Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 13 January 2013

Kasih ayah yang tiada tandingan

Assalamualaikum
 
Korang pasti pernah dengar ayat ni kan:
 
Kasihnya ibu membawa ke Syurga, Kasihnya ayah sepanjang masa mahupon Kasihnya ayah bawa ke Mati.  Aku tahu Hari Bapa lambat lagi. Actually benda ni aku nak post sebab aku terharu/tersentuh bila seorang budak ni datang dengan bapak dia nak beli alat tulis untuk sesi persekolahan yang baru bermula lebih kurang 2 minggu. 
 
Rambut bapaknya dah memutih dengan uban, pakaiannya biasa2 saja, datang ke kedai buku dengan menaiki motor. Macam mana aku tahu? Sebab diorang bawa 2 biji helmet. Aku respect kat budak ni sebab dia amek pen 3 batang<merah,biru,hitam> dan set geometri. Total semua tak sampai RM10 dan yang buat aku rasa nak menangis time tu jugak <  i'm crying when i type this story > . Bila bapak dia dah bayar, dia salam bapak dia dan ucap terima kasih. Ya Allah, baiknya dia. Semoga dia berjaya dalam pelajaran dan dapat tolong dan balas jasa bapak dia.   Aamiin.
 
Pasti ada antara korang yang akan kata, why should you cry? Pondan doe kau ni<angah kata kat aku bila aku cerita kat dia>. Ye, korang memang lah boleh cakap camtu sebab kau tak nampak depan mata kau sendiri. Dan bagi aku, kenapa aku menangis ialah sebab aku rasa INSAF.
 
Yup, INSAF sebab selama ni aku hanya tahu meminta itu ini. Dan ayah dan mama akan cuba penuhi kehendak aku. Aku dah 19 tahun menyusahkan mama dan ayah. Ya Allah, kenapa baru sekarang aku sedar? Aku tak pernah pon ucap terima kasih kat mama dan ayah bila aku dah dapat apa yang aku nak. Kalau tak dapat, aku akan memberontak. Ok tak semua kehendak/impian aku akan tercapai. But mostly, ayah akan usahakan untuk anak ayah yang manja,pemalas dan sebagainya. Dan kekadang aku cuba memotivasikan diri yang benda yang aku nak tu tak penting.
 
For example, hari tu masa aku nak pergi interview kos bahasa melayu at UiTM Shah Alam hari Sabtu, dia nak slip keputusan MUET. Dan aku, mama, ayah, angah dan adik dah puas cari satu rumah dan kedai, tapi tak jumpa. Tapi korang tahu tak ayah aku la yang beriya cari 2-3 kali. Then, aku buka MPM, dia kata boleh amek copy slip keputusan melalui pos laju atau by hand-amek sendiri. Aku taknak susahkan ayah sebab jauh office dia kat Batu Caves. Lagipon dia kata kalau pos laju dapat dalam tempoh sehari. Aku decide nak buat by post, tapi ayah aku takut tak sempat sampai sebab masa tu dah hari Khamis, ayah aku sanggup berkorban naik motor pergi Batu Caves semata-mata untuk anak dia yang sorang ni. Aku tahu jauh sangat Batu Caves tu, tapi demi taknak aku disqualified dari temuduga tu, dan masa tu aku macam dah give up taknak pergi interview tu sebab bakal susahkan ayah.
 
And for the first time in mylife kot, aq cakap terima kasih kat ayah. I dont know how to appreciate his big effort for me. It is not enough if i just say thank you. In Sha Allah, along janji akanbalas jasa ayah dan mama, and i will take care of you bila ayah n mama sakit. Because you are my ONLY FATHER and MOM that i have. Semoga Allah qabulkan doa along ni. Aamiin.
 
 Aku dah tak boleh nak tulis dah ni. Sakit kepala coz i'm crying when i write from the beginning. Mata dan hidung dah merah, hingus dah meleleh. Semoga korang dapat mesej yang cuba aku sampaikan ni.
 
Sempena hari jadi ayah yang ke-45 tahun pada 13 Januari ini, along doakan ayah sihat sejahtera dan niat ayah nak pergi  haji pada umur 50 tahun tercapai. Aamiin. Along sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih sebab dah besarkan along dan memenuhi kehendak along selama ni.

1 comment:

  1. tahniah asyirah dapat sambung kat uitm =) semoga terus sukses ye ^__^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...