Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 27 January 2013

Kawasan Puchong

Assalamualaikum dan salam persahabatan
 
Aku: Hei peeps, did u miss me?
Readers: Nooooo.
Aku: Why u dont miss me, huh? You know what?
Readers: No, I dont know and i dont want to know it. <Erghh statement kejam>. 
Aku: Ok fine, just forget about this nonsense talk, lets proceed with our issue.
 
Ok aku nak cakap pasal ermm tettt. Masalah aku ialah aku tak tahu nak bagi tajuk apa. I just know to type the whole chapter story. So, let me type what i want to tell uollz.
 
Sejak aku kerja kat kedai buku ni, setiap pelanggan yang aku kenal aku akan tegur. Contohnya, junior/senior sekolah esp SMK USJ 23. Then, customer ayah, jiran2, kaum keluarga <of course i did it, klo aku tak layan memang minta kaki>, sanak saudara sama ada yang jauh mahupon yang dekat. <yang aku kenal dan cam muka je lah> and last but not least my ex-teachers/sir/ustaz/ustazah and cikgu.
 
Eh tapi kan, klo customer tu aku tak kenal pon, aku boleh je jadi peramah gitu. Setakat tanya beberapa soalan yang tak patut ditanya to start a conservation and to show that i was a mesra alam person like this:-
 
Aku: Adik darjah berapa?
Budak comel: Darjah lima.
 
Aku: Sekolah kat mana?
Budak Hensem: SMK Puchong Permai
 
Aku: Ambik STPM kat mana?
Budak Gedik : SMK Alam Megah bape ntah aq x ingat.
Aku: Oh, akak ada kawan kat situ. Nama dia Umiray, kenal tak?
Budak Gedik : Oh kenal. Camne akak boleh kenal dia?<amboi, banyak tanya plak ko ek>
Aku: Dulu kitorang satu kelas kat SMK USJ 23.
Budak Gedik: Dia ada awek tak kak?
Aku: Eh, budak ni. Nak je aku jawab, akak la awek dia. Muahaha. Tapi aku malas layan, aku buat2 layan customer lain. Dia pon blah dengan perasaan kecewa sebab tak dapat korek rahsia. Muahaha.

So, senang cerita aku ni peramah orangnya most of the time lah. Tapi klo time aku tengah bad mood memang haremmm la aku nak tegur. Contoh bila bos datang dan membebel, bila baru lepas kena marah/maki dengan customer. Muka pon ketat je, tapi bila cust nak bayar, senyum la juga walaupon plastik sampah. Dan satu yang aku takkan miss ialah untuk ucap TERIMA KASIH/THANK YOU. Nasib aku tak tambah DATANG LAGI macam crew Macd selalu buat.

Pastu kan, aku ni tegur je semua orang yang aku kenal, ye lah takut nanti orang kata aku Sombong, Berlagak, Riak, Bongkak (SBRB) plak kan. Tak kira lah dulu kat sekolah kau budak bermasaalah ke, duduk kelas belakang sekali ke, budak pandai ke, anak orang kaya ke dan sebagainya. <Jenuh plak aku nak klasifikasikan satu-satu>.
 
TAPI, klo kau muka tahap minta penyepak which is muka SBRB, muka tak reti senyum, datang kedai buku tu dengan pakaian tak senonoh, berkepit dengan jantan/betina yang belum sah di sisi syarak, pakai rantai <lelaki sahaja> and certain criteria which i cannot accept it at all.  Sorry, gua takkan tegur lu unless klo hati gua terdetik nak bertegur-sapa dengan lu. Gua sket pon tak heran klo lu tak tegur gua<kata mereka>. I'm sorry if you are hurt with my attitude, but this is my attitude. I try to change it in future. In Sha Allah.
 
Pastu kan, sikap aku ni dah memang terdidik sejak di Macd lagi. Sampai kan kawan-kawan sekerja aku @ clique pon cakap. Kau ni semua orang kau tegur/kenal. Heheh, gua memang begini der.
 
Oleh itu, aku nak cakap sket. Hangpa tok sah lah nak berlagak ataupon buat krikkrik kat aku, bila aku tegur hangpa tu. Layan lah aku walaupon kau tak ingat sapa aku ni. Kekadang aku kenal kau, tapi kau tak kenal aku and vice versa. Agak jarang la klo aq yang tak kenal korang.
 
Tapi ada je, kes yang mana aku tak cam korang. Mungkin sebab korang dah berubah sama ada makin cantik/hensem, kurus/gemuk. Tetiba dari gelap ke putih, pendek ke tinggi and vice versa.
 
Pastu kan klo aku tegur orang tu, then dia buat muka krikkrik, aku akan tanya : Kenal tak? Pastu dia pon sedang flashback his/her memory. Then, he/she said: Oh kakak pengawas tu kan. Ok then, aku pon terfikir camtu cara kau kenal aku. Nama tak tau, tapi depa tau aku pengawas yang paling comel baik and sometime garang. Sometime sangat kan, klo dah senior gelar kau 'singa' memang kau lemah lembut la kan namanya.
 
Pastu klo jumpa bekas pendidik yang pernah mengajarku, mesti depa tanya:- Tak sambung belajar ke? Then, i will said that i'm waiting to further my degree in March. And they would say that, 'Oh i'm older enough, as my student are going to further her degree and soon will get married<ok, i just add it.> HAHA. But, actually you are not older enough my dear PENDIDIK, it just because i took foundation in law which is one year=2 sem=short cut to degree=u will die/suffer<no, i just kidding> get job and married soon. <eh sesiapa pon boleh klo dah tu rezeki dia>
 
Pesanan Pemilik Coretan Hatiku : sorry to say that I cant continue my LLB-Degree in Law. Memang tak pernah ada dalam senarai cita-citaku sejak kecil. I had try my best not VERY best, but i fail to fulfill others hope. I'm so upset as i had hancurkan harapan kalian yang saya sayangi untuk melihat saya menjadi seorang lawyer. 
 
''When there's a will, there's a way. Allah know what is the best for us. Just pray for the best of us'' 
 

Sunday, 13 January 2013

Kasih ayah yang tiada tandingan

Assalamualaikum
 
Korang pasti pernah dengar ayat ni kan:
 
Kasihnya ibu membawa ke Syurga, Kasihnya ayah sepanjang masa mahupon Kasihnya ayah bawa ke Mati.  Aku tahu Hari Bapa lambat lagi. Actually benda ni aku nak post sebab aku terharu/tersentuh bila seorang budak ni datang dengan bapak dia nak beli alat tulis untuk sesi persekolahan yang baru bermula lebih kurang 2 minggu. 
 
Rambut bapaknya dah memutih dengan uban, pakaiannya biasa2 saja, datang ke kedai buku dengan menaiki motor. Macam mana aku tahu? Sebab diorang bawa 2 biji helmet. Aku respect kat budak ni sebab dia amek pen 3 batang<merah,biru,hitam> dan set geometri. Total semua tak sampai RM10 dan yang buat aku rasa nak menangis time tu jugak <  i'm crying when i type this story > . Bila bapak dia dah bayar, dia salam bapak dia dan ucap terima kasih. Ya Allah, baiknya dia. Semoga dia berjaya dalam pelajaran dan dapat tolong dan balas jasa bapak dia.   Aamiin.
 
Pasti ada antara korang yang akan kata, why should you cry? Pondan doe kau ni<angah kata kat aku bila aku cerita kat dia>. Ye, korang memang lah boleh cakap camtu sebab kau tak nampak depan mata kau sendiri. Dan bagi aku, kenapa aku menangis ialah sebab aku rasa INSAF.
 
Yup, INSAF sebab selama ni aku hanya tahu meminta itu ini. Dan ayah dan mama akan cuba penuhi kehendak aku. Aku dah 19 tahun menyusahkan mama dan ayah. Ya Allah, kenapa baru sekarang aku sedar? Aku tak pernah pon ucap terima kasih kat mama dan ayah bila aku dah dapat apa yang aku nak. Kalau tak dapat, aku akan memberontak. Ok tak semua kehendak/impian aku akan tercapai. But mostly, ayah akan usahakan untuk anak ayah yang manja,pemalas dan sebagainya. Dan kekadang aku cuba memotivasikan diri yang benda yang aku nak tu tak penting.
 
For example, hari tu masa aku nak pergi interview kos bahasa melayu at UiTM Shah Alam hari Sabtu, dia nak slip keputusan MUET. Dan aku, mama, ayah, angah dan adik dah puas cari satu rumah dan kedai, tapi tak jumpa. Tapi korang tahu tak ayah aku la yang beriya cari 2-3 kali. Then, aku buka MPM, dia kata boleh amek copy slip keputusan melalui pos laju atau by hand-amek sendiri. Aku taknak susahkan ayah sebab jauh office dia kat Batu Caves. Lagipon dia kata kalau pos laju dapat dalam tempoh sehari. Aku decide nak buat by post, tapi ayah aku takut tak sempat sampai sebab masa tu dah hari Khamis, ayah aku sanggup berkorban naik motor pergi Batu Caves semata-mata untuk anak dia yang sorang ni. Aku tahu jauh sangat Batu Caves tu, tapi demi taknak aku disqualified dari temuduga tu, dan masa tu aku macam dah give up taknak pergi interview tu sebab bakal susahkan ayah.
 
And for the first time in mylife kot, aq cakap terima kasih kat ayah. I dont know how to appreciate his big effort for me. It is not enough if i just say thank you. In Sha Allah, along janji akanbalas jasa ayah dan mama, and i will take care of you bila ayah n mama sakit. Because you are my ONLY FATHER and MOM that i have. Semoga Allah qabulkan doa along ni. Aamiin.
 
 Aku dah tak boleh nak tulis dah ni. Sakit kepala coz i'm crying when i write from the beginning. Mata dan hidung dah merah, hingus dah meleleh. Semoga korang dapat mesej yang cuba aku sampaikan ni.
 
Sempena hari jadi ayah yang ke-45 tahun pada 13 Januari ini, along doakan ayah sihat sejahtera dan niat ayah nak pergi  haji pada umur 50 tahun tercapai. Aamiin. Along sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih sebab dah besarkan along dan memenuhi kehendak along selama ni.

Thursday, 10 January 2013

Pergaduhan antara Cashier dan customer

Assalamualaikum and halloo readers.

First of all, aku nak tanya pernah tak korang nampak customer serang cashier? Aku rasa mesti pernah punya lah, kan? Well, customer always right. Kalau dapat detect kesalahan cashier, kira cukup hebat la tu kan? Hehh, teruk betul perangai.

Ok, sekarang ni awak tahu tak term Setiap manusia pasti melakukan kesalahan or in English People always do mistakes. Kami bukan Tuhan, yang complete and perfect serta kami bukan robot-kekadang otak kami pon blurr bila terlampau banyak maklumat nak diproses ramai customer yang beratur nak bayar. Nak pulak beli tahap tak ingat dunia RM200 and above in single receipt. Kalau boleh satu kedai tu dia nak borong kan?

Then, aku tahu bagi pihak customer, you akan kata :-

Eh, awak kan kerja kat sini, takkan tak tahu harga barang kat kedai ni.

Huk aloh, lu fikir gua ni scanner barang ke, bila barang tu lalu depan muka gua je, gua dah dapat detect harga dia. Did you expect like that, huh?

Pastu kau akan kata, tekan pakai mesin pon boleh salah ke?

Jawapan aku: YES, it is POSSIBLE to be WRONG because we as a HUMAN yang tekan kat mesin tu. Kalau mesin yang jenis scan barang, terus naik harga, i think there should be no problem at all.

Contohnya, kita nak tekan harga RM2.90, Tapi akibat nak laju-customer berderet plus kira cam dah hebat lah dah boleh ingat button tu kat mana. Aku pon tertekan RM5.90.

Is it enough with 2 negative perceptions in customer mind towards the cashier, huh? Argh yang lain hang pikiaq sendiri nohh. Penat la aku nak fikir semua.

Ok, in this situation, i think we NEED to  bertolak ansur. Kalau betul cashier tu salah kira, boleh tak cakap/tanya dengan sopan-santun. Bukannya kau serang/maki/marah dan sebagainya sampai cashier tu menangis. Padahal dia kira betul dah, awak yang pilih barang mahal2x, pastu buat2 terkejut beruk plak. Haih geram dah ni. Tak pasal2 kau dah spoil mood orang nak bekerja.

Kalau aku deal dengan benda macam ni, amek kalkulator kira barang dia satu2, then tick barang yang dah sudah kira. Oh pastu benda macam ni kau kena TENANG, jangan gabra. Kalau kau rasa kau betul, sila yakin dengan kata hati anda. Memang dalam hati rasa cam nak meletop sebab takut+marah dengan customer sebab tengking kita.

Then, bila kau dah kira dan tiada apa-apa yang salah. Kau suruh customer tu pulak kira depan mata kau pakai kalkulator kita. Biar adil dan saksama, biar dia puas hati. Kalau dia nak pakai kalkulator sendiri pon, ada gua kisah der? Then, if nothing that the shit customer want to argue, sila buat muka duckface/poyo. Haha, tak lah buat macam there's nothing happen between you and I.  And for sure kalau dia rasa bersalah dia akan minta maaf and create nonsense reason to cover rasa malu dia marah melulu tanpa usul periksa.

Tapi ada je manusia yang berhati batu langsung tak say sorry dan terus blah sambil kata kita tak betul blabla. Hehh, nak aja gua bagi vary kick kat dia. Tapi customer is always right. Argh, pergi jalan la dengan piagam pelanggan sedemikian rupa. Kekadang aku bidas je customer yang bermulut seperti ribut tu.

Konklusinya, gua nak sarankan kepada youollz yang bergelar CUSTOMER sila stand by CALCULATOR, so that if you think that you had been cheated by the cashier, you can count it on yourself. Then, jangan nak marah/maki melulu. Cuba cakap/tanya baik-baik, camni:

Dik, akak rasa adik salah kira barang akak ni. Cuba adik kira balik.

Aku: Ok sekejap ye kak.

Amek calculator kira balik. Kalau betul kita salah, pulangkan balik duit dia. And say sorry.

Cust: Tu lah, lain kali buat kerja tu fokus, bukan berkhayal je.

Oh sentap mak nokk. Dah tu memang sempat plak nak berangan kalau customer berderet. Ni statement kalau cashier didapati bersalah di bawah akta123 kena maki dengan customer.

Kalau cashier di pihak yang betul plak:

Oh takpe lah kalau camtu, akak cuma terkejut cecah RM2++, Padahal barang siket je. 

Der, barang sekarang mahal doe. Tu lah lain kali, sebelum bayar check dulu apa yang anak kau amek-barang berfaedah ke tak, harga murah ke mahal? Tips untuk customer, sebelum kau pergi shopping, kat rumah tu sila buat list things to buy sambil2 tengok tv ke teatime ke. 

Kalau hati kau bersih, kau takkan marah orang secara melulu. Sentap? Budi bahasa budaya kita. Peace yau.

Monday, 7 January 2013

Kisah seluar pendek dan legging


Assalamualaikum dan salam Jumaat
 
Seluar pendek a.k.a shorts and leggings. Ye itulah isu yang aku nak bangkitkan hari ni. As I as a Muslim was very shocked and upset when I saw so many of Muslim who are wearing shorts and legging in public like it was normal and can be accepted in our norm and society. But actually it was a weird and I was very shame of them. You know why?
 
This is due to two main reasons:
 
1.You are MUSLIM, which is your religion is ISLAM and majority of MUSLIM are MALAY.
2. You are a GIRL/LADY/WOMAN. Kau yang bodoh sangat pakai camtu, camne lah kes rogol tak meningkat setiap hari? Kau yang mulakan dulu doe. Lelaki tu mana tahan, nafsu dia tinggi tahu.
 
Yang ni aku quote dari fb, tapi aq guna ayat aq sendiri dan apa yang aku faham.
 
Kau tengok orang keliling kau semuanya pakai seluar pendek dan legging. Dan kau pon nak cuba. Lalu kau pon membuat keputusan memakai seluar 3 quarter/legging in public tapi masih bertudung. Pastu kau nak up lagi, pakai seluar pendek paras lutut, pastu pakai seluar macam amoy selalu pakai tahap ¼ dan tudung kau pon hilang. Syaitan pon gelak dan berparti sebab dia dah berjaya buat seorang anak Adam melakukan maksiat dan dosa.  
 
Ni aku bagi link untuk korang sedar tentang perempuan suka pakai legging in public. trend pakai tudung, seluar ketat
 
 Kepada Awak yang bergelar PEREMPUAN, kita hidup di bumi Malaysia yang kaya dengan adab dan tatasusila. Awak jangan lah ingat kita dah di abad millennium, so you can do whatever you want. Klo camtu baik kau tak payah pakai apa-apa,ok? Walau apa pon yang awak nak buat, tolong ingat dua benda ni: I was born as a MUSLIM and MALAY yang mana budaya,adab kita memang dipandang tinggi dan seWAJIBnya diAMALkan sampai bila-bila. Takkan Melayu hilang di dunia-Hang Tuah. Dan kita WAJIB Menutup aurat.
 
Pastu kan awak yang bergelar suami/ayah/ketua keluarga. Can you advise your wife/daughter if they are wearing shorts/legging when they want to hang out with their friends or want to go outside from your house. Aku boleh kompromi lagi klo pakai short dalam rumah, tapi klo kau menggedik pakai seluar pendek gila tahap ¼ kaki kau, Masya Allah. Ke awak rasa BANGGA sebab dapat buat free show PEHA dan BETIS kat PUBLIC, gitu? Please voice out what is halal and haram to your wife and daughter.
 
 Then, can you think how you want to teach your daughter/son to have an Islamic lifestyle if you yourself as a mother cannot accomplish the criteria that Islam had ruled especially in clothes code, huh? I give you one example: One day I saw a family that are consists of a mother, father and daughter. Aku kat belakang depa atas escalator. What I was surprised was they are all wearing shorts. Hoo, good job to that family. Mak dia pakai lagi pendek dari bapaknya pakai. Dalam kepala dan hati aq terdetik, di masa depan anak kepada anak dia tu nanti nak pakai pendek mana lagi and how they can have an Islamic lifestyle if they had failed in clothes code? Am I too rude and cruel?
 
 As a conclusion, I want all of us to open our heart, mind and eyes to think about it and try to change this phenomenon before it going worst. And seems it was going worst nowadays. But one step precaution towards it is better rather than doing nothing, rite?
 
 
 

 

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013

Assalamualaikum dan selamat datang ke tahun 2013.
 
First and foremost, syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup oxygen di bumi Allah ini. Kita tinggalkan bad memory in 2012 and all sweet memory keep and save it in your mind until we die. So, welcome to the new year-2013. So fast time go on.
 
Apa yang aku buat tadi untuk celebrate NEW YEAR 2013. Tutup kedai awal before 10pm, decide nak pergi rumah opah at Kg. Kenangan sebab nak jumpa budak2 yang nak masuk asrama esok. Ada 3 orang. 2 orang dah senior-Form 2. Sorang kat Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ), Sorang lagi kat Sekolah projek, Seksyen 11, Shah Alam. Manakala yang junior masuk SAMBBST, Bandar Baru Salak Tinggi.
 
Saja nak bagi kata-kata motivasi untuk depa study hard. Dan aku pong dah lama tak jumpa orang2 Kg. Kenangan for almost one year ok. Macam-macam yang berlaku dan aku tak tahu either aq tak ambil tahu pasal diorang mahupon family aku x inform what had happen to opah family. I'm so sorry for neglected all of you ok.
 
Makan, sembang2 dengan opah. Dengar bunyi percikan bunga api, berlari ke luar rumah nak tengok. Tapi hampeh tak nampak. Tapi klo kat rumah aku kompem nampak. Pastu makan nasi lauk gulai ikan. Sebenarnya aku x nak makan sebab kat rumah ayah dah beli sate tapi x nak opah kecik hati, makan la juga. Sudahnya, sate x habis. Esok la makan buat bekfes.
 
Lepas kol 12 kitorang pon chow dan balik rumah. OTW nak balik rumah , kitorang lencong jalan2 ke IOI. Bukan pergi IOI tengok wayang ke hape, cuma lalu saja. Actually nak test power drive jauh siket. panjang ekor sudaa. Aku berani pong sebab malam tak banyak kereta and for sure depa tengah tengok bunga api lagi.
 
Done pusing satu round, balik rumah. Lepas buat U-turn, ada ROADBLOCK. Aku cuak gila walaupon lesen ada, roadtax hidup dan pakai seatbelt. Tapi x tahu lah. Polis tu suruh jalan je. Dan kitorang sampai rumah pukul 12.40am. Oh BTW it was a nice moment when I spend time this nite with my siblings.
 
Akhir kata, semoga tahun baru 2013 membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup aku, keluargaku dan semua orang.
 
p/s: Esok komfem ramai parents serbu IDAMAN beli stationary untuk anak2 depa. waaa, penat wei.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...