Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 15 November 2012

Cinta Monyet


Assalamualaikum

 Aq percaya hampir setiap orang merasai pengalaman cinta monyet ni, kan? Bila fikir balik ish gediknya nak bercinta, duit pon parents bagi, kan? Sila anggukkan kepala anda ye.

 Dan aq pernah la merasai pengalaman ni masa darjah dua. Wei bila ingat balik, malu doe, rasa nak tutup muka dengan surat khabar. Tapi tu lah namanya cinta monyet. But wait a minute, apsal tetiba aq boleh terdetik nak up cerita ni? Sobab eh, tadi dia datang tempat kerja aq.

 Dan aq dengan slamber badaknya tegur dia sambil lambai-lambai tangan. <ok, hiperbola je> Dari luar aq dah kenal bayang dia, Nampak tak betapa aq sayang dia. Oh ok nonsense, tapi aq memang cam dia sebab kitorang masih berkawan cam biasa lepas dah break. Puih break konon, padahal masa tu aq pandai siket dapat masuk kelas pertama, dia kelas keempat. So, hubungan  tu renggang la. Muahaha. Parents aq pon kenal dia meh. Hebat tak. Padahal dia datang kedai n klo family aq buat open house mesti ajak kawan2 termasuk la dia.

 Cerita dia, aq Tanya la si Dini <bdak form4 yang kerja kat kedai buku tu>. Hensem tak kawan akak tu? Dini pon menjawab, hensem not bad la. Oh, aq Tanya dia sebab dia ushar kawan aq tu atas bawah beb. Hai gua panas betul. Then, aq pon sapu sampah sambil tersenyum-senyum mengingat kisah kitorang. Kelakar gila aq rasa.

 Pastu aq nak cakap sapa dapat dia sangat beruntung. Sebab dia tu penyayang, gentle man, dan segala sifat lelaki yang korang idamkan semua ada kat dia lah. Senang cerita. Ciri-ciri tu memang natural la. Ko bayangkan kitorang bercinta masa darjah dua tu pon, dia punya cara dah tahap sekolah menengah dah. Pastu gedik panggil mama-papa sebab masa tu lagu Nurul-Ajai yang mama sayang papa tengah meletop gitu. Tapi sekarang aq kemain anti dengan couple yang panggil mama-papa ni. Sorry.

 Pastu dia sangat protective. Waa satu ciri dia aq suka tahap gaban. Sifat bajet hero dia memang tak dapat dibendung la, walaupon kau bukan awek dia. So, sebagai awek dia, ko kena faham sikap pakwe kau tu. Jangan jeles ye. Korang bayangkan dia sanggup hantar kawan2 perempuan dia balik rumah dulu, barulah dia balik rumah dia. Diorang naik basikal ye. Sampai mak2 kawan aq amanahkan anak diorang suruh dia tolong tengok-tengokkan. Nampak tak?  Ke aq je rasa cam dia sangat melindungi insan yang lemah. Hati wa cair der.

 Konklusinya, itu la kisah cinta monyet paling sweet untuk dikenang. Pastu aq nak wat statement maut kat sini. Muahaha. Aq mudah admire/suka/fall in love kat lelaki yang menunjukkan ciri2 penyayang, yang ada ilmu2 agama walaupon kau x pegi masjid setiap waktu, berserban mahupon bersongkok sepanjang masa. I don’t care about that, cukup lah kau mampu jadi imam dan tahu mana yang halal dan haram dan pelindung kepada perempuan bukan hanya pada awek tetapi pada mak dan adik/kakak kau jua. Aku suka tak bermaksud aq nak dia jadi pakwe atau suami aq. Disini salah faham selalu berlaku. Hehe

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...