Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 19 February 2013

DIDIK SEJAK KECIL

Assalamualaikum

Pernah dengar tak pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksud peribahasa ini ialah kalau kita nak didik anak, didiklah sejak kecil. Bukannya dah besar panjang manusia baru nak didik. Susah lah dia nak dengar cakap mak bapak lagi bila dia dah boleh buat keputusan sendiri waima keputusan yang dibuat itu salah.

Isunya ialah sejak kecil kita kena didik/asuh anak kita mengaji,solat 5 waktu, yang mana halal/ haram, yang mana baik/buruk dan macam-macam lagi cabang ilmu. Duniawi dan ukhrawi kena seimbang. Kalau tak, gelap masa depan anak kau nanti.

Pertama sekali, aku nak utamakan yang UKHRAWI/ AKHIRAT/ Alam selepas alam barzakh dan ianya kekal abadi. Kita kena didik anak-anak kita solat. Tapi kalau mak bapak sendiri tak solat, tak tahu lah nak kata macam mana.Kalau kau tak tahu nak ajar, hantar anak-anak ke sekolah agama. Tak cukup dengan itu, hantar pergi kelas mengaji dan fardu ain pula waktu malam ataupon hujung minggu. Tuisyen boleh hantar takkan nak belajar agama tak boleh kot? Come on la beb. Kalau kita ni pandai dan ada masa nak ngajor anak-anak, takpe lah.

But, parents nowadays always busy with their work, rite? Pastu kan sekarang ni ada Genius Aulad, Tadika Islam<dah lama ada> and etc. Hantar la anak-anak korang kat sini.

Masa anak tu 2-3 rahun tu pon, kita sebagai parents should guide them. Bila solat berjemaah kat RUMAH tu, bentangkan sejadah untuk si kecil anda. Bila dia dah biasa dengan keadaan tersebut plus dengar kelunakan suara papa dia mengalunkan ayat-ayat suci alQuran. In Shaa Allah, anak itu takkan tersasar jalan.

Aku nak kasi satu contoh. Hari tu aku pergi solat kat Petronas sebab toilet kat OTK tu bau cam haremmm. Aku bawak la sorang budak darjah  6 sebab dia nak kencing. Pastu, dia tanya aku;

'Kak, saya nak duduk kat mana ni?'

'Duduk je lah kat dalam surau ni.' Dan aku pon solat.

Dalam perjalanan balik, dia tanya aku.

'Tak susah pon solat ni kan. Sekejap je dah siap'

Aku tergamam dengan lontaran suara beliau. Mungkin dia tengok ramai orang solat, dan dia rasa janggal sebab dia sorang je kat dalam tu tak solat.

'Haah memang sekejap pon. Kenapa adik tak solat?'

'Adik solat kat rumah je, tu pon kalau ayah jadi imam. Kalau kat luar malu nak solat.'

'Astaghfirullahalazim,  kenapa nak malu plak? Itu kan dah memang tanggungjawab kita sebagai umat Islam. '

'Lagipon adik tak tahu nak baca apa, selalu kalau ayah jadi imam, ayah baca kuat. Saya ikut je. Kalau solat sorang-sorang tak tahu baca apa.'

'Niat tahu? AlFatihah tahu? <Aku tanya yang wajib dulu>

'Tahu, adik cuma tak tahu bacaan yang lain-lain tu.'<aku agak yang imam tak baca dengan kuat tu kot>

'Akak boleh tolong adik tak?'

'Tolong apa?'

'Tolong tuliskan cara nak solat dalam bahasa melayu. Adik tak tahu baca jawi.'

'Allahuakbar, tanggungjawab yang sangat besar tapi aku suka ajar budak-budak solat. Sebab aku tak nak mereka hancur, hidup bukan macam orang Islam. Islam pada IC sahaja. Masya Allah, lihatlah dunia hari ini.

Pastu, contoh kedua. Mak ayah dia memang sembahyang punya orang. Aku ni memang suka ajak dan ajar budak-budak solat after i realize that people nowadays sangat ramai yang tak solat. Aku pergi ambil wudhu' dengan budak ini. Ya Allah, ambik wudhu' pon tak betul. Nasib baik lah kau baru darjah 3.

Pastu, aku ajar dia cara yang betul amek wudhu'. Lepas tu, aku la yang jadi imam. Baca surah pendek-pendek bagi dia ingat siket. Yang tak boleh blahnya, boleh plak dia kata: Mama ajar solat Maghrib je. Ok, aku tahu mama dia tak push dia suruh solat sebab dia kecik lagi, baru darjah 3.

Tapi, bukan ke Nabi Muhammad S.A.W berkata dalam hadisnya:

Bila anak dah masuk umur 7 tahun, ibu bapa memainkan peranan proaktif dengan mengajar mereka solat. Bila dah umur 10 tahun, klo tak solat juga , anak tersebut boleh dirotan.


Bila melihat budak-budak tu, aku berazam bila aku dah ada anak sendiri, aku nak ajar dia ilmu akhirat kawkaw punya. Kalau boleh nak hantar masuk tahfiz. Comel je budak-budak kecik, pakai jubah plus serban.

Pastu, amalkanlah cara hidup Islam. Sama ada melalui pakaian, baca doa dan mengaji. Budak-budak sekarang, makanan depan mata terus suap masuk mulut. Bagus KONGSI makanan dengan SYAITAN. Setan juga yang kenyang. Masa azan kita kena senyap dan berhenti bergerak, kan? Ini tidak siap berlari-berkejaran lagi dan mengumpat lagi. Masya Allah. Dah sudah azan, baca lah doa lepas azan. Ada korang buat?


p/s:ilmu aku tak hebat mana. kekadang aku rasa sangat malu bila nak banding dengan kawan2 aku yang tahu pasal hadis dan tafsir alQuran. Aku tolong tegur mana yang aku mampu.
 
....merangkak mencari cahaya Islam lebih baik dari berpeluk tubuh seolah-olah kita hidup di dunia ni selama-lamanya....


'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...