Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 5 November 2012

Warisan turun-temurun

Assalamualaikum

Hai korang, apa khabor? Moga sihat sejahtera hendaknya. Hari ini angah dan line 95ians start SPM. Moga kalian mudah menjawab SPM dan kejayaan menanti kita semua. Hari Khamis ni result UPSR dan aq punya result pon keluar. Wa cuak der. Ya Allah, permudahkanlah untuk hamba2mu mendapat keputusan yang cemerlang dan lindungilah hambamu ini dari repeat paper. Aamiin.

So, back to our topic. Apa itu warisan turun-temurun? Maksudnya benda tu digunakan dari yang tua kepada yang muda. Dalam kes yang aq nak cerita sekarang pasal buku yang digunakan secara turun-temurun. Kenapa aq nak cerita pasal menda ni. Tadi ayah aq telah memulakan proses mengikat buku2 yang dah tak digunakan lagi since adik aq yang paling bongsu dah habis PMR. So mana buku2 tahap menengah rendah tu dah boleh campak laut jual ataupon bakar mana yang ada ayat alQuran tu.

Dalam kes ni yang tua lah untung sebab always get the new book. Manakala yang muda tension je dapat buku dah 3 keturunan, buruk pastu klo ada jawapan takpa lah juga. Ini tak suma buku kosong ataupon sikit je yang dah sentuh. Aq la yang untung, kesian kat adik dan angah. Eh tapi mama beli juga buku untuk depa. Ok la tu.

Cerita warisan turun-temurun ni pon berlaku dalam keluarga mama aq yang mana adik-beradik mama aq 7 orang. Pergh lagi lah bertambah buruk plus koyak-rabaknya buku tersebut. Tapi adik-beradik aq paling untung sebab kitorang beza 2 tahun. So, buku tu masih boleh digunakan lagi sebab syllabus masih sama. Gaji ayah aq x melayakkan kitorang untuk terima SPBT. Sedih doe masa tu, dalam kelas aq sorang je x dapat buku pinjaman. Eh tipu ada lah sekelompok anak orang kaya. Haha.

Mesti ada yang kata patutnya kau berbangga gaji bapak kau besar, boleh felling jadi anak orang berada. Padahal gaji bapak aq masa tu SERIBU++ je pon. Abih tu ayah korang gajinya bape wei. Takpon cikgu tengok adik-beradik aq 3 orang je, so ayah aq mampu untuk beli buku teks. Haiyoo buku teks campur buku kerja untuk 3 beradik ni beratus maa. Azab mama n ayah aq kerja overtime cari duit anak nak sekolah. Then, aq mula dapat pinjaman buku teks masa kerajaan kata semua pelajar layak dapat buku teks. Tak silap aq masa aq form 5-2010.  Baru ringan sket beban ayah dan mama aq.

Lepas tu, konon dah jimat la pakai turun-temurun. Tetiba kementerian pelajaran gedik pergi tukar syllabus bm-bi-bm apa2 je lah. Yang pasti bertukar. Dah kena beli buku baru. Tapi buku aq gila banyak la terutama buku rujukan untuk SPM. Agama dan sejarah paling banyak. So, Angah dan Adik korang wajib score subjek tu sebab along dah bagi kaw2 punya buku untuk korang. No excuses.

Pastu bila dah masuk U, mana ada buku pinjaman kan. Dan sebab aq kureng pengalaman turun-temurun ni, Aq pon pergi lah beli segala buku. Paling mahal buku CSC-RM86 kot klo x silap. Yang pasti aq baru cucuk RM100, pastu tinggal puluh2 je. Argh stress. Ini cerita masa part 1, aq bodoh x tau pon bab beli buku dengan senior ni.

Pastu aq plak jual buku kat junior. Part 2 aq dapat buku free sebab akak tu kata itu amanah turun-temurun. Dan aq pon bagi free kat sedara aq tu walaupon dekat RM50 juga aq photostate notes yang aq x de. Sebab senior tu punya x complete. Tapi memandangkan kak syira ni dah habis sem, akak halalkan je semua.

Konklusinya, ada pro and cons guna buku turun-temurun ni. Untung klo dah ada jawapan, rugi klo buku x berusik langsung, jenuh la kome nak menghabiskan buku tu. Hehe kesiannya.

p/s:suara aq bertukar sebab batuk. Aq akan kurangkan cakap bukan bermakna aq sombong ek. Tekak aq sakit la.

1 comment:

  1. sama lah..dulu sekolah guna muka turun temurun jugak...abang dengan akak guna sampai dah barai,lepas tu turun dekat kita pulak..memang seksa la nak belajar..haha=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...