Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 29 December 2012

#Sikap manusia 1

Assalamualaikum
 
Sekarang ni kalau pergi mana-mana pong, kita akan nampak promotion back to school, kan? Well aku dah tinggalkan zaman persekolahan about 2 years. Oh, how i miss that moment. So, kat kedai buku yang aku kerja tu pong sesak dengan parents and their children nak beli alat tulis. Sesak ok.
 
Ok, apa yang aku nak cerita ni is about bad attitude or to be exact how rude this people.
 
Aku bagi bakul kat akak ni, so that dia senang nak letak barang yang dia dan anaknya pilih. Well itu memang layanan kami terhadap customer kami. But, apa yang menarik di sini. Akak tu dengan muka berlagaknya pandang sipi je bakul tu. Oh aku tahu akak tu mesti demand nak troli cam kat Mydin tu. Almaklomlah dia nak beli satu kedai ni gamaknya.Padahal lu datang semata-mata nak beli pensil warna je pong. Whatdehek?
 
Dan yang paling aku rasa cam nak bagi penyepak kat muka dia bila dia slamber ayam, lap-lap hingus beliau dan buang tisu tersebut ke dalam bakul tu. Whatdefak, kau ingat aku bagi bakul tu untuk kau buang sisa buangan ke hah? Pergh, panas gila hati aku masa tu.
 
Sabar aku pon ada limit nya juga. Kalau aku tak fikir kat kedai tu ramai customer, dah lama aku maki sound setepek kat dia. Ala-ala ayat aku cenggini:-
 
Akak, akak ingat saya saja suka-suka bagi bakul ni untuk akak buang tisu lap hingus. Ingat saya kerja majlis perbandaran ke?
 
Amacam pedas tak ke biasa-biasa je. Maklomlah aku ni takde lah pandai mana nak sound orang. But dont play with me. Kalau aku rasa ianya terlampau mencabar tahap keSABARan aku, memang kena lah kau barang sedas dua peluru berpandu dariku.
 
Dan depan dia aku amek bakul tu dan buang tisu tersebut ke dalam tong sampah tanpa aku menyentuh tisu itu. Takut terkena H1N1. Pastu terus cuci tangan pakai Dettol hand Sanitizer <benda wajib ada dalam handbag>.

So, people out there, dont be rude. Appreciate what other had given to you even its a small thing, ok. Peace yau.

Sunday, 23 December 2012

Mengapa menyepi?

Assalamualaikum and hallooo
 
Hai, lama gila tak update and i really really miss my blog damn much. <Terserlah kerinduan tu kan?>
 
So, what happen to me? Firstly gua nak kata Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi Allah ni. Aku sihat cuma macam-macam yang berlaku lately. Let me explain one by one. Memang ada orang nak kisah pasal hidup aku pon kan.
 
Firstly selama 3-4 hari aku off sebab balik kampung at Terengganu. Ni banyak benda aku nak up tapi ayah aku tak izinkan bawa balik laptop, tok ki aku marah. Kitorang dok menghadap laptop je 24/7. Biasalah generasi X, Y dan Z mana sehaluan. Err ye ke?
 
Next, balik je dari Terengganu. Aku pergi kerja macam biasa. Manakala adik dan angah kena hantar pergi rumah Maksu kat Bandar Putera, Klang untuk jaga atok since maid dah balik Indon. Balik la kau, menciikk aq tengok kau yang pemalas nak mamp**. Dan,apa yang paling aku hangin tu, adik aku bawa laptopku sekali. Pergh, malamku terasa sunyi sepi dan umpama katak di bawah tempurung. Tak tahu dunia luar.<Nampak aq nak amek kos pengajian bahasa, tu yang buat ayat bombastik> Dah la mata aq memang tak boleh tidur awal, sebab dah biasa tidur around 2am. Nak baca novel,suma novel aku dah khatam berkali-kali. Nak beli novel baru, duit x de plus x de masa plak nak pergi Popular kat IOI tu..
 
Memang lama juga la aq tak melepaskan rindu kat laptop aku ni. Adik aq memberi alasan bahawasanya mak su pakai unifi, jadi beliau ingin memuat turun filem/drama yang terhebat di abad ini untuk tontonan kakak kesayangannya ini. <Cukup skema bukan?> Yeah memang terbukti, sampai lembap progress laptopku sebab full memory.
 
Then, minggu ni sibuk dengan urusan nak pergi temuduga kat Shah Alam pada 22 Disember 2012. Kos Pengajian Bahasa Melayu. Senang ye? Kau dah pernah belajar ke kos ni? Alhamdulillah, everything was fine.

Jadinya, kepada anda di luar sana yang tertanya-tanya ke manakah perempuan ni menghilang, siap mesej aku bagai. <ok bajet retiss sangat>. Aku ada cuma takde masa dan laptop je. Kat kedai memang la ada komputer plus wifi lagi, tapi idea aq datang waktu malam bukan siang. Plus klo kat kedai aq terpaksa rush in 1 hour-waktu rehat aku. Mana aq ambik masa untuk jalan kaki ke kereta, drive balik kedai, makan, solat, buang air kecil & besar, basuh pinggan, drive balik ke tempat kerja dan jalan kaki ke kedai buku. Cukup ke satu jam tu?
 
Insya Allah, i will update my blog soon if i have time and P1 x buat hal. Aku dah karang dlam buku, but i am too lazy to type it again.

Friday, 7 December 2012

Entry Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434H

Hai, apa perubahan yang dah korang buat? Kita akan buat azam baru bila awal tahun iaitu 1 Januari dan ikut kalendar Islam, bila tibanya Maal Hijrah. Either u change to a positive way or negative way. The choice is yours. But hopefully it is a positive one.

 So, aq ak nak cerita cum nasihat utuk diri aq sendiri dan saudara seIslam ku sekalian. First thing first aq x mao cite pasal azam yang merepek ko nak diet ke nak cari pasangan hidup ke hape. Apa yang aq nak kupas pasal isu akhirat or to be exact our responsibility as Muslims.

Benda yang kita kena tanya diri kita,EVERY SECOND we forgot our daily routine.

1.Aku dah tunaikan SOLAT FARDHU ke belum?

2.Hari ni aq dah mengaji ke, walau hang baca merangkak at least sepotong ayat every day.

3. Untuk perempuan: Aq ni dah menutup aurat ke belum. FULLY COVER ok.

4. Untuk lelaki: Aq ni dah cukup ilmu ke nak bimbing isteri dan anak2. Or to be clear, adakah aq dah bersedia untuk menjadi ketua keluarga.

Ok apapon, yang aq nak HIGHLIGHT kan tentang SOLAT. Aq malas nak kesah tentang hal lain, tapi yang paling aq rasa nak je aq paksa korang cam budak kecik untuk solat. Hmm faham tak apa yang aq rasa. Ye aq tau kubur lain2, tapi sebagai saudara seIslam, aq rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan kau yang mungkin x sedar,khilaf ataupun kau buat2 tak sedar diri.

Tahukah anda yang Menunaikan solat fardhu itu ialah rukun islam kita yang kedua. Kau mengaku beragama Islam tapi kenapa taknak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Semakin hari, aq nampak betapa kita suka memandang isu solat tu sebagai perkara remeh. Hey what the fish. Allah dah bagi kita pelbagai nikmatNya, tapi kita langsung tak tunjuk tanda syukur dan terima Kasih kepada Allah.

Bukan susah pon nak solat. Tak sampai 10Minit pon. Dan aq boleh kata almost 80% of us ni tak solat. Sebab apa? Konon x de masa, busy dengan kerja dan study, hilang make up n etc. Korang tahu tak walau gaji kau 5 angka, tapi klo x solat, x dapat keberkatan dari Allah. Rezeki yang Allah bagi tu, kau akan senantiasa rasa tak cukup waima gaji kau laki bini sebenarnya dah lebih dari cukup.
 
Ni aq nak bagi sedas tembakan, kot-kot kau sedar diri. Awak tu baru berniaga kat tepi jalan dah x solat, Nabi Muhammad S.A.W tu merupakan seorang peniaga yang terkenal tetap melakukan perintah Allah. Tak de rasa malu ke? Ok sorry maybe it is too rude tapi itu apa yang aq nak zahirkan dari pemerhatian aq. Dan ayah aq akan boikot klo peniaga tu x solat. Memang lah kita x nampak, tapi klo solat Jumaat pon kau x pergi apatah lagi solat fardhu kan. Jangan sibuk sangat nak cari duit, sampai kita lupa tanggungjawab yang satu tu.
 
p/s: aq dah taip separuh hari tu, lepas tu line x de plus malas, jadinya aq publish hari ni.
p/s2: aq x pandai mana, cuma nasihat-menasihati antara satu sama lain je. klo ada fakta yang salah, sila comment.

Thursday, 6 December 2012

Check-it-out wahai pengguna jalan raya

Assalamualaikum
 
Hai pengguna jalan raya sekalian. Tak kira la korang ni pejalan kaki, pemandu kereta, penunggang motorsikal dan juga penumpang. As long as we use road everyday. Apa masalahnya? Meh aq nak cerita betapa aq stress bila drive dengan sikap2 yang akan aku senaraikan kat bawah nanti. Sila bertimbang rasa ok. Hari-hari aq buat dosa sebab memaki hamun, menyumpah seranah korang yang bikin hati gua panas. Paling baik aq geleng kepala je. Sampai aq rasa dah penat nak drive. Cett padahal lesen P pon x habis lagi.
 
1. Tak reti nak bagi signal
Helloo, awak belajar memandu kat mana hah? Masa nak amek lesen kemain ikut segala undang-undang jalan raya, bila dah dapat lesen, terbang semuanya. Kau buat undang-undang sendiri nampak. Tahu tak klo bagi signal either u want to go to left or right side, this will help to avoid an accident. Kau tahu tak disebabkan sikap kau yang BIJAK sangat tu, aq brek emergency. Klo x sempat brek, acano? Mangkuk Tingkat betei. Pastu dah lah kat Malaysia ni, sapa langgar belakang yang bersalah. Pastu kau untunglah sebab kereta kau rosak boleh claim insurance aq, habis tu kereta aq nak claim insurance sapa? Aq jugak, padahal salah kau. Pastu seriously, signal ni memainkan peranan yang sangat penting ok dan sangat menyusahkan orang lain.
 
Contoh 1: Di satu simpang 3. Aq dari jalan besar nak masuk simpang kanan. Then, kemain la beratur panjang2 <sebab pemandu di Malaysia yang x bertimbang rasa> Then, suddenly ada mangkuk<dari arah yang berlainan> ni main masuk je simpang tu tanpa memberikan isyarat. What the fish!Aku beratur kemain lama sampai jammed. Klo aq tahu kau nak masuk situ, x payah aq menyesakkan jalan. Boleh je aq cut kau dan masuk simpang tu.
 
Contoh 2: Ada dua lorong. Pastu kat lorong belah kiri tu jalannya tak berapa elok, ada lubang2. Ye aq tahu kau nak elak lubang. At least bagi lah signal, ini tak main himpit2 kereta kita plak. Wak lu. Aq tahu bertimbang rasa, tapi ada orang yang slamber badak je lalu kat jalan berlubang-lubang tu. More Adventure katanya. Bila kau bagi signal, aq tahu 'Oh dia ni nak masuk line kanan, so aq kena perlahankan kelajuan' Maklom aq bawa cam drifter kan. Ini tak tetiba je menyelit kat depan, klo tercium kang, aq juga yang kena bayar.
 
Aku harap korang faham ilustrasi yang aq cuba bagi ni. Klo x faham, buat-buat faham je lah ek.
 
2. Pejalan Kaki
Wahai pejalan kaki sekalian, korang boleh tak jangan tergedik-gedik jalan cam pengantin nak diarak ke pelamin. Jangan sampai aq turun dari kereta dan tendang kaki kau, bagi kau jalan laju siket.
 
Aku ni jenis klo nampak pejalan kaki, aq stop kereta if keadaan x membahayakan dan jalan x sesak. Angkat tangan <cam gaya polis trafik tu> suruh depa ni melintas. Tapi aq jadi panas hati bila dia boleh plak angkat tangan kat aq suruh aq jalan. Mangkuk betul. Aq ni kesian kat kau berdiri tengah panas rembang tu, kau boleh plak panaskan hati aq ek.
 
Pastu ni lagi satu spesis pejalan kaki yang dia dah nampak ada kereta yang dibawa laju, tapi jalan lenggang kangkung lagi. Oii makcik, klo kita ni sempat brek takpe lah. Dibuatnya saya tengah bawa laju, x sempat brek, tak ke melayang nyawa awak takpon cedera. Nak camtu? Nanti comfirm2 pemandu kereta yang disalahkan. See? Ketidakadilan di situ. Kau expect semua kereta akan berhenti nak tengok kau punya lenggang, pakai baju apa, rambut kau tu cantik ke tak? Camtu ek? Klo aq n family aq nak melintas jalan, kitorang jalan laju2 tau sebab nak selamatkan diri. Almaklomlah nak melintas jalan tu umpama kau dah berada kat tali gantung tahu.<maaf hiperbola terlebih>. Erk apa pulak kaitan tali gantung dengan melintas ni?  Maksud aku melintas jalan ni Sangat BAHAYA ok dan boleh membawa kepada maut.
 
3. Parking
Ye bab parking ni pon satu hal. Aq tau lah kereta kau besar, tapi beragak la siket takkan sampai 2 lot parking kau park kereta kau. Abih tu klo sepuluh orang berperangai cenggini, aq nak park mana kereta kecilku ini. Ado paham? Parking atas kereta kau, biar double layer ok? Jenuh plak aq nak naik atas kereta kau dan mahu jahanam kereta besau dia tu.
 
Pastu ada satu kes, selalu berlaku kat Taipan. Almangkuk ayun orang kat situ. Sungguh menyakitkan hati dan mementingkan diri sendiri. Ada ke patut dia block kereta orang. Klo sekejap tu tahan lagi, ini dekat sejam aq tunggu situ. Masa tu aq g Macd Taipan mao amek barang. Aq bawak sorang rider ni-Zul. Kereta aq kena block, sumpah panic. Then, si Zul ni pergi hon kuat2 dan berulang kali kereta Cina tu. Aq malu gila, nyorok dalam kereta. Hehe. Nasib dia kenal bunyi hon kereta dia.<Kereta dia tingkap terbuka>. Walaupon kau nak pergi bank sekejap je, tolong cari parking atau klo cam ayah aq, klo keadaan mendesak pastikan ada sorang yang tahu bawa kereta tinggal dalam kereta tu. So that, bila orang kat parking tu nak keluar, mama aq boleh alih kereta. Faham?
 
So, itu je lah yang aq nak share ngan korang. Mungkin kita tak sedar yang kita dah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Tapi apa yang aq list ni, effect dia akan kena kat aq sebagai pemandu kereta. Demi mengelakkan kadar kemalangan dari terus meningkat, marilah sama-sama kita bertimbang rasa di jalan raya. <pergh ayat karangan SPM>
 
p/s: aq tau aq pon baru ada lesen dan x cekap sangat bab2 jalan raya ni.
p/s2: i just write what i see n i want my readers to change their attitude.
p/s3: Do inform me if i give u wrong information. TQ.

Sunday, 2 December 2012

Derma Dara @ Darah

Assalamualaikum, hallooo halloo
 
 Hai, maaf tajuk sensasi lagi panas berapi cam iklan maggie kari plak. Hmm apsal tetiba buka topik cenggini ni?
 
Sobab eh, tadi pada 1 Disember 2012, gua dah pecah rekod dalam hidup gua. Gua derma darah der. Cerita dia bukan gua nak gebang ke sembang lebat ke sebab gua dah derma darah. Nope it just not like that ok, THINK POSITIVE please.
 
Before i proceed with my point, i want to give a little bit background about what happen yesterday which is 1st December 2012. Kat Masjid As-Salam Puchong Perdana buat Karnival Kemanusiaan 'Tangisan Gaza'. Ada macam2 lah aktiviti menarik diadakan. Since aq kerja kol 10am dan malamnya aq nak tengok bola. Aq datang kol 9am.
 
NIAT NAK DERMA DARAH
Hmm sebenarnya sejak aq masuk UiTM Kedah, acap kali diadakan kempen derma darah. Tapi aq sangat takut dengan jarum, pastu takde kawan nak teman. Hehe. Pastu bila student Astin College tu bagi flyers, mata aq memang fokus kat DERMA DARAH bukan DARA ok. Then, aq decide 90% of my heart to donate my blood.
 
Semuanya berjalan dengan lancar. Seriously aq cuak gila babeng lah, sampai nurse tu suruh baring kat kerusi tu pon, aq cam teragak-agak. Dan obviously diorang suma tau aq 1st time derma darah. Dah lah aq ada masalah susah nak cari URAT,  sampai kena bius uolls. Pastu bila dah kena bius tu, memang aq rasa cam nak suruh nurse tu buka benda alah yang cengkam lengan kita tu. Aq rasa rimas gila.
 
Pastu pengalaman kena cucuk banyak kali. Sakit doe kena cucuk. Doktor/nurse kata sakit kena cucuk cam sakit kena gigit dengan semut je. Woi tipu gila, walau aq dah berumur 19 tahun, tapi sakit tetap sakit. Cuma aq tahan rasa nak menangis tu, tahu tak? <Sumpah lembik ko syira, baru kena cucuk dah nangis. > Amboi, cuba kome plak pergi cucuk barang 2-3 kali dalam sehari. Hehe
 
Nak Derma DARA atau DARAH?
 
So, back to our topic. Korang pilih nak derma DARA ke DARAH? Klo kau derma dara kat bf kau, benefit dia untuk bf kau je, silap2 hari bulan kau boleh pregnant, jangkitan HIV, dan macam2 lagi kesan2 negatif dan buruk kepada diri korang. Tapi klo kome derma DARAH, u had save others LIFE. Get it? Kau akan rasa yang diri kau amat berharga n i dont know what words can describe that feeling, only those who had experienced this, will know it.
 
Konklusinya, saya ingin menyeru anda semua yang sihat walafiat untuk menderma darah mahupon organ anda. Lets save one lifes and one day other people will help to save your life.
 
p/s: sangat bangga sebab apa yang aq nak buat dulu dah tertunai tadi.
p/s2: Gembira bila Malaysia dah kalahkan indon. Good job Harimau Malaya. Aum Aum Aum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...