Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 27 November 2012

#Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

Hai, i miss my blog so much. Actually aq ada idea tapi malas nak taip. Ni just nak update siket sebab cam dah lama x update.

So, it just a short vacation with my family members. Aq mohon cuti Isnin dan Selasa. Actually aq ada benda nak buat kat Kedah. Dah alang2 tu, jenjalan la sekali since angah punya next paper on 5 Dec. Sangat susah klo kita terikat dengan tanggungjawab sebagai pekerja. Nak cuti pon susah sampai aq kena tarik cuti bulan depan. Oh lupa nak bagi tau, setiap minggu aq cuti hari Isnin. Tapi sepanjang sebulan aq kerja ni, jarang aq cuti on time. Mesti aq tukar sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.

Ok, let proceed with the family trip to Perak-Kedah-Penang. Hmm dah alang-alang tu sekali 3 negeri kita terjah. Oh lately keluarga aq merentas banyak negeri. Ayah aq dah x larat nak drive jauh2, so tukar ngan mama. Aq ni bukan x boleh drive cuma ayah kata 'x de pengalaman lagi'. Jadi ayah x berapa yakin dengan kemampuan aq. So, x dapek la den nak nolong.

And my trip always start around 4am. Kitorang selalu bertolak time camni sebab x banyak kereta and ayah ada tenaga siket lepas dah tidur a few hours. Betapa gigih bangun awal pagi, mandi air sejuk cam ais. Tapi klo dalam kepala tu dah set nak pergi jenjalan, semua tu dapat diatasi. Oh tapi hari tu kitorang bertolak around 4.30pm sebab angah habis paper 3.30pm and ada rezeki masuk.<daus hantar buku suruh photostate>. Oh man, betapa aq rasa lama gila nak sampai Ipoh sampai nak muntah sebab kelaparan teramat sangat.

Ini semua sebab sangkut kat area Damansara, waktu kemuncak orang balik kerja kan. Pastu hujan, kena bawa hati-hati-jalan licin. Dan sampai Ipoh kol 10++pm. Terus pergi makan kat area Tengku Hussin. Kat kedai ni ada pakej yang murah untuk family. Makan ikan siakap 3 rasa, telur bistik, paprik campur, sup perut, nasi putih 4. Kitorang tambah nasi lagi 3 pinggan. Oh yang set kitorang amek tu harganya RM36. Campur air dengan nasi tambah RM48. Murah dan berbaloi beb untuk kitorang 5 orang makan. Balik-mandi-solat-tidur. Tapi aq stay up meh, takut terlajak. Sebab nak bangun kol 4pagi dan bertolak ke Kedah.

Gedebak-gedebuk around 4.30am, kami meninggalkan Buntong buat sementara waktu. Dalam kereta memang aq pulun tidur. Sampai Kedah kol 6.30am, singgah masjid apa ntah-solat Suboh. Then, pergi bekfes melantak roti canai. Sumpah cam mangsa kebuluran dah kitorang ni. Then, sementara aq menyelesaikan urusan peribadi, depa p merempat kat rumah orang yang dikenali kat area situ. Siap makan kuih seri muka lagi. Huwaa sedapnya, rugi aq x ikot.

Pastu diorang pergi melepak kat pantai merdeka. Mama n ayah tidur sambil disapa angin sepoi2 bahasa, angah baca buku-katanya dah khatam 5 bab buku Kejut. Awam tu. Yang adik plak boleh bantai main PES guna laptop aq sampai habis battery. How dare u man? Enough enjoy theirself for almost 3 hours without me. HMM.

Then, terus nak pergi lunch before continue our trip to Penang. Aq tunjuk kedai yang murah tu. Then, time nak bayar anak dia kata RM23, Sekali pak dia marah kata pasai pa mahal sangat hang kira. RM21 dah. Pastu bagi orang Keyell cam kitorang ni, x terkejut pon harga RM23 sebab selalu RM30 ke atas seh. Tapi cam aq cakap tu lah, kedai ni bapak punya murah, sampai masa 1st time datang sini, aq dok pk pakcik ni salah kira kot, apa yang dia untung klo harga murah gila. Tapi yang pagi tu pon murah RM14.80 je walaupon kitorang amek 3 keping roti sardin, sekeping roti telur, 2 keping roti kosong campur air macam2. Konklusinya kat Kedah harga makan sangat murah compare to Selangor and Terengganu.

Then, terus gerak ke Penang sambil aq refresh otak aq jalan pergi Penang dengan Fidos n the gang dulu tu. Alhamdulillah tak sesat, cuak juga aq bila jadi tourist guide ni. Nak bagi adik2 aq merasa naik feri, padahal dah pernah naik tapi 10 tahun dulu la kan. Pastu dok tawaf situ bape kali, serius susah nak parking. Pastu p la Padang Kota yang aq rasa bosan je dok situ. Since adik-beradik mama aq tau kitorang nak p Penang, apa lagi tempahan jeruk kemain banyak. Termasuk akak tempat kerja aq. Then, aq pon text cipi n fdos kat mana lokasi kedai. Pdos kata kat Sg. Nibong. Dah kitorang dok pusing banyak2 kali, ayah aq tanya mamak jual pasembor tu, dia kata jauh nak p sana. Beli ja kat depan ni-berlambak.

Dah klo tu bukan tempat kita, orang tu kata park sini,jalan kaki saja pon. Aq boleh sesat. Cuba klo tempat aq pusing mana pon aq tau cari. Dok jalan2 jumpa kedai jeruk terus beli. Pastu dah nak balik baru nampak rupa-rupanya kedai jeruk Pak Ali tu betul2 sebelah je dengan kedai yang aq beli. Haih, ayah aq kata Jeruk Nasir pon boleh. Asalkan jeruk. Hehe.

Pastu terus balik, singgah Hentian Sg.Perak, makan lagi. Padahal aq dah kenyang, ayah kata nak elak rasa mengantuk semasa memandu kena makan. Eh bukan ke lepas makan makin mengantuk. #Fakta atau Auta? Haha. Sampai Ipoh pukul 6.30pm.

Esok kol 4am nak gerak balik Chenderong Balai,Teluk Intan mao kutip durian. Klo ada rezeki ada lah. Padahal hari tu dah kutip kurang lebih 40 biji. Eh suka hati kita la, pokok atok kita kan. Hehe.Dan pukul 10am masuk kerja. Huwaa penatnya. Bila la gaji mao masuk ni? Banyak dah aq rancang dalam kepala ni.

Oh ni aq nak bagi tips siket: Kalau kita pergi jalan2/vacation/holiday n etc, jangan nak berkira sangat<DUIT> sebab x syok oh klo keinginan kau tersentak. Amboi ayat, x boleh blah je. ni ayah aq yang cakap. Kot ye pon kau nak save bajet bawa duit ngam2, eh x boleh naty klo ada emergency acano? Bawak lebih takpe jangan kurang sudah. Adioss, happy holiday, have a safe journey...

p/s:amboi memang siket pon kau update kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...