Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 15 November 2012

MUET at SMK Pusat Bandar Puchong(1)

Assalamualaikum

 Hai korang. Sapa amek MUET sesi NOV, angkat tangan. Hmm so lepas satu tekanan aq. Actually aq reseat MUET ni. Orang kata klo amek kat U, susah nak score. Aq x taulah. Tapi yang group aq speaking tu, aq yang paling trok la.<Ni antara bdak law je, yang bdak dip tu aq x tau la ye>. Pada dasarnya, aq dah pass untuk sambung degree, tapi aq saja nak habiskan duit ayah aq. Boleh camtu? Taklah aq nak upgrade result MUET aq.  So, aq bertekad mao amek kat sekolah biasa je dan buat yang terbaik.

 SPEAKING

Masa speaking, aq Cuma bawa buku nota kecik yang aq tulis ayat bombastic yang aq amek dari blog MUET MY WAY.  Waktu speaking aq kol 8 pagi sama cam kat UiTM dulu. Pastu, aq pergi sekolah tu, ayah aq yang hantar naik motor-laju sket sampainya. Pagi kan jalan jammed. Pastu aq dah cuak bila dia kata sepatutnya hari ni x de calon MUET untuk speaking. Alhamdulillah, dalam KELAM-KELIBUT tu speaking MUET berjalan lancar. Aq dok menghafal benda tu dan aq rasa cam nak pinjam je buku teks MUET depa. Menyesal aq x bawa sebab KELAM-KELIBUT bangun lambat. Disebabkan aq mengantuk tahap gaban dan malangnya aq group terakhir. Lantak lah ada mamat hensem kat situ ke depa nak kata apa ke, takde maknanya aq nak cover cun. wa ngantuk der. Semalam tido lambat pulun study. Yelah aq kan kerja. Kitorang speaking kat library je.

 LIBRARY

Oh kat sini aq nak puji la sekolah ni. Walaupon library dia kecik klo nak compare dengan library SMK USJ 23 la kan. Tapi depa sangat creative. Cuma satu je kurang x de aircond ke depa nak jimat aq x tahulah. Pakai kipas je meh. Takpe jimatkan tenaga elektrik. Cikgu PSS dan Pustakawan sibuk gila la sepanjang aq menunggu giliran untuk speaking. Pastu aq ni kan suka membaca, habis segala info yang terpampang di notice board dan atas meja bercermin kaca aq baca. Then, disebabkan aq dah ada pengalaman speaking, x de lah aq cuak gila. Aq kesian kat sorang calon ni, dia amek syariah law kat kolej cybernetic< sorry klo salah eja> tapi dia x boleh nak cakap. Bukan aq nak berlagak tapi jenis aq cakap je la walaupon lari tajuk. Nama pon speaking, so speak as much as u can. HAHA.  Pastu satu yang aq Nampak, examiners kat sekolah ni cam nak tolong candidates dia tau, walaupon both examiners tu Indian. Dia bagi komen dulu before kitorang proceed task B. Lepas dah abes tu , sembang pasal diri sendiri, blabla…

 READING,WRITING n LISTENING

10 Nov, aq pergi lagi sekolah tu. Kali ni aq pegi awal sket dari dulu. Again ada masalah. Angka giliran kitorang takde kat senarai nama yang dilekatkan kat pintu bilik peperiksaan. Pastu ada budak ni tegur aq; Eh, kita speaking sama group kan hari tu. Aq pon;haah, awak dah jumpa ke kelas kita. Tak. Pastu muncullah cikgu yang KELAM-KELIBUT pasal angka giliran kitorang takde. Pastu settle masalah, cikgu Normala kata kerani salah taip. Then, again masalah exam paper x sampai2. Sekali kitorang start exam 8.15am. Dan Alhamdulillah everything is fine. Semoga result kali ni up dari yang dulu.

 Oh pastu kan beb, aq keluar dari exam, tengok ada jaket atas beg aq. Aq pon cam; Eh bila plak aq pakai jaket ni. Sekali tengok aww mamat ni punya jaket ler. Dia  ni comel tahu, pastu cara dia berpakaian tu. Hamboi kemain lagi berkemeja,tie plus kot. Aww, sangat berkarisma. Aih puji melambung. Aq ushar dari jauh je la, sebab kitorang sama sesi speaking Cuma lain group je. Nama dia Afiq.  Pastu aq Nampak dia balik naik motor, klo dia naik motor berkuasa besar, memang terus jatuh cinta la gamaknya.<ok imaginasi je>

SEKOLAH

Sekolah ni kecik je tapi macam yang aq describe pasal library tu. Warga sekolah ni sangat kreatif dan pandai memanfaatkan ruang yang terhad tu. Yang paling aq suka air terjun buatan kat entrance. Pastu ada petak teng-teng dan apantah nama lagi satu untuk memartabatkan warisan kita. Masa aq datang untuk speaking tu yang Indian students tengak buat ‘kolam’ kat hall tu. Pastu kat dinding setiap blok ada kata2 motivasi la, ‘Terima Kasih Guru’, ‘Terima Kasih Pelajar’, Ikrar sekolah dan sebagainya. Pastu yang aq paling suka tengok kat PINTU makmal diorang lukis mural ikut subjek. Cantik seh terutama makmal Biology-bahagian2 jantung.

Siapa kawan aq?

Well, before aq pergi speaking MUET, ada dah post kat fb ala2 camni la ayat aq:

Mohon tiada sesiapa yang dikenali di SMK Pusat Bandar Puchong(1) esok. So, itu yang aq nak kan, memang aq x de kawan yang dikenali beb. Dan aq ni kekadang boleh je jadi peramah, kekadang aq berlagak x mao kawan dengan orang. Ikut mood juga la. So, kat sini aq pilih untuk x jadi seorang yang friendly sebab kat sini depa suma cam ada sekelompok geng dari kolej ni, sekumpulan dari sini dan aq sorang je dari UiTM Kedah. Alah tak de hal x de kawan pon. Sebab gap setengah jam je pon. Yang x boleh blahnya, gap tu aq study sket dan tenangkan fikiran dengan ushar kawasan sekolah. Tu lah kerja aq dan disebabkan aq leka sangat, aq x perasan pon yang aq sorang je pompuan kat situ. Yang lain suma lelaki, yang perempuan2 tu dok kat tangga dengan geng depa.

TANDAS

Ok seriously aq sangat x puas hati dengan tandas kat sekolah ni. Kenapa siket sangat tandas, kat sekolah aq dulu setiap aras ada Tandas. Jenuh nak cari tandas, Tanya student dia yang mostly Chinese. Depa cakap belok kiri, aq pergi takde pon. Aq ingat aq sorang je yang sesat cari toilet, rupanya calon2 lain pon sama. Dah tak tahan sangat, aq dengan sorang calon lain masuk tandas guru perempuan. Bajet cikgu kan, nasib baik aq pakai baju kurung. Takde lah orang syak sangat. Tapi tandas dia cantik dan bersih. Masuk buka kasut ye.

 
Konklusinya, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau larilah<mao mati ka>, masuk sekolah orang, pandai2 bawa diri. Jangan sibuk nak bandingkan dengan sekolah kita. Choww…

p/s:aq taip 13 Nov tapi line problem, so aq publish hari ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...