just want to share with uolls coz yesterday we had a discussion regarding this topic. Ni pon sebab baca kat Metro pasal berlambak klinik menggugurkan kandungan pelajar yang terlanjur. Our panels are Kak Ija, Kak Siti, Dini, Sue and I. Ok nampak x aq practice utk MUET hari Sabtu ni. hehe. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin. Nampak sangat dah x de kerja kat kedai buku tu kan. Haha.

 Semua tahu kan betapa sakitnya nak bersalin. Beribu-ribu urat putus. Dan aq dengar pengalaman kak Ija dan Kak Siti melahirkan sungguh mengerikan. Ya Allah, takut wei. Tapi x lengkap hidup berumah tangga klo x de anak2 kan. Kau nak ke laki kau kahwin lain sebab kau x nak melahirkan zuriat untuk suami kau, nak camtu. And one more thing, x sama tahu kasih sayang yang kita curahkan dekat anak sendiri dengan anak angkat ataupun dalam kata lain anak yang bukan kau kandung 9 bulan 10 hari dan tak keluar dari rahim kau. Get it?

Cite sekarang, kenapa mereka sanggup bunuh bayi2 yang x berdosa tu. Kot ye pon dah terlanjur, dont repeat other mistakes. Kan banyak rumah perlindungan klo teman lelaki kau tu x nak bertanggungjawab. Serius aq x paham. Kau dah penat2 mengandung, kau gugurkan atau bunuh. Kejam gila kau tahu. Kesian kat baby tu. I'm begging u, dont throw your baby like rubbish.

Oh pastu dah lepas kau bersalin, ingat boleh terus berlari ke hape. Kita kena berpantang cam budak laki bila sunat la juga. Eh, hallooo kita dah di zaman pasca globalisasi, kejadah apa nak pantang segala ni? Beb klo kau sayang badan kau dan nak guna lama, sila berpantang.

 So, moral of the story, sebelum kau buat sesuatu tu pk dulu baik buruknya. Klo pakwe hang betul2 sayang kat hang, dia takkan minx body hang. Hang pon cakap la kat dia, klo u nak body i, nikah dulu. Klo dia x mao, hang blah cari CALON SUAMI yang lain, x guna ada pakwe lagu tu.

p/s: result dah kuar. Moga mendapa result yang cemerlang to UiTM students.
p/s2: Tadi 42 cartons stationary check in. Mampus aq esok nak tag harga n susun barang.

Monday, 5 November 2012

Warisan turun-temurun

Assalamualaikum

Hai korang, apa khabor? Moga sihat sejahtera hendaknya. Hari ini angah dan line 95ians start SPM. Moga kalian mudah menjawab SPM dan kejayaan menanti kita semua. Hari Khamis ni result UPSR dan aq punya result pon keluar. Wa cuak der. Ya Allah, permudahkanlah untuk hamba2mu mendapat keputusan yang cemerlang dan lindungilah hambamu ini dari repeat paper. Aamiin.

So, back to our topic. Apa itu warisan turun-temurun? Maksudnya benda tu digunakan dari yang tua kepada yang muda. Dalam kes yang aq nak cerita sekarang pasal buku yang digunakan secara turun-temurun. Kenapa aq nak cerita pasal menda ni. Tadi ayah aq telah memulakan proses mengikat buku2 yang dah tak digunakan lagi since adik aq yang paling bongsu dah habis PMR. So mana buku2 tahap menengah rendah tu dah boleh campak laut jual ataupon bakar mana yang ada ayat alQuran tu.

Dalam kes ni yang tua lah untung sebab always get the new book. Manakala yang muda tension je dapat buku dah 3 keturunan, buruk pastu klo ada jawapan takpa lah juga. Ini tak suma buku kosong ataupon sikit je yang dah sentuh. Aq la yang untung, kesian kat adik dan angah. Eh tapi mama beli juga buku untuk depa. Ok la tu.

Cerita warisan turun-temurun ni pon berlaku dalam keluarga mama aq yang mana adik-beradik mama aq 7 orang. Pergh lagi lah bertambah buruk plus koyak-rabaknya buku tersebut. Tapi adik-beradik aq paling untung sebab kitorang beza 2 tahun. So, buku tu masih boleh digunakan lagi sebab syllabus masih sama. Gaji ayah aq x melayakkan kitorang untuk terima SPBT. Sedih doe masa tu, dalam kelas aq sorang je x dapat buku pinjaman. Eh tipu ada lah sekelompok anak orang kaya. Haha.

Mesti ada yang kata patutnya kau berbangga gaji bapak kau besar, boleh felling jadi anak orang berada. Padahal gaji bapak aq masa tu SERIBU++ je pon. Abih tu ayah korang gajinya bape wei. Takpon cikgu tengok adik-beradik aq 3 orang je, so ayah aq mampu untuk beli buku teks. Haiyoo buku teks campur buku kerja untuk 3 beradik ni beratus maa. Azab mama n ayah aq kerja overtime cari duit anak nak sekolah. Then, aq mula dapat pinjaman buku teks masa kerajaan kata semua pelajar layak dapat buku teks. Tak silap aq masa aq form 5-2010.  Baru ringan sket beban ayah dan mama aq.

Lepas tu, konon dah jimat la pakai turun-temurun. Tetiba kementerian pelajaran gedik pergi tukar syllabus bm-bi-bm apa2 je lah. Yang pasti bertukar. Dah kena beli buku baru. Tapi buku aq gila banyak la terutama buku rujukan untuk SPM. Agama dan sejarah paling banyak. So, Angah dan Adik korang wajib score subjek tu sebab along dah bagi kaw2 punya buku untuk korang. No excuses.

Pastu bila dah masuk U, mana ada buku pinjaman kan. Dan sebab aq kureng pengalaman turun-temurun ni, Aq pon pergi lah beli segala buku. Paling mahal buku CSC-RM86 kot klo x silap. Yang pasti aq baru cucuk RM100, pastu tinggal puluh2 je. Argh stress. Ini cerita masa part 1, aq bodoh x tau pon bab beli buku dengan senior ni.

Pastu aq plak jual buku kat junior. Part 2 aq dapat buku free sebab akak tu kata itu amanah turun-temurun. Dan aq pon bagi free kat sedara aq tu walaupon dekat RM50 juga aq photostate notes yang aq x de. Sebab senior tu punya x complete. Tapi memandangkan kak syira ni dah habis sem, akak halalkan je semua.

Konklusinya, ada pro and cons guna buku turun-temurun ni. Untung klo dah ada jawapan, rugi klo buku x berusik langsung, jenuh la kome nak menghabiskan buku tu. Hehe kesiannya.

p/s:suara aq bertukar sebab batuk. Aq akan kurangkan cakap bukan bermakna aq sombong ek. Tekak aq sakit la.

Thursday, 1 November 2012

Kerja Baru

Assalamualaikum dan salam November

Hai korang, apa khabor? Moga kalian sihat sejahtera hendaknya. Aq rindu bangat mao tulis kat blog ni TAPI Kekangan masa mengehadkan aq dari merepek di sini. I want to make this entry short.

Aq dah resign dari jadi bibik dan babysitter mak ude aq. Aq kerja kat kedai buku Idaman, Puchong Prima yang kat atas OTK tu bermula pada 28 Okt yang lalu. Klo hangpa kenai aq, tegur la. Aq x makan orang ok. Seriously aq sangat peramah. Aq pon malu gak sebanarnya, tapi ianya natural beb. Orang yang aq kenal je la aq tegur. Eh tapi tak juga. Ok aq tukar statement. Aq ada dua karakter, sometimes i can be so friendly and i also can be a snobbish person. woohoo.
kakak-nur afiqah liyana

zati-nur ain izzati. yg dalam frame tu aq-omey angat. haha.


Tu je lah nak cite. Secara rasminya aq dah resign dari jadi babysitter dan sekarang hari-hari aq tengok buku. Tapi disebabkan kedai buku tak sebesar POPULAR dan MPH, agak kebosanan kerja di sini. Tapi gaji dia agak lumayan=RM 800 sebulan. Pastu nak habaq kat hangpa suma, aq kerja dari 10am-10pm. Penat doe. Tapi itulah namanya cari rezeki dari duduk kat rumah-makan, tido je.

Sebenarnya banyak benda aq nak up kat blog ni. Tapi aq dah x de masa, internet pon lembap. Nanti aq update bila aq cuti ek. Isnin tu public holiday untuk aq. Aq rindu nak blogging, blogwalking, facebooking and twitting. Nampak tak bila ada kerja ni, laptop ni elok je tersimpan dalam beg. Choww...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...