Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 7 December 2012

Entry Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434H

Hai, apa perubahan yang dah korang buat? Kita akan buat azam baru bila awal tahun iaitu 1 Januari dan ikut kalendar Islam, bila tibanya Maal Hijrah. Either u change to a positive way or negative way. The choice is yours. But hopefully it is a positive one.

 So, aq ak nak cerita cum nasihat utuk diri aq sendiri dan saudara seIslam ku sekalian. First thing first aq x mao cite pasal azam yang merepek ko nak diet ke nak cari pasangan hidup ke hape. Apa yang aq nak kupas pasal isu akhirat or to be exact our responsibility as Muslims.

Benda yang kita kena tanya diri kita,EVERY SECOND we forgot our daily routine.

1.Aku dah tunaikan SOLAT FARDHU ke belum?

2.Hari ni aq dah mengaji ke, walau hang baca merangkak at least sepotong ayat every day.

3. Untuk perempuan: Aq ni dah menutup aurat ke belum. FULLY COVER ok.

4. Untuk lelaki: Aq ni dah cukup ilmu ke nak bimbing isteri dan anak2. Or to be clear, adakah aq dah bersedia untuk menjadi ketua keluarga.

Ok apapon, yang aq nak HIGHLIGHT kan tentang SOLAT. Aq malas nak kesah tentang hal lain, tapi yang paling aq rasa nak je aq paksa korang cam budak kecik untuk solat. Hmm faham tak apa yang aq rasa. Ye aq tau kubur lain2, tapi sebagai saudara seIslam, aq rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan kau yang mungkin x sedar,khilaf ataupun kau buat2 tak sedar diri.

Tahukah anda yang Menunaikan solat fardhu itu ialah rukun islam kita yang kedua. Kau mengaku beragama Islam tapi kenapa taknak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Semakin hari, aq nampak betapa kita suka memandang isu solat tu sebagai perkara remeh. Hey what the fish. Allah dah bagi kita pelbagai nikmatNya, tapi kita langsung tak tunjuk tanda syukur dan terima Kasih kepada Allah.

Bukan susah pon nak solat. Tak sampai 10Minit pon. Dan aq boleh kata almost 80% of us ni tak solat. Sebab apa? Konon x de masa, busy dengan kerja dan study, hilang make up n etc. Korang tahu tak walau gaji kau 5 angka, tapi klo x solat, x dapat keberkatan dari Allah. Rezeki yang Allah bagi tu, kau akan senantiasa rasa tak cukup waima gaji kau laki bini sebenarnya dah lebih dari cukup.
 
Ni aq nak bagi sedas tembakan, kot-kot kau sedar diri. Awak tu baru berniaga kat tepi jalan dah x solat, Nabi Muhammad S.A.W tu merupakan seorang peniaga yang terkenal tetap melakukan perintah Allah. Tak de rasa malu ke? Ok sorry maybe it is too rude tapi itu apa yang aq nak zahirkan dari pemerhatian aq. Dan ayah aq akan boikot klo peniaga tu x solat. Memang lah kita x nampak, tapi klo solat Jumaat pon kau x pergi apatah lagi solat fardhu kan. Jangan sibuk sangat nak cari duit, sampai kita lupa tanggungjawab yang satu tu.
 
p/s: aq dah taip separuh hari tu, lepas tu line x de plus malas, jadinya aq publish hari ni.
p/s2: aq x pandai mana, cuma nasihat-menasihati antara satu sama lain je. klo ada fakta yang salah, sila comment.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...