Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 4 February 2013

Untuk sekolah ke diri sendiri?

Assalamualaikum
 
Hai lama gila tak update blog. Padahal baru lebih kurang seminggu tak update kan. Ok malas nak bagi alasan cliche. Just proceed with new chapter.
 
Pernah tak korang disapa oleh budak-budak kat depan bank ke kat pasaraya ke kat stesen minyak ke? Yang kononnya minta derma untuk Rumah Anak-anak Yatim or Maahad Tahfiz or something like that. Korang bagi tak duit kat diorang?
 
Sekali dua bagi lah, klo dah asyik muka dia je hari-hari kat situ. Aku akan cakap akak dah bagi semalam. Bukan aku kedekut ke hape. Tapi terlintas kat hati aku.
 
Ye ke budak ni salurkan duit untuk pembangunan modal insan sekolah. Kot-kot masuk poket orang yang hantar diorang tu. Ada kes ada pihak mengaut keuntungan dengan cara ini. What the fish, kau nak kerja senang je kan.
 
Then, aku rasa kasihan kat budak-budak ni. Sepatutnya diorang habiskan masa dengan belajar and enjoy their childhood life. Bukannya dari pagi sampai malam tercongok depan pasaraya or bank, minta sedekah or derma.
 
Dimana hak mereka? Kat sini dah jadi satu isu, rite?
 
Pastu, kau tahu tak betapa tebalnya muka budak-budak tu nak berdepan dengan public dan nak menagih simpati mereka? Kau apa tahu sebab kau hantar budak-budak tu pagi-pagi buta, nanti malam baru kau datang collect budak-budak tu. Oh, sungguh kejam dan keji perbuatan kau.
 
Penat tahu tak berdiri seharian kat situ. Nak tambah syak wasangka aku terhadap budak-budak ni. Masa bila dia nak pergi solat, aku tengok dia tak bergerak dari bersandar kat dinding tu. Bila ada customer lalu, dia pergi dekat dan cakap blabla. Kat sini orang akan pandang rendah kat budak-budak ni. Nama je nak kutip derma untuk sekolah agama tapi diri sendiri tak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
 
Kepada sekolah-sekolah atau apa-apa institusi yang memerlukan wang untuk pembangunan sekolah or whatsoever, i'm begging uolls. Jangan libatkan budak-budak dalam hal ini. Ada maahad ni dia tempah calendar kuda dengan ayah aku, pastu dia jual. Duit tu salur kat sekolah. Dan yang jual tu ialah warga kerja maahad itu sendiri dan parents. Tiada penglibatan budak-budak kat sini.
 
Pastu, korang pergi la join kerajaan punya persatuan kejadah tu. Kerajaan kita baik hati nak membantu. Ini kan untuk pembangunan pemuda pemudi yang bakal memerintah negara ini. Sekolah agama atau maahad sekarang dah berjaya menarik perhatian kerajaan. So, grab the opportunity. Mintak je sepuluh juta, boleh buat macam-macam such as asrama 3 tingkat, sekolah 3 tingkat. Semua bilik belajar ada penghawa dingin. Mesti syok je nak mengaji, hafal hadis,tafsir segala. 
 
Oh pastu lupa nak tambah. Kalau kau rasa tak nak derma, jangan la marah, maki and etc budak-budak tu. Kesian kat diorang. Dia tak salah pon. Cuba cakap elok-elok, dengan bahasa yang lembut. We are malaysian kan? Budi Bahasa budaya kita. Peace yau.

1 comment:

  1. 110% stuju! Memang pernah hadapi case mcm ni gak. Kesian kat adik-adik tu... tapi, kita nak derma duit fikir dua tiga kali gak. so, parents miLa pesan better derma dorang dgn bentuk lain, cth bg mknn mcm roti atau air minuman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...