Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 26 March 2013

#Jadikan Amalan Seharian

Assalamualaikum,
 
Korang pernah dengar tak pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagi satu, latar belakang kita menentukan siapa kita di masa hadapan.
 
Isunya di sini ialah sebelum belajar, kita diajar untuk baca doa sebelum belajar dulu kan?Alah yang dulu masa sekolah rendah,korang terjerit-jerit baca doa sampai nak terkeluar anak tekak. Kalau boleh dari tingkat satu sampai tingkat empat dengar. Tapi, kenapa ek bila kita semakin meningkat dewasa, kita tak amalkan benda ni? Malu ke?
 
Then, aku masuk UiTM Merbok. Based on my observations, most of my lecturers are alim2 like that. Keluaran UIA ok. Kalau yang perempuan semua tudung menutup dada ok. Oh ok yang aku nak cerita ni pasal before we start our lecture/tutor/apa jua jenis event, we recite Umul Kitab-AlFatihah dan diakhiri dengan surah al-'Asr.
 
Then, kat Kedah ni aku rasa tenang je sebab kat sini cam agama dia masih kuat lagi.<err,aku tak tau nak bagi term apa>. Tapi itu yang aku nampak lah kalau nak compare dengan tempat lain. Walaupon mula-mula aku rasa terpaksa untuk fully covered. Biasanya kalau kat rumah, pakai baju lengan pendek-pakai tudung.<ok, misunderstood on covered my aurat>. Sahsiah Rupa Diri memang dititik beratkan oleh Polis Bantuan(PB) sekalian. kalau pakai ketat/jarang, pergi balik dan tukar. Oh ye lagi satu pasal pemakaian kad matrik. Kau tak pakai, get ready to received the summon from PB on the spot ok.

So,kita akan jadi terbiasa dengan benda ni or to be exact amalan ini since we had been taught to be like that. For example, when I be a teacher at tuition centre at Klang. I started my class with alFatihah and doa sebelum belajar. Then, my mak su who was Math's teacher ask/tell me rite after the class, <nampak sangat dia ushar aku tengah mengajar,kan?Kantoi>.
 
Mak Su: 'Bagus, along bawa budaya baru kat pusat tuisyen ni.'
Aku: 'Hah, budaya apa pulak? <dalam hati, gua dah cuak der.Benda apa pulak yang aku dah buat on my 1st day be a teacher here.>
Mak Su: Ye lah, sebab start class dengan alFatihah dan baca doa.
Aku:Oh, yang tu ke? Dah biasa buat masa kat Meghebok dulu. Lagipon comel apa dengar budak2 tu baca doa kuat-kuat dan secara berjemaah.<Maklomlah,aku ajaq hat budak-budak darjah 5 dan 6>.
 
Pastu, sekarang ni kat UiTM Penang ni pulak, Sir Shfri ajar ACC 418, dia ni pon keluaran Meghebok juga. Dia pon meneruskan amalan ini. Before we start our class, recite AlFatihah.
 
Senang je kan? Dah dapat pahala di pagi hari. Tapi, berapa ramai yang buat? Cuba muhasabah diri. And to those who will be or currently you are sir,teacher,lecturer, why not you try to do this in every class you have.
 
'Kalau kita nak berjaya, kita kena ingat Allah-zikir dan Nabi Muhammad S.A.W-selawat.' Quote from abang xtaunama masa aku pergi meeting untuk KEM SEMUT di SEDIM semalam.

Sunday, 17 March 2013

Berniaga pasar malam dan solat Maghrib


Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
 
Semalam aku pergi AEON kat Perda tu. Then, OTW balik singgah pasar malam kat Taman Pauh Indah kot. Entah aku kan warga baru Penang ni. And 1st time naik rapid kat Penang ni. Kat Kedah naik teksi dan sewa kereta je kalau nak pergi mana-mana. Keluar je gate UiTM Kedah, semua ada. Tapi kat sini, keluar je gate UiTM Permatang Pauh, berderet kedai makan. Oh, kat sini naik prebet sapu dan bas rapid je. Jimat kos ok. Kalau nak sewa kereta tu kena ada nombor tepon kaki dia la kan.
 
Then, I would like to share what had happened at that night market. Masa aku pergi tu pukul 7++. Pastu, dah masuk maghrib. Then, ada sorang pakcik ni cakap pakai haler-tutup lampu, hormat kat orang bang tu. Ada lah segelintir yang tutup, yang lain tu buat derk je. Masih lagi berurus niaga.
 
Oh dan ada satu kedai ni, sumpah aku salute dia ala-ala tabik spring gitu. Dia tinggalkan kedai dia dan pergi solat kat surau berdekatan. Aku teringat masa aku sekolah agama kat SRA Batu 13, Puchong dulu, ustazah aku kata saudagar-saudagar masa zaman Nabi Muhammad S.A.W begitu lah. Bila dengar azan je, diorang akan segera tinggalkan urusan jual beli. Kerana urusan dengan Allah itu lebih utama. Bila kita amalkan begini, insha Allah berkat rezeki kita dan bertambah maju perniagaan kita.
 
Ada beberapa persoalan yang ingin aku lontarkan di sini:-
 
1.      Kalau setakat tutup lampu, tapi kau masih berurus niaga dan tak pergi solat Maghrib sama je weh. Cuma mungkin la kan, lama-lama nanti orang yang pegang haler tu, nak kena cakap begini:’Hentikan urus niaga anda, marilah sama-sama kita berjemaah di surau/masjid’. Ye aku rasa sewajibnya begini.
2.      Lepas ni, mungkin kita sebagai pembeli ni boleh belajar untuk tidak berurus niaga pada waktu maghrib.Maghrib sangat pendek ok. So, don’t waste your time on other bullshit things.
3.      One more thing, why not kita hidupkan semula cara sahabat-sahabat Nabi berniaga. Bila dengar azan, diorang akan tinggalkan macam tu je. Tak de pon, orang nak curi. Kalau ada juga kes tu, Allah akan beri pembalasan yang setimpal sebab kau berniat baik iaitu pergi menunaikan tanggungjawab seorang Muslim,kan?
 
Konklusinya, kalau nak keluar after or before maghrib. Waktu maghrib tu selalunya lengang-takde customer. As my past experience when I worked at Macd and bookstore. Then, Nampak sangat lah kau tu jenis tak solat, bila kau duduk kat situ dari sebelum Maghrib hinggalah dah azan Isya’. Oh, pastu kalau kat negeri Pantai Timur especially Kelantan dan Terengganu, malam tu memang dah takde kedai yang buka. Kecuali kedai makan je. Cuma mungkin sekarang, dah maju siket since ada pelancongan-ada lah siket yang buka.Choww.
 

Monday, 11 March 2013

UiTM Penang here I come

Assalamualaikum

Hello aweks cun dan hensem guy sekalian.<eh ni cam ayat mr.kay aja.hehe>

It just a quick update<kononnya>. Alhamdulillah, aku dapat tawaran sambung degree. Ye, rayuan and you knew what, supposedly registered on 8th March but there's a gedebak-gedebuk on this. Let them be,ok. 
Mama aku dah call uitm penang tadi, dia suruh masuk hari ni juga. Whatthe? Mana sempat nak settle segala benda kan? Lagipon, dia kata yang penting terima tawaran dulu dan daftar online. Ok, esok akan bertolak ke sana. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin.

Program: BM243-Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) 
                            Pengurusan Sumber Manusia
                            Fakulti Pengurusan Perniagaan 
Kampus: P3-UiTM Kampus Balik Pulau
Tempat Daftar: UiTM Kampus Bukit Mertajam
                        13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Ok, actually aku tersangatlah confuse. Sebenarnya UiTM kat Penang ada berapa buah? Adakah dia sebenarnya di tempat yang sama cuma nama je saja nak putar-belit. UiTM aku ni kat seberang ke kat pulau? And, for sure this is my new life. new friends and new environment. Beb, kawan aku semua degree kat Shah Alam. Kalau dapat kat Kedah, aku dah biasa kat situ. Tapi, ini tempat baru. Dah lah masuk lambat and i have zero knowledge about my new campus. Mohon warga Penang baik-baik belaka. Kalau den tanya tu, jawab la ye.

Tapi, kawan-kawan sekolah dulu ada je kat UiTM Penang cuma aku tak tau depa kampus mana dan yang sadisnya, depa semua diploma. Huwaa, nervous aku dah mai dah ni.

Korang doakan aku kuat untuk hadapi apa saja rintangan yang akan datang. For Sure, there's  lot of problems. Like seriously, buat masa sekarang aku tak tahu sistem UiTM Penang camne

Mungkinkah aku akan mengalami homesick? Oh man, dulu kat Kedah aku cool je. Hopefully, i will be fine.

Oh one more thing, i'm sorry if i'm disturbing u by asking so many question regarding my blabla degree process. Thanx so much. JASA KALIAN DIKENANG..

Sunday, 10 March 2013

#Sikap Manusia 2

Assalamualaikum
 
Semalam berduyun-duyun anak muda mari ke bandar kuala terengganu. Kenapa diorang pergi sana ek? Cer fikir sekejap? Yang takde lesen pon, selamber badak je bawak motor. Yang perempuan pakai baju ketat dan sedap peluk pakwe. Peluk macam taknak lepas punya. Ala-ala i sayang u ketat-ketat tu. Bodoh betei. Eh, kemain ganu le ni kaloh keyell weh. Terkezutt ambo.
 
Ini semua sebab nak pergi KONSERT JOM HEBOH. Tahukah anda, konsert ini sebenarnya mengundang maksiat. Konon siapa tak pergi konsert malam tu, tak style la kan. Whatdehek.
 
Macam mana aku boleh melihat situasi lagha ni? Semalam, bas aku pukul 10 malam. Dan OTW to MBKT, sumpah banyak gila motor-motor bersama jantanss and betinass OTW hala ke tempat terletaknya karnival yang kononnya mengeratkan silaturrahim kejadah tu. Ye, mungkin ada possibility yang karnival ni membawa kebaikan kepada rakyat. Tapi, yang lagha tu aku lihat lebih banyak percentage nya.
 
Aku tak pernah pergi Jom Heboh ni. So, ada kesah? Siket pon tak heran weh. Kejadah apa aku nak berhimpit-himpit lelaki perempuan dan berpanas kat situ. Yang pasti, mesti kerja nak perabih duit kat situ je kan. Jalan-jalan dahaga-beli air. Pastu lapor-beli makanan. Sambil tengok konsert, takkan tak makan dan minum pulak kan? Kalau duduk kat rumah pon, kita boleh tengok konsert tu kat TV kan. tak perlu nak berpanas dan bersesak-sesak dengan lautan manusia.
 
Cuba bandingkan dan renung-renungkan, mana kita akan pilih?
 
A. Pergi konsert.
 Dapat jumpa artisss. Dapat peluk awekss/balakss. Boleh tayang muka kat TV. Kononnya kau lah paling style sebab dah berjaya jejakkan kaki di konsert yang sebegitu.

B.Pergi dengar ceramah agama
Dapat pahala. Terhindar dari maksiat. Boleh juga tayang muka kat TV-klo program macam Al-Kulliyyah and Halaqah. Untung-untung dapat makanan free di akir rancangan/ceramah.
 
Tapi, berapa ramai yang akan pilih B. Malam tu aku tertengok Halaqah kat TV9<ni kat rumah Tok>. Almaklomlah kat rumah aku, channel TV9 tak dapat. #Peminat tegar TV3. #No ASTRO.
 
Sikit je yang datang untuk dengar caramah ustazah dan ustaz tu yang bertajuk 'Tak Kenal Maka TAK Benci'. Aku tengok dah separuh jalan. Dan yang mendengar, i will called it as tetamu. And you knew what? Tetamu yang hadir untuk mendengar ceramah ni sangat sedikit. Yang majoritinya ialah pelajar-pelajar UiTM yang mana aku percaya pasti mereka dipaksa hadir untuk mendapatkan kupon maybe. Dah biasa kena paksa untuk menghadiri program masa kat UiTM Merbok dulu. Kalau anda datang dengan rela hati-ALHAMDULILLAH.
 
Teruk kan, nak kena paksa bagai? Kenapa tidak dengan kerelaan hati untuk mendengar caramah agama? Mungkin kau rasa ilmu kau dah cukup banyak? Sebenarnya, lagi banyak kita explore, lagi banyak kau akan rasa-ya allah, ilmu aku cuma seciput je kalau nak banding dengan kawan-kawan kau maybe, hmm?
 
So, lets explore our own religion. There's a lot to be learn day by day. Renung-renungkan dan selamat beramal. Choww.

Friday, 1 March 2013

Balik kampung ohoho balik kampung

Assalamualaikum, 

 Welcome March. Please be nice to me. Ok ayat cliche kat fb mahupon twitter. Kalau aku la kan, aku nak update 'Evey year, every month, every day and every second of my life, i wish all  best thing and moments happen in my life.' Boleh camtu? Tak thrill la hidup kalau takde dugaan, kan? Kan dugaan tu mematangkan kita.Peace yau.

Eh sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain. Dan nak buat short entry je pon. Tetiba terbagi tazkirah a.k.a motivasi kat atas ni hah. I'm not in writing mood actually but i force myself to write on 1st March. Rasa cam best je update pada tarikh pertama di bulan baru. NEW SPIRIT maybe.

Ok, malam ni gua nak balik Terengganu. Naik bas Transnasional kat belakang OTK Puchong tu je pon.Jam 9.15pm. Saja mention kot-kot ada my readers yang sama bas ke. Haha. Maybe for one week. Result rayuan keluar 8hb. Pray for me my readers. Semoga saya dapat sambung degree at UiTM. Amiin.

So, aktiviti yang akan dijalankan di sana? Follow tok g berniaga kat pasar Payang dan Manir. Lepak kat rumah, masak la kononnya. Kemas rumah. Lepak kat kedai minum-makan, semua tok yang support. For sure. Oh satu #fakta yang korang kena tahu, orang Terengganu memang macam kaya bila minum dan makan kat kedai hari2. Kekadang dalam sehari tu 3 kali diorang datang kedai.

1.Pagi- sebelum pergi menoreh getah,berniaga kat pasar
2.Tengahhari-lepas balik menoreh
3.Petang-Ni bagi orang yang baru balik berniaga kat pasar dan orang yang berkebun
4.Malam-selalunya orang makan kat rumah. Tapi selalunya tok aku akan belanja cucu2 dia makan walaupon dah makan nasi kat rumah. Ye lah cucu dia pelahap punya orang-yang lelaki je ok. Roti tisu menjadi feveret kami.

Oh lagi satu #fakta kat Terengganu, selalunya orang perempuan yang berniaga. Yang lelaki cam tanam benda2 tu. Cam tok aku meniaga tembakau. If u dont know what is tembakau-just google it. Alah yang letak kat dalam rokok daun tu. Then, arwah tok ki aku tanam la daun tembakau tu-besar woo. Petang lepas balik dari pasar cam lepas asar, tok aku pegi la kebun. Tolong apa yang patut.

Pastu, arwah tok ki aku dulu ada tanam serai. Banyak gila. Pastu tolak kat orang. Dia jaga baik punya. Tapi bila tolak kat orang tu, dia amek murah je. Dan macam2 lagilah hasil tanaman yang ada. Ini termasuklah buah rambutan, rambai dan duku. Inilah yang aku suka gila bila balik Terengganu. #Syurgabuah-buahan.

Lagi satu, kat kampung aku tu. Kiri-kanan-depan-belakang semua saudara-mara. Dan yang bestnya semua berniaga. Macam-macam lah. Ada yang jual buah-buahan,jeruk,serunding,sayur-sayuran,tembakau paling banyak.Jadi, bila aku pergi pasar, memang sep-sep aku la kan. 

Ohohoi, entry ni dah macam promote kampung sendiri nampak. Hehe. Yelah, aku nak lawan sep-sep klate ni. Semoga perjalananku pergi dan balik selamat. Amiin.

Mungkin kalau aku rajin, aku update live from Kg. Tok Badir, Serada, Bukit Payong, Kuala Terengganu. Eh aku pelik gila bila dalam alamat tu, semua daerah dia nak kaut cam sekolah angah SAMSMEL dulu dah Bangi,Kajang. Last sekali Sepang. Whatever la. Asalkan ada alamat kan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...